Support saya =) Jom Exchange Link! I will visit Yours!

My Blogger friends

Wednesday, November 19, 2014

Journey mom to be : bartholin abscess

Assalamualaikum my dear blogger

This time, nak share experience aku kn tahan wad @ hospital pusrawi pulak. Aku kena tahan wad sebb kn infection. Infection ni buat kan ms V aku bengkak, mcm ada bonjolan keras & rasa sakit bila nak duduk. kalau meneran, bahagian tu akan semakin membesar. Aku pun tak sangka pun boleh kn infection ni sbb ingat mcm infection biasa, jd semalam masa dtg hospital buat monthly checkup for pregnancy (da masuk 30 minggu ni),aku suarakan skali permasalahan aku ni @ doktor. skali bila doktor check, ckp aku kena bartholin abscess pulak.


mula2 Aku x anggap serius pun bengkak ni sbb aku dah rendam ms V aku ngan air panas + air garam. Lps rendam tu rasa lega & bengkak pun da surut sikit. jd ingat lama2 akan hilang la nanti. Biasalah sejak pregnant ni, hormon aku asyik x menentu. Pregnancy aku asyik buat aku terkencing2 tiap 5 minit, jd logik la kalau aku senang kn infection. Sbb area Ms v tu selalu lembap & basah. Kadang2 tu smpai melecet2 area tu..aish..dugaan..

Btw, Sakit bengkak di area ms v ni da berlarutan selama 2 hari sbb aku nak tunggu jumpa doktor masa appointment je nanti. oh ya, monthly checkup pregnancy aku adalah dgn doktor Asmah dr Hospital Pusrawi. Ni la untung nye cari doktor pompuan je, so kalau ttibe ada kes sulit mcm ni tak la segan sgt nak bg doktor check. Hehe. 

alkisah bilanya skrg tak pasal2 aku kn tahan wad pulok..Aish, Nasib baik la aku ada personal Insuran yg cover iaitu Prudential, tp Pusrawi pulak bukan direct panel bawah Prudential, Pusrawi rupanya under Prudential BSN. Insuran prudential aku still valid, cuma aku kn pay & claim later. Insuran prudential aku rupanya direct cover hospital lain spt tawakal, gleanegles, Prince court!!? Demm, menyesal gila x report sakit @ prince court je! Behehehe..

Ok, back to story..so far with doktor Asmah ni ok je. Aku pilih dia jd gynea aku smpai aku beranak nanti. Sepanjang pregnancy dia just refer report  / buku pink dr klinik kesihatan. Utk pengetahuan korg, spjg pregnancy ni aku buat 2 kali checkup. 1st sesi checkup dgn klinik kesihatan salak selatan, 2nd sesi checkup ngan hospital private pulak sbb aku plan nak bersalin @ private je. Utk pregnancy kali ni aku pilih hospital Pusrawi KL sbb byk positif review pasal hospital ni & harga pakej bersalin pun affortable lg. cuma tahun ni dia da naik harga pulok 😭

Ok, Yg bagus bila buat checkup @ klinik kesihatan, diorg akan sgt detail pasal ur health, ur weight, your blood & etc. Jd kalau kena diabetes ke, darah tinggi ke, kurang darah ke memang diorg pantau betul2..lg bermasalah pregnancy korg, lg byk la appointment korg ngan doktor nanti...Cuma weakness checkup @ klinik kesihatan, diorg kedekut nak scan baby sbb equipment scan diorg x canggih.slain dr tu, bersiap sedia la bcinta kalau appointment dgn doktor gomen ni sbb berejam nak tunggu turn. kalau scan pun skali je after da 5 month & x jelas pun..kalau scan @ private seawal kandungan 2 minggu pun boleh detect! Sbb tu bila check up @ private, doktor private just refer buku pink/ report dr klinik kesihatan je, sbb report about ur health dah detail. Jd bila turn check up @ private, doktor cuma scan baby je la.. Yg best scan @ private memang boleh nampak development baby dgn detail & gambar baby pun jelas 😘 so far my baby sihat walafiat dgn jayanya, alhamdulillah..berat baby utk 30wk ni pun normal iaitu 1.5kg je. Good anak mommy ;) hope kamu x besar sgt sblm mommy keluarkan kamu ye sayang..🙏🙏🙏

Cuma tu lah, time pregnant ni ibunye lah selalu sakit2! Da la suspected diabetes lps minum air gula, jd aku kn control diet! So aku Kn avoid makanan manis & high carbo. Pas tu bila da suspected diabetis, ibunye la kn masuk kategori berisiko sbb chances baby besar & complication masa bsalin nanti tinggi. Jd jgn main2 kalau nak pregnant, yg nak jd ibu kn makesure sihat fizikal & mental. Mcm kes aku, da la x jaga berat sblm pregnant (overweight), Pas tu sbb hormon x stabil, antibodi kurang, jd mcm2 ragam la moment pregnancy aku. Awal2 dulu morning sickness pun teruk, nasib baik hilang lps minggu ke-12. Lps tu suspected diabetis pulak lps minum air gula jd bcinta la kn buat appointment dgn doktor, kn buat blood test almost every week bagai.. Pas tu now kn infection pulak...huhu..infection pula bukan simple2 terus kn minor operation & tahan wad pulak 😭. Yup solution utk bartholin abscess, kn buat minor operation (pls google)

Now bermula la kisah aku kn tahan wad @ pusrawi ni. Kejap lg turn aku pulak nk kn minor surgery..huu scary! Pepun, Hope sgalanya bjalan lancar. Nanti aku review lebih detail pasal service @ hospital pusrawi ni ye. 😘👍 w'salam.







Comments
1 Comments

1 comment:

  1. How to withdraw at the casino without playing? | DRMCD
    The only way to do 순천 출장샵 this is to get an E-wallet 제천 출장안마 to your 세종특별자치 출장샵 site. This can be done by using a 오산 출장샵 P&P/Money method, using a Bank transfer 양산 출장마사지 method, eWallets and P&P

    ReplyDelete

Thanks for your comment dear! =)

P/s: if komen via FB, saya tak dapat notification tau. Jadi, sorry kalau saya lambat reply / tak reply ye..Saya kena manual check ;)

May Allah bless you!