Support saya =) Jom Exchange Link! I will visit Yours!

My Blogger friends

Thursday, October 11, 2012

Hunting tailor baju nikah @ Bangunan MARA

Morning dear!

Semalam aku da share info kat mana aku beli kain baju nikah yang murah kan [enti sini] ? Then, today aku nak share kat mana aku jumpa tukang jahit yang murah, affordable but still cantik pulak ye ;)

Bear in mind, aku bukan retis or anak dato', dah gitu harusla wedding aku bukan wedding of the year. So disebabkan itu, aku kena stick dengan kata2 ustaz  Azhar yang mengatakan, perkahwinan yang paling berkat adalah perkahwinan yang paling murah kosnye :P gitew kan..Tehee, so disebabkan itu aku kena la buat semua benda ikut bajet dan kemampuan sendiri.

But ofcoz, aku nak juga nampak cantik dan serba lengkap masa hari bahagia tu nanti, tapi tak nak la berhias sakan tapi sok lepas kahwin, terkulat2 nak stabilkan financial balik :) Still long way to go kan...Lepas kahwin da tentu la nak kena beli keperluan rumah, nak rumah yg cantik2, nak baju yang cantik2, nak jalan2 n travel around the world & sebagainya. Jadi, aku kena la selalu beringat [walaupun kerap juga aku terlupa] yang aku ni bukan anak orang kaya..so x leh boros sangat :p Makanya dengan itu, apa sahaja yang aku buat pasal projek kawen2 ni mesti semuanya yang cantik, gorjes & hopefully perfect tapi harus, wajib, kena pada harga yang berpatutan & affordable with our budget. Yang penting kena jadi smart buyer (yups, still in learning process) :P

So disebabkan itu, makanya semalam seharian suntuk aku dok google cari info pasal tukang jahit baju nikah yang awesome tapi murah. Setelah penat meng-google, sudahnya aku give up sebab most info dalam blog or internet semua banyak pasal info & service professional or fames2 designer..Harga semua pun up to RM 700-1000++ jek..Kalau nak yg lagi meletops lagi la mahal giler! Adeyh..So, first of all terpaksa reject semua butik pengantin sebab diorg ni suka markup dan selalunya diaorang ni orang tengah jek. At the end dioarang ni akan assign makcik2 mana ntah yang buat keje2 jahit dirumah utk jahitkan baju customer diaorang. So daripada aku liaise dengan butik2, bek aku terus jek cari makcik2 cengini kan ;) Selalunya kalau jahit dengan makcik2 ni diaorang jujur sket :P Tapi, x semua la tukang jahit di butik tu x jujur, ada je professional designer yang specialist dengan tempahan baju nikah dan sanding ni, tapi harga utk service dioarang harusla tiptop uolls..haha..kalau x de duit, jangan verangan nak anta baju kat designer2 kelasss cengini...:P

Jadi, hasil maklumat recommendation from my friends, aku terus ke bangunan MARA yang terletak 200 langkah dari opis aku tu jek. Aku ke Mara tu pun sebab ramai kawan cakap kat sana memang berlambak kedai tukang jahit melayu..Kenal tak  bangunan MARA? tu ha building warna biru muda yang terselit di antara bangunan Pertama Kompleks and Maju Junction @ Jalan TAR. Kalau korang ke SOGO, confirm korang akan nampak bangunan MARA ni. Sekarang ni MARA da ada bangunan baru tau. Bangunan baru tu macam rumah ala-ala cerita13 ghost tu sebab dia x pakai dinding batu tp dia pakai glass wall. Haa, korang jangan masuk dalam building dia yang baru tu sebab harga dalam tu mahal2 termasuk la food court dia. Tehee..Jadi, sila la ke bangunan MARA yang lama tu dan naik lah ke tingkat 2 untuk ke bahagian tailor2 baju ni. Kalau kat tingkat 1 bangunan MARA lama ni banyak kedai2 untuk tempahan kad kahwin, banner dan sewaktu dengannya.


Sila naik ke tingkat 2
Kedai pertama aku masuk tak bagi amik gambar pulak. Ni kedai kedua then kat kedai ni tukang jahit kedai ni super sombong plak! Cakap ngan aku sambil baca magazine pas tu kerek! Ciss!
Ni kedai yang ke 3 aku masuk, kakak ni agak ok sikit..Tapi tak dapat tgk hasil kerja yang customer dia tempah plak...
Yang ni 1 of my favourite, sangat friendly dan dia x kedekut tunjuk hasil kerja dia yang da siap & yg customer tempah
Ok, masa aku sampai kat bahagian tailor2 ni aku terkezutt sebabbb punyeee lah banyakkkk kedai jahit baju berderet2 di sepanjang floor tu. Tapi aku tak dapat survey semua sebab banyak kedai yang da tutup juga. Ada banyak juga kedai yang masih dibuka lepas pukul 5.30 petang, tapi  most of them semuanya tgh busy struggle siapkan tempahan kot sebab semua yang aku jumpa tgh busy menggunting kain :)

Sila masuk di bahagian ini, berlambak lagi tailor di dalam
Tailor bersepah2...tak tau mana nak pilih..
Opss! Sorry kabur plak gambar ~


Kakak ni pun not bad, dia pun friendly dan nampak sangat komited dengan hasil kerja beliau. Harga pun berpatutan & yg best dia ikut je kehendak customer. If customer nak cepat pun dia boleh je buatkan :)
Antara design baju :)


So, aku pun terjah la disetiap kedai yang available ni dan survey harga utk baju nikah. Hasil survey aku aku adalah seperti berikut:

*** Standard style baju yang ramai orang tempah utk nikah perempuan adalah baju kurung moden atau 1 dress style & standard baju melayu lelaki ada style yang kosong @ bersulam.

**Standard price baju melayu kosong majority of them standard range harga antara RM 80- 100
**Standard price baju melayu bersulam range harga dalam RM 100-150

 **Standard price baju kurung kosong w/o lace dalam harga antara RM 75 -100
** Standard price baju kurung moden with lace+ full lining dalam harga antara RM 150 -200
** Baju kurung with beads additional RM 100-300 - up to your budget (heavy beads)

If nak yang lagi vouge the vast kena lah get ready harga yang higher dari indicator diatas ;)

Hasil survey aku di bangunan MARA ni, yang aku berkenan pun maybe 1 kedai jahit ni. Nama kedai ni Butik Umairah. Sedap nama kedai ni, aku suka nama kedai ni jugak [berangan nak rembat  nama "Umairah" ni utk anak perempuan aku someday]..Teeet! haha..ok, back to the story. Aku suka kedai ni sebab masa aku datang tu, akak ni je yang plg friendly dan tak pandang aku sebelah mata. Haha..Yang lain tu kerek jek.. Most pun ada gaya macam nak mark up jeksebab kalau aku tanya akan diaorang akan cakap cengini " harga akan ikut design apa yg you nak, pepe pun kalau nak discuss kena tgk design"--> so chances harga nak markup tu ada la kan :P..hehe..Tp, kalau kat kedai Umairah ni best, dia sanggup tunjukkan aku jenis kain dan design baju yang dah siap & yang customer yang dah hantar kat dia..Bagus dia ni tunjuk kat aku satu2 baju tu.. Tehee, silap aku gak survey pun datang x bawa kain & tak bawa contoh design yang aku nak :P Tapi, tu sebab la aku kagum dengan butik Umairah ni sebab dia layankan je aku ni tanpa banyak songeh. Menurut kata akak tu, kedai dia ni specialist utk baju pengantin jek & memang dia jaga customer JAKEL juga. Dia kata kalau sapa2 yang beli kain kat JAKEL selalunya diorg akan recommend kedai akak ni utk tempah dan jahit baju kahwin :) Aku rasa mesti masa aku beli kain kat JAKEL dulu diaorang tak sempat nak suggest sebab kitaorang pun datang lambat masa kedai pun nak tutup.Huhu..

Aku suka kakak yang jahit baju kat kedai ni..;)
Business kad kedai ni..Dalam banyak2 kedai akak ni jek yang bg business card..Yang len semua kena mintak..Ada tu, kad pun tak ada..Apakah..
ok, itulah dia, journey aku men-survey tailor di bangunan MARA. So far so good, aku da shortlisted few kedai yang "under consideration". Huuhu..Aku tak leh nak hantar sekarang sebab diorg tgh busy dengan tempahan raya dan tempahan hujung tahun. Ramai kan orang nak kawen hujung tahun ni. Hehe. So diaorang recommend supaya aku hantar baju sebulan sebelum tarikh majlis sebab takut badan naik or turun banyak :) Ok lah..aku akan start hantar baju masa akhir bulan 11 nanti........Oish.. Masa nak perah otak pikir nak design baju pulak..

Buat mcm ni je la..hehehehe
Comments
28 Comments

28 comments:

  1. Ohhhhh...I tak tau pun apa ada dalam bangunan MARA tu. Selain dari tailor kedai apa lagi ada dkt dalam tu eh?

    p/s: Setuju! Tak perlu membazir dlm perbelanjaan kahwin. Yang penting, majlis lancar dan terbinanya 'masjid' mengikut syariat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..Thanks dear ;)

      kalau kat tingkat 1 MARA banyak kedai2 kad, banner, sovenier utk kahwin..Then tingkat 2 byk butik, kedai jahit baju, butik pengantin..Ada gak MARA buat kursus kahwin kat sini. then ada gak orang yang jual baju kurung & baju melayu siap utk baju hari raya ke, baju batik pun ada. Kat sini banyak support industri kecil tempatan bumiputera kot, jadi macam2 pun ada. Kedai barang seni pun ada..Kedai jual kerepek2 & kek pun ada ;)

      Delete
  2. btol tu miss jueee...sama la kite bukan anak org kaya,so majlis ikut kemampuan janji nmpk cantik n kena rajin sket cari-cari tailor ni..hee..teha pon nnt jahit baju kat mkck tailor teha tu..die amik around 150-200 gak lla..tp ok la compare price ngan luar kann..sengkek den nnt:p

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..oh ye ke? yg harga mcm tu makcik Teha buat pakai beads ke w/o beads? ok la tu..murah juga :) untung la Teha ada makcik yang pandai jahit ;) support business saudara mara juga...

      Delete
  3. So you are preparing for your wedding? Woow. first thing first congratulations :)

    Hopefully perancangn berjalan dgn lancar and you will have a blessed wedding.

    ReplyDelete
  4. oo g tempah kat medan mara ye ...
    sama laa pun, x pnh tau pn ape yg ade dlm medan mara tu...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..haah maybe proceed kat MARA je kot..malas da nak pening2 kepala..tehee..orang pun baru recently je tahu pasal tailor2 kat MARA..pas ni kalau nak hantar baju raya pun da tau nak buat kat mana ;)

      Delete
  5. kat bgunan mara tu mmg banyak tailor kan..tp kene pndai plih. Linda pun ngah cari tailor utk wat baju nikah gak ni, huhu. Aritu tunang pun ade suggest gi situ. Nanti nk try la gi butik umaira tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah banyak giler tailor yang..kat tingkat 2 & 3..sbb da byk sgt x sempat nak survey semua..huhu..jd x sure jugak mana yg bagus..So far msa survey kejap tu, Umairah je la yg the best..tehee, go ahead..Hantar la kat Umairah..nanti review ye ;) org akan hantar end of Nov nanti..can't wait! Hope da kurus da time tu..kekeke

      Delete
  6. salam dear, how early ek Umairah tu boleh terima kain nak buat baju?i've read a lot of positive reviews pasal tailor ni, n eager plak nak dia buat my wedding dress..

    ReplyDelete
  7. baru2 ni pi medan mara memang byk kedai jahit kat sana.. nak tanyer sikit butik umairah tu jahit baju pengantin saja ke?? kalo baju kurung biasa dan baju kurung moden diorg amik tempahan tak??

    ReplyDelete
  8. salam dear.. nak mcm mn service kat butik umairah tu sbb nak anta wedding dress kat situ tp xtau ok ke x..

    ReplyDelete
  9. Oo, tak tau pula ada kedai jahit banyak-banyak macam tu dalam Medan MARA.
    Harga upah pun tak mahal mana kan

    ReplyDelete

Thanks for your comment dear! =)

P/s: if komen via FB, saya tak dapat notification tau. Jadi, sorry kalau saya lambat reply / tak reply ye..Saya kena manual check ;)

May Allah bless you!