Support saya =) Jom Exchange Link! I will visit Yours!

My Blogger friends

Tuesday, May 27, 2014

I'm finally pregnant!

Assalamualaikum dear

This time aku nak share about our good news! 

Setelah melalui journey buat test kesuburan yg menyakitkan (previous entri here) + 2 bulan makan clomid (tp tpksa stop separuh jalan sbb clomid buat period cycle aku tunggang langgang) & then try pregnant naturally..then, recently terpaksa berhenti kerja pula sbb nak reduce stress..finally, pengorbanan & usaha kami berhasil!

Disebabkan aku nekad nak pregnant juga sbb tak tahan dgn mulut manusia yg asyik bertanya,jd aku sanggup sacrifice segalanya..recently aku nekad berhenti keje (short notice) sebab nak focus + proceed plan pregnant secara IUI [click here cara IUI dibuat] / IVF ..tak pasal2 kn byr penalti short notice kat company..sbb aku nekad nak buat IUI proses tu end of this month & hope boleh pregnant sebelum raya ni sebab aku tak sanggup nak balik kampung kalau masih x ada isi..soalan2 maut tu pasti singgah dr pelbagai penjuru!! 

tapi, alhamdulillah! Allah maha mendengar & mengetahui..dia bg aku pregnant sebaik shj aku berhenti kerja! Yang aku gembira sebab aku boleh pregant tanpa perlu aku buat IUI tu..tak sangka rupanya aku boleh pregnant secara normal tanpa bantuan medical treatment! alhamdulillah! rupanya memang betul utk pregnant kita memang tak boleh stress! Bak kata my friend, maybe hormon gembira aku da terlajak happy sebaik shj aku buat decision utk berhenti keje 😋

At first, AKu tersangat risau bila masih tak pregnant sebab Semua org da asyik tanya & aku pun da fedup da nak bg alasan knp masih x pregnant. Yg plg x tahan bila  MIL & FIL da start tanya bila nak mengandung..even mak aku pun dah tanya2..aduh, mcm la rezeki anak tu boleh dibeli kat online...Seriously aku teramat stress & takut nak jumpa org bila saudara mara pun da bertanya..kawan2 pun dok btanya jugak...erkh, sometime aku tak faham dgn masyrakat yg over caring ni..diorg x sedar ke soalan diorg tu boleh melukakan perasaan org lain..sigh..Bila smua bertanya soalan maut tu, buat aku terasa mcm aku ni cacat / gagal / useless / horror & lack of confident...memang tekanan perasaan smpai aku takut nak jumpa org..

Apepun alhamdulillah! Berkat doa smua org juga aku akhirnya bjaya mengandung.harap dgn berita baik ni dpt tenangkan hati smua org yg risau knp aku masih tak preggy..n syukur sangat anak ini dah menyelamatkan aku dr soalan2 killer yg bakal menyusul dimasa depan...tq soo much baby sebab dah selamatkan ibu 

Ok back to the story about journey to have a baby kan..aku x suspect pun akan pregnant. Sbb aku da mula rasa x ada keyakinan diri sejak buat ujian kesuburan..walaupun result ujian kesuburan husband & aku normal..tp rezeki terpulang kpd Allah swt..dia yg akan tentukan bila rezeki kami akan dtg..jd aku berhenti mengharap sebab takut kecewa..aku x mengharp sgt sbb aku da follow kisah ramai org..ada pasangan tu yg smpai 10 tahun kahwin pun masih tak dikurniakan anak. Ada pasangan yg da cuba pelbagai cara tp masih belum ada hasil. ada yg diduga dgn penyakit lain spt cyst / fabroid / pcos / masalah hormon & sbgainya. Jd aku rasa ramai lg yg kurg bernasib baik. So im not alone. Tp tu lah bila ditanya dgn soalan maut "ko merancang ke"? " ada isi ke belum?" & sewaktu dgnnye, buat aku rasa tersepit sangat..

Ok, back to the story, Aku stop ambil clomid sebab clomid sbbkan period aku x accurate..1st month lps stop clomid, 2 bulan cycle period aku lewat. 1 month tu period lambat few days ..2nd month tu pulak period lewat then lambat hbs (lbih 7 hr)..jd disebabkan effect tu buatkan aku tak berani nak ambil clomid lg...then, masuk bulan ke-3 tanpa clomid period aku lambat lg...jd aku x suspect ape2 lah sbb aku ingat disebabkan effect clomid lg..benda tu drugs kan jd x mustahil pun akan bg effect kat my body..even aku merungut @ hubby sebb sebelum ambil clomid period aku tak sakit sangat..now selepas ambil clomid rasa sakit PMS tu mcm teruk sangat..my breast sakit sangat smpai langsung x boleh disentuh..my ms V pun cramp je all the time..sampai la Masuk hari ke 5 & 6 aku masih x period lg..tp sakit tu masih berterusan..then hubby aku bergurau cakap aku pregnant kot..tp aku x yakin pregnant sebb sakit period tu terasa sangat..terasa mcm darah period tu tersumbat nak keluar anytime je...tp hubby aku ckp la..alah, aku tau ke rasa sakit pregnant mcm mana? Haha..ok fine hubby...


My period tracker
Then, disebabkan tu aku tergerak test guna UPT sbb terasa memang lewat sangat da period ni..risau juga kalau clomid buatkan aku x dtg period langsung  tp x pregnant kan..ada je kisah yg aku dgr x dtg peod berbulan tp x pregnant..upt pun masih ada balance sbb aku ada beli lebih masa awal2 perkahwinan hr tu..huhu as usual lps tadah urine, aku letak alat test tu..aku da fikir mesti akan kecewa lg sbb selalu 1 line je..tapi, tetibe aku pelik sebb test tu jd 2 line! Terkebil2 mata aku sebab mcm x percaya. Tp aku x mengharp sgt sbb aku ingat mungkin alat tu lama da simpan jd x accurate..lps tu line dia pun mcm blur kan jd maybe x accurate kan

Then aku pun tanya my friend dlm group TTC (try to conceive) - closed group dlm fb..then diorg ckp aku pregnant! Tp since terlalu awal (5 hari) jd probably tak accurate jd diorg suruh aku tunggu lps 2 minggu..nak sedapkan hati punya pasal aku pun beli different UPT yg berlainan brand..dr yg murah smpai yg mahal utk tgk accurate @ tak..bukan 1 tp 3 test aku buat tau! Hehe

1st test UPT







2nd test UPT





3rd test UPT



Finally aku jumpa doktor & result confirmed pregnant! Doktor scan tanpa buat urine test pun & dia cakap I'm lucky sebab scan baby jelas even belum 2 minggu...Yey! Alhamdulillah! :D hrp Allah permudahkan journey aku menjadi ibu & hrp aku akan jd ibu yg baik kelak.Harap kandungan ni akan dilindungi juga..Insyallah

Kpd kawan2 yg senasib dgn aku, don't worry..If pregnant lewat bukan bermakna tak subur @ bermasalah. tp kadang2 Allah bg sedikit ujian supaya kita akan lebih menghargai....




my 1st pregnant symptom 

1. feel like period pain
2. Breast pain
3. back pain
4. headache
5. tired easily