Support saya =) Jom Exchange Link! I will visit Yours!

My Blogger friends

Thursday, August 1, 2013

Review about Mesin Jahit jenama Global

Happy fasting dear!

Just nak share recently aku ada beli mesin jahit jenama Global di website Lazada.. Aku berkenan kat mesin jahit ni sebab harga dia affordable dan tak terlalu mahal. Lagipun aku ni just beginner, baru je nak jinak kan diri utk mula menjahit. Rancangan aku nak jahit langsir sendiri nanti ;)


Sebelum aku terjumpa iklan mesin jahit ni kat Lazada, aku ada survey few online shop yang jual mesin jahit murah ni. At first aku tak yakin nak beli mesin jahit jenama murah sebab aku takut baru pakai beberapa kali akan rosak. Almaklumlah barang murah kan, tak boleh la nak letak expectation terlalu tinggi.

Tapi kalau nak beli yang tahan lasak mcm jenama Singer, Brother or sewaktu dgnnya tu pulak memang x mampu lah kan. Hasil survey aku termasuk la walk in ke kedai2 mesin jahit ni rata-rata pun range harga ratusan ringgit hingga ribuan ringgit. Plg murah pun utk jenama Singer harga dalam Rm 300 lebih la..Glurp! 

Aku tak yakin nak beli mahal2 sebab takut hobi aku ni hangat2 tahi ayam jek. Kang dibuatnye beria2 beli mahal2 sekali jadi tukun je kat rumah nanti. Jadi baik aku cari yang murah utk test diri sendiri dulu..

Btw, mesin Jahit jenama global yg murah ni ada 2 type [bajet tak lebih rm 300]. 1 type tu mcm lebih murah tp mcm tak berapa reliable sebab terlalu kecil dan function dia pun mcm limited. Jenis ni juga tak silap aku ada yg cakap ada jual di Tesco juga. Tp so far aku belum jumpa lagi la. Yg ni rata-rata peniaga online jual dalam harga rm 160 lebih seunit, last time aku ada nampak kat Groupon jual benda ni dalam harga Rm 90 lebih je. Cuma kualiti dia x pasti la..

Jenama Global type 1 [size lebih kecil dan function lebih basic]
Then 2nd type ni, aku terjumpa kat page business online individu dan harga dia dalam RM 230/1 unit which aku rasa mcm masih agak mahal. Tp if korang mampu apa salahnye kan. Contoh business page tu disini [click sini]. Aku berkenan dgn mesin jahit yg 2nd type ni sebab dia ada byk function dan mata jahitan dia ada byk juga then lengkap dgn pedal foot jugak. Then, sedang menggoggle2 tu aku ternampak harga mesin ni kat Lazada.com. Omaigodd! sangat suka sebab harga mesin di Lazada ni jauh lg murah! Cuma Rm 169 & free delivery pulak. So tanpa membuat masa aku pun terus la membeli kat Lazada.com tu.

Jenama Global type 2 [extra function]

Review aku pasal Lazada service. Amazingly, proses order dan pembayaran di Lazada sangat mudah dan proses penghantaran brg pun sangat cepat! Once dapat aku terus try guna! Aku ni beginner tau, jadi anatomy mesin jahit pun aku tak reti langsung! Good things about mesin jahit sebab dia da siap pasangkan semua dalam kotak tu termasuk la benang. Jadi da tak payah nak susah2 pasang2 lagi, just boleh guna terus guna dah. Then siap ada waranty selama setahun.

Then bila aku try guna, jahitan dia sangat kemas mcm professional! yg best utk jenama mesin jenis ni dia ada bg few pilihan mata jahitan which is sangat fun utk kerja2 buat craft! Sangat senang, even aku yg 1st timer ni terus boleh guna dan menjahit. Sedar tak sedar, aku dah terbuat 2 biji bantal kecil dalam masa yg sangat pantas! hahaha..ajaib! Then yg best jugak selain dia bg free charger utk sambungkan elektrik [tak payah pakai bateri], then dia ada option jahit secara automatic which mean mesin tu yg jahitkan so kita just tekan button stop utk berhenti. cara ni lebih mudah sebab kita boleh focus pada jahitan di kain dan boleh control kekemasan jahitan. [cewah, cakap macm pro je jahit..kekeke]..Thenn, Kelajuan dia pun boleh adjust juga sama ada nak laju or perlahan. Seriously sangat mudah dan sangat money value! aku sangat puas hati dan gembira dgn mesin jahit ni. Mesin jahit ni pun sangat comel, ringan dan compact dah. Tetibe, aku rasa sangat feminine pulak dgn mesin jahit ni. cewah! hahah






Suka suki test mata jahitan


Aku try jahit atas felt jugak..nice!


Ada petujuk kat mesin juga sbg panduan nak pasang benang :)










Ni bantal kecik yg aku try buat dalam masa few minute je!

Weeee! Disini bermula lah projek2 menjahit aku...
Comments
35 Comments

35 comments:

  1. wah bestnya ada mesin jait baru...tahniah berjaya menjait

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you for visit dear :) heheh haah seronok menjahit ni..hari tu da Berjaya buat sarung bantal dah :D

      Delete
  2. Nyue nak cari juga mesin jahit nie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe sorry for late reply dear. u da cari ke mesin jahit ni dear? da dapat da? :)

      Delete
  3. boleh tahu camne nak order mesin tu,,pembyran mmg pakai krdt card je? law nk cash boleh..ingat nk beli satu..tp xtaw cne

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh saya beli online je dear. kat LAZADA..so far ok je ;) tak silap LAZADA pun boleh COD kot..awak click la kat link sy bg kat entri sy ni :)

      Delete
  4. ok tak mesin ni...takut cepat rosak plak kan..tp harga dah ok da.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam sorry for late reply..lama da tak berblogging. So far mesin ni masih boleh diguna pakai..untuk kerja2 ringan boleh lah. Tak recommend utk buat business or keje2 berat sebab kemampuan mesin ni limited. Setimpal la dgn harganya yg murah. Tp if utk keje2 jahit biasa tak ada masalah so far. Cuma benang mudah putus dan tersekat.

      Delete
  5. salam, kalau jahit kain langsir atau kain tebal mcm fleece boleh ke guna mesin ni? saje nak tahu sebelum purchase..hehe

    ReplyDelete
  6. wow maxcam best je..teeingin nak beli

    ReplyDelete
  7. Tq...Dik..Abg dah order 1 utk ank perempuan abg (Lazada.com) serupe model Rm145.00
    Senang tk nk gunenyer.?

    ReplyDelete
  8. Sis.. tau x service center u mesin ni. Saya ada beli bln 2 dulu.. tp skng mata mesin dia longgar. Mcm nk kena p servis ja.. xtau nk repair mcmana. . Cntc saya ya 0134465676 huda.. sayang sgt mesin no. Memang bnyk kegunaan.

    ReplyDelete
  9. Sis.. tau x service center u mesin ni. Saya ada beli bln 2 dulu.. tp skng mata mesin dia longgar. Mcm nk kena p servis ja.. xtau nk repair mcmana. . Cntc saya ya 0134465676 huda.. sayang sgt mesin no. Memang bnyk kegunaan.

    ReplyDelete
  10. tengah riki-riki nak beli mesin jahit untk mil. terjumpa blog awak. nampok la sikit detailnya.
    btw, untuk tahun 2016, hrga dah reduce sikit. kat lelong dah jual rm99

    ReplyDelete

Thanks for your comment dear! =)

P/s: if komen via FB, saya tak dapat notification tau. Jadi, sorry kalau saya lambat reply / tak reply ye..Saya kena manual check ;)

May Allah bless you!