Support saya =) Jom Exchange Link! I will visit Yours!

My Blogger friends

Wednesday, November 26, 2014

minor operation di Hospital pusrawi- bartholine gland part 2

Assalamualikum my dear blogger,

Sambungan from my previous entri, pasal bartholine abscess, find out rupanya bengkak tu bukan nanah/ cyst but instead darah beku sbesar 5cm di sebelah kiri. Punca darah beku disebabkan kelenjar di bahagian tu pecah, bleeding smpai jd darah beku. Knp boleh pecah tak diketahui. doktor ckp maybe sbb kelenjar aku fragile then aku lasak so dia pecah. maybe sbb faktor aku pregnant, maybe sebab infection..Yang pasti x ada jawapan yang confirmed dr doktor punca benda ni terjadi..Emmmmm

Image from google

2nd day @ Pusrawi (19/11/14), masa utk operate..masa ni pregnancy aku berusia 31 minggu...Perasaan dibawa ke bilik bedah memang menakutkan, terasa mcm perjalanan maut...Masa tu memang bertawakal je lah...Masa operate tu aku kn bius @ bahagian spine. Sakitnye masa suntik bius @ spine tu Allah je la tahu. Proses dia terasa mcm aku nak kena operation utk ceaser je, padahal due nak beranak 26/1/2015 nanti. Sakit kn bius @ spine smpai la skrg pun aku masih sakit pinggang.

Btw Lps kn bius tu, badan aku kebas separuh badan (pinggang ke kaki) & diorg tutup dibahagian dada supaya aku x nampak proses operation tu berjalan...walaupun kn bius, still aku boleh rasa diorg godek2 dibahagian bawah tu, cuma tak rasa sakit je la..masa diorg tgh operate tu aku rasa termaat letih + lapar sgt sbb aku kena berpuasa slma 15 jam sblum operation... rasa tersangat lemah mcm nak pengsan! Aku try nak tidur jugak tp tak boleh sebab rasa perut sangat perit dan lapar...

Lps operate tu aku pun rasa sesak nafas juga. Lemah sampai nak bernafas pun susah...So diorg bg aku topeng oksigen..da pakai topeng oksigen tu baru la lega...Ni lah pengalaman... 1st time in my life, aku kn tahan wad, kena masuk bilik bedah, kena operate & kena jahit...Memang scary! Then, Lps operate ingatkan boleh makan, tp still aku nak kn tunggu smpai bius hilang. Diorg x bg aku makan sbb injection @ spine boleh sbb aku loya & muntah. Now i know why people suggest masa nak bersalin nanti kn makan kurma, sbb bila da kena puasa memang betul2 tak ada tenaga..

Lps operate tu husband aku terus request bilik sorang sbb nak temankan aku. 1st day hr tu x boleh dpt bilik sorg sbb penuh. Kat pusrawi, suami / visitor x boleh teman kalau bilik berempat sbb aurat, since pesakit lain pun smua perempuan + sbb privacy. Tp kalau duduk bilik sorg baru suami / family boleh teman. Nasib baik ada bilik utk seorang yang kosong, lps operate tu terus aku pindah bilik. Harga bilik sorg rm 200/1 malam. Tak sanggup aku kalau husband aku x ada sbb azabnya lah kalau nak gerak sorang2...sbb nak ke toilet pun susah, nak mandi susah, nak pakai baju susah, usung tiang drip tu pun susah. Da la nak jalan pun sakit...Aish..


gambar bilik sorng @ pusrawi

At first doktor ckp lps operation sepatutnya aku da boleh balik sbb minor operation je. Skali lps doktor check luka operation aku, dia kata ada bengkak belah kanan pulak (tetibe je). dia kata benjolan belah kanan tu x ada pun masa operation semalam, but bengkak / ketulan tu kecil je. Jd dia kata x perlu masuk bilik bedah lagi, so ketulan belah kanan tu boleh dibuang @ klinik dia je.

Start keluarkan benjolan belah kanan tu la my real nite mare & real pain started! Bila doktor toreh, dia just bius setempat. But still masa dia toreh, terasa toreh tu & sakit gila! Memula dia kata benjol tu kecil je, skali bila toreh dia kata byk darah beku keluar smpai berketul-ketul.. Then bila dia toreh,  dia x jahit bahagian tu pula. jd belah kanan yg ditoreh tu dibiarkan terbuka je smpai la bcntum sendiri. Imagine since that fresh blood meleleh je, dia keluar mcm darah kotor & berketul2 mcm lepas berbekam tu. Sudahnye Aku kn tahan wad almost seminggu, setiap hari minima 2 kali diorg akan cuci luka & setiap hari doktor akan dtg squeeze bahagian yg ditoreh tu sbb nak keluarkan darah beku. Aku pun kn cuci luka again kalau terkencing! Jd nak ke toilet pun aku trauma sbb tak sanggup tahan sakit masa cuci luka!  Problem sbb kelenjar aku bleeding non stop & produce darah beku..Jadi slg ada darah beku slg tu la dia akan keluarkan ketulan  darah tu manually. Yg worst sepanjang proses tu dijalankan tanpa bius! Diulangi tanpa bius! Dia cuma bg aku ubat tahan sakit, ubat demam, ubat tambah darah & antibiotik je. Jd selama kat wad, aku dipenuhi darah even cadar aku kn ganti hari2 sbb berdarah2. Each time keluarkan darah beku, darah memancut2 smpai ke peha! Allah je la tahu sakitnye mcm mana..yg paling sakit bila diorg sumbat kapas kat bahagian luka tu then bila nak tukar kapas, masa tu kapas tu pun melekat kat kulit, bila nak tarik tu punya la azab sbb akan tarik sekali ngan daging/ luka tu..terasa kulit tu disiat!! Allah!

rupa darah beku yang dikeluarkan di bahagian kanan



nurse datang utk cuci luka...saat paling sakit!
Aku pun da semakin lemah duduk di hospital..Makin lama duduk dalam hopsital makin sakit sebab keje pun baring je..sampai belakang badan pun kebas selalu sebab darah tak jalan. Nak berjalan2 sangat pun tak boleh sebab sakit bila berjalan...Makanan @ hospital pun tak sedap & nurse pulak akan datang almost every time sebab nak check tekanan darah, bg injection , bg ubat2, tukar cadar, cuci luka dan sebagainya...




Ubat2 yang aku terpaksa telan sampai 3-4 kali sehari

disebabkan macam2 ubat aku makan, so doktor monitor closely pergerakan baby aku 

Alhamdulillah lps 5 hr ditahan wad, 23/11 (ahad) tu doktor dtg check & tgk darah yg keluar dah kurang & dia akhirnya bg aku balik. Bila doktor ckp aku da boleh balik, dgn lajunya husband aku pack brg sbb kitaorg da terlampau letih stay @ hospital. aku pun x snggup nak duduk hospital lama2 sbb x sanggup nak tahan sakit bila diorg check luka aku. Luka aku mcm x diberi peluang utk sembuh, hari2 kena squeeze sbb nak elakkan darah beku tu dr berketul2 dan jadi besar. Alhamdulillah, bila dia cakap boleh balik terus rasa sakit pun hilang. hahaha..Nasib baik la aku ada personal insuran, so bila nak byr bil pun tak la rasa nak pengsan. 5 hari duduk hospital swasta total kos almost RM 6000! Kos utk operation tak mahal pun, yang mahal tu kos ubat2 dia! Bersyukur sangat ada personal insurans sbb kita tak tahu bila kita akan sakit / ditimpa musibah mcm ni kan...Disebabkan aku dah stop keje, jadi personal insuran ni memang sangat membantu...

Hikmah dr kejadian ni buat aku rasa Allah nak bg aku test rasa sakit bersalin normal & ceaser...so x la aku terkejut masa nak beranak nanti kan..Sbb aku da rasa proses masuk bilik bedah & bius separuh badan & rasa lps operation utk kelenjar belah kiri...then lps tu Allah bg aku rasa sakit kn toreh belah kanan tanpa bius pula.Allah...

Till now (almost seminggu) fdah, luka tu masih terbuka & belum bcantum lg. Bila nak kencing pun masih pedih. Utk elak infection, aku kn selalu cuci luka sendiri & rendam ngan air garam & doktor suruh bed rest & jgn bergerak smpai la luka tu bcntum...nasib ada husband yg setia disisi, dia lah yg papah aku ke toilet, peluk aku bila terlampau sakit, yg cucikan luka aku, yg jaga makan minum aku. Terharunye aku spnjang sakit ni sbb smua pun husband aku yg buat.... Bersyukur sgt Allah anugerahkan aku suami sebaik ni..Alhamdulillah...

Tq soo much husband sbb always there for me ;) byk hikmah sangat perjalanan mom to be aku..hrp sgalanya dipermudahkan nanti..aminnn..


total kos minor operation + bilik single : RM 6K ++


Comments
1 Comments

1 comment:

  1. Salam dear,
    seramnya azie dengar ,azie phm apa yg sis rasa sbb azie ceaser time nak bersalin then lepas seminggu berlaku bleeding then kene operation bt kali 2nya,peritnya sukar dikperkatakan..
    nak bergerak bnyak pon takut..

    sis kne banyak berehat ,
    agaknya sekarang sis dalam pantang ke? dah bersalin kan...
    jaga diri baik2..

    ReplyDelete

Thanks for your comment dear! =)

P/s: if komen via FB, saya tak dapat notification tau. Jadi, sorry kalau saya lambat reply / tak reply ye..Saya kena manual check ;)

May Allah bless you!