Setelah berminggu-minggu meng- google barang apa aku nak guna untuk door gift, akhirnya aku terfikir nak try buat sendiri je semua barang2 tu sebab yang dah ready made semua pun mahal! (Acecece, yeye la tu) :P Pening aku memikirkan semua barang untuk door gift semuanya agak costly..Bayangkan la busuk2 pun untuk door gift RM 1 x 1000 pax...RM 1000 untuk dibuang begitu sahaja... Huk..No wonder la artis2 sekarang ni dok sebok nak dapatkan sponsor...Jenuh da aku pikir barang apa yang murah / berpatutan / berkemampuan untuk door gift tu..Bukan sebab kedekut tapi mengenangkan macam membazir jek, buat aku cuba untuk dapatkan harga terbaik supaya tetamu suka dan aku pun puas hati. Tapi hakikatnya, susah gila nak cari barang cenderahati yang murah & less than RM 1 sekarang..Semua pun 1.50 and above!
So, dalam masa aku sedang menimba ilmu tu, aku dapat few advise & tips dari few blogger yang nasihatkan supaya door gift kita tu biar something yang praktikal. Dia cakap sekarang ni banyak wedding yang bagi door gift yang ntah pepe sampai selayaknya untuk masuk ke dalam tong sampah je! Agak sentap la juga kan mengenangkan door gift yang kita bagi & susah2 usahakan tu akan masuk ke tong sampah..Tapi kalau difikir2 kan, ada betulnya juga tu sebab aku sendiri pun kalau pergi wedding orang, kalau dalam tu coklat ke, food ke, terbiar berkulat macam tu je la.Bukan membazir, tapi bayangkan la kalau sehari tu ada 2-3 majlis even sampai ada 7 majlis! bape banyak door gift yang kita akan dapat? Then da nama pun pergi ke majlis kenduri,confirm2 la perut senak dengan makanan. Kalau dalam door gift tu buh makanan macam coklat ke, kuih ke, gula2 ke..Alamatnye berkulat ler..Jadi habuan semut pun ye juga.Lagi2 kalau da balik rumah dari majlis tu, confirm penat then ntah2 mana2 je la door gift tu dicampak2...Yang ni, bukan aku je buat, kawan2 aku pun ada yang mengaku buat benda yang sama...
Then, ada juga yang bagi nasihat jangan bagi barang yang pepelik or barang yang selalu orang da bagi sebab tak semua orang suka jadi collector or pandai menghias rumah. Ada siap cakap lagi dengan ruang yang semakin sempit dan limited da tak ada tempat da nak simpan barang2 tu..Lagi2 kat bandar ni, jarang da orang nak hias rumah dengan barang2 kahwin :P Jadi, barang2 yang kurang bermanfaat tu akan terbiar berhabuk di dalam kotak.....Huk..sedih..sedih..Jadi, disebabkan aku tak nak la duit aku disia2kan begitu sahaja, jadi aku cuba la memikirkan apa je door gift yang menarik dan terbaik sebagai tanda penghargaan kepada tetamu yang datang nanti...
Ok. now aku kena continue survey dan menimba ilmu sebanyak mungkin untuk mendapatkan hasil yang terbaik..Dalam entri ni aku ada fikirkan cadangan2 yang sesuai untuk door gift tu...Aku tak rasa nak letak makanan dalam door gift, tapi maybe la letak something yang tahan lama :P
Bukan makanan
1. Tasbih: aku survey online, paling murah RM 1.50 & ada minimum order
2. Sejadah: paling murah RM 3.00 ----> gLUrp! RM 3.00 x 1000 = RM 3000???? oH Noo..
3. Yassin : RM 1 x 1ooo = RM 1000 (ok la & bermanfaat juga kalau dimanfaatkan) tp kena be careful with it, kena bagitau tetamu la supaya diorg tak baling2..
4.
Butang baju Melayu :ramai da orang bagi macam ni..
5
. Brooch: ramai da orang bagi yang ni..Tapi, harga brooch tak murah juga..RM 2 and above!
6. Perfume kereta : paling murah jenis Paper Air freshner (RM 1.50)
7. Personalized candle : standard semua harga aku tengok RM 2-4
8. Hand made item : lagi la mahal, tp kalau buat sendiri if rajin maybe la worth it...
9. Newly idea : VCD yassin / doa2 harian
Makanan
1. Honey: kalau ada bajet lebih ok la..Madu tak murah ok!
2. Kerepek : kena make sure pembekal yang bagus..Tak nak yang cepat rosak + keras + x sedap.
3. Kacang: x sure mana nak cari...
4. Kismis: rasa macam nak beli kat anak2 yatim yang selalu jual tepi jalan tu so boleh support ekonomi diorg juga :D
Banyak da website yang jual door gift for wedding..Antaranya seperti di bawah...
1)
http://mazsacrystal.wordpress.com/
2)
http://www.renowngift.com/shop/
3)
http://www.weddingcottageonline.com
Ok. Sekian for now! ~___~