Support saya =) Jom Exchange Link! I will visit Yours!

My Blogger friends

Thursday, September 13, 2012

DIY Bunga Sireh Junjung & Kedai Bunga Murah!

Hye my Gojes reader(s)!

Huish..Terasa mcm agak lama tak hupdate blog (Blwekk! sila muntah lagi sekarang :P padahal baru few days je tinggal kan?)..Tehee..But, still aku nak say sorry gak sebab since lepas majlis E-day aku hari tu, hidup aku sangat teramat sibuk..Kat pejabat dok sibuk clearkan keje o/standing, sebab aku cuti  lps bertunang hari tu + cuti merdeka & cuti weekend..Then kena participate ngan program2opis plak..Weekend pack da ngan open house, kenduri..Opis aku pun x nak kalah nak buat jamuan raya, birthday bash, decorate opis for Merdeka Raya  which yang semua pun aku kena incharge! Urghkh..Wait! Kenapa tetibe aku terasa mcm mangsa buli ni kan?? tehee..Then, yang paling seram weekend ni pulak aku akan ke Johor untuk wedding kawan kitaorang..Pas tu akan bermalam & berhujung minggu di rumah bakal mak mertua aku pulak...Glurrpp!! Omaigod! Heart attack!!!

Hukhuk..pepun, hidup kena diteruskan..Sebelum aku terlupa ni aku nak share cara aku buat bunga sireh junjung & info pasal kedai bunga murah kat Petaling Street...Walaupun da basi, aku tetapp nak hupdate ;) Aku tau ada je B2B sekarang ni yang tengah sibuk buat preparation wedding. Maybe dalam berjuta mungkin ada satu yang tengah fikir mana ye nak cari bunga murah dan awesome di KL yang ganas nieh :)

Introduce you my DIY Bunga Sireh Junjung cucuk2 &  bunga rampai..Kenapa cucuk2? Sebab aku men cucuk2 jek pun nak buat benda ni..boleh buat sorang je ni tau, sangat senang sbnrnye..Just cucuk sampai x nampak span! :)
Fresh flowers yang dibeli di Petaling Street

Kat bekas kaca purple tu aku letak DIY bunga rampai aku..


FYI, aku beli bunga2 ni semua kat Petaling Street. Memang excited & seronok gila masa shopping fresh flowers kat sini sebab bunga2 ni sangat fresh, murah & cantik! Memang seronok dapat tgk bunga2 yang cantik kat tengah KL ni :) Terasa macam kat Cameron Highlands la plak :P Aku cadangkan supaya kalau korang nak beli bunga kat sini, sila datang pagi dalam pukul 7-8 pagi sebab bunga baru sampai dan akan banyak pilihan. Korang datang lambat macam aku (pukul12), alamatnye tinggal la bunga2 yang biasa-biasa tengok jek. Bunga ros pun tinggal la warna putih & merah.

Ni cara-cara nak kesana..

1. korang pegi ke CM (Central Market)
2. Dekat Station Putra CM atau exit CM tu korang akan nampak Maybank ni

Sila cari Maybank Petaling Street ni
Lalu lorong kat sebelah Maybank tu..
Korang jalan je terus sampai jumpa kedai bunga ni..Tak jauh pun dari Maybank tadi
Jeng jeng jeng..flowers hunting bermula!

1 jambak bunga ros ni ada dalam 20 kuntum = RM 18
Ohhh...seronoknyeee!!



Bunga hiasan2 kecik ni RM 8-9 sejambak




Kat sini semua men pukal -jambak2 jek
Ada service buat sireh junjung tp RM 60 ++ kot! so bek buat sendiri...


Heaven on earth!! nguuuu
Ok~ Kos barang2 yang aku beli untuk sireh junjung, & bunga2 yang aku beli..

1. Bakul : Free (recycle bakul bertunang adik aku)
2. Riben 1 meter : RM 3.50
3. Span : RM 1.20 x 2 = RM 2.40
4. Sireh : RM 5 seikat

Pilih Sireh junjung yang warna hijau muda tau! baru nampak fresh :) then simpan dalam peti ais supaya segar sebelum guna buat sireh junjung
5. Lidi ketot (ala2 pencungkil gigi): RM 1
6. Pelilit bunga : RM 1

7. Bunga kecik2 : RM 9 sejambak x3 jenis = RM 27
**** bunga ni tak perlu guna banyak pun, untuk hiasan2 jek.Tapi since kedai tu tak jual dalam kuantiti sikit2 terpaksa beli sejambak terus. Balance bunga ni aku buat DIY Hand bouquet aku..

HB ni aku buat masa last minute sebelum aku makeup! Balance bunga sireh junjung aku tepek ngan balance bunga plastik dari hiasan hantaran aku..
8.  Bunga Ros : 20 kuntum (RM 18)
*** Bunga ni pun aku tak guna banyak, sebab kedai ni jual dalam pukal so kena beli sejambak (20 kuntum) terus. Balance bunga ros aku buat DIY bunga rampai aku


9. Bunga kekwa: 10 kuntum (RM 7)
*** sama seperti diatas, balance bunga buat bunga rampai

Aku tak snap gambar la plak cara aku buat Sireh junjung ni..Tapi cara dia senang jek..Ala2 blogger ni : klik sini :)
Comments
1 Comments

1 comment:

Thanks for your comment dear! =)

P/s: if komen via FB, saya tak dapat notification tau. Jadi, sorry kalau saya lambat reply / tak reply ye..Saya kena manual check ;)

May Allah bless you!