Support saya =) Jom Exchange Link! I will visit Yours!

My Blogger friends

Tuesday, November 19, 2013

I'm soO sorry!

Assalamualikum dear,

OhmyAllah!! Berkurun lamanye aku dah tak update personal blog aku ni..Punya la sibuk sampai aku tak sempat nak menjengah langsung ke sini..Maaf ye kawan2 blogger,  lama sangat dah menyepi..Almaklumlah, I'm no longer B2B so tak layak rasanya nak share tips pasal B2B lg kan, lg pun aku rasa ramai lg blogger B2B yg lg advance dlm membuat tutorial / tips pasal wedding preparation. But still sbnrnye aku ada byk rahsia n tips yg boleh membantu B2B sekalian dalam usaha mendirikan majlis..Cuma masalahnye masa sangat lah mencemburuiKu..

Ok make it short.

Really big heavy super fat "SORRY" to my  dear blogger friends..Sampai ada yg PM / email me waiting for my reply especially for template tutorial ID card holder tu..Sorry ye sayang...Ok! kawan2, sy da update ye template tu dalam google doc, uolls boleh la download je template tu kat link yg diberi..Rasa bersalah pula sebab lama sangat baru nak reply even ada yg pm since April 2013..Sorry sangat dear. I really do..


Thank you soo much sebab masih ada yg sudi visit my personal blog yg humble ni. I will try utk cuba update lebih byk useful information yg boleh dikongsikan bersama semua ye. Insyallah if berkesempatan, smoga akan lebih lapang slps ni..

Amin

I DO REALLY MISS BLOGGING!!


Thursday, August 1, 2013

Review about Mesin Jahit jenama Global

Happy fasting dear!

Just nak share recently aku ada beli mesin jahit jenama Global di website Lazada.. Aku berkenan kat mesin jahit ni sebab harga dia affordable dan tak terlalu mahal. Lagipun aku ni just beginner, baru je nak jinak kan diri utk mula menjahit. Rancangan aku nak jahit langsir sendiri nanti ;)


Sebelum aku terjumpa iklan mesin jahit ni kat Lazada, aku ada survey few online shop yang jual mesin jahit murah ni. At first aku tak yakin nak beli mesin jahit jenama murah sebab aku takut baru pakai beberapa kali akan rosak. Almaklumlah barang murah kan, tak boleh la nak letak expectation terlalu tinggi.

Tapi kalau nak beli yang tahan lasak mcm jenama Singer, Brother or sewaktu dgnnya tu pulak memang x mampu lah kan. Hasil survey aku termasuk la walk in ke kedai2 mesin jahit ni rata-rata pun range harga ratusan ringgit hingga ribuan ringgit. Plg murah pun utk jenama Singer harga dalam Rm 300 lebih la..Glurp! 

Aku tak yakin nak beli mahal2 sebab takut hobi aku ni hangat2 tahi ayam jek. Kang dibuatnye beria2 beli mahal2 sekali jadi tukun je kat rumah nanti. Jadi baik aku cari yang murah utk test diri sendiri dulu..

Btw, mesin Jahit jenama global yg murah ni ada 2 type [bajet tak lebih rm 300]. 1 type tu mcm lebih murah tp mcm tak berapa reliable sebab terlalu kecil dan function dia pun mcm limited. Jenis ni juga tak silap aku ada yg cakap ada jual di Tesco juga. Tp so far aku belum jumpa lagi la. Yg ni rata-rata peniaga online jual dalam harga rm 160 lebih seunit, last time aku ada nampak kat Groupon jual benda ni dalam harga Rm 90 lebih je. Cuma kualiti dia x pasti la..

Jenama Global type 1 [size lebih kecil dan function lebih basic]
Then 2nd type ni, aku terjumpa kat page business online individu dan harga dia dalam RM 230/1 unit which aku rasa mcm masih agak mahal. Tp if korang mampu apa salahnye kan. Contoh business page tu disini [click sini]. Aku berkenan dgn mesin jahit yg 2nd type ni sebab dia ada byk function dan mata jahitan dia ada byk juga then lengkap dgn pedal foot jugak. Then, sedang menggoggle2 tu aku ternampak harga mesin ni kat Lazada.com. Omaigodd! sangat suka sebab harga mesin di Lazada ni jauh lg murah! Cuma Rm 169 & free delivery pulak. So tanpa membuat masa aku pun terus la membeli kat Lazada.com tu.

Jenama Global type 2 [extra function]

Review aku pasal Lazada service. Amazingly, proses order dan pembayaran di Lazada sangat mudah dan proses penghantaran brg pun sangat cepat! Once dapat aku terus try guna! Aku ni beginner tau, jadi anatomy mesin jahit pun aku tak reti langsung! Good things about mesin jahit sebab dia da siap pasangkan semua dalam kotak tu termasuk la benang. Jadi da tak payah nak susah2 pasang2 lagi, just boleh guna terus guna dah. Then siap ada waranty selama setahun.

Then bila aku try guna, jahitan dia sangat kemas mcm professional! yg best utk jenama mesin jenis ni dia ada bg few pilihan mata jahitan which is sangat fun utk kerja2 buat craft! Sangat senang, even aku yg 1st timer ni terus boleh guna dan menjahit. Sedar tak sedar, aku dah terbuat 2 biji bantal kecil dalam masa yg sangat pantas! hahaha..ajaib! Then yg best jugak selain dia bg free charger utk sambungkan elektrik [tak payah pakai bateri], then dia ada option jahit secara automatic which mean mesin tu yg jahitkan so kita just tekan button stop utk berhenti. cara ni lebih mudah sebab kita boleh focus pada jahitan di kain dan boleh control kekemasan jahitan. [cewah, cakap macm pro je jahit..kekeke]..Thenn, Kelajuan dia pun boleh adjust juga sama ada nak laju or perlahan. Seriously sangat mudah dan sangat money value! aku sangat puas hati dan gembira dgn mesin jahit ni. Mesin jahit ni pun sangat comel, ringan dan compact dah. Tetibe, aku rasa sangat feminine pulak dgn mesin jahit ni. cewah! hahah






Suka suki test mata jahitan


Aku try jahit atas felt jugak..nice!


Ada petujuk kat mesin juga sbg panduan nak pasang benang :)










Ni bantal kecik yg aku try buat dalam masa few minute je!

Weeee! Disini bermula lah projek2 menjahit aku...

Monday, July 22, 2013

Bila sudah kawen..Time for Ms V check! My 1st experience for Pap Smear!

Assalamualaikum dear,

Tehee..Sorry la if this info mcm 18SX pulak. Tp fact that this info penting untuk kesihatan wanita. Just to share my experience 1st time buat Pap smear...Korang tau kan Pap Smear tu apa? If tak tau sila google :P segan lak nak attach gambar mcm mana benda tu dibuat >__< tehee...

Aku tergerak nak buat sebab aku risau if keadaan Ms V aku dalam bad condition. What I mean bad condition tu bila aku start rasa tak selesa ngan my Ms V... Not surprise pun sebab since kahwin aku tak pernah check dan tak pernah ada "maintenance" service kat area situ. Even aku tak mengamalkan cara pemakanan yg sihat sebab tak suka makan sayur dan tak juga exercise. I know it is bad, so for this sila jgn tiru aku. hehe. Then, aku pun tak de nak makan jamu2 yg pelbagai tu sebab aku tak yakin dengan keselamatan produk tersebut + tak ada jaminan akan berkesan jugak. Tak sanggup aku nak telan benda2 tu sebab takut ada side effect for long term eg barah hati or buah pinggang or etc. Now ni penyakit pun da pelik2 and unexpected.

Ok, aku tergerak nak buat Pap Smear + Ms V check + urine test sebab my last period mcm sangat pelik dari biasa. It's happened when aku punya process period slightly different from usual. Usually bila spot coklat tu keluar tu tanda period nak start. Spot coklat tu mcm female normal keputihan yg da tukar ke warna coklat dan dgn sedikit darah. Lama2 spot tu akan bertukar ke warna yg lebih gelap seakan2 darah kering or cecair warna karat. Usually spot coklat keluar sebab tanda period nak bermula dalam hari tersebut or keesokan harinya. Tp this time aku pelik, sebab spot tu continue for more than 3 days dan darah masih tak keluar2. Rasa senggugut dan period tu ada tp tak teruk cuma geram sebab darah masih tak keluar2. Then spot tu pulak cuma setitik sahaja @ my pad. Then bila hari ke4 tu dia da ada campur darah sikit tp yg makin byk keluar adalah cecair coklat td dan bukan darah. Then cecair coklat tu tebal mcm diselaputi selaput tebal dan kenyal. Totally tak ada rupa period blood and benda tu continue sampai almost a week. My friend said maybe tu darah lama yg tak properly keluar. Tp she advise me to check ngan gynea juga incase ada infection sebab I do ada symptom infection mcm discharge yg warna kuning dan agak berbau + gatal area ms V + kencing mcm tak lawas jugak. So aku da start to worry sebab tu never encounter this.

So, aku pun google dan check website. Ramai cakap for spotting tu mcm symptom pregnant or implantation bleeding or could be symptom keguguran jugak. Aku risau gak if pregnant tanpa sedar ke sebab aku dah dok bantai pegi berurut ngan hubby kat Thai spa 1 week before that. Then mcm2 dah bermain dalam kepala aku time tu sebab tak tahu mana yg betul.

Just to share, my period cycle normal tiap bulan & so far Alhamdulillah aku akan datang bulan on time. If lewat pun cuma sehari dua je. Masih still can be predicted. Sbnrnye for perempuan yg dah berkahwin, even tak berkahwin pun. You should track your period cycle sebab if anything happen senang doctor nak check juga. So for this aku recommend kan korang guna je Free mobile Apps yg berlambak @ ur mobile phone now eg mcm Period tracker yg aku guna ni. So far sangat accurate ;)



To be honest, till today aku tak tau pun mcm mana nak kira bila waktu subur aku gak. Hee..But lucky to have this apps, sbb dia akan tolong kirakan bila waktu subur kita juga. Huhu. But some people say tak leh relay on this apps sangat sebab tiap human body tu different. Jadi to know if accurate ke tak you need to use first then evaluate sendiri. So far, mine tak ada masalah.

Ok back to the story aku nekad pegi buat ujian Pap smear di Klinik Samuel & Maternity Centre & Specialist Clinic For Women. Aku tergerak nak ke sini after aku baca ada byk positive feedback about this clinic + klinik ni ada equipment utk buat test tersebut + harga pun affordable juga. So tanpa tunggu husband yg sedang berkursus di Terengganu sekarang ni, aku terus pegi buat test sebab tak sanggup nak tunggu hubby balik. Tergesa2 buat test tu sebab risau if any bad news ke and worry gak if dok postpone je takut terlambat lak nak detect problem. Sebab aku ada few friends yg share experience diaorg tak pernah check Ms V then find out ada cyst and fibroid dalam uterus. Then end up kena buat operation buang benda tu and bahaya gak sebab boleh lead tu kanser ovari, So since aku mula rasa tak sedap badan tu so aku terus je pegi buat ujian tu utk sedapkan hati sendiri.

Jadi, tanpa membuang masa lagi aku pun terus call klinik tu. Good thing about klinik ni jugak sebab tak payah buat appointment pun if nak buat ujian. Just walk in je pun da boleh. Dalam ujian Pap Smear tu, dia akan include urine test, vagina check + Pap smear dan harga adalah RM70 je. So since harga pun affordable, aku pun tak fikir 2 kali dah. Cuma aku risau lak sebab tak familiar kat kawasan klinik tu. Klinik tu di belakang pasar Pudu. Click here for direction

Agak susah la nak cari klinik ni memula sebab aku tak familiar dgn kawasan Pudu tu. Then nasib baik ada Google maps so tak de la aku sesat meraban. Tehee..Then Alhamdulillah.. Aku berjaya juga sampai dgn selamat dan buat ujian tu.

1st time datang klinik ni, rupa dia mcm klinik lama. Even interior dia design klinik lama. Then aku try fikir positif sebab tak nak judge klinik ni from outside kan. But then overall experience for me service klinik ni biasa2 jek. Mcm klinik yg kita pergi bila selesema dan demam tu. Then in terms of customer service pulak biasa2 jek not so friendly and helpful. Don't know la if orang yg bg positive review tu dah compare service klinik ni dgn klinik lain kan. Aku pun tak tau sebab ni pun 1st time aku pegi klinik specialist for women mcm ni. For me, I'm not so happy with it.




Part kelakar plak pasal klinik ni  bila clinic assistant dia suruh aku tadah urine..then dia leh tanya aku  nak wat test apa ngan urine tu. Lerr mana la aku nak tau buat test apa kan sebab aku pun tak tau apa masalah kesihatan aku. Aku just bgtau je la kerisauan aku mengenai simptom2 yg aku dah cakap tadi. Then aku ingatkan dia akan anta sample air kencing tu pegi lab ke utk test incase ada urine infection ke apa kan, tp hampa. Dia just simbah air kencing aku tu atas  urine test strips @ sinki dia. Memula dia cakap urine aku normal je, tak ada masalah pepe pun. Then pas tu dalam 5 minit kemudian dia cakap urine aku ada darah sikit. Sape tak panic bila da diberitahu mcm tu kan? Then aku terus google @ phone utk  check apa masalahnye if ada blood dalam urine. Website ni cakap kena buat lab test utk urine detail and cannot be ignored. Possibility Bladder or kidney infections sebab symptom dia mcm aku ada. Then aku tanya clinic assistant tu dia cakap tak ada apa-apa cuma darah sikit je. Aku tanya kenapa boleh ada darah tp boleh normal lak sbb obviously lah tak normal kan.Pas tu dia boleh cakap memang la ada darah sebab aku baru lps period. Musykil betul pasal alasan period tu sebab aku dah stop period 2 minggu lepas! So kat sini aku agak tak puas hati so aku decide nak try kat clinic lain je nanti.

Then, aku pun dibawa jumpa doktor. Tp doktor tu tak cakap pepun. Tak de tanya masalah apa dan apa yg aku cuba nak luahkan. Tak sempat nak cakap pepe aku dah disuruh ke bilik sebelah utk Pap smear tu. Then bila da masuk dalam bilik tu dia suruh aku tanggalkan seluar dan baring atas medical chair. Rasa time tu awkward gila especially for beginner mcm aku. Time tu baru aku menyesal sebab tak bawa hubby teman sebab memang sangat scary especially dgn equipment yg complicated dan facing dgn stranger. Huuu..Tp agak excited gak sebab rasanya  mcm pegi buat scan baby lak padahal I'm not pregnant pun. Hee..Confirmed tak pregnant sebab aku da buat pregnancy test before datang. Aku beli UPT (Urine Pregnancy test) kat farmasi jek. Huhu. But betul lah orang kata, if nak yg accurate test buat masa waktu awal pagi masa lepas bangun tido sebelum makan or minum apa2 tu, sebab line dia [pregnant / not pregnant] akan sangat clear!



Harga dalam Rm 10 kat farmasi

Ok back to the story pasal Pap smear tu..Then, ujian pun bermula. Time bila doktor start masukan alat ujian Pap Smear dalam Ms V aku. Omaigodd!! Sakit kot!! Sangat kasar dan perit. Siap assistant doktor tu boleh cakap ngan aku "tahan la sikit, releks..bukan 1st time pun kan"..dush! Aku first time la kot!  Geram lak aku ngan clinic assistant tu, buat test tak nak tanya dulu. Kan tak pasal2 aku terkejut..Aish..Serious sakit.. sobs.  Then, 2nd process pulak Ms V check guna Gynecologic Ultrasound Scan.. The only thing yg best pasal buat benda ni bila dapat tgk rupa rahim aku sendiri and I'm happy bila doktor cakap rahim aku sihat. Tak de terbalik or problem apa2..Tu je aku dgr bila doktor tgk screen scanner dia tu..Tu pun x ada eye contact ngan aku dan dia just cakap ngan clinic assistant dia jek. On the same time, tetibe aku rasa rahim aku sangat comel. Kikiki..Overrr! Then, clinic assistant tu advise supaya datang buat Pap Smear setahun sekali. Especially if lepas beranak. FYI, doktor tu tak cakap sepatah haram pun ngan aku. Yg bising2 semua clinic assistant dia jek. Huk. Yup I will do it again next year but not @ this clinic. huhu..

Sadly, utk sample tisu yg dia ambil dr my Ms V tu, result cuma akan tahu seminggu lps test tu jek..So now I need to wait for the result pulak...

On the mean time aku nak try service klinik lain pulak utk urine test tu..I'm planning for BP Health care pulak..

To be continue n__n

Tuesday, July 16, 2013

D.I.Y/ home made Kek batik & cara-cara masak bergambar

Assalamualaikum dear

Hehe.. This time aku nak share experience 1st & 2nd trial buat kek batik..Yg ni hubby aku pun tak tau yg aku buat sampai 2 kali..kekeke.Opsss! :P Yess.... I Know...Sila gelak ye...Budak kecik pun da expert buat kek batik.. Aku lak baru terhegeh2 nak belajar kan...This time aku not only nak belajar buat kek batik but also learn utk baking dan buat kuih raya..Belajar lak tak de la menuntut ngan sape2 kecuali ngan resepi2 yang berlambak dalam Mr Google tu..So kena la try and error...kekekek..

Haa..Sejak da jadi Isteri orang ni, aku kena la jadi serba boleh gitew..Dulu tak de pun aku rajin nak ke dapur buat kuih or kek kan, now sebab tak lama lagi bakal beraya dengan mak mertua aku..Jadi disebabkan itu, I need to be prepare! My kitchen with mother in law  seperti medan peperiksaan!! Sangat stress, scary dan menakutkan..hahaha

So, that is why I need to start now before it is too late! Sebab tak nak la nanti dikatakan aku ni menantu yg tak tau pepe pulak...  Since aku pun sebab duduk kat rumah berdua je ngan adik aku mcm orang bujang dah sebab husband kursus selama 6 bulan, jadi masa ni juga lah aku nak manfaatkan masa terluang buat benda yang berfaedah. So here we go... Journey projek aku nak DIY kuih raya dan start DIY kek :P Berdoa je lah!

Btw, dulu sebelum bertunang, aku pernah plan nak buat kek batik jugak as my DIY door gift :P tapi tak jadi sebab kesuntukan masa sebab aku DIY keseluruhan majlis aku tu sendiri..huhu

CSI Kek batik aku...
Ni rupa 1st trial kek batik aku..Nampak tu, dalam gambar da sext tp cair sangat coklatnyee
1st trial, kek batik aku yg cair tu aku dapat resepi dari blogger ni [click here]..Kek batik blogger ni awesome dan cantik. Tp, hasil kek batik aku tu pulak x jadi sebab lembik dan cair siap leh jilat mcm sirap coklat..wakakak..Even da simpan dalam peti sejuk pun still cair mcm aiskrim coklat...Maybe sebab aku guna air,  so dia cair kot...Then, lembik jugak maybe sebab aku x gaulkan biskut marrie tu dalam periuk but instead aku tuang je bancuhan tadi kat dalam Tupperware mcm arahan yg diberi dalam resepi ni..Resepi ni jugak guna telur so not sure if telur tu pun punca kek coklat aku tu cair. Ada yg cakap cair sebab kurang biskut padahal aku dah letak 1 paket besar biskut marrie tu dah..So at the end aku agak jelous ngan blogger ni sebab dia berjaya buat kek batik tu dengan jayanya dan cantik then aku lak x jadi walaupun guna resepi yg sama... Humm...

Then 2nd trial aku pulak dapat resepi kat sini. But this time resepi ni guna Nestum, tak guna telur dan tak guna air. Pas tu method dia pun berbeza dengan yg 1st resepi aku tu sebab this time kena gaul semua bahan dalam kuali / periuk. So, for 2nd trial ni tak cair pun dan lebih likat dan pekat! Yezzaa! Aku suka 2nd trial aku ni sebab lebih sedap dan ada rasa nestum! Tp aku silap pilih nestum agaknye sebab nestum aku tu mix dgn oat..Aku tak suka oat but still sedap! Yumm...Aku dok cari nestum halus mcm nestum baby tu tapi x sure pulak if boleh guna nestum baby tu..boleh ke? :P

So ni la dia proses aku buat kek batik menggunakan resepi kedua ni ;)

Bahan-bahan [Ceduk dr website My Resepi]

  • 1 buku buttercup ( 250grm)             
  • 1 tin susu pekat -- aku pakai stgh tin jek             
  • 1 paket biskut merry (patahkan 2 biskut) - aku pakai jenama tiger! sedap!             
  • 2 kotak kecik kismis aku tak pakai           
  • 1 paket kacang goreng (kat kedai ade) aku tak pakai             
  • 3/4 cawan serbuk koko - aku kurangkan koko ni jadi 1/4 je sebab tak nak rasa pahit             
  • 1/4 cawan milo - aku jadikan milo yg 3/4 supaya sweet milo        
  • 1/2 cawan nestum              

Cara-cara

  1. cairkan butter dalam periuk..kacau..kacau dan kacau..jangan sampai hangus..                
  2. masukkan 1 tin susu pekat tadi..kacau gue whisker sampai sebati..                
  3. dah sebati..masukkan serbuk koko dan milo tadi..sebatikan..pastu masukkan nestum..kacau...jaga api..                
  4. last,masuk biskut merry tu..kacau dan kacau sampai sebati..                
  5. lepastu,masuk dalam loyang cam biase..kene cepat takut keras plak nnt..tekan gune plastik..biarkan sejuk..nak sedap letak dlm peti sejuk..
Sukatan menggunakan cawan..Hbs bersepah2 :P

Butter yg dibiarkan cair atas kuali..Makesure kacau ye utk elak rentung
Dalam resepi suruh pakai 1 tin, aku pakai 1/2 tin sebab tak suka nak manis sangat

Seronok dok kacau2 benda ni sampai sebati

Ni time masukkan koko n milo..Aku guna koko sikit je sebab tak nak rasa pahit...

Kacauuuuu

sampai likat mcm ni

Masuk kan nestum dan kacau pas tu campur kan biskut marrie..yg ni terlebey nestum la plak :P

Masukkan dalam tupperware


tenyeh bg rata..mcm aku ni dok guna sudu jek


So no la hasilnyee..tadaaa~!!! Yes!this time lebih sedap, kerass dan tak cair! :P



Insyallah akan buat lagi supaya lebih kemas dan cantik dan sampai berani utk dihidangkan kat tetamu plak..kekekek...

Monday, June 17, 2013

Escapeless..My Journey for Lesen Memandu..

Assalamualikum dear,

Hehe..Entri aku this time aku nak share pasal my life progress after married-->  belajar memandu kat METRO DRIVING ACADEMY..hahaha..Ok, Understood... sila la gelak..Mesti korang cakap dah tua bangka baru nak pegi sekolah memandu..Lalalalala  (27 tahun tu kira dah tua ke??) hahaha..

Pepun dalam permasalahan ini, aku berterima kasih kat suami tercinta sebab sudi sponsor aku belajar kat driving school yang mahal ni..Short introduction pasal hubby aku, beliau seorang yg suka kira-kira, dia bukan kedekut tapi cuma just being realistic.. So my hubby ni memang tak akan berkompromi dengan benda2 yang melibatkan aktiviti pembaziran. Mana taknye, aku nak shopping selalunya dia lah accountantnye.. Pendek kata semua aktiviti kewangan dia akan monitor. Sebab aku kalau shopping or nak something memang agak tak berhati2..Haha..Pepun, sungguh ambitious hubby aku ni bila dia bersungguh-sungguh nak aku belajar memandu dan dapatkan lesen secepat mungkin..Sebenarnye kan,  aku ni trauma nak memandu..Maybe sebab masa kecik dulu aku pernah tercampak keluar dari kereta n terlibat ngan accident ditambah pulak dgn news kemalangan yg semakin brutal nowdays. So, for some reason entah kenapa aku tak suka driving kereta, tak ada minat or semangat pun nak memandu  dan entah kenapa aku rasa orang yg bising2 marah aku tak ada lesen tu mcm jelous plak aku nak bermanja ngan hubby nak suruh hubby jek yg drive aku..hahaha..Even sbnrnye aku sedar jek.. memang penting sbnrnye perempuan boleh  bawa kereta. So we can be independent, tak bergantung harap pada orang lain dan mampu memudahkan byk perkara sbnrnye..

Back to the story, sbnrye dah 1001 alasan dah aku bg demi nak elak kena ambik lesen..Dari mula zaman couple dulu sampai la dah kawen aku masih lagi degil nak ambil lesen.Tapi dia tetap nak aku ambil lesen memandu. hahaha..Even 1st interview before jadi menantu pun, mak mertua aku tanya aku ada lesen ke tak..ish ish..Aku memang tak nak memandu sebab byk pemandu tak rasional pun...

Alkisah, last attempt aku utk elak dr kena ambil lesen bila aku cakap mcm ni "ok dear, kalau nak suruh ma pegi kursus memandu gak then kena proceed dengan METRO DRIVING sahaja" sebab aku tau academy tu yuran dia paling mahal..Mana taknye, rate normal  utk lesen kereta sahaja cuma dalam range harga RM 800-900 jek. Tu pun entah2 ada yang lagi murah. Tapi kalau METRO DRIVING harga dia RM 1398 utk lesen D (kereta sahaja) tak campur lesen motor sekali!  Hehehe..Tp since the big boss said "proceed" aku punya lah sangat terkejut + gembira sebab hubby tak berkira2 pulak nak sponsor this time...hehehe. =)

But then mula2 tu agak terbatuk gak la laki aku tu. Aku ingat aku dah berjaya dah if nak mengelat time tu. Sudahnye sekali dia approved pulak!! Dammm! So, this time memang tak boleh lari dah...Anyway, good thing is if nak bandingkan semua sekolah memandu yang lebih murah tu, METRO DRIVING tu je yang boleh pickup aku sampai rumah. Lokasi rumah kitaorang ni agak complicated dan byk driving school tak nak pickup kat dalam..pas tu based on the website kemudahan dia lebih lengkap dan sempurna / proper so aku prefer tempat yang menyakinkan utk meyakinkan aku utk mulakan sesuatu yang aku pun tak yakin nak buat..hahahaha.Pas tu dia cakap boleh belajar sampai LULUS dan service dia pakej  (insuran + urusan test, permohonan kat JPJ dan pengeluaran lesen).Lagipun if mahal, mungkin aku akan lebih serious sebab mcm last time aku dah pernah try kat sekolah memandu di Gombak (lupa da nama sekolah tu), tp sebab sekolah tu mcm bosan, cikgu dia cakap ntah apa2 ntah masa kelas pas tu aku pun jadi tak yakin terus. Time tu pun aku sangat sibuk dengan kerja jadi process tu cuma separuh jalan jek. Pegi kelas masa tu da byr RM 250 dah..So this time dah byr mahal2 + duit hubby pulak, so maybe aku akan lebih serius. Insyallah :P

Thank You hubby for your care and love! He try to complete me utk perkara yg aku tak lengkap lagi..Selagi dia mampu =) I'm being blessed ;) Alhamdulillah..

Nanti aku review service dan environment kat academy ni ek ;P

Wish me luck!



Yummm! Love this roti..Teringat masa zaman sekolah rendah dulu :D

1st payment RM 500