Support saya =) Jom Exchange Link! I will visit Yours!

My Blogger friends

Thursday, August 1, 2013

Review about Mesin Jahit jenama Global

Happy fasting dear!

Just nak share recently aku ada beli mesin jahit jenama Global di website Lazada.. Aku berkenan kat mesin jahit ni sebab harga dia affordable dan tak terlalu mahal. Lagipun aku ni just beginner, baru je nak jinak kan diri utk mula menjahit. Rancangan aku nak jahit langsir sendiri nanti ;)


Sebelum aku terjumpa iklan mesin jahit ni kat Lazada, aku ada survey few online shop yang jual mesin jahit murah ni. At first aku tak yakin nak beli mesin jahit jenama murah sebab aku takut baru pakai beberapa kali akan rosak. Almaklumlah barang murah kan, tak boleh la nak letak expectation terlalu tinggi.

Tapi kalau nak beli yang tahan lasak mcm jenama Singer, Brother or sewaktu dgnnya tu pulak memang x mampu lah kan. Hasil survey aku termasuk la walk in ke kedai2 mesin jahit ni rata-rata pun range harga ratusan ringgit hingga ribuan ringgit. Plg murah pun utk jenama Singer harga dalam Rm 300 lebih la..Glurp! 

Aku tak yakin nak beli mahal2 sebab takut hobi aku ni hangat2 tahi ayam jek. Kang dibuatnye beria2 beli mahal2 sekali jadi tukun je kat rumah nanti. Jadi baik aku cari yang murah utk test diri sendiri dulu..

Btw, mesin Jahit jenama global yg murah ni ada 2 type [bajet tak lebih rm 300]. 1 type tu mcm lebih murah tp mcm tak berapa reliable sebab terlalu kecil dan function dia pun mcm limited. Jenis ni juga tak silap aku ada yg cakap ada jual di Tesco juga. Tp so far aku belum jumpa lagi la. Yg ni rata-rata peniaga online jual dalam harga rm 160 lebih seunit, last time aku ada nampak kat Groupon jual benda ni dalam harga Rm 90 lebih je. Cuma kualiti dia x pasti la..

Jenama Global type 1 [size lebih kecil dan function lebih basic]
Then 2nd type ni, aku terjumpa kat page business online individu dan harga dia dalam RM 230/1 unit which aku rasa mcm masih agak mahal. Tp if korang mampu apa salahnye kan. Contoh business page tu disini [click sini]. Aku berkenan dgn mesin jahit yg 2nd type ni sebab dia ada byk function dan mata jahitan dia ada byk juga then lengkap dgn pedal foot jugak. Then, sedang menggoggle2 tu aku ternampak harga mesin ni kat Lazada.com. Omaigodd! sangat suka sebab harga mesin di Lazada ni jauh lg murah! Cuma Rm 169 & free delivery pulak. So tanpa membuat masa aku pun terus la membeli kat Lazada.com tu.

Jenama Global type 2 [extra function]

Review aku pasal Lazada service. Amazingly, proses order dan pembayaran di Lazada sangat mudah dan proses penghantaran brg pun sangat cepat! Once dapat aku terus try guna! Aku ni beginner tau, jadi anatomy mesin jahit pun aku tak reti langsung! Good things about mesin jahit sebab dia da siap pasangkan semua dalam kotak tu termasuk la benang. Jadi da tak payah nak susah2 pasang2 lagi, just boleh guna terus guna dah. Then siap ada waranty selama setahun.

Then bila aku try guna, jahitan dia sangat kemas mcm professional! yg best utk jenama mesin jenis ni dia ada bg few pilihan mata jahitan which is sangat fun utk kerja2 buat craft! Sangat senang, even aku yg 1st timer ni terus boleh guna dan menjahit. Sedar tak sedar, aku dah terbuat 2 biji bantal kecil dalam masa yg sangat pantas! hahaha..ajaib! Then yg best jugak selain dia bg free charger utk sambungkan elektrik [tak payah pakai bateri], then dia ada option jahit secara automatic which mean mesin tu yg jahitkan so kita just tekan button stop utk berhenti. cara ni lebih mudah sebab kita boleh focus pada jahitan di kain dan boleh control kekemasan jahitan. [cewah, cakap macm pro je jahit..kekeke]..Thenn, Kelajuan dia pun boleh adjust juga sama ada nak laju or perlahan. Seriously sangat mudah dan sangat money value! aku sangat puas hati dan gembira dgn mesin jahit ni. Mesin jahit ni pun sangat comel, ringan dan compact dah. Tetibe, aku rasa sangat feminine pulak dgn mesin jahit ni. cewah! hahah






Suka suki test mata jahitan


Aku try jahit atas felt jugak..nice!


Ada petujuk kat mesin juga sbg panduan nak pasang benang :)










Ni bantal kecik yg aku try buat dalam masa few minute je!

Weeee! Disini bermula lah projek2 menjahit aku...