Support saya =) Jom Exchange Link! I will visit Yours!

My Blogger friends

Tuesday, February 25, 2014

My journey to have a baby- ujian kesuburan

Assalamualaikum dear

Huhu lama dah tak update blog. Busy sangat my life now ni sebab buat 3 benda dalam satu masa. Maklumlah, now status dah bergelar isteri + siang masih bekerja opis + malam handle our business pulak. Jadi memang tak cukup rehat dibuatnya. Program + tanggunjawab sebagai menantu + sebagai anak + sebagai saudara mara & rakan taulan lg dgn setiap weekend ada je program2 kenduri dan sbgnya jadi memang tak cukup dah masa 24 jam tu..

Ok, this time aku just nak cerita pasal usaha aku  utk mendapatkan anak..Setelah setahun mendirikan rumah tangga, aku tak boleh lari dari keinginan yg sama seperti pasangan yang lain..Iaitu ingin memiliki anak..Tu lah maybe sebab faktor busy + faktor tak cukup rehat + faktor rezeki + kesihatan yang membuatkan aku antara pasangan yang tak mudah utk mendapat anak.. Maybe orang lain sebulan dua kawen dah terus lekat. Aku pulak dah setahun kawen masih tak ada rezeki lagi. Mula2 tu ok lah, boleh je lagi nak mengelat kalau orang tanya soalan kan. Tp now ni tekanan semakin hebat sebab saudara mara + mertua + kawan2 dah mula tanya,.Memang dah tak boleh lari dah this time.Pegi mana je orang dah start tanya, saudara mara pun dah start bergosip...tgk timeline kat FB pun kawan2 masing2 dok sibuk upload gambar baby masing2...Oh tekanan..Jadi aku pun mula risau kalau aku ada masalah dalaman yang semua wanita takut...Aku mandul kah? Aku sakit kah?? Aku tak boleh ada zuriat kah? Jadi soalan2 ni terus menakutkan aku...Sekarang aku faham, bagaimana rasanya perasaan Lisa & Yusri + Datuk Siti Nurhaliza + Datuk k...Yup, kalau byk duit pun, tak ada zuriat..memang sesuatu yang menyedihkan + menakutkan

Ok back to the story, at first aku yakin aku normal. Sebab setiap bulan aku datang period. Kalau lewat pun sehari dua je..Jadi sebab tu aku yakin yang aku x ada masalah nak mengandung. [tu perasaan before kawen lah]..Then now lepas kahwin baru aku faham.. Then, disebabkan aku semakin  gemuk + hormon tak stabil. aku rasa tu punca kenapa aku tak mudah hamil. Mak mertua aku pun ada perli2 gak suruh aku diet dan dia pun ada minta nak cucu...Then disebabkan tu aku dan suami keep thinkg about this..Pelbagai usaha dah kami buat, lepas da makan EPO + multi vitamin + acid folik pun tak berkesan, then aku give up. Aku pun da buat PAP SMEAR n vagina scan utk check kalau aku ada penyakit lain eg : penyakit rahim ke / kecacatan rahim ke and so on..Tp result scan & pap smear cakap everything normal

Then, awal bulan hari tu aku tergoogle...IVF Malaysia and directed aku ke website ni

Metro IVF Malaysia

... Once aku ke website ni dia bgtau aku ada cara lain if perempuan ada masalah utk hamil. Kalau tak boleh cara normal, boleh melalui IUI / IVF @ plg worst kalau kes perempuan tu tak ada telur / husband tak ada sperm pun masih boleh mengandung. Kaedahnya semua ada diterangkan disini..Jadi, sape2 yang senasib dgn aku tu, jangan putus asa..Jangan cemburu dgn orang lain, sebab aku rasa kita kena berusaha sehabis mampu then kemudian baru lah bertawakal & berserah pada takdir. makanya disebabkan tu aku sanggup berkorban masa + duit + tenaga demi nak makesure aku boleh pregnant...So first thing, aku nak kena check diri aku sendiri..Am I normal??

Jadi, tanpa membuang masa, aku terus call klinik METRO ni..Malas aku nak survey klinik lain sbb aku rasa harga lebih kurang je..Ada gak nak try buat kat LPPKN, tp byk pulak kerenahnya..Hospital kerajaan definitely a big NO NO, sbb confirmed berjanggut la nak tunggu turn..Dgn klinik METRO ni so far everything mudah je.. Except "masa" utk husband aku je yang keep busy...

Anyway, appointment utk ujian kesuburan aku kena datang ke klinik ni semasa aku sedang period [within 1st day- 5 day period].

CHRONOLOGY 

1. 14 Feb 2014 [Jumaat]- 1st day aku period

2. 17 Feb 2014 [Isnin]- 1st appointment aku dgn doktor di klinik METRO.. Rasa seronok sebab doktor perempuan & sangat friendly + good service. For 1st appointment, harga consultation doktor RM 240. 1st appointment ni doktor tu akan cuba kenal pesakit dia, tahu lifestyle cara hidup pesakit. Then, dia akan explain proses persenyawaan utk hamil.. Lepas dia dah explain, dia scan rahim aku utk check condition rahim.

 Alamat klinik tu disini

Kenapa aku pilih klinik ni?Sebabb..

1. Dekat ngan lokasi rumah  & opis aku..Klinik ni kat belakang time square je , jadi boleh guna LRT monorail + senang nak jalan2 shopping ke lepas appointment..Kekeke...

2. Sebab website dia sangat detail & useful, dia berjaya yakin kan aku tentang steps2 nak pregnant

3. Tak jumpa negative feedback yet



Harga pakej IUI & IVF..harga pakej ni exclude consultation cost and ujian kesuburan
card appointment aku
Masa 1st perjumpaan tu, doktor tu terangkan sebab2 kenapa perempuan tak boleh mengandung. Antara reason dia

Perempuan
1.  Tiub fallopio tersumbat / kecacatan organ peranakan eg rahim terbalik etc
2. Telur terlalu kecil. Size telur yang perfect mesti 18/20 @ tak ada telur
3. Over stress
4. Health condition  eg cyst, fibroid etc..

Lelaki
1. Sperma
        - size sperma
        - Kelajuan sperma bergerak
        - Jangka hayat sperma

tips dari doktor---> bila jumpa doktor, baru aku tahu...Rupanya jangka hayat sperma cuma  3 hari..lps 3 hari dia akan mati..So, doktor nasihatkan orang lelaki mesti kena keluarkan sperma dalam masa 3 hari..Tehee...

Then, doktor tu pun terang la dgn panjang lebarnye + penuh detail cara2 utk pregnant especially part IVF which pada aku sangat la menakutkan sebab proses dia sangat complicated dan kena accurate. Nak kena makan ubat pun kena punctual tak boleh delay. Then, nak kena inject diri sendiri pula & tak boleh stress..Nasib baik doktor cakap kitaorang masih muda, jadi dia tak suggest IVF tu..dia suggest kitaorang buat secara normal dulu dgn makan clomid utk besarkan telur aku..Then, kalau masih tak pregnant baru dia suruh kitaorang try utk IUI..Doktor cuma suggest IVF kalau  Tiub fallopio aku tersumbat / sperm hubby aku ada problem..So, utk check sama ada tersumbat @ tak doktor suruh aku buat ujian Hysterosalpingography (HSG).  Dia suggest aku buat test ni clinic Daya Bumi di Jalan Raja Laut, dia kata so far that doctor is the best for the test. Then, doktor ni pun buat kan aku surat appointment utk test tu..Jadi, date for the HSG test appointment tu akan pada 21 Feb 2014 [Jumaat], slps aku hbs period.



Utk ujian sperma pulak, di klinik METRO ni cuma pada hari Isnin & khamis tapi cuma pada waktu pagi shj..Disebabkan husband aku dtg petang, jadi tak dapat la kitaorang buat sperm test tu. Husband aku akan kena check sperm dia pada 6/3 nanti selepas kitaorang "bersama" secara normal dahulu..

Jadi utk 1st appointment ni, doktor suruh aku makan CLOMID tu sampai habis dan mesti kena punctual makan CLOMID tu setiap pukul 9 pagi & 9 malam [2 kali sehari]...

3. 21 Feb 2o14 [Jumaat] - Masa utk aku buat HSG test tu.. Kos utk buat test ni RM 190.
Perasaan aku masa buat HSG test ni sangat lah menakutkan & yg paling worst rasa dia sangat sakit ok! Sangat trauma!! Tak sanggup aku nak repeat test! Da la sakit sebab dia masukkan bendasing tajam yg menusuk ke kawasan Ms V secara paksa..then, pas tu bila dia masukan cecair, rasa senggugut yang mengejut secara tiba2! Rasa cramp semua datang serentak...Aku sampai speechless & berpeluh sejuk..Sampai aku genggam bantal yang alas kepala aku time tu sebab sakit..Sakitnye sampai seharian.. rasa mcm rahim nak tercabut..Sumpah! aku tak hyperbola..Tak caya?? pegi la korang try sendiri...hewhew. Sebab apa sakit? Sebab dia akan masukan air dalam  Tiub fallopio tu utk tgk tersumbat @ tak..Masa test tu, aku cuma harap test tu cepat selesai sbb sakit yang amat & rasa masa pun berjalan perlahan gila..padahal test tu cuma 2 minit je! Huk..sakit2 pun bila mengenangkan sakit beranak lagi sakit then ku gagahi jua...No wonder la doktor tu bg MC jugak lps test tu..hehe


Good things is selepas buat test ni, result tu menunjukan tiub fallopio aku tak tersumbat..Alhamdulillah...Cuma dia kata ada lemak2 di sekitar ovari tu yang melekat sedikit so that is why punca  period aku akan rasa sakit...








Result test aku..Alhamdulillah...

4. 25 Feb 2014 [Selasa]- 2nd appointment aku dgn doktor sakit puan di Klinik Metro tu..Kos for 2nd appointment RM 140...Alhamdulillah, dapat doktor yang sama..Aku rasa doktor yang sama akan monitor aku sampai la aku berjaya hamil nanti kot...Utk 2nd appointment ni, doktor tu tgk result x-ray aku, then dia check size telur aku..Dia cakap organ peranakan aku tak ada masalah & tiup fallopio tak tersumbat. Lepas tu sekali lagi Ms V aku dikorek2 & dirodok2 utk tgk size telur pulak..Nama proses ni Baseline Ultrasound Check / Scan..This proses tak sakit, tapi sedikit senak..Sebab dia akan korek2 ke kanan dan kekiri utk cari telur aku..Doktor cakap ada 1 telur yang matang, size 22 which is good. So, doktor suggest aku supaya aktif bersama suami bermula 26hb Feb- 2 March 2014....Yeah~ Belly dance time..wink wink :P

Oh ya! Masa scan tu, selain telur doktor cakap jumpa Cyst juga..Tp nasib baik Cyst tu dalam bentuk cecair which dia kata akan hilang sendiri...Perkhhh..Cuak! Dia kata cyst yg kena operation kalau jenis daging mcm ketumbuhan..Erkhh..take note on this ladies sbb can happen to anyone...So kena la buat check up segera kalau u all tak pernah check kawasan Ms V tu....

 Ok now, I just need to be with my husband secara normal then we will wait... kalau next cycle aku tak period, doktor suruh aku datang klinik utk check urine test shj..Which kemungkinan aku hamil...Kalau aku period [which is masih tak hamil] then we will move to the next stage which is IUI process...Yang tu dijangka akan dibuat sama ada pada bulan 3 @ bulan 4 nanti...

Gambar bulat hitam tu size telur yang matang

baseline Ultrasound Check / Scan
my next appointment with doctor @ klinik METRO ni will be on 6 March pulak untuk ambil ujian darah & buat ujian sperm for hubby. This blood test utk check hormon aku di bahagian kepala, breast n satu part lg aku lupa..Huhu..tp basically utk check hormon lah. Huu, Hopefully aku akan pregnant before buat IUI tu..Ngeeee

 Ngee..pls pray for us!

To be continued....

Comments
15 Comments

15 comments:

  1. Pheww~agak mengerikan jugak bc..semoga berjaya tau...:) insyaAllah..
    jga diri, jgn stress2 tau..sue nak pregnant dulu pun amik masa setahun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq sue :) memang ngeri pun..tobat la nak buat lg HSG tu..huhu..Insya Allah dear ada la rezeki tu nanti utk kami..Tahniah kat Sue sebab da jd ibu :)

      Delete
  2. Wah....mcm2 prosesnyer ye...semoga jue cpt2 dapat bby...banyk2 berdoa ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq yang :D...Tu lah mcm2 prosesnye..Tp rasa ok je sebab mcm tambah pengalaman + ilmu baru gak..hee...Aminnnn!!! Insya Allah dear :D

      Delete
  3. semoga segala usaha akan b'buah hasil, inshaaAllah (^_^)

    baca pasal masuk2 benda kat miss V, argh~ nightmare nye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih yang...InsyaAllah harap dipermudahkan juga nanti.. ;) Bahagian masing2 kan..huuu..tu lah part masuk bendasing kat Ms V tu la paling tak best..Adeyh...Trauma lg smpai today..hahah tp ok la kalau difikirkan dr aspek pengalaman ;)

      Delete
  4. kite same la..sy pn br je wat treatment tp kt kpmc kajang..skang ngah tgu result ujian darah...huhuhu...
    mcm gerun je nk wat hsg tu..huhu....
    gudluck yerk kwn....

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ye ke yang? tehee..saya akan buat blood test pada 6/3..sy kena buat HSG dulu br blood test..Donno why...hee..nanti kalau da buat HSG let me know ye mana la tau HSG awak kena tu tak sakit ke..hee...:p good luck for u too dear! ChayOk! Semoga segalanya dipermudahkan..amin...

      Delete
  5. same la kite..sy pn br stat wat treatment...
    gudluck yerk kwn......
    take care.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq dear...Good luck 2 u 2 dear. harp dipermudahkan segalanya :)

      Delete
  6. As slm sis .. umi nak cari tutorial terjumpa blog sis ..

    uuuuu banyak prosedur .. umi harap sis tabah menghadapi dugaan .. perdulikan kata2 yang menyakitkan hati .. nanti akan menganggu emosi dan membuat sis stress ..

    apapun ..umi doakan agar sis n husband berjaya ..usaha tangga kejayaan disulami dengan usaha ..amin2 ..apapun harap semuanya berjalan dengan lancar ..amin2 ..

    salam pekenalan dari umi ..chak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam perkenalan juga umi..huhu lama da tak update tutorial..byk je project 2 sy tp sebab busy tak sempat pun nak update blog...Huhu..Tq umi for the wishes. Insya Allah harap semuanya dipermudahkan..Amin.. tq umi :D

      Delete
  7. salam awak..saya tak kawen lagi tapi sedih dan inspire baca couple yang lakukan macam2 ujian untuk dapatkan anak.for me awak baru setahun kawen.so masih ada masa lagi.kawan saya dah 3 tahun kawen baru mengandung.saya doakan usaha awak berhasil dan dimurahkan rezeki.amin :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Amirah utk doa & kata2 semangat..Insyallah semoga Allah permudahkan usaha kita kelak..amin...

      Delete
  8. sedey nye klinik wanita metro tu dah tutup. anyone bole suggest klinik utk check kesuburan tak kat area KL?

    ReplyDelete

Thanks for your comment dear! =)

P/s: if komen via FB, saya tak dapat notification tau. Jadi, sorry kalau saya lambat reply / tak reply ye..Saya kena manual check ;)

May Allah bless you!