Support saya =) Jom Exchange Link! I will visit Yours!

My Blogger friends

Showing posts with label GM plaza. Show all posts
Showing posts with label GM plaza. Show all posts

Tuesday, December 18, 2012

GM plaza episode 3

Good day my dear!

Last week aku ada promise nak bg detail pasal barang kat GM plaza kan? [klik sini utk flashback]..

Haa sorry sebab lambat hupdate, bizy sangat sebab banyak benda nak kena buat..Opppsss!! countdown my wedding tinggal sebulan, seminggu 6 hari jekkk!! aaaa!!Then my tunang cakap khamis ni parents dia a.k.a my bakal mother and father In law nak datang ke rumah sebab nak bg payment advance utk urusan kenduri..haa..nak kawen pun now ni da kena ada deposit tau..hihihi..Entah la mak eh, tak reti den adat2 ni..so serahkan aje bab adat2 ni kat orang tua..

ok back to the story pasal GM plaza ni, aku ke sana semula masa weekend iaitu hari Ahad.Tak sempat nak pegi hari Sabtu sebab urusan nak siapkan kad kahwin ku itu..Then sekali al kisah da sampai ke GM plaza tu, rupanya banyak kedai tutup hari Ahad..Jadi, aku survey je la harga barang kat kedai yang buka sahaja..

Utk previous inquiry iaitu Swarovski Crystal aku, tak dapat nak bagi harga dia... Sebabbbb masa aku pergi tu , dia x nak bgtau harga pun!..bila aku tanya harga, dia bg aku katalog utk semua kristal yang dia ada then harga berdasarkan size dan shape pulak..disebabkan byk gila design so tak kuasa la aku nak tanya satu persatu..Yang boleh aku cakap, korang kena pergi sendiri dan kena bawa baju yang korang nak project kan tu.

Then selain Swarovski Crystal, dia ada juga kristal Korea..Harga tak dapat diperolehi sebab  bila aku tanya pekerja tu, dia akan tanya aku balik..Dia cakap macam ni---> kristal ikut saiz dan jenis dik, adik nak jenis dan size apa?..Then dia tanya aku nak buat apa dengan kristal tu..Bila aku tanya kristal apa yang paling murah,dia cakap kristal ada macam2 jenis dan size jadi harga tak tentu...Then  bila aku nak pusing2 kedai tu pekerja dia dok ikut je apa mana yang aku pergi T______T haaa, hebat kan customer service dia??? 

Then utk pearls China murah skit, dalam satu uncang / tali tu dalam RM 3 utk 1 tali then ikut size dan ikut design juga...

Tu je la yang mampu aku provide then info pun limited juga sebab masa aku pergi tu kedai pun byk tutup
 
Sunyi sepi..uuuu scary

Time ni tgk curi2 snap gambar...takut kena marah lagi

Harga kristal n pearls

Terjumpa cermin cantik ni.. RM 10 seunit (harga borong utk 6 unit)
 
Sorry again sebab tak de gambar, maklumlah kat sini dilarang utk amik gambar..hemmm...

Wednesday, December 5, 2012

GM plaza Episode 2 :P

Good morning dear!

 Berkenaan my previous entri, pasal my journey to GM Plaza chow kit [klik sini utk flash back]...Huu~ tak sangka ada byk pertanyaan dan soalan berkenaan harga barang di GM plaza tu..Soo sorry dear...sebab aku tak dapat amik gambar on detail pasal harga barang kat situ..Aku nak amik gambar tapi kena marah lak kan.Aku nak tanya harga tp diaorang mcm nak tak nak layan pulak...Ada tu jawab soalan aku dgn rudenye..Majoriti pun foreigner kan..huhu...Jadi, tu la pasal aku frust ngan pengalaman aku ke GM plaza hari tu..




Tapi tak pe, memandangkan ramai yang berminat nak tahu harga barang kat situ , so kat sini aku attach kan la gambar business card kedai yang jual kotak door gift tu ye..Yang untuk soalan pasal harga beads and pearls, insyallah weekend ni aku pergi sana lagi utk korek more info since kebetulan aku memang nak kesana semula sebab nak cari barang DIY wedding aku :)

Ni business card yang aku dapat utk kotak kahwin tu...

Close up in case  tak clear
Yang ni lak harga kristal yang aku sempat snap..kalau dia x marah aku time tu confirm da korang boleh tahu harga barang dia bape..huhu..


Nanti weekend ni aku ke sana lagi..Insyallah..kalau pergi aku akan update harga pearls beads and kotak yang cantik2 tu ye...

Tuesday, December 4, 2012

GM Plaza discovery...Hunting backup door git!

Good morning dear!

Hehe...entri aku this time aku nak share pasal GM plaza di Jalan Chow kit.. Direction nak ke GM plaza [klik sini]....Orang kata kat sini one of the favorite spot for b2b nak cari barang murah utk door gift.. So makanya disebabkan itu, aku pun try la ke sini and cuba utk review juga untuk korang juga.

FYI, kat dalam GM plaza ni tak boleh hamek gambar sbnrnya..masa ke sini bila aku bawa kamera kecik kecik tu tp terasa mcm krew 999 Lak..hihi....Aku rasa diaorang cuak kot sebab banyak barang kat dalam mall ni barang ciplak or barang cetak rompak..Aku mcm agak bengang gak la bila dia x bagi ambil gambar. Rugi la sebab dengan gambar2 tu  maybe boleh promote kedai dia [if kedai dia bagus] & boleh memfameskan business diaorang gak dalam blog. Besar tahu sumbangan bloger pada business tempatan..muhahahaha

But then, what ever~ dia marah pun aku curi2 amik gak..So, dapatla aku sertakan few gambar utk entri aku kali ni

Hasil pengalaman aku usha barang kat sini..Emm..Not so impress la! sebab tak banyak pun barang untuk kawen2 sebenarnye & aku tak selesa ngan environment dia...Tp kalau korang berniaga, maybe sini adalah lubuk korang nak dapat stock barang / supplier murah & banyak..Depends ar barang apa yang korang nak jual tu kan..huhu....Bangunan ni ada 7 tingkat tak silap tapi tiap tingkat pun jual benda yang sama jek..Yg pasti banyak gila foreigner mcm indon & pakistan dalam ni. Terasa mcm bukan dalam negara sendiri pulak..Yang aku geram sebab diaorang tak bersungguh pun nak berniaga, layan pun mcm nak tak nak layan..siap sound2 customer cakap mcm nak gaduh lagi..haish...

Btw, kat sini banyak jual beg2 ladies yang cantik2 gak..mcm beg2 yg kat Time square tu.Yg korean style tu....then byk accessory perempuan mcm emas tiruan tu..ada gak yg jual beads, batu2 untuk hiasan n jewellery. then ada orang jual JC sukan2, then minyak wangi pasar malam yg dijual secara borong, tuala, beg2 kulit n kraft dan sewaktu dengannya. Kat sini korang tak boleh beli barang 1-1, kalau nak beli gak harga akan jd double. So kena la beli borong minimum 6 pcs  or higher... tp kalau beli borong pun harga x murah gak :P

Yang pasti bangunang tu bangunan lama, jadi ruang sangat sempit sebab lorong laluan sangat kecil jadi kalau pergi salah hari memang bersesak la..yg geram sebab escalator pun byk rosak, then lif lak punya la slow sebab orang dok angkut punggah barang2 pukal kan.Jadi perlukan kesabaran yang tinggi kalau ke sini...Untuk para peniaga, diaorang seronok la kat sini sbb boleh dapat barang harga borong..mcm aku b2b yg datg nak cari door gift, agak frustlah sebab tak banyak option & tak lah murah sangat unless kalau ur door gift value atas RM 5..So this might be the right place for you...

Sebab mcm aku ni, aku nak jimat kan...So, ada la aku jumpa handkerchief RM 0.80 untk 500pcs..So kira murah la harga tu kalau nak  buat door gift...& beg coin yang menarik utk VVIP dalam harga RM 1.60 - 3.5 seunit utk VVIP ke...atleast ada gak la hasil aku berjalan ke sini :P


Banyak kedai jual brooch here

Makeup tiruan pun byk

Aku suka kedai ni..dia jual RM 1 je utk semua jenis brooch comey2 ni..Minima 20pcs x silap..











Kedai jual jam yang boleh diborong

Kedai perfume tiruan yang bersepah2 ;)

Victoria secret yang berharga RM 5 :p



Perfume berjenama yang berharga RM 20 jek.hemm




Lots of beads and pearls






sequin pun ada


Butang baju melayu yang murah..Tp harga masih atas RM 2 sebekas..





Yang ni pada aku menarik..beg coin kraft yang kiut...murah gak ;)

Incase kalau DIY door gift aku tak sempat siap, yg ni 2nd backup aku..huhu







handkerchief ni la yang RM 0.80



Letih window shopping :P