Support saya =) Jom Exchange Link! I will visit Yours!

My Blogger friends

Wednesday, May 9, 2012

mOod kawen2 :D

Aaa..Serius..tekanan semakin terasa..Semua kawan2 aku sekarang semua sudah meriah berlumba2 untuk kahwin. Ehee, jemputan kenduri kahwin pula semakin overloaded..Tapi, aku ni pula badan je semakin bulat :P Ni semua salah kenduri kendara itu...Haha..Teeet!

Ehee..Dah tentu lah aku pun tak boleh lari dari kena soalan rasmi diaorang kan..Mesti ada jek yang bertanya bila pula majlis aku..Ngee...Soalan tu susah nak jawab..hahaha..Pepun jodoh rezeki semua di tangan Allah :) Memang stress memula sebab nak kahwin ni banyak benda nak kena fikir..Duit, keluarga dan sebagainya..Kalau tak ready fizikal mental memang boleh down. Tapi, betul la kot apa yang orang tua cakap...Nak buat benda baik ni insyallah Allah akan permudahkan cara...

Alhamdulillah, akhirnya berkat doa orang ramai ada juga la pertunjuk dan tanda2 positif pasal masa depan aku mengenai alam perkahwinan ni..Entah dari mana datangnya, tetibe last few month kitaorang redah ke wedding fair dan terus lock harga & book katering, pelamin, kad dan juru gambar..Then pas tu aku pun kumpul kekuatan bagitahu family aku pasal rancangan kitaorang nak kahwin..Sekali tub tub bapak aku bagi green light! Then, last few week bf aku da jumpa bapa aku untuk bincang pasal majlis merisik dan jumlah hantaran..Then Next month family dia akan datang merisik..

Aku?? Ngeee..Serious nervous! Perasaan ni speechless bercampur sweetness..hehehe...Semakin bergelora dan berombak dada ni bila tgk majlis2 kahwin kawan2 dan artis2 yang meriah...tetibe aku rasa jalan tu memang dipermudahkan tuhan..Aku rasa macam tak percaya, moment tu semakin hampir...Something yang dulu cuma angan2, semakin menjadi realiti...Rasa berdebar2 dan sedikit takut..Perasaan yang bercampur2 macam bahan masakan dalam blander..hehe..Emmm, layak kah aku untuk bergelar isteri?? Mampukah aku menggalas tanggungjawab yang besar tu? wallahualam..Semoga Allah bagi kekuatan untuk aku dan dia untuk menempuh setiap dugaan dan perjalanan hidup kitaorang selepas in..Banyak lagi yang perlu dilalui...

Meanwhile, aku tumpang sangat seronok dengan wedding Awal & Scha!! Semoga berbahagia sampai akhirat..korang memang super sweet! Thanks to Oh Bulan & facebook Schawal untuk semua gambar & video diorg yang cantik & gojes ni..Tunggu Astro memang tak merasa la aku :D




Hope someday, my day will come with bless and sweetness =p..Insyallah....Amin...

0 mereka yang sweet:

Post a Comment

Thanks for your comment dear! =)

P/s: if komen via FB, saya tak dapat notification tau. Jadi, sorry kalau saya lambat reply / tak reply ye..Saya kena manual check ;)

May Allah bless you!