Haa..Aku sangat geram sebab da setahun dah perkara ni terjadi. Aku bersabar dan bersabar akhirnya hari ni juga aku ambil tindakan..Haha
Ni semua gara2 jam tangan yang aku belikan untuk Encik Ehem2 aku sempena birthday dia last year. Niat indah asal aku nak bagi hadiah yang boleh kekal lama dan bermakna tapi tak sangka pula jadi yang sebaliknya. Dah la aku beli jam tu mahal2 pas tu da la masa nak beli dulu merayu bagai nak rak supaya bg diskaun ke..Tapi tak perdulikan permintaan aku pun. Hah! Now bila da rosak tak nak bertanggung jawab pulak. Tak sangka niat ikhlas tu bertukar menjadi penyesalan yang tiada kesudahan..
Haish...Aku pun pelik, Encik Ehem2 aku tu x de pun bawa jam tu pegi swimming or diving sampai ke dasar laut... Paling teruk pun dia pakai bawa tidur atau ambil air sembahyang. Tp, dah nama pun "100-meter water resistance"..Ni jangankan kedalaman bermeter2, rendam dalam cawan pun boleh masuk air..Siap berwap dan bertakung. Aku beli beratus2 harganya sekali tgk da macam jam RM 1O jek..Ni jam yang aku beli tu <Jam> aish,..cantik kan?? Huk...
Then, aku pun pergi hantar balik jam tu ke kedai yang aku beli di Pertama kompleks..Nama kedai tu PUSAT JAM PERTAMA..Masa aku datang tu dia ingat aku nak beli jam kot, jadi manis je la muka diaorang kan. Tapi, bila aku cakap aku nak pulangkan jam sebb rosak terus muka diorg jadi bengis. Siap tokey kedai herdik aku . Mementang la aku ni perempuan, then datang pun sorang2 kan. Hehe.. Berani tak aku? Hehe..Sebenarnya time tu aku pun cuak...At the end dia suruh tinggalkan jam tu ngan warranty card then dia akan hantar ke HQ untuk repair. Aku minta replacement dia kata bukan salah dia jam tu problem, salah HQ. Siot kan? Grr...Orang beli pakai duit, dia ingat aku bayar pakai daun kot..Huk..
Ingatkan bila da repair tu then problem akan settle, sekali tak sampai seminggu lepas tu masalah yang sama berlaku lagi. Jadi, begitu lah kisahnya sampai la kali ni da masuk kali ke3 aku buat lawatan rasmi ke kedai tu. Tapi, masalah jam tu masih sama juga. Then, aku suspek if diaorng ni repair ke tidak jam tu sebb tak elok2 juga jam aku tu. Yang aku risau sebab tempoh warranty dia da nak tamat. Kalau rosak after warranty lagi rugi la aku sebb asyik keje nak datang nak repair jek. Sekarang ni masalah makin serius, jam tu pulak dah tak berfungsi. Semuanya berlaku dalam masa setahun. Mana aku tak cakap teruk??
Then, sebabkan da geram punya pasal hari ini aku dah send email complaint ke HQ dia @ http://www.casio-intl.com/support/repair/wat/. Aku cari website dia then cari alamat email dia. Humm..Sempat juga la aku ugut if tiada tindakan dr mana2 pihak untuk bertanggung jawab aku akan buat aduan di Consumer Tribunal or Kementerian pengguna tu. Terus diorg reply email aku lepas tu.Hopefully this time masalah akan selesai, kalau tidak memang terpaksa lah aku sambung wat aduan ke kementerian pengguna untuk membela diri sendiri...Harap2 diorg dapat selesaikan masalah aku cepat sebab aku tak nak pun nak besar2 kan cerita....Sekarang ni pun email komplen aku ke HQ dia dok main reply jek mcm chatting, masih belum ada tindakan yang produktif pun untuk membetulkan jam aku tu...So, sape2 nak beli jam pas ni sila hati2.. Mahal pun belum tentu berkualiti gak :(
Support saya =) Jom Exchange Link! I will visit Yours!
My Blogger friends
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sya pun penah alami masalah yg sama, kedai di pertama kompleks ni mmg bg harga murah sikit dr kedai lain, tapi sevis aftersale dia mmg teruk. Sya dulu ada beli g shock mudman then return balik jam tu sebab ada probem sikit pd display jam,dorang pun xnk tggjwb dn suruh hntr servis center yg makan masa 2 bulan. Jd sya smp bergaduh di kedai dgn dorang. Nasihat sya, jgn beli di pertama kompleks tu dah,byk jam yg nampak baru tetapi sebenarnya jam tu yg recon atau dibaikpulih nampak mcm baru. Mmg penipu sana...baik kamu beli di dealer casio yg sah contohnya di kedai g shock. Boleh check almat dia di marco.
ReplyDelete