Support saya =) Jom Exchange Link! I will visit Yours!

My Blogger friends

Sunday, September 21, 2014

melancong ke Lombok (Sengigi beach) Day 1

Assalamualaikum my dear blogger, 

Entri kali ni aku nak share pasal pengalaman aku travel / babymoon aku ke Lombok Indonesia..aku pegi last week....

Ok, Kitaorg berbabymoon ke lombok ni selama 4 hari 3 malam bermula 14sept- 17 sept..nak dijadikan cerita, harga asal tiket ke lombok ni utk 2 org pegi balik jumlah lebih 2k! Mahal gilosss! Tp kitaorg untung la sbb beli tiket cuma dgn nilai rm 700 tu..jd da jimat kat situ..disbbkan lombok ni baru je popular as tourist spot + diorg baru je siap airport baru jd flight nak ke sini sgt limited. Sehari cuma 1@2 flight direct dr KL & cuma air asia je yg ada direct flight ke sini selain tu ada gak Lion air, garuda airways..MAS x de trip ke sini..



Day 1(ahad, 14 sept 2014)

waktu departure kitaorg ke lombok adalah jam 8.45 pagi. Jd 2 jam sblum tu da nak kn ada kat KLIA 2 @ 6 pagi utk urusan check in. Aku memula risau if x lps nak fly sbb preggy jd sbb tu aku da prepare surat pengesahan doktor smua. Mengikut peraturan air asia diorg x benarkan preggy women naik flight bila kandungan da mencecah 28week n above. Tp aku risau jugak takut kandungan aku ni nampak sarat & besar..takut x lps..Risau je ngan Air Asia gak sbb diorg terkenal dgn sikap kejam x bg passanger naik flight if ada problem kan...oh ye, preggy women x boleh buat self check in @ online ye, kn check in @ kaunter & isi declaration form je..


ni la rupa declaration form utk penumpang yg mengandung tu.. 


Btw, ni 1st time aku jejak kaki kat KLIA 2, memula tu aku kagum gila dgn kecangihan & keluasan airport tu..excited gila tgk Klia 2 sbb sangat cantik + moden mcm mall yg superb!..tp, bila aku nak gerak ke gate berlepas, bapak menyesal gila!! Sbb jauh lah yg teramat! Perjalanan mak buyong ni dr start pintu masuk imegresen smpai ke gate berlepas makan masa 45 minit! Elok2 dtg awal sudahnye aku lewat sampai gak..nasib baik tak kena tinggal flight! Pramugari tu pun paham bila tgk aku mengah2 ckp "kesian ye, memang sangat jauh kan"...haish..mana x mengah, gate berlepas aku pulak no. 19 nun paling hujung nu ha..hbs cramp perut aku..isk. Nasib ada hubby yg setia disisi ikut langkah perlahan aku sambil usung beg sorg2..huhu







Pengalaman naik flight as pregnant women memang sangat seksa! Lagi2 bila aku ni tgh mudah nak terkencing2 & tgh sakit pinggang! Perjalanan 3 jam tu buat aku rasa nak nages..nasib baik hot seat dekat ngan toilet, tp still x selesa gak sbb sakit pinggang yg amat!

Once smpai je @ airport lombok, trus kitaorg cr transport...kitaorg keluar airport ingat nak cr teksi blue bird je, tp find out teksi ni x ada kaunter kat airport tu, kena call pulok.. X smpat pun nak call bluebird tu, berkerumun org teksi dok panggil2 naik teksi diorg & kitaorg proceed nek teksi airport je lah..harga tambang teksi airport tu dlm RP 195 ribu = rm 53 utk 2 org ke sengigi lombok..

Lecehnye naik teksi private / org perseorangan mcm ni, dia dok ngajak kitaorg singgah kat tempat2 pelancong melawat utk beli sovenier tempatan. Rasanya if kitaorg beli something @ tempat yg dia bawa tu, dia pun akan dpt komisyen rasanya..Disbbkan memula tu kitaorg x arif pasal budaya negara tu jd kitaorg ikut je la. Da nama pun nak melancong ke tempat org kan..So, driver tu bawah lah kitaorg masuk ke kampung di lombok tengah tu (perkampungan org susak / susak village yg fames dgn hasil kain songket tenun)...Diorg pun sangat daif, rumah buat pakai jerami padi je (sila google Susak village, lombok)..driver tu cakap, perempuan lombok kena pandai menenun, baru boleh kawen & dia cakap memang budaya lombok kidnap anak dara orang then baru discuss pasal kawen...hemm, x paham aku knp ada rakyat Malaysia yg sanggup kawin lari ngan mamat lombok....Kehidupan diorg sangat daif kot!

ok la, memula aku ingat boleh je la dtg skdar tgk2 tempat org kan, sekali bila tgk kesusahan org2 kat situ + diorg dok pujuk2 beli kain tenun tu..tewas juga aku akhirnye sbb membeli kain tenun yg berharga rp 500 ribu = rm 135..Nasib baik hasil jahitan kain songet tenun dia cantik jd aku belikan la as sovenier mahal sket ni utk mak mertua aku..






Lps gerak dr tempat tenun kain tu, driver tu nak ajak kitaorg ke tempat jual mutiara pulak..lombok ni slain kain songket tenun, dia fames ngan mutiara jugak...ah sudah!, kitaorg time tu da penat da sbb tido lewat malam td sbb kemas brg last minute + gerak awal kuar dr umah utk ke airport pulak. Jd sangat la keletihan...husband aku smpai da terlelap2 da time tu, nasib baik dia ckp suruh terus ke hotel kitaorg @ sengigi tu je..perjalanan dr airport ke sengigi tu sejauh 80km & perjalanan amik masa slama 2 jam! Perkhh! Kebas punggung!


Jd, sepanjang pjalanan aku nak ke sengigi tu, aku dpt tgk suasana dlm lombok, penuh dgn sawah padi. Disebabkan masa tu tgh musim kemarau & tak ada hujan / air dah berlarutan slama lebih dr 3 bulan! tanah kering kontang, x boleh nak tanam apepun.. Difahamkan diorg smpai x ada air nak mandi & aktiviti tanam padi cuma setahun sekali..jd sbb tu la punya la ramai org Lombok yg berhijrah ke Malaysia..cuaca masa tu pulak sangat panas & berdebu..terbit rasa kesian ngan nasib rakyat kat sana, buat aku rasa bersyukur pula lahir as malaysian..serius btapa bertuahnya Malaysia! Then,pas tu aku pening kepala & yg aku pikir time tu, cepat lah sampai......





Finally, aku smpai kat kawsan called as sengigi..nampak je pantai nan indah aku rasa sgt teruja sbb pantai dia sgt cantik! Subhanallah! 




kawasan pantai sengigi tu pun macm maju sikit + bersih, tak mcm previous location sbb sengigi ni ditaburi dgn hotel2 mewah (google hotel di AGODA & cari sengigi, Lombok)..terasa hidup sket kawsan ni mcm ala2 bali (kuta) so, boleh nampak restoran western + mini market & spa + mat salleh yg bersepah...

Finally, kitaorg smpai @ hotel yg kitaorg book @ Agoda..nama hotel tu Puri Mas Boutique Resorts & Spa ...Review pasal hotel ni dalam AGODA meletops uolls...harga semalam dlm RM 300 (bilik partial ocean view)...



laluan utk ke bilik
ni bilik yg garden view

Best bilik ni sbb ada katil kat luar bilik gak so boleh melepak atas katil menghadap laut...


gambar dalam bilik kitaorang..pakai kelambu gitew...so classic 
Toilet x de bumbung (jenis open) Balinese style






View di restoran






Ayam gili terawang- local menu Lombok





perkh! tgk je la gambar pun da tau kan...bila aku Masuk je  @ kawsn hotel tu buat aku rasa mcm heaven gila! Sbb sangat cantik & exclusive! Harga pun affordable je..kalau nak dibandingkan dgn hotel lain, dia jauh lg murah & sgt awesome! No wonder review dlm agoda pasal hotel ni superb2 belaka..yg plg aku suka pasal hotel ni sbb pantai dia sgt cantik & pantai tu depan mata je.. nak terjun terus pun x pe sbb pantai dia sangat la jernih..Terus buat aku rasa feel like home (verangan)! rasa Terus x nak balik! Bukan aku sorg je rasa mcm tu,  hubby aku pun sama..hehehe..

Lagi satu yg Best sbb LOMBOK ni majoriti Islam, jadi makanan halal sangat la senang...then masjid pun bersepah + cantik2...Btw waktu di Lombok ni sama ngan waktu Malaysia tp bezanya dia lebih cepat gelap & waktu solat dia akan lebih cepat. Kat sini dalam kol 5 petang da magrib da...

Btw, Plan kitaorang nak 2 hari stay @ Sengigi & 2 hari lg stay @ pantai kuta,Lombok yg lebih dekat ( 30 min) je dr airport...takut stay lama kat sengigi,  x sempat pula nak ke airport nanti sbb perjalanan jauh..Sebenarnye kat LOmbok ni, yg plg famous & highly recommended for visit adalah Gili Terawangan. tp disebabkan nak ke sana kena naik bot, takut mak buyong ni tak tahan je...then, must visit  place juga mesti pegi gunung Rinjani.,Ramai tourist kesana utk hiking & enjoy air terjun dia yg cantik2..local people said, air mata air dia boleh buat berubat + awet muda. Tp again mak buyong x larat, this time travel nak free and easy je,..so melepak aje la kita di tepi pantai  ye..hewhew.. .

Btw, jenis hubby aku ni, dia suka tukar2 hotel utk rasa keunikan / kelainan hotel lain pulak..so, 1st day tu, our plan just berehat @ hotel Puri mas ni je lah..so, kitaorg berehat sakan dalam bilik dia yg awesome & lepak kat restoran dia yg mengadap laut tu..seriusly sangat tenang! my husband pun plan nak rent motorbike jugak on that day, so boleh la pusing2 tgk ape yg ada kat area tu, tp skali motor smua full..staff hotel said, motor nk kn bookg sehari in advance..Jadi terbantut la plan nak ronda2 so berehat la kami sambil berselfie2 & mengoggle hotel2 lain di kawsn tu..btw smua hotel ada sediakan kemudahan wifi gak tp Internet kat kawsn ni bapak slow mcm siput! N mcm ikut angin.. Pas tu aku ni pakai maxis, lgsung x de signal / tukar local line..kat sini line yg fames telkomsel. but, my husband dia pakai altel & dia masih boleh received call dr malaysia. Cuma kalau org call kita, kredit phone akan charge dr acc kita la..

Ok, back to the story, Hasil google mndapati smua hotel kat pantai tu pun penuh! Kecuali hotel sebelah (Qunchi hotel) yg berharga RM 800 semalam! Glurp! Then, kitaorg akhirnye decide nak stay je 1 more nite @ hotel Purimas ni je but end up bilik smua full jugak kecuali vila with jakuzi..Fuh, ramai betul tourist rupanya...padahal x rasa crowded pun...harga bilik vila with jakuzi tu smalam dlm rm 500..husband aku masih berkira2 lg nak amik bilik tu, @ tak sbb tinggal 1 unit je..aku da risau kalau kena tido tepi jalan je bila dia decide nak gi survey dulu hotel lain keesokan harinya..sbb dia nampak @ agoda ada hotel yg cheaper skit harga rm 400 semalam (Chandi hotel)..Aku pun follow je, x kisah mana2...janji hubby aku bahagia..hehehe

Time dinner malam tu hubby aku plan nak makan @ luar. so kitaorang minta staff hotel panggilkan teksi bluebird & tak sampai 5 minit teksi tu sampai. Sambil tunggu teksi, kitaorang pun melepak la kat lobi dia yg sangat authentic tu + sempat selfie gak..













Then, masa naik cab kitaorang tanya la recommended place utk makan, dia suggest makan @ satu tempat ni called as Manega. Tempat ni memang awesome, sbb provide fresh seafood. Masa kitaorang smpai find out ramai je orang Malaysia ke sini ;) Menu kitaorang malam tu, lobster bakar uolls..hehe..food kat sini murah2 juga la if nak dibandingkan ngan Malaysia...












Lepas makan kitaorang pun terus balik ke hotel..malam tu kitaorang lepak kat katil luar bilik je sambil disapa angin & bunyi ombak yg agak mengganas... Ombak tu tetibe mcm kuat pulak.. siang tadi ombak mcm sepoi2 bahasa je..hehe..Btw, aku ke Lombok siap bawa laptop incase nak reply order customer kan, tp husband aku ni take advantage pulak bila aku tertido..Sempat dia dok layan game bola MU online..hehe...susah betul kalau da kaki bola ni, mana2 pun bola je dia pikir............tp disebakan internet mcm siput so dia pun tgk bola pun sangkut2 la mcm iklan internet maxis tu.haha...pepun, memang kami enjoy our stay @ bilik ni..sangat romantik + tenang + bahagia..heee...





 Akan bersambung.....
Comments
1 Comments

1 comment:

  1. SALAM PELANCONGAN DARI MELANCONG_MURAH_BALOI menyediakan pakej melancong ke Lombok dengan harga yabg cukup awesome dan berbaloi-baloi 😊 yang penting urusan di Malaysia, diyakini

    contact : 0175367426 Nurul Insyirah
    Email : melancongmurahbaloi@gmail.com
    Instagram : melancong_murah_baloi

    ReplyDelete

Thanks for your comment dear! =)

P/s: if komen via FB, saya tak dapat notification tau. Jadi, sorry kalau saya lambat reply / tak reply ye..Saya kena manual check ;)

May Allah bless you!