Support saya =) Jom Exchange Link! I will visit Yours!

My Blogger friends

Monday, July 22, 2013

Bila sudah kawen..Time for Ms V check! My 1st experience for Pap Smear!

Assalamualaikum dear,

Tehee..Sorry la if this info mcm 18SX pulak. Tp fact that this info penting untuk kesihatan wanita. Just to share my experience 1st time buat Pap smear...Korang tau kan Pap Smear tu apa? If tak tau sila google :P segan lak nak attach gambar mcm mana benda tu dibuat >__< tehee...

Aku tergerak nak buat sebab aku risau if keadaan Ms V aku dalam bad condition. What I mean bad condition tu bila aku start rasa tak selesa ngan my Ms V... Not surprise pun sebab since kahwin aku tak pernah check dan tak pernah ada "maintenance" service kat area situ. Even aku tak mengamalkan cara pemakanan yg sihat sebab tak suka makan sayur dan tak juga exercise. I know it is bad, so for this sila jgn tiru aku. hehe. Then, aku pun tak de nak makan jamu2 yg pelbagai tu sebab aku tak yakin dengan keselamatan produk tersebut + tak ada jaminan akan berkesan jugak. Tak sanggup aku nak telan benda2 tu sebab takut ada side effect for long term eg barah hati or buah pinggang or etc. Now ni penyakit pun da pelik2 and unexpected.

Ok, aku tergerak nak buat Pap Smear + Ms V check + urine test sebab my last period mcm sangat pelik dari biasa. It's happened when aku punya process period slightly different from usual. Usually bila spot coklat tu keluar tu tanda period nak start. Spot coklat tu mcm female normal keputihan yg da tukar ke warna coklat dan dgn sedikit darah. Lama2 spot tu akan bertukar ke warna yg lebih gelap seakan2 darah kering or cecair warna karat. Usually spot coklat keluar sebab tanda period nak bermula dalam hari tersebut or keesokan harinya. Tp this time aku pelik, sebab spot tu continue for more than 3 days dan darah masih tak keluar2. Rasa senggugut dan period tu ada tp tak teruk cuma geram sebab darah masih tak keluar2. Then spot tu pulak cuma setitik sahaja @ my pad. Then bila hari ke4 tu dia da ada campur darah sikit tp yg makin byk keluar adalah cecair coklat td dan bukan darah. Then cecair coklat tu tebal mcm diselaputi selaput tebal dan kenyal. Totally tak ada rupa period blood and benda tu continue sampai almost a week. My friend said maybe tu darah lama yg tak properly keluar. Tp she advise me to check ngan gynea juga incase ada infection sebab I do ada symptom infection mcm discharge yg warna kuning dan agak berbau + gatal area ms V + kencing mcm tak lawas jugak. So aku da start to worry sebab tu never encounter this.

So, aku pun google dan check website. Ramai cakap for spotting tu mcm symptom pregnant or implantation bleeding or could be symptom keguguran jugak. Aku risau gak if pregnant tanpa sedar ke sebab aku dah dok bantai pegi berurut ngan hubby kat Thai spa 1 week before that. Then mcm2 dah bermain dalam kepala aku time tu sebab tak tahu mana yg betul.

Just to share, my period cycle normal tiap bulan & so far Alhamdulillah aku akan datang bulan on time. If lewat pun cuma sehari dua je. Masih still can be predicted. Sbnrnye for perempuan yg dah berkahwin, even tak berkahwin pun. You should track your period cycle sebab if anything happen senang doctor nak check juga. So for this aku recommend kan korang guna je Free mobile Apps yg berlambak @ ur mobile phone now eg mcm Period tracker yg aku guna ni. So far sangat accurate ;)



To be honest, till today aku tak tau pun mcm mana nak kira bila waktu subur aku gak. Hee..But lucky to have this apps, sbb dia akan tolong kirakan bila waktu subur kita juga. Huhu. But some people say tak leh relay on this apps sangat sebab tiap human body tu different. Jadi to know if accurate ke tak you need to use first then evaluate sendiri. So far, mine tak ada masalah.

Ok back to the story aku nekad pegi buat ujian Pap smear di Klinik Samuel & Maternity Centre & Specialist Clinic For Women. Aku tergerak nak ke sini after aku baca ada byk positive feedback about this clinic + klinik ni ada equipment utk buat test tersebut + harga pun affordable juga. So tanpa tunggu husband yg sedang berkursus di Terengganu sekarang ni, aku terus pegi buat test sebab tak sanggup nak tunggu hubby balik. Tergesa2 buat test tu sebab risau if any bad news ke and worry gak if dok postpone je takut terlambat lak nak detect problem. Sebab aku ada few friends yg share experience diaorg tak pernah check Ms V then find out ada cyst and fibroid dalam uterus. Then end up kena buat operation buang benda tu and bahaya gak sebab boleh lead tu kanser ovari, So since aku mula rasa tak sedap badan tu so aku terus je pegi buat ujian tu utk sedapkan hati sendiri.

Jadi, tanpa membuang masa lagi aku pun terus call klinik tu. Good thing about klinik ni jugak sebab tak payah buat appointment pun if nak buat ujian. Just walk in je pun da boleh. Dalam ujian Pap Smear tu, dia akan include urine test, vagina check + Pap smear dan harga adalah RM70 je. So since harga pun affordable, aku pun tak fikir 2 kali dah. Cuma aku risau lak sebab tak familiar kat kawasan klinik tu. Klinik tu di belakang pasar Pudu. Click here for direction

Agak susah la nak cari klinik ni memula sebab aku tak familiar dgn kawasan Pudu tu. Then nasib baik ada Google maps so tak de la aku sesat meraban. Tehee..Then Alhamdulillah.. Aku berjaya juga sampai dgn selamat dan buat ujian tu.

1st time datang klinik ni, rupa dia mcm klinik lama. Even interior dia design klinik lama. Then aku try fikir positif sebab tak nak judge klinik ni from outside kan. But then overall experience for me service klinik ni biasa2 jek. Mcm klinik yg kita pergi bila selesema dan demam tu. Then in terms of customer service pulak biasa2 jek not so friendly and helpful. Don't know la if orang yg bg positive review tu dah compare service klinik ni dgn klinik lain kan. Aku pun tak tau sebab ni pun 1st time aku pegi klinik specialist for women mcm ni. For me, I'm not so happy with it.




Part kelakar plak pasal klinik ni  bila clinic assistant dia suruh aku tadah urine..then dia leh tanya aku  nak wat test apa ngan urine tu. Lerr mana la aku nak tau buat test apa kan sebab aku pun tak tau apa masalah kesihatan aku. Aku just bgtau je la kerisauan aku mengenai simptom2 yg aku dah cakap tadi. Then aku ingatkan dia akan anta sample air kencing tu pegi lab ke utk test incase ada urine infection ke apa kan, tp hampa. Dia just simbah air kencing aku tu atas  urine test strips @ sinki dia. Memula dia cakap urine aku normal je, tak ada masalah pepe pun. Then pas tu dalam 5 minit kemudian dia cakap urine aku ada darah sikit. Sape tak panic bila da diberitahu mcm tu kan? Then aku terus google @ phone utk  check apa masalahnye if ada blood dalam urine. Website ni cakap kena buat lab test utk urine detail and cannot be ignored. Possibility Bladder or kidney infections sebab symptom dia mcm aku ada. Then aku tanya clinic assistant tu dia cakap tak ada apa-apa cuma darah sikit je. Aku tanya kenapa boleh ada darah tp boleh normal lak sbb obviously lah tak normal kan.Pas tu dia boleh cakap memang la ada darah sebab aku baru lps period. Musykil betul pasal alasan period tu sebab aku dah stop period 2 minggu lepas! So kat sini aku agak tak puas hati so aku decide nak try kat clinic lain je nanti.

Then, aku pun dibawa jumpa doktor. Tp doktor tu tak cakap pepun. Tak de tanya masalah apa dan apa yg aku cuba nak luahkan. Tak sempat nak cakap pepe aku dah disuruh ke bilik sebelah utk Pap smear tu. Then bila da masuk dalam bilik tu dia suruh aku tanggalkan seluar dan baring atas medical chair. Rasa time tu awkward gila especially for beginner mcm aku. Time tu baru aku menyesal sebab tak bawa hubby teman sebab memang sangat scary especially dgn equipment yg complicated dan facing dgn stranger. Huuu..Tp agak excited gak sebab rasanya  mcm pegi buat scan baby lak padahal I'm not pregnant pun. Hee..Confirmed tak pregnant sebab aku da buat pregnancy test before datang. Aku beli UPT (Urine Pregnancy test) kat farmasi jek. Huhu. But betul lah orang kata, if nak yg accurate test buat masa waktu awal pagi masa lepas bangun tido sebelum makan or minum apa2 tu, sebab line dia [pregnant / not pregnant] akan sangat clear!



Harga dalam Rm 10 kat farmasi

Ok back to the story pasal Pap smear tu..Then, ujian pun bermula. Time bila doktor start masukan alat ujian Pap Smear dalam Ms V aku. Omaigodd!! Sakit kot!! Sangat kasar dan perit. Siap assistant doktor tu boleh cakap ngan aku "tahan la sikit, releks..bukan 1st time pun kan"..dush! Aku first time la kot!  Geram lak aku ngan clinic assistant tu, buat test tak nak tanya dulu. Kan tak pasal2 aku terkejut..Aish..Serious sakit.. sobs.  Then, 2nd process pulak Ms V check guna Gynecologic Ultrasound Scan.. The only thing yg best pasal buat benda ni bila dapat tgk rupa rahim aku sendiri and I'm happy bila doktor cakap rahim aku sihat. Tak de terbalik or problem apa2..Tu je aku dgr bila doktor tgk screen scanner dia tu..Tu pun x ada eye contact ngan aku dan dia just cakap ngan clinic assistant dia jek. On the same time, tetibe aku rasa rahim aku sangat comel. Kikiki..Overrr! Then, clinic assistant tu advise supaya datang buat Pap Smear setahun sekali. Especially if lepas beranak. FYI, doktor tu tak cakap sepatah haram pun ngan aku. Yg bising2 semua clinic assistant dia jek. Huk. Yup I will do it again next year but not @ this clinic. huhu..

Sadly, utk sample tisu yg dia ambil dr my Ms V tu, result cuma akan tahu seminggu lps test tu jek..So now I need to wait for the result pulak...

On the mean time aku nak try service klinik lain pulak utk urine test tu..I'm planning for BP Health care pulak..

To be continue n__n
Comments
3 Comments

3 comments:

Thanks for your comment dear! =)

P/s: if komen via FB, saya tak dapat notification tau. Jadi, sorry kalau saya lambat reply / tak reply ye..Saya kena manual check ;)

May Allah bless you!