Support saya =) Jom Exchange Link! I will visit Yours!

My Blogger friends

Friday, November 30, 2012

my Pre wedding photo session!

Good after noon my dear!

Sila baca email attachment ini....jeng jeng jeng...ini email dari studio photographer aku...


Huyehh! seronoknyeee! tu tandanya lepas ni adalah masa untuk buat membuat Pre wedding photo shoot...terasa mcm mat saleh plak nak berpre-wedding2 ni kan..hehe..kalau la bapak aku baca statement ini, confirmed kena tepek dahi sebiji..hahaha

Thanks to my lover! Dia dah merealisasikan impian aku utk buat pre wedding photo..Hee..FYI, aku tak membazir tau..Aku nak je buat mcm yg orang len buat tp biarla dengan harga yg kita mampu..hee..so dia ternampak promosi di groupon utk photographer..Guess what!..murah gila kot harga dia! hee...Jadi tanpa membuat masa terus la dia beli..hee..now da confirmed da arrangement utk pre wedding photo tu pada 11/12/12 nanti...Bos aku pun da approved cuti aku..Huyeehh! jadi itu lah dia..hari mengedik2 n melompat2 akan tiba..hahaha...hope service dia berbaloi la ek..Heks! :D n of coz I will review later ;)

Smile Photography


Kalau korang tgk dalam email tu, dia pulak tanya aku nak buat tema apa utk pre wedding photo kitaorang nanti..


Themes :
( ) Lifestyle ( ) Classic ( ) Oriental
( ) Vintage ( ) Elegant
( ) Other  (To be confirmed later)

Color Themes and dress code :
To be confirmed later

Location :
(/) Studio
(/) Outdoor  (To be confirmed later)
( ) Outstation
 

Ok, till now aku pening cari idea.haha.sekali ternampak pre wed photo apek ngan leuniey..Perkh! Sweet n simple! Hee..nak mcm tu! nak macam tu!Mengadee! haha.. tp aku rasa confirm bakal mak mertua aku akan tarik telinga..heee..Jadi tak boleh ar buat version apex and cik puan nye itu..hahahaha

So, sekarang masa untuk survey and google idea Pre wedding photo..

idea..oh idea...jom skodeng2  ;P

Most favorite! 
Gambar apex dan Leuniey!

This soo sweet....tp x leh lak nak wat sebelum kawen..kikiki...apek x pe ar, dia lagendd...hihi..opps!

Wah! mcm citer korea lak ek...heeee

Sweet!
Sukaaaa sgt!

Ok ini super sweet!

Simple but sweet gak ;) Nurul Syuhada Dan Amir

happy sweet! Sheikh Muzaffar dan Dr. Halina

Sheikh Muzaffar dan Dr. Halina

sweet gak!! Yasmin Hani & Shaarin



aaaaaa! time utk diett jugaaakkk!!

Tuesday, November 27, 2012

Dsadar Mnp (MUA) buat promotion / program DUTA KECIL!

Good day my dear!

Korang ingat tak dulu aku pernah share entri pasal MUA ni dulu? Aiippp! kalau korang tak ingat, please pretend korang ingat.. [klik sini utk flash back]...Tehee....Sebelum korang konfius ngan status aku ni bek aku explain..:P

FYI, dia bukan buat promotion diskaun harga makeup or nak cari model utk makeup dia tau..Dia kata dia nak cari DUTA KECIL utk service dia..entah la pulak mcm mana  rupa program yang dia nak buat tu sebab dia pun tak bg description / explaination....So aku mcm agak suspen juga la ni kan :D ...haa..mesti korang pelik apa yang aku merapu ni kan..Haaa~ please continue to read this..Aku nak share something suspen pasal MUA ni..Pasal my MUA [Dsadar Mnp]..

Ibarat nak menghangatkan suasana..Today dia buat promotion / program untuk tambah side income kita katanya..Tak sure la pulak aku apa yang dia nak buat untuk tolong kita semua..Apa maksud tolong kita tambah side income tu pun aku tau.. Harap2 bukan MLM la ye kak :P (assume konon dia baca entri aku ni)..hehe....Mana la tau untung2 dia ajar kelas design inai ke, kelas makeup ke..awesome gak kan?? ilmu yang berguna harus dicari..kalau betul la akak Manap Dsadar buat aktiviti2 yang memberi manfaat dan faedah kepada kita semua..pulak tu kalau benda tu memberi kebaikan untuk jangka masa panjang, memang byk la pahala dia nanti :D

kat dalam FB dia, dia cakap macam ni.....

salam,
Sy ada berita baik nak share ni. Kepada sesiapa yg berminat untuk menambah pendapatan sampingan, sy nak umumkan sy tengah mencari ' duta kecil' untuk DSadar Bridal & Spa. Yang sy perlukan buat masa ini cuma 5 orang sahaja.

Syarat penyertaan :

- Blogger yang aktif
- Selalu online
- Bijak berkomunikasi
- Penyabar dan kuat berusaha.

Sy tak cari model ke ape...ni khas untuk yang nak tambah pendapatan sampingan.
Untuk yang berminat , sila inbox dengan tittle " DUTA KECIL" dan berikan maklumat anda spt blog url dan kenapa sy perlu memilih anda.

5 orang sahaja akan dipilih.
 
 
Sila klik sini utk ke FB beliau sendiri ye :D 

Sunday, November 25, 2012

hunting door gift di Kaison (Paradigm mall)

happy weekend dear!

semalam aku & en tunang singgah kjp ke rumah kakak dia di Shah Alam..Jadi, otw balik ke KL tu, aku singgah ke Paradigm mall di PJ sebab nak singgah ke Kaison..

haa..mende lak Kaison tu kan? tehee..Ok, I will share with u..[tehee, padahal aku orang terakhir agaknye yg baru nak tau pasal kaison ni]..muahaha!..x pe, nak share gak & buat muka confident jek :P kekekeke...ok...for B2b yg excited nak kawen ni, confirmed korg akan meroyan mcm aku kalau da masuk kat kedai ni..thanks to my b2b friend a.k.a my opis mate (diana) yg introduce kedai Kaison ni kat aku..

ok, korg google la paradigm mall ni kat mana..then kalau korg da smpai kat situ, korg nek escalator & naik ke tingkat 3..kedai tu betul2 dpn escalator..( sila tanya customer service kalau x tau ek)..hehe

wee~ok.. seriously beb! masa masuk Kaison ni aku meroyan 3 suku kejap.. sbbbb brg2 dalam kedai ni semua sgt cute & berpatutan...semua kategori pun ada, bunga2, hiasan rumah, kaca pelbagai design & shape, anak patung pelbagai jenis, alat tulis, buku, keperluan utk buat parti, kotak hadiah pelbagai jenis & ofcoz byk pilihan door gift yg menarik juga ;)

so, makanya itu aku sgt excited sebab aku da jumpa few item sbg backup door gift aku incase kalau aku x sempat nak siapkan DiY door gift aku tu..hehe..kena stanby backup for worst case ;p

haa~ check this out! item yg aku jumpa! majority pun brg less than rm 2!

sgt happy! :D wish to have kedai mcm ni someday!

p/s: sorry dear..gambar tak clear sebab pakai iphong 3g yg sudah jatuh jutaan kali ;)

Flowers heaven!
Love candle yang sweet!
My love in Paris! Eceh..
Alololoeee....cute!
Murah..murah..
Sangat real! rasa mcm nak makan!
Kotak hadiah pelbagai design & warna
macam2 pewangi pun ada..
pewangi bilik ;)
Aku suka canvas stitch notes ni..sweet!
bekas utk door gift
Aku suka lilin buah ni..cute, cantik & murah juga ;)
Button flat back yang cute pun banyak ;)
Pewangi kerete yang murah!
Bunga yang ada pelbagai pilihan
Stitch notes ni pun romantik n cantik..sesuai utk buat door gift jugak..

Tuesday, November 20, 2012

Submit borang nikah: done!

Good morning dear!

Sorry dear sebab lama tak hupdate..Memang tak terkejar nak buat banyak benda da sekarang ni..Count down lagi 2 bulan da nak kahwin.. Thanks aku ucapkan kepada follower & my silent reader yang bila jumpa aku so far semua pun bagi positif feedback pasal blog aku..Thanks korang! Thank akak! Thank adik!..May Allah bless yoouuu dear! Heee...So, disebabkan semua feedback2 tu, makanya akan aku gagahi juga utk teruskan mission aku ni utk buat entri yang berguna pada B2B yang perlukan reference untuk perkahwinan diaorang juga...

Entri aku kali ni, aku nak share pasal pengalaman aku submit borang kebenaran utk nikah..Aku plan nak nikah di Masjid Negara...Alkisah, aku purposely apply cuti hari Jumaat lepas sebab nak submit borang nikah tu..Assume konon weekday tak ramai la orang kan..Tapi sangkaan aku melesett sama sekali! haha..Ok, nanti aku share what happen ye.. For now, aku nak share step2 nak hantar borang tu sebabbbb masa aku nak submit borang tu punya la confusing! Checklist dalam borang tu pun tak membantu sangat sebab tak lengkap..Jadi, ini adalah kisah benar! apa yang berlaku ini adalah berdasarkan pengalaman aku yang sebenar...Puas da aku tepon kawan2 aku yang da kawen, apa yang diaorang explain pun confusing..Tu laa, masa pergi kursus kawen main2..then masa nak submit tu baru la nak terkial2..huu..my advise, kalau pg kursus kahwin, take note masa part penceramah cerita pasal procedure kahwin sbb part tu yang plg penting..sebab nanti masa nak submit borang korang sendiri yang nak kena selesaikan borang tu bukan penceramah...Incase kalau terlupa gak procedure tu (macam kes aku ni- 0 knowledge sampai tak boleh recall lgsung apa yang penceramah cakap)...Just telefon je pejabat agama untuk minta panduan :P

Ok, alkisah aku ni anak sulung so disebabkan tu makanya family aku tak ada pengalaman nak uruskan urusan perkahwinan ni..Aku tanya ayah aku pun,dia macam ingat2 lupa procedure nak kahwin tu..Jadi aku bersilat juga la masa nak hantar borang nikah tu.

1. Download borang di JAWI
2. Book appointment untuk HIV test
3. Dapat result HIV test, isi borang kebenaran kahwin (lelaki dulu)
4. Lelaki isi BORANG 1 (2 set) declare bermaustatin (kalau alamat berbeza dgn IC, bawa bil air or pepe bukti korang stay area KL), surat akuan bujang (bos / HR sign), copy IC (2 keping), copy sijil kursus kahwin, bawa result HIV test & jumpa imam masjid di kawasan tempat lelaki tinggal

1. Lepas borang lelaki imam masjid tu da approved..Dia kena bg borang tu pada perempuan
2. Perempuan kena isi BORANG 1 (2 set) yg baru..
3. Isi borang pengesahan tempat tinggal & borang pengesahan tanda tangan wali
4. copy ic 2 keping, ic wali 2 keping, copy surat nikah ibu bapa , copy surat cerai / rujuk (kalau pernah bercerai)
5. bawa borang tu semua ke masjid berdekatan kawasan rumah, imam akan verified and approved
6. bawa semua borang yang imam da approve then pergi ke Pejabat agama (JAWI)
7. Pergi ke JAWI amik no giliran & submit borang lelaki & perempuan..
8.Then bayar RM 25
9. Tunggu giliran sekali lagi then dia akan bagi borang hijau...
10. Borang hijau tu kena bagi kat juru nikah / tok kadi
11. Nak book juru nikah kena pergi ke masjid / jawi pun boleh tp kena tanya diaorang
12. Da pergi ke masjid buat appointment dengan juru nikah then lepas tu selesai..pepe arrangement leh discuss ngan juru nikah ;)

huuu...Leceh kan nak kawen??? orang cakap kat Malaysia je cerewet macam tu...no wonder ramai je kawen kat Siam :P tehee...

Ok! Patut urusan mendirikan masjid dipermudahkan..emm...

Imam masjid kawasan rumah da approve...yes! dia cakap! ok da boleh kawen :P

Ni la rupa borang 1 tu..

Jawi..nampak bangunan tinggi ni? tp bukan submit borang di bangunan ni ye...Pejabat JAWI bertentangan ngan building ni
Pejabat JAWI kat dalam ni



Sekali punya la ramai orang..aisgh...Stress kawen kat KL ni..
My turn..2 jam gak la nak tunggu semua selesai
Resit RM 25
Borang hijau utk diberi kepada juru nikah





Yey! Alhamdulillah! Da selesai :D

Monday, November 12, 2012

Thank you soo muchhhh! May Allah bless you! Here my 1st give away!

Morning my dear fwends!

Fuh! lama gila x hupdate my personal blog ni..Sorry dear, recently aku sangat busy da dengan preparation as B2B dan juga dgn my new small business ;)

Btw, just nak share! aku da berjaya buat business sendiri secara kecil2 an tau!...Alhamdulillah..thanks to my dearest b2b fwends yang juga turut bg support, now da ada 1000++ yg like my small, tiny , humble online shop tu...Tehee..Aku tak sangka pun akan berkecimpung dalam business ni sebab aku ada kenangan hitam dalam bidang perniagaan ni..Kenangan hitam tu bila my mom dulu seorang business women yang sgt komited tp tuhan bg ujian pula, then perniagaan dia rugi & then muflis..Since that aku mcm traumatize da ngan dunia perniagaan ni sebab jatuh bangun berniaga ni sangat dasyat..

So, disebabkan tu la aku bermula dari bawah n secara kecil-kecilan je..

http://yourdiyprojectsupplies.blogspot.com/

Your DIY Project Supplies
Hemmm, Macam mana aku leh terjebak berniaga ek?? hee.. pun aku tak tau..Maybe sebab aku geram, banyak supply barang2 DIY aku mahal2 belaka padahal benda leh je dapat dengan harga yang murah kan..So, hasil research & usaha aku..Akhirnya berjaya juga aku mendapat jalan utk dapatkan barang2 tersebut dengan harga murah..So boleh la aku bg korang dgn harga yg murah jugak kan? :D serious beb, harga yg aku bg sgt reasonable. kalau mahal bgtau aku..Aku evaluate balik :P Btw, aku berniaga bukan utk untung (for now), just nak cari pengalaman dan belajar dulu ;)

So, thanks to my blogger fwend yg ada bertanya kan barang2 yg aku ada if boleh disewakan..1st inquiry yg aku dapat, ada yg request nak sewa DIY veil E-day aku tu..So dr situ la semuanya bermula...

Touchinggg sangat dengan sokongan korang dan mungkin rezeki sebab nak dirikan masjid ni kot..Now, disebabkan korang..Aku da start ada pelanggan dan dah start berniaga dengan serious, baik hati &  jujur :P teheee (kembangkan idong jap) :P

Aku sangat gembira juga sebab barang2 yang aku tempah utk stok aku da mula nak sampai! So soon kedai online aku da start akan ada byk barang sikit ;)

Makanya disebabkan itu, aku bercadang nak buat give away! Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih atas sokongan & pemberian sempena business baru aku ni ;)

Hadiah yg aku nak bg ni--> check this out!

Pemenang Utama (1)

1. (1) Shake N Take Mini blender berharga RM 80

2. (2) meter Border lace (Warna boleh pilih)
*** off white / cream/ dusty pink/ silver / light blue / light green/ dark puple(2 meter) worth RM 30

3. 10pcs kain felt assorted color

4. (1) ID card holder handmade by me

*** 3 hadiah saguhati which is my 1pcs handmade DIY ID card holder & 2 meter border lace (off white) turut disediakan utk peserta bertuah dgn entri yg menarik juga ;)

Syarat2 penyertaan:

A. Via blog 
1. Follow my personal blog : KLIK SINI
2. Follow my business blog : KLIK SINI
3. Like my online shop FB: KLIK SINI
4. Tag 3 orang kawan b2b / kaki DIY juga in your entri
5. Buat entri pendek kenapa korang nak hadiah ni ;)  Yg plg sweet n menarik akan dipilih sebagai pemenang

Tarikh tutup penyertaan : 31 Disember 2012

p/s: sila provide your blog name, URL / link entri korang & nick name facebook korang for my visit ;)

Thank you & good luck!