Support saya =) Jom Exchange Link! I will visit Yours!

My Blogger friends

Friday, April 13, 2012

Festival Pengantin KL 2012...AWeSome!

HOyehh..Now ni musim orang kawen2..Tiap2 tahun pun ada je jemputan kawen..Hehe..Selama ni aku cuma jadi tetamu jek, for this time da sampai seru untuk aku fikirkan masa depan sendiri pula..Life is amazing and unexplainable..

Okeh,  last weekend aku ke festival perkahwinan yang dianjurkan di PWTC, KL dan PICC, Putrajaya (06-08/April 2012). Tu dia, sampai sekali dua tempat kitaorang pergi sebab nak dapatkan harga yang terbaik punya pasal.Memang pack dan rush sebab masa expo tu sangat limited. Kitaorang pulak datang lambat sebab ada hal lain di sebelah pagi, belah petang tu terus shoot ke dewan tersebut.. Ni first time aku pergi ke festival ni dan betul2 serius untuk survey dan look for the best offer. Seriously, masa kitaorang pergi tu memang knowledge pasal wedding ni x ada langsung!

Disebabkan kitaorang datang lambat jadi masa untuk kitaorang survey kat dewan PWTC tu pun da limited. Kitaorang start survey pd hari Sabtu iaitu hari ke2 event tersebut. Pekh! masa tu PWTC punya la pack..Parking almost x ada sebab diorg combine wedding fair tu dengan home & lifestyle Exhibition gak. Tambahan pula PWTC Tu terletak di tengah2 KL dan hari tersebut pun hujan. Jadi, memang agak tension la..So, my advice for next couple yang tgh survey2 tu, better korang pg expo tu seawal mungkin. Exibition selalunya 3 hari, jadi on the 1st day tu patut korang da collect semua brochure dan da pusing semua booth, dapatkan semua info in detail then balik baru discuss dan decide. On the next day, baru la best dan tenang sikit sebab korang akan ada masa nak nego dan shortlist kedai2 yang berbaloi dan berkualiti. Kalau x buat preparation before datang, memang akan stress sebab tak tahu mana satu nak pilih..


Festival Pengantin di PWTC, KL.
Ok.Macam kitaorang ni disebabkan da datang lambat, jadi agak rushing. Masuk2 dewan je terus rambang mata, x tahu nak mula dari mana. Jadi, kitaorang pun berhenti la di setiap booth dan tanya pakej2 catering,  harga, barang apa boleh dapat dan sbgnya. Memang agak tension sebab semua harga pun nampak murah dan semua benda pun nampak cantik..Ye la, da nama pun wedding fair, masa ni la semua kedai pun galak wat promosi gempak2. Namun, walaupun sangat letih  sebab terpaksa pusing 1 dewan tapi kenangan tu sangat la menyeronokkan! Pengalaman yang best! Especially part Food testing..hehe..Kenyang da makan semua nasi minyak diorg tu, Semua pun sedap2..Jadi, nak menyenangkan keje kalau food tu rasa x sedap, terus jek kitaorang reject..hehe

Objektif asal cuma nak survey harga dan  lock harga untuk catering jek sebab risau kalau lepas election nanti, harga makanan akan mahal. Jadi, kitaorang pun pusing2 satu dewan tu dan  fokus survey harga catering sahaja. Sekali x sangka rupanya banyak company yang dah sediakan pakej All in one sekarang ni. Jadi pengantin cuma tinggal basuh kaki sahaja nanti. Senang sikit kalau pakej All in 1 ni sebab nanti cuma liaise dengan 1 company je..X la pening kepala kalau buat asing2 sebab nak kena liaise dengan ramai orang pulak.

Apa tu pakej All in 1..hehe..Maksudnya semua pun dari A-Z dalam 1 harga. Contohnya Pelamin, Makeup, gambar, catering, kek, barang cenderahati, kad kawin semua boleh dapat dalam 1 harga. Berbaloi2..Ada tu siap offer percuma barang elektrik macam TV or pakej honeymoon. Hee..Masa ni best la sebab boleh nego dan  dapat banyak benda free..Cuma kena hati2, sebab ramai gak cakap selalu diorg ni berjanji melangit masa wedding fair. Bila da bayar deposit pas tu nanti masa hari kejadian, lain yang kita rancang lain yang dia buat.Hopefully x jadi mcm tu la..Aminnn..So, to avoid that kena selalu follow up and check gambar dan hasil2 kerja syarikat2 ni sebelum proceed dengan diorg..

Macam kitaorang, x boleh nak buat decision on the same day. Terpaksa balik dulu pikir sebab terlalu banyak pilihan, tp semua tu pun masih belum meyakinkan hati. Then kitaorang decide nak try pergi ke festival Pengantin di PICC, Putrajaya pd keesokan harinya.

On Sunday, kitaorang terus ke Putrajaya. Bila sampai kat dewan tersebut nampak mcm sunyi, tp bila masuk pun ramai manusia juga, tp maybe la x seramai di PWTC. Kitaorang pun proceed survey dan survey tp di PICC ni tak  menyediakan pakej All in 1 mcm di PWTC pulak. Di PICC ni mcm lebih banyak butik pengantin, kad kahwin dan gambar dari perkhidmatan katering. Kalau di PWTC katering dia memang banyak bersepah2 pilihan..Disebabkan kitaorang kesuntukan masa, lepas da survey dan survey sekali kitaorang da dapat apa yang kitaorang jumpa dan sangat berbaloi2..Tak rugi pergi 2 tempat jauh2 sebab outcome dia pun sangat puas hati..Rasa lebih yakin dengan keputusan kitaraong. Jadi, kitaorang pun decide lock kad kahwin dan katering di PICC..Untuk gambar kahwin kitaorang lock Ministry Of Moment dari festival pengantin di PWTC..

Now, baru aku paham kenapa orang cakap bukan senang nak kawen..Hehe..tp proses perjalanan dan pengalaman tu sangat best! :D

Alhamdulillah, now aku da lega sebab semua persiapan kahwin da ready, cuma tinggal nak sewa dewan jek! Weee~ Mohon Allah permudahkan urusan kami...Amin..

Brochure Pakej All in 1



Festival pengantin di PICC, Putrajaya

0 mereka yang sweet:

Post a Comment

Thanks for your comment dear! =)

P/s: if komen via FB, saya tak dapat notification tau. Jadi, sorry kalau saya lambat reply / tak reply ye..Saya kena manual check ;)

May Allah bless you!