Support saya =) Jom Exchange Link! I will visit Yours!

My Blogger friends

Thursday, March 12, 2015

i'm officially a Mother!

Assalamualaikum blogger

Alhamdulillah, aku da selamat melahirkan baby girl seberat 3.58 kg secara cezer di Hospital Pusrawi KL pada 27 Januari 2015..Hehe, dah sebulan lebih dah anak aku baru hari ni dapat nak update.



Imbas balik kenangan masa aku mengandung dan bersalin buat aku rasa mcm nak beranak lagi pulak..Tp apakan daya disebabkan cezer aku kena la buat birth plan and cuma boleh nak beranak lg lepas 2- 3 tahun.

Well my pregnancy tak lah goes smoothly. After 11 week lepas minum air gula, darah aku tak cantik. Suspected diabetes masa pregnant n aku kena tagged as GDM...Once da kena tagged as GDM, aku kena la selalu dtg klinik buat BSP (blood sugar profile). Boleh kata tiap 2 minggu sekali aku kena g Kilinik kesihatan utk test n check darah sbb dia nak monitor gula dalam darah & cara diet aku. Risiko ibu yg ada diebetes masa mengandung akan buat baby jadi besar & komplikasi masa bersalin. Tu tak campur lg appointment aku dgn doktor / gynea kat hopsital private pulak..Memang bercinta aku dgn doktor jek kejenye...

berderet2 nombor yg naik smua no bilik doktor ni..Sebab tu la berejam tunggu...

Disebabkan aku nak bersalin kat hospital private coz nak doktor perempuan yang handle aku masa bersalin nanti, jadi aku pun pilih la hospital Pusrawi KL..Doktor yang handle aku ni boleh kata famous gak sebab tiap kali appointment kena tunggu 2 jam even datang awal sebb patient dia berderet2...Number kat screen giliran pun naik asyik nombor bilik dia je. Even most of kawan2 aku pun update appointment dgn doktor yang sama...Nama doktor tu doktor Asmah yun..serius doktor ni memang sangat busy...Aku pun pilih dia sebab kazen husband aku yg recommend dia..tiap kali appointment dia, kena cas RM 110..tak termasuk kalau ada ambil ubat / vitamin ke..

Sepanjang pregnancy macam2 aku  alami,,.Morning sickness yang teruk masa 1st trimester, then asyik nak terkencing tiap 5 minit sampai rasa nak duduk terus dalam toilet je.plg worst bila waktu malam sebab aku mcm zombie nak ke bilik air... Nasib baik aku x kena any infection yg melibatkan urine...Tp masa aku mengandung 7 bulan, aku kena buat minor operation sebab kelenjar darah kat bahagian alat sulit pecah (bartholine gland).Ada byk darah beku sebab saluran darah pecah. Doktor cakap sebab baby da start bg tekanan kat bahagian bawah tu...Then lps tu aku rasa sakit n ngeri / ngilu kat bahagian ari- ari..Rasa bahagian bawah tu nak pecah je...Sakit gila bila nak berjalan. Then nak tido pun tak lena da sebab selalu rasa senak...Badan pn rasa panas je all the time dan rasa tersangat lah dahaga...

Disebabkan aku GDM, aku kena paksa bersalin. Tepat 26 Januari 2015, kalau masih tak bersalin aku akan kena induce. Doktor klilink kesihatan tak bg aku lewatkan bersalin sebab takut baby lemas.Aku scan baby aku kat Pusrawi sekali- 2 kali sebulan..Dan tiap kali scan, baby membesar dgn sihat je. Tak ada masalah pun ngan baby sampai la hari last aku scan doktor cakap baby dalam keadaan mengiring. But still dia kata x ada masalah  if nak bersalin normal. Masa tu dia scan berat baby dalam 3kg n diameter kepala da 9cm..dia kata dgn size aku x ada masalah nak bersalin normal..Then doktor ckp x semestinya aku kena serah diri pada 26 Januari tu n dia bg kalau aku nak delay tarikh bersalin tu. btw our 2nd anniversary  pada 31/1/2015 , memang nice kalau baby keluar time tu..tp aku x nak take risk sebab masa tu pun baby da besar..if kepala baby reach 10cm jd memang susah la nak keluar nanti. So aku proceed je bersalin 26 Januari tu...2 minggu sblm bersalin tu baby cuma da engaged je tp x ada tanda2 nak keluar pun contoh keluar darah n sewaktu dgnnya. Aku da cuba mcm2 cara nak bg baby keluar awal sbb aku tak nak induce juga sbnrnye.. Pendek kata semua baby expo aku da pegi, mencangkung byk kali, minum VCO dan air selusuh anugerah but still baby tak nak keluar. Jadi end up terpaksa la aku serah diri utk induce pada tarikh berkenaan

Preparation sblm nak serah diri tu , husband sempat decorate & renovate bilik utk baby dalam masa 2 minggu! Then kitaorang pack barang baby pun last minute (malam sblm serah diri) sbb memang x rasa baby nak keluar on time. Masa packing tu mcm pack barang nak pegi bercuti je.Aku serah diri di hospital Pusrawi pada pukul 9 pagi @ 26 Januari 2015. Tp doktor datang masukkan ubat induce pada pukul 2pm. Bosan gak la aku duduk dalam labor room tu sebab lama tunggu + nervous + excited. Good things is LR di Pusrawi tu lebih privacy sebab 1 bilik sorang & husband boleh teman. Lepas dia masukkan ubat induce yg pertama (separuh), masa tu dia kata bukaan baru 1 cm. Lepas da masukan ubat induce pertama, baru aku start rasa sakit pada pukul 5pm. Dalam kol 6.30pm doktor datang check lg then  doktor masukan 2nd ubat induce dan seluk lagi. Masa tu bukaan baru 1.5cm.Dia pun suggest if aku nak ambil epidural supaya aku boleh rest pada waktu malam (sebba dia expect aku akan bersalin subuh). Memula aku refuse nak ambil tp masa tu aku pun da start rasa sakit so aku pun risau jugak if tak mampu tahan sakit. Takut bila da malam bila perlu doktor bius pulak x ada kan. Bila doktor tgk aku was- was dia pun suggest aku pasang je epidural tu dulu, if perlu then baru la masukan ubat bius tu. So aku cakap Ok

Gambar bilik bersalin / labor room Pusrawi KL (semua bilik LR- single room)









hubby tido kat lantai temankan aku dalam LR..Dlm LR tak ada bed utk visitor tp husband boleh teman 
Kol 7pm doktor bius (perempuan) dtg pasang epidural tu. ouch! sakit sbnrnye cucuk epidural ni..Rasa agak ngilu n sakit sikit masa dia nak cucuk. Masa dia smpai tu dia x de pun tanya aku pepe, terus dtg n pasang epidural kat spine aku. Dia cucuk tulang belakang n rasa sakit masa dia masukan jarum. Then lepas tu aku dah tak rasa apa da.. Aku pun pelik sbb rasa kebas2 then bila aku tanya doktor bius tu rupanya dia da masukan ubat bius epidural terus! Oh My! Miss communication sudah antara doktor aku ngan doktor bius tu! Bygkan bukaan baru 2cm aku da under epidural!! Grrrr..then what happened next, aku da tak rasa sakit apa dah. Releks je boleh duduk makan tido lena. Tak mcm org nak bersalin langsung. Bila doktor aku sampai for the third time nak check bukaan, dia pun terkejut sbb aku da pasang ubat bius sebab masih awal lg. Since that bukaan serviks aku sangat slow..pukul 11.30 malam bukaan baru 3cm!

Pukul 3 pagi doktor datang lagi & check bukaan, Bila seluk baru buka 4cm. Then nurse pasang tiub air kencing  dan pasang drip utk cepatkan bersalin. Then dia pun pasang CTG utk monitor heart beat baby.  Pukul 6 pagi dia datang again & check bukaan masa tu baru 5cm then doktor pecahkan air ketuban. Since aku under epidural all the time, aku x rasa ape2 langsung spanjang proses tu. Aku tak pasti if kerana epidural proses bersalin tu jd slow. Sampai la siang pun aku masih tak bersalin. Dah 24 jam aku kat dlm LR progress masih slow. Then bila da petang 27 Jan tu doktor masukkan oksigen pulak sebab dia kata heart beat baby tak cantik, Maybe baby da penat, Nurse da tolong mcm2 utk cepatkan aku bersalin, even dia tolong aku besarkan bukaan dgn korek2 selalu bahagian bawah tu. Dia kata kepala baby masih jauh. Sampai la bukaan dah 8cm kepala baby masih tak turun, then doktor datang advise aku utk prepare for operation. Masa tu aku da stress gila sbb patient next door boleh dgr da suara baby bersilih ganti! Aku frust gila sebab tak boleh nak bersalin normal. Nak usahakan berjalan n buat squad even nak berak pun tak boleh sebab aku under epidural. Tak rasa ape2 pun dr pinggang kebawah...Aku try push tp nothing happened then aku give up. After discussion dgn husband then kitaorang pun agree la proceed utk cezer sbb doktor cakap baby da stress..

Masa tu aku menangis tak henti2.......Kecewa sebab tak dapat nak bersalin normal..pukul 7pm aku masuk dalam bilik operation then what happened spnjang operation aku tak ingat sebb pengsan. Huu..Sejuk gila bilik operation tu sampai menggigil2 aku dibuatnya. Maybe aku menggigil sebab cuak jugak kot...Operation tu ambil msa 1 jam stgh..Then aku mamai2 sampai la tgh malam. Kuat betul penangan bius tu. Bila aku da sedar baru diorg bg baby kat aku utk buat skin to skin session dan start breast feeding. Huuu..Perasaan masa tu mcm bercampur baur...



hasil pam susu masa hari ke5...Anak aku tak reti nak latch... kesian dia nagis marah tak puas susu so tpksa pam..Btw aku ada problem inverted nipple so memula nak bf tu memang sangat struggle..
Total kos aku aku bersalin di pusrawi (Bilik sorang + emergency cezer = RM 10k ++ ) Aku duduk kat wad tu almost 6 hari sbb anak aku pun kena kuning. Btw nursery cost dicas dan dibayar berasingan. Jadi kalau korang bersalin kat sini elak kan la bg nursery datang amik anak ko senang2 sebab diorg akan cas everything..Tu sblm GST..kalau beranak lps GST tak tau la bape bilnye..huhu

Thanks sebab sudi baca <3