Support saya =) Jom Exchange Link! I will visit Yours!

My Blogger friends

Thursday, September 27, 2012

Dilema barang kemas utk nikah

Hye my dearest gojest reader (s)!

Aku masih tak sihat...Sesak nafas sebab virus selesema yang jahat ini! Tapi sakit2 juga, projek kawen2 kena diusahakan juga ;)

Ok, kelmarin aku dan en tunang pergi jalan2 di Pavilion utk men-terminate kan service Maxis yang tamak tu.. Huhu..Sangat lega rasanya sebab finally dapat breakup dengan Maxis yg suka nak markup gila2 bil aku tu sampai aku rasa sangat tak reasonable langsung nak byr mahal2 tiap bulan! Free2 jek bg Maxis kaya! Bayangkan la guna ke tak guna ke tetap kena byr monthly commitment end up bil aku sampai beratus2 aje tiap2 bulan. Bila ditanya in detail apa yg aku buat sampai kena byr mcm tu x pernah pulak diaorang berjaya nak jawab soalan2 aku tu dengan jayanya...Buat sakit hati jek aku tanya banyak2 sebab at the end kredit aku gak yang hbs tepon diaorang.  Sudahnya aku terminate saje kau! Puas hati den :P

Hoho, lepas da terminate service Maxis, aku ternampak kedai Emas Poh Kong, so aku dan En tunang pun masuk la kedai emas tu nak servey2 barang kemas utk nikah nanti. Btw aku masih lagi konfius..Apa ye hantaran barang kemas utk nikah? Selalunya cincin kan? Tp bila byk sangat cincin nak kena pakai, aku jadi rimas! Masa merisik dapat cincin, masa bertunang dapat cincin x kan masa nikah pun cincin lagi kan? Tp aku rasa pakai cincin masa nikah sangat signifikan..Mcm simbolik gitew..lagi2 bila si suami pun akan pakai cincin juga..

Tapi, aku konfius ni sebab mak saudara n org2 tua byk bagi advise supaya minta gelang tangan or rantai..Tapi, aku ni bertudung, kalau pakai rantai bukan leh nampak pun kan.. Then yg sweet pun maybe pakai gelang..Tapi gelang pun tak murah..Kelmarin aku survey harga emas 1gm = RM 195...so kalau berat gelang tu dalam 12gm da kena RM 2500++.. Aku lak jenis yang ganas, pakai jam pun leh hilang..kalau gelang tu nipis, takut senang putus pulak..So nak cari yang kukuh, confirm harga pun kena kukuh jugak kan :P So, kesian la en tunang dah kerut dahi lagi bila staff cina kedai emas tu kira2 guna calculator...sian dia ek dok fikir apa nak buek..hahaha..

haha..Sayang, sayang..kesian u kan, tp x pe..u hadiahkan la I kebahagiaan now, nanti I ada extra I belanja u your dream super bike ek..heheheheeh..Insyallah ;) Dengan syarat u jangan kedekut ngan I, kalau x I kedekut ngan U jugak~  :P (buat muka comel2 sket :P) hahaha..ayat nak pancing..fact that aku x de la nak bebankan dia pun..So aku x kisah apa pun dia bg..Aku terima je apa ada nya...So kalau ada yg sok sek sok sek kat belakang aku masa nikah nanti, komplen pasal barang kemas aku or banding2kan dengan Kim Kardashian, memang muka nak minta kena penampar ler tew...huhu...So, please don't! Bek doakan kebahagiaan kitaorang ajek -love-



Sekali bila tgk gambar wedding sorang kawan kitaorang, perkh dia punya gelang sangat cantik!!!mcm hadiah dari mak mertua pulak...lika it sooo muchh!!

Wednesday, September 26, 2012

kEKASIH GELAPKU...

Nguu..today aku x sihat..Penyakit batuk & selesema dah menyerang...Rasa mcm nak demam pun ye..So, semua preparation wedding tergendala kejap..But, still dalam keadaan panik tu aku tetap risaukan door gift DIY aku tu..Incase aku tak dapat siapkan DIY ID card Holder tu, apa door gift lain yg boleh digunakan as backup...Jadi bagi nak hilangkan kerisauan, aku gagahkan juga mengoogle idea2 baru yang boleh diguna pakai untuk majlis aku nanti...

Ni my 2nd backup in case kalau aku x dapat siapkan ID card holder sebanyak 1000 pcs tu

Tengah leka menggoggle, aku terjumpa balik gambar buah hati, kekasih gelapku, si cinta hati iaitu yang tak lain dan tak bukan si mesin Big Shot ni..Huk..Nak sangat beli tapi harga dia terasa mcm sangat mahal..Standard harga RM 500-700 just utk mesin ni..Tak lama lagi harga dia mesti akan makin mahal kan sebab da makin ramai jugak orang yang aktif buat kraft felt ni..Btw mesin ni bukan utk felt jek..utk kad utk kraf benda lain pun boleh..Huk...Dari dulu aku dok usha benda ni tapi sampai ke hari ni aku just mampu tgk gambar dia ajek..Sob sob...

Gambar dipetik dari blogger ni


I wish someday, my dream will come true..Hope someday, aku dapat peluk cium pulun dok godek2 mesin cinta hati aku ni dan hanyut di dalam dunia DIY aku...Huk..Someday baby...someday...(blweekk!)

tak pelah..gambar pun gambar lah..Dapat tumpang berangan guna mesin ni pun jadi lah...:P teheee..Kalau lah ada hamba Allah yg pemurah sanggup hadiahkan benda ni as my wedding gift ke (cewah! berangan tahap dewata lagi)...Memang besar la sumbangan dia dalam hidup aku sebab dengan mesin ni macam2 aku boleh buat tau!! Siapa tahu mgkin mesin ni boleh mengubah hidup somebody..hahahahahaha yeee! teruskan berangan ye missjue!

The law of attraction ;)

Monday, September 24, 2012

Masam manis jumpa vendor katering & butik

Hye my dearest gojes reader (s)!

Terasa mcm lama lak x hupdate. Recently sangat busy  ngan DIY project for my wedding door gitf ..nak buat 1000 Pcs okeh...Adeyh...Then, on weekend lak aku busy ngan kenduri kendara ;D Wee~ sangat suka sebab ramai dah kawan2 yang mendirikan masjid! Semoga semua pun berbahagia sampai akhirat!!

ok.Today, entri kali ni aku nak cakap pasal pengalaman aku berjumpa vendor utk katering & butik untuk persandingan semalam. Tehee..Memula sangat excited! sebab this is our1st time dealing with this people so called as  "org berniaga". Memula jek excited, tapi at the end mula lah timbul2 perkara2 yang agak macam tak berapa best.
Muka excited masa nak try baju..
Ok, first aku pergi jumpa vendor yang incharge untuk katering aku. Ingatkan hari perjumpaan semalam dah boleh buat food testing dan proceed dengan progress planing with them kan. Sekali bila jumpa, rupanya just jumpa utk update renew the quotation harga..Dia kata ada amendment dan perubahan harga. Haa..part ni la yang aku tak minat sebab masa wedding fair,  promotion bukan main cantik! Cakap boleh harga murah itu ini, sekali bila jumpa cakap dah tak boleh dah dapat harga mcm ini macam itu.. Haish, semua pun nak markup.Pepun, nasib baik total bajet lepas perubahan tu tak lari banyak dari yang dirancang & perubahan tu masih boleh acceptable. Yang pasti for My wedding, bertambah lagi la projek DIY aku..takut tak sempat jek. Huhuk..Terpaksa cancel tempah centerpiece dari vendor, so nampak gayanya kena la buat sendiri sebab lagi jimat.. Nasib baik akak tu yang belanja air masa kitaorang discuss, kalau x mesti aku start rasa mcm tak best lagi...

Masa nak pilih kain skirting meja
Pilih warna utk riben di kerusi



Owner katering tu

Pakej dewan kitaorang

Then, lepas jumpa katering, aku jumpa vendor utk butik baju pengantin aku pulak. Butik ni pun aku jumpa masa wedding fair. Cuma yang sedih sebab orang yang sepatutnya incharge untuk wedding aku tu, orang yang kitaorang liaise masa wedding fair tu tak ada. Dia cuti bersalin pulak.. Jadi dia dah hand over tempahan kitaorang ni kat kakak dia  (business dia ni family business).


Si dia try baju utk size

Aku pun try gak :P Best baju ni berat gila dengan beads!

Dress yang aku nak tu ala2 macam ni...
Pelamin anganku..

Owner butik tu..
Memula masa diorg layan kiatorang memang best! Seronok bila timet try pakai baju pengantin. Terasa auranya dan excitednye sebab masa bincang tu semua pun best! pelamin cantik, baju cantik, makeup cantik! Semua pun cantik lah!.  Aku plan nak pakai dress masa bersanding nanti instead of kebaya. Tapi dia kata dress tak siap lagi, akan sampai end of this month, jadi dia bagi la aku verangan try pakai baju kawen lain dulu sebab nak amik size.

Tapi bila masa part nak discuss pasal payment tetibe lak jadi mcm tak best..Sebab dengan kakak dia ni, dia cakap oh kita boleh buat macam ni macam tu..Then bila tunjuk resit pakej yang dia promote masa wedding fair dia cakap mcm ni plak, "oh! sekarang ni dah tak boleh dah dapat harga macam ni kena tambah sikit kepada harga RM 800-1000 untuk pakej yang macam ni macam tu..Demmm! Kecewa lagi :( sebab masa kitaorang liaise dengan orang yang promote masa wedding fair dulu cakap lain! Uirkhh! Baju dah try, badan dah ukur, deposit dah bayar..Tak kan nak reject lak kan. Then, nak x nak terpaksa la kitaorang telan air liur dalam2 dan pening kepala kejap....Wooo...

Redha je lah..hope segalanya akan berjalan lancar...

Tuesday, September 18, 2012

Shopping barang kahwin di JPO (Johor Premium Outlet)

Hi my dear gojes reader(s)!!

Previously aku ada share info pasal aku berhujung minggu di rumah bakal MIL aku kan..[yg x baca lg leh klik sini].

Aku ke Johor mulanya sebab nak hadir wedding kawan kitaorang di sana (kawan sekampung & childhood En tunang), so alang2 dah sampai Johor tu kitaorang pun  stay & berhujung minggu dengan family en tunang. Family tunang aku ni sangat suka melawat & menghadiri kenduri kendara. Jadi, tentatif kitaorang 2 hari tu penuh dengan aktiviti kenduri dan melawat sorang saudara mereka yang sedang sakit. Kebetulan di kawasan rumah saudara En tunang tu dekat dengan JPO juga. Jadi lepas melawat tu kitaorang pun mengambil peluang untuk singgah ke sana..

Pengalaman shopping aku kat JPO memang super awesome gila! Sangat berbaloi2! sale sampai 30 -70%! Semua pun barang2 branded! memang sangat sesuai la nak beli barang kahwin kat sini. Cuma FYI, sebab apa barang2 kat JPO  murah? Bukan sebab barang2 kat sini barang reject tau! Barang kat sini totally guaranty branded & berkualiti. Bukan juga barang2 tiruan. Butik2 kat sini semua stock international brand tau. Harga dia murah disebabkan kat sini semua barang utk stock clearance. Even stock clearance pun barang still super gojess & harga still ratusan ringgit..Harga dia pun ada gak dari ratusan ringgit jadi ke puluhan ringgit selepas ditolak diskaun. Awesommeeenesss!






Kedai Padini
Aku tak dapat masuk Coach sebab ramai gila umat manusia serbu kedai ni..Hemmm

Armani Outlet


Kedai En POLO
DKNY :)

Kat dalam butik Guess
My bakal MIL di kedai Body shop

Singgah kedai jam di FOSSIL

I love Carlo Rino!! Shopping banyak benda dalam kedai ni..Tp, aku tak beli beg yg kat dalam gambar ni tau!..Gambar barang2 yg aku beli terpaksa dirahsia kan  dulu..Tehee... :D
Heaven!
si dia shopping jam
Blweek :P
Aku plak beli jam pujaan hati di sini ;)
Comel gila paper beg dia!
Huyehhh! barang2 yg kami borong!
Huk! Kan best kalau KL pun ada mcm JPO ni..Jadi la KLPO plak..muaghahahaha!