Support saya =) Jom Exchange Link! I will visit Yours!

My Blogger friends

Wednesday, September 24, 2014

Travel to Lombok- pantai kuta & Tanjung Ann Day 3

Assalamualaikum my dear blogger,

Menyesal sangat rasanya sebab lama x update blog...Byk kenangan manis dalam hidup ni yang aku nak share + simpan utk kenangan tp dah jadi lupa....banyak aku terlepas peluang nak update, contohnye moment aku travel ke Bali (masa honeymoon dulu) , travel ke Bandung,..1st year anniversary kat Langkawi...dan byk lagi lah sebab da lupa :( kronologi + pengalaman + ilmu yg aku dapat masa tu pun da hilang...Sayang je rasa..sbb info2 tu mungkin je berguna @ blogger yg sedang mencari info..tp x pelah, let's create & appreciate the future ;)... InshaAllah, more sweet memories to come..

Btw aku buat  entri pasal Lombok  sebb sebelum aku fly, tak banyak info yg aku dapat juga pasal Lombok. Tak banyak juga blogger yang update pasal Lombok sbb aku rasa lombok tak famous kot. Lombok tak famous maybe sbb tak byk promosi yang dibuat berkenaan Lombok. Even Air Asia pun x ade nak buat promosi pasal Lombok sedangkan dia the only flight yang direct dr Malaysia. Flight Malaysia - lombok pun limited [1-2 trip sehari]

Kebanyakan tourist yang nak ke Lombok ramai yang datang dari Bali. Kalau dari Bali, if melaui jalan laut diorg akan naik bot laju [1 jam perjalanan harga dalam RM 140 seorang / bot penumpang [5 jam perjalanan, tiket dalam RM 30/ seorang] @ diorg boleh naik flight transit dari Bali guna garuda airlines / lion air & other Indonesia domestic flight.

Entri travel lombok day 1 [click here]
Entri travel lombok day 2 [Click here]

Travel Lombok, Day 3- Pantai Kuta  [Selasa, 16 Sept 2014]

Pagi tu aku bangun awal sbb rasa sayang nak tinggalkan Puri Mas resort. Jadi, kitaorang pun manfaatkan la breakfast yang diberikan secara percuma dgn sepuas- puasnye...Tehee, since pagi tu our last day @ Puri Mas, jadi kitaorang pun order lah mcm2...Lagi2 bila everything dalam menu tu pun free..tehee, Mesti diorg ingat orang Malaysia ni pelahap kan. Hehehe..





Sambil makan, our mind and our soul memang da melekat kat situ. Rasa berat sangat nak tinggalkan Puri Mas resort lagi2 cuaca pagi tu + ombak sangat cantik..Laut pun membiru dengan tenang...

Lepas makan, kitaorang jalan2 di pesisir pantai & tgk kawasan sekeling pantai. Kitaorang siap intai -intai hotel disepanjang persisir pantai yang sama jugak sebb nak tgk apa kelebihan view pantai kat hotel lain. Ternyata hasil menceroboh kawasan pantai hotel lain tu, kami dapati tiada yang setanding view & environment Puri Mas resort. Hehehe..Terasa berbaloi dgn duit yang dibelanjakan kat hotel tu  juga :D Yup, we satisfied!









Lepas da penat meronda, kitaorang pun balik ke bilik utk berkemas. Tepat kol 12, baru kitaorang check out & teksi Blue bird sudah menunggu.. As usual, kami x confirm lagi hotel mana yang nak duduk, so plan kali ni nak gamble je cari hotel ape yang ada masa di Pantai Kuta, Lombok nanti..kitaorang gamble je jugak sbb susah nak cari hotel yang proper kat dalam AGODA sbb tak banyak option [ 12 hotel je yang ada masa tu]..

Otw ke Pantai kuta, driver teksi bawa kami masuk lalu ke kawasan bandar Mataram (the only bandar di Lombok) dan cuma ada 1 hypermarket di Lombok. Local people said, kat Mataram ni famous untuk berurut orang mengandung + the only supermarket yang ada utk shopping2. Masa masuk kat kawasan Mataram ni, jalan2 dia pun da start sibuk exactly mcm kawasan bandar. Lagi2 time tu budak baru lepas habis sekolah. Menurut driver tu, kat shopping mall Mataram ni segalanya pun ada. Kalau nak beli sovenier pun berlambak kat sini. Disebabkan kesuntukan masa + kepenatan, kitaorang x singgah pun bandar Mataram ni..

Once aku sampai @  kawasan pantai Kuta, lombok, aku mcm kena culture shock sebab kawasan tu tak mcm expectation aku. Dari Senggigi yang seems perfect tetibe masuk kawasan pantai Kuta mcm hopeless..Pantai kuta ni dikelilingi perkampungan daif + penuh dgn kanan2 mengemis + berdebu + tak teratur. Jauh / berbeza sangat dgn pantai Sengigi..Expectation aku suppose dia lagi cantik dr Sengigi sbb feedback + recommendation cakap Pantai Kuta cantik dari Sengigi.....

To be honest, pantai Kuta memang jauh lebih cantik dr Pantai Senggigi.. I mean pantai ye...Not location..Sayang sbb accommodation + hotel + keadaan jalan sangat tak terurus..Jalan teruk & berlopak2... Totally, mcm masuk kat kawasan yang tak siap. Good thing is mesin ATM banyak kat sini cuma bank Maybank x ada la..CIMB je aku jumpa..

Kecantikan pantai Kuta & pantai nearbynya memang aku tak nafikan..Utk kecantikan pantai aku bg markah 100% sbb sangat jernih + pasir putih bak mutiara! Kalau datang sbb nak snggah je utk bergambar n enjoy the beach memang aku recommend sangat tempat ni. Tapi kalau untuk stay lagi2 kalau jenis yang mementingkan keselesaan + kebersihan, agak mencabar sket la.... Selain hotel Novotel Resort (harga bilik plg murah value RM 800/ 1 malam- beribu semalam) - the only luxury hotel @ pantai Kuta ni.. Hotel2 lain di sekitar yang ada mcm hotel lama yang tak diurus dgn baik. Ada je hotel2 yang proper + lebih cantik + baru + harga yang better tp jauh skit dari pantai & semua penuh sbb mat salleh yang datang kat sini (kaki surfer) suka duduk sini lama2 sampai berbulan2. jadi bilik senang full. Kat kawasan ni juga kelihatan banyak anjing berkeliaran juga..Hemm













Kitaorang tak ada option lain + terpaksa menginap kat hotel Aerotel Tastura Lombok aje.. Memikirkan cuma bak stay semalam shj sbb mudah nak balik esok, jadi  hari jd aku redha je la... Seriously, duduk kat hotel Aerotel Tastura Lombok ni merupakan pengalaman aku yang plg horror. Hotel Budget kat Malaysia ni pun rasanya masih cantik + selamat lg bbanding hotel ni. Sayang sangat sebab hotel ni kalau view dr luar + condition & kedudukan nampak mcm da ok. Tp keadaan dalam sangat menyedihkan +  sbb pintu tak boleh lock dgn proper + mcm anytime boleh dipecah masuk. Kalau tak sebab husband aku ada, aku pun tak berani nak stay dalam bilik tu. Layanan pekerja hotel tu pun teruk, kalau call tak pernah nak angkat. Kalau minta pepe smua pun tak ada. Cafeteria / restoran dia mcm hidup segan mati tak mau...Ssemua pun mcm tak diselenggarakan dgn baik. Safety pun langsung x ada. Belum pepe, husband aku nak cas phone terus bilik blackout. Toilet dia pun mcm anytime orang boleh ngendap dr tepi..Serious scary..Harga bilik RM 120/ semalam.







Dinding tepi toilet yang scary..Feels like anytime orang sebelah boleh intai & panjat sbb sangat rendah
Disebabkan keadaan bilik dah mcm ni , jadi kitaorang balik cuma utk solat + mandi + tido saje. Most of our time explore kawasan pantai & kawasan sekeliling + cari kedai makan yang proper. Disebabkan aku pregnant, jadi aku kena cari kedai makan yang nampak proper sbb takut food poisoning.

Lepas check in kitaorang terus sewa motor, harga sewa motor pun sama iaitu RP 60 ribu / RM 17 sehari. Tp kat sini dia x bagi helmet + motor pun condition tak elok. Kitaorang redha je la sbb tak de da nak letak expectation tinggi kat kawasan ni sebab tengok orang sekeliling mcm sangat susah..Lepas dapat motor, kitaorang tanya local people recommended place utk makan. Dia suggest Restoran Bule Bule just nearby hotel tu je. Restoran ni famous disini sebb bersih + harga berpatutan + proper + sedap. As recommended, restoran Bule2 ni memang tak mengecewakan. Cuma x boleh nk lepak lama sebb everywhere ada je pengemis cilik yg meronda minta sedekah / jual brg...


Restoran ni ada sediakan kemudahan wifi ;)

Lambakan pengemis / penjual barang kanan- kanak


Lps makan, husband aku plan nak ke Tanjung Ann which according to him pantai tu located just nearby je  ngan Pantai Kuta. So kitaorang pun terus la menuju ke Pantai Tanjung Ann..Aku risau juga sbnrnye sbb langit mcm da nak gelap dgn jalan tak proper, berlubang2 everywhere + x ada lampu jalan + lalu kawasan semak samun + lorong sempit + tak ada helmet + aku pregnant..Tp, disebabkan my husband is my hero jadi aku yakin je la dgn dia..hehehe..I go anywhere for u bebeh..hehe







Pengemis kanak- kanan yang menunggu di sepanjang jalan
Diaorang menunggu sambil tadah baldi utk tujuan mengemis. Macam ala- ala tol Malaysia la
Keadaan jalan menuju ke Tanjung Ann yang teruk

Sepanjang perjalanan tu perasaan aku bercampur baur sebab melintas kawasan perkampungan orang Lombok. Memang tersangat daif rumah2 mereka mcm menanti masa je nak roboh. Aku rasa rumah orang asli Malaysia lg cantik..Terasa mcm sangat sedih tgk nasib mereka..Bumbung + atap dibuat dgn jerami padi je + tanah berlumpur2 + ada je yang releks berkaki ayam + lembu anjing ayam everywhere. Melihat keadaan ni aku tak rasa sistem parit + bekalan air bersih + pembentungan diorang dalam keadaan yang selayaknye utk keperluan manusia ;( Semenangnya survival skill mereka tinggi.

Lambakan Kanak2 mengemis pun kelihatan sepanjang jalanm mengharapkan belas ihsan pelancong yang lalu disepanjang jalan. Sadis + speechless.. Dah la sepanjang perjalanan tu kitaorang terpaksa lalu 1 jalan sempit + kiri kanan dikelilingi semak hutan kering je. Takut aku kalau ada harimau ke tetibe terkam / penjahat ke sabotaj perjalanan kitaorang kan..kalau betul memang helpless sbb kawasan tu terpencil.. Hope menteri2 / ketua kampung / orang yang diberi mandat tengok2 la keadaan rakyat diorang ni...

Pepun, semua kerisauan aku tu hilang sebaik sahaja aku sampai @ Pantai Tanjung Ann.. Pantai tu tersangat Cantik! Pasir pantai dia sangat halus + bersih + putih& lembut! Disebabkan dah lewat petang, masa tu dah mcm tak ada kelibat pelancong lain  dah.. Terasa mcm cuma tinggal kitaorang berdua je + local people yang jual sovenier + makanan ringan yang sedang berkemas nak balik + ada la lembu beberapa ekor berkeliaran kat situ juga.

Pantai Tanjung Ann memang sangat cantik. Memang rasa Lombok bumi bertuah betul. Tapi yang buat aku tak tenang langsung sebab asyik kena kejar ngan penjual kain / sovenier / segala penjual yang ada. Aku da nak ke laut pun diorg dok kejar lg..Adoila..Tension jadinye bila diorang tak henti2 merayu2..kalau sorang je x pe la, ni sampai 5-6 orang jual benda yang sama & smua suruh aku beli ngan diorg..Pas tu bergaduh2 berebut aku yang tak kaya mana ni pulak. erkk, terus aku jd stress.

Again diorg jual kain tenun songket as sovenier which tak banyak pilihan yang aku ada. Kain tenun pula harga dalam RP 150/ 1pcs & smua pulak jual kain + warna yang sama! Sudahnya bagi nak elakkan terus gangu aku + bergaduh sesama sendiri, kitaorang beli je la kain tenun 1pcs sorang dgn harga RP 100/1 pcs [RM 28] lain2 warna. Ingatkan lps beli, diorang da tak kaco aku la kan..Sekali ada kumpulan penjual kain lain pula datang mencuba nasib. Konon2 aku akan nak borong lagi la kalau diorang offer harga lg murah. Dah tak tahan kena kacau, aku suruh hubby balik je la. Even kitaorang nak balik pun still kena kejar lagi merayu2 suruh beli kain ngan diorng. AAAaaa...stress...


pokok macm dalam cerita Harry potter disepanjang jalan..Scary...hehee


Bila sorang datang bawa kain, datang lagi penjual lain sudahnye smua berkampung depan aku begging aku beli ngan diorang. Aduih pening..

Balik je dr Tanjung Ann kitaorang terus masuk bilik sbb da Magrib. Lepas mandi & bersiap semua baru kitaorang keluar utk dinner pula. Husband aku ni memang kaki ronda..so dia pun meronda la kawasan tu mcm tu kampung dia..Kehulur kehilir sampai keceruk dia explore. Aku pulak sambil2 tu usha je la orang yang jual sovernier + kain tepi jalan tu. Mana tau terjumpa anything yang aku berkenan. Sepanjang kat Lombok ni mcm susah je aku nak jumpa key chain. kalau ada key chain pun harga mahal. Bila ingat nk survey tempat lain, sekali kat Pantai Kuta ni x ada langsung pulak. Tak kan semua sovenier utk kawan2 aku nak aku beli kain tenun as sovenier pulak kan. Mahal tu kalau belaja sovenier je RM 28/1 seorang..huhu..Pengsan! Yang ada utk sovernier kat Pantai kuta ni mcm Tshirt harga dalam RP 20ribu [Rm 5/1pcs], beg Lombok / shawl pantai tu dalam RP  30ribu- 100ribu...








Utk dinner malam tu kitaorang pilih 1 kedai tu, tp x sure nama kedai ape sbb mcm x de nama kedai. Kitaorang pilih kedai ni sebbnampak ramai gila customer dalam tu. Yup, memang tepat strategi kitaorang sbb food kat restoran tu pun sedap + tak mengecewakan. Cuma yang aku rimas sebb pengemis budak2 ramai sangat! Bergilir2 sorang2 masuk jual gelang tangan. Kalau beli sorang, kang sorang lagi datang. Sudahnya 1 kampung pun datang. Kesian pun kesian, tp kalau mcm ni gayanya dr orang kaya pun aku boleh jadi papa kedana..hukhuk..Even da cakap tak nak beli pun bebudak  ni asyik paksa suruh beli. Sampai sanggup tunggu kitaorang hbs makan still tak berganjak dr tepi meja kitaorang. Kalau setakat nak tunggu je tak pe la lagi kan, ni siap usik2 barang atas meja kitaorang. Risau pulak dgn keadaan mcm tu, aku & hubby pun angkat kaki balik bilik terus je la..





Sedap pizza ni sbb ada cili padi

Sampai je bilik, kitaorang try nak online tp line internet pun teruk gila. Nak tgk tv, channel smua channel Indonesia je which bahasa dia aku tak faham sbb pekat betul. Penat sangat dah dgn kerenah hari tu then aku tido awal je la..Baik aku rest awal utk bersedia utk hari esok..Huuu.

akan bersambung.....................

0 mereka yang sweet:

Post a Comment

Thanks for your comment dear! =)

P/s: if komen via FB, saya tak dapat notification tau. Jadi, sorry kalau saya lambat reply / tak reply ye..Saya kena manual check ;)

May Allah bless you!