Support saya =) Jom Exchange Link! I will visit Yours!

My Blogger friends

Monday, September 22, 2014

Travel to Lombok (Sengigi beach) Day 2

Assalamualaikum dear,

today nak sambung pasal entri aku ke Lombok. .Click sini utk entri Lombok Day 1

Day 2 (Isnin, 15 September 2014)

Breakfast aku pagi tu sangat best sebab makan sambil menghadap laut + cuaca yang sangat cantik. Rasa mcm aku nak hidup berterusan je mcm ni..hehe..heaven sangat! hilang smua stress!












Lepas breakfast, kitaorang pun berselfie sakan jap sblum masuk smula ke bilik utk bersiap. Hari ni kena check out pada kol 12 pm, jadi kitaorang nak kena cari bilik lain pula since bilik kitaorang sekarang da penuh..

Today, Pihak hotel da berjaya dapatkan motor utk disewa, harga motor sewa tudalam RP 60 ribu = RM 17/ 1hari...once dapat je motor terus kami meronda di kawasan sekeliling..MashaAllah, bila kitaorang ronda kawasan pantai sekeliling, punya la cantik2 pantai dia...jernih sejernih2 nya dgn ombak kuat putih yang membuih..bertuah betul orang Lombok dikurniakan pemandangan cantik mcm ni..









Leka kitaorang berjalan2 tgk permandangan cantik, terlupa terus misi nak usha hotel2 yang available. hehe..Memang bahaya lombok ni sebab kecantikan dia memang boleh memukau orang :P ok hasil berjalan2 kat kawasan sekitar kitaorang pun singgah ke The Chandi Boutique Resort & Spa..Hotel ni pun not bad, view pantai dia cantik & luas. Lepak je rasa bersantai depan pantai & tepi swimming pool..tp sekali diberitahu bilik semua penuh kecuali 1 bilik (garden view) yg terletak jauh sket dari pantai. Emmm, terus rasa mcm x berminat sebab aku nak bilik yg dekat ngan pantai..Pas tu kitaorang diizinkan utk tgk keadaan bilik juga..bila tgk dalam bilik rasa biasa je, rasa x ada istimewa apepun bilik tu (moden simple room)..lgpun harga bilik tu dalam RM 400 lebih..Hubby cakap beza RM 28 je ngan vila jakuzi Puri Mas hotel kan..Atleast kat Puri Mas, RM 500 tu ada jakuzi :P

permandangan tepi Swimming pool The Chandi hotel ni..

Lepak je mat salleh ni baca buku sambil menghadap laut..

Ok selepas tgk hotel ni terus kitaorang buat keputusan proceed ambil je bilik villa with jakuzi @ puri Mas hotel tu. Nasib baik masih ada kekosongan. So kitaorang pun balik semula ke hotel & tukar / upgrade bilik...Sekali bila tgk keadaan bilik..wallawehhhh! Osemmm gileeeee..Rasa berbaloi2...






















Disebabkan bilik ni terlalu cantik jadi kami pun manfaatkan la masa dalam bilik ni..ape lagi, lepas tu je terus hubby aku terjun dalam jakuzi tu & lps tu berendam dalam bath tub yang best tu...perkh, kalau ada bunga boleh mandi bunga terus rasanya...heee..selesa sangat..Punya la best lepak dalam bilik je sampai order makan tghari pun pakai room service ajek...Tghari tu menu kitaorang western style uolls...hehehe





Lepas da solat jamak zohor + asar, kitaorang pun bersiap la utk meronda2 lagi..rugi rasanya da sampai tempat cantik tp dok memerap dalam bilik je kan..Otw nak ke pekan Sengigi tu, ada satu selekoh atas bukit, permandangan dia sangat la cantik! So kitoarang decide nak lepak kejap kat situ sampai pekena jagung bakar..Well life is simple..But simple is more! View dia sangat la cantik + tenang. Angin pun kuat gila...Huuu..Nikmatnye la rasanya hidup time tu...












Jagung ni sedap gila! Fresh + manis sangat..meletop2 dalam mulut...Fresh dr ladang gitew...




lepas makan jagung, kitorang pun sambung lagi berjalan2 di sepanjang persisir pantai tu...Sekali lagi ada selekoh di bukit, kitaorang bernasib baik jumpa rombongan pengantin pulak.Ni 1st time aku tgk wedding di Indonesia..tak sure la if smua tempat akan sama ke tak...Tapi, aku mcm agak terkena kejutan budaya juga la bila tgk wedding ceremony diorg mcm ni..diorg menari2 mcm kat clubbing kau! lelaki pompuan menari campur2..tu x campur lg anak dara n anak bujang nakal yg menari ghairah dalam kumpulan tu...dalam gambar maybe tak nampak sangat, but reality diorg menari dgn sangat meriah sebb muzik band kat belakang tu mcm mini konsert da...emm, for me, mcm tak ada ciri2 keislaman langsung pun..maybe sbb pengaruh hindu yg kuat disini..hemm.Wallahualam...Difahamkan diorg akan menari mcm ni sampai sejauh 5km! siap ada tu berkaki ayam je..Fuh! berasap la jd pengantin...








Kitaorang tak tunggu lama pun nak tgk perarakan ni sbb rasa mcm rimas pulak sbb terlalu ramai orang + jem teruk..nasib baik kitaorang naik motor je..so, kitaorang pun move on la sambung jalan sampai la ke hujung pekan sengigi...Then, lps da jalan sampai hujung kitaorang pun patah balik..masa tu da nak magrib dah...sekali bila patah balik, bertembung lg dgn kumpulan pengantin ni...perarakan ni masih belum habis rupanya..gila kentang betul. Diorng masih lg menari2 di tepi jalan..Aku rasa da berejam da... Huhu hebat betul tenaga diorg ni..Disebabkan jem, n nak tunggu diaorg selesai, kitaorang pun melepak la ditepi bukit tu lg sambil tgk permandangan sunset...














Enjoy betul lepak tepi laut ni sambil minum air kelapa + makan jagung panas..tp disebabkan aku preggy jadi tak boleh la minum air kelapa..hubby aku je yang minum sorang...Dia cakap air kelapa tu sangat fresh sbb kelapa muda..Huhu..untung la orang Lombok, semua kat sini pun fresh sbb tanam sendiri...

Lepas da melepak tgk sunset, kitaorang pun sambung jalan lagi nak tgk kawasan sekeliling...Find out kat sini service Spa & massage bersepah2...Harga pun murah2...Kitaorang pilih Orchid spa sbb tgk mcm ramai tourist ke situ..harga pun not bad, murah je..Urut 1 badan RP 60 ribu/ 1 jam..kalau urut kaki pulak RP 50 ribu/1 jam..Aku pilih urut kaki sbb kaki aku da sakit2,..maklum la ibu mengandung kan..habis kaki lenguh2..Aku tak tau pun sebenarnye orang mengandung tak boleh main pakai hentam berurut..Doktor cakap x boleh berurut bahagian perut je..Nasib baik masa mengurut tu, tukang urut tu tanya aku dulu knp tapak kaki aku keras, dia tanya la kalau aku hamil. Aku cakap aku hamil 5 bulan..Dia kata kalau orang hamil ada bahagian di tapak kaki tak boleh ditekan sbb akan effect rahim,..Jadi dia pun urut slow2 manja2 je la kat kaki aku ni ha..huhu...Fuh! nasib baik diorang ni terlatih..Tp kesian ngan nasib diorng ni, gaji sebulan RP 600 ribu / RM 170  je sebulan n keje hari dr 10 pagi- 10 malam...


Lepas da berurut kitaorang pun terasa lapar. Plan this time nak try kedai makan yang nampak menarik..Kitaorang pilih The Taman ni sbb suasana dia yang menarik + ada live band. Selepas confirm restoran ni halal, kitoarnag pun terus booking menu makanan yang  ada








Then, lepas makan tu kitaorang pun terus lah balik ke hotel smula..tp kitaorang refuse nak rehat & tido awal sebb tonite last nite da kat pantai sengigi & hotel puri mas..jadi kitaorang pun menghabiskan masa selama mungkin kat tepi pantai hotel ni..So, Kitaorang pilih utk melepak kat gazebo hotel ni yang membelakangkan laut + order oren jus + teh panas + french fries sambil online & bersantai2 sampai la lewat malam...huhu masa ni rasa mcm beratttt je rasa nak tinggalkan Puri Mas hotel & pantai sengigi..heaven sangat!







akan bersambung.....

0 mereka yang sweet:

Post a Comment

Thanks for your comment dear! =)

P/s: if komen via FB, saya tak dapat notification tau. Jadi, sorry kalau saya lambat reply / tak reply ye..Saya kena manual check ;)

May Allah bless you!