Support saya =) Jom Exchange Link! I will visit Yours!

My Blogger friends

Tuesday, November 20, 2012

Submit borang nikah: done!

Good morning dear!

Sorry dear sebab lama tak hupdate..Memang tak terkejar nak buat banyak benda da sekarang ni..Count down lagi 2 bulan da nak kahwin.. Thanks aku ucapkan kepada follower & my silent reader yang bila jumpa aku so far semua pun bagi positif feedback pasal blog aku..Thanks korang! Thank akak! Thank adik!..May Allah bless yoouuu dear! Heee...So, disebabkan semua feedback2 tu, makanya akan aku gagahi juga utk teruskan mission aku ni utk buat entri yang berguna pada B2B yang perlukan reference untuk perkahwinan diaorang juga...

Entri aku kali ni, aku nak share pasal pengalaman aku submit borang kebenaran utk nikah..Aku plan nak nikah di Masjid Negara...Alkisah, aku purposely apply cuti hari Jumaat lepas sebab nak submit borang nikah tu..Assume konon weekday tak ramai la orang kan..Tapi sangkaan aku melesett sama sekali! haha..Ok, nanti aku share what happen ye.. For now, aku nak share step2 nak hantar borang tu sebabbbb masa aku nak submit borang tu punya la confusing! Checklist dalam borang tu pun tak membantu sangat sebab tak lengkap..Jadi, ini adalah kisah benar! apa yang berlaku ini adalah berdasarkan pengalaman aku yang sebenar...Puas da aku tepon kawan2 aku yang da kawen, apa yang diaorang explain pun confusing..Tu laa, masa pergi kursus kawen main2..then masa nak submit tu baru la nak terkial2..huu..my advise, kalau pg kursus kahwin, take note masa part penceramah cerita pasal procedure kahwin sbb part tu yang plg penting..sebab nanti masa nak submit borang korang sendiri yang nak kena selesaikan borang tu bukan penceramah...Incase kalau terlupa gak procedure tu (macam kes aku ni- 0 knowledge sampai tak boleh recall lgsung apa yang penceramah cakap)...Just telefon je pejabat agama untuk minta panduan :P

Ok, alkisah aku ni anak sulung so disebabkan tu makanya family aku tak ada pengalaman nak uruskan urusan perkahwinan ni..Aku tanya ayah aku pun,dia macam ingat2 lupa procedure nak kahwin tu..Jadi aku bersilat juga la masa nak hantar borang nikah tu.

1. Download borang di JAWI
2. Book appointment untuk HIV test
3. Dapat result HIV test, isi borang kebenaran kahwin (lelaki dulu)
4. Lelaki isi BORANG 1 (2 set) declare bermaustatin (kalau alamat berbeza dgn IC, bawa bil air or pepe bukti korang stay area KL), surat akuan bujang (bos / HR sign), copy IC (2 keping), copy sijil kursus kahwin, bawa result HIV test & jumpa imam masjid di kawasan tempat lelaki tinggal

1. Lepas borang lelaki imam masjid tu da approved..Dia kena bg borang tu pada perempuan
2. Perempuan kena isi BORANG 1 (2 set) yg baru..
3. Isi borang pengesahan tempat tinggal & borang pengesahan tanda tangan wali
4. copy ic 2 keping, ic wali 2 keping, copy surat nikah ibu bapa , copy surat cerai / rujuk (kalau pernah bercerai)
5. bawa borang tu semua ke masjid berdekatan kawasan rumah, imam akan verified and approved
6. bawa semua borang yang imam da approve then pergi ke Pejabat agama (JAWI)
7. Pergi ke JAWI amik no giliran & submit borang lelaki & perempuan..
8.Then bayar RM 25
9. Tunggu giliran sekali lagi then dia akan bagi borang hijau...
10. Borang hijau tu kena bagi kat juru nikah / tok kadi
11. Nak book juru nikah kena pergi ke masjid / jawi pun boleh tp kena tanya diaorang
12. Da pergi ke masjid buat appointment dengan juru nikah then lepas tu selesai..pepe arrangement leh discuss ngan juru nikah ;)

huuu...Leceh kan nak kawen??? orang cakap kat Malaysia je cerewet macam tu...no wonder ramai je kawen kat Siam :P tehee...

Ok! Patut urusan mendirikan masjid dipermudahkan..emm...

Imam masjid kawasan rumah da approve...yes! dia cakap! ok da boleh kawen :P

Ni la rupa borang 1 tu..

Jawi..nampak bangunan tinggi ni? tp bukan submit borang di bangunan ni ye...Pejabat JAWI bertentangan ngan building ni
Pejabat JAWI kat dalam ni



Sekali punya la ramai orang..aisgh...Stress kawen kat KL ni..
My turn..2 jam gak la nak tunggu semua selesai
Resit RM 25
Borang hijau utk diberi kepada juru nikah





Yey! Alhamdulillah! Da selesai :D
Comments
12 Comments

12 comments:

  1. Replies
    1. Salam kenal juga Rina ;) keep in touch ye dear :D

      Delete
  2. Replies
    1. Terima kasih dear...Thanks utk ucapan dear..saya terima in advance :P

      Delete
  3. alhamdulillah..
    setel dah satu step kamu :)
    pasni kita pulak kena gegeh ingt prosedur..
    perempuan melaka lelaki selangormudah2an urusan kamu dan kita dipermudahkan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks dear :) alhamdulillah..da selesai da 1 keje..hee..Oh ye ke..pas ni ur turn ke? tehee..chayok! insyallah...hope urusan u pun berjalan lancar...alamak..macam mana tu lain2 tempat..nanti jgn lupa share mcm mana u solve the problem ye dear ;) thanks!

      Delete
  4. bestnya dekat kl cepat je urusannye..mcm sy nak kawen dekat perak..nak dekat sebulan hantar borang..x dpt2 lagi borang hijau yg nak hantar ke tok imam tu..reasonnya kate nak dahulukan orang yg nak kawen dulu..hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak..kenapa mcm tu pulak? tak tahu pun kat tempat lain dia proses lama cengitu ;( sianyee pengantin nak kena tunggu lama..susah la orang yg nak kawen Asap kat perak..hehe...sabar ye dear..dugaan.jom kawen kat KL! hehehe...

      Delete
  5. hi miss jue.
    Thanks ye share checklist ni. jelas dan terang lg segala instruction tu.
    Alhamdulillah..memudahkn lg urusan mcm i ni, baru nk start isi2 borang. hihihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..thanks dear..hope dapat membantu ;) semoga urusan kamu pun dipermudahkan ye..insyallah :D all the best!

      Delete

Thanks for your comment dear! =)

P/s: if komen via FB, saya tak dapat notification tau. Jadi, sorry kalau saya lambat reply / tak reply ye..Saya kena manual check ;)

May Allah bless you!