Support saya =) Jom Exchange Link! I will visit Yours!

My Blogger friends

Monday, August 6, 2012

Tempah Masjid utk Nikah : my journey to Masjid Negara. Horror & dissapointed!

Last Friday, lepas keje..tepat kol 4 ptg,  aku terus shoot ke masjid negara..Aku ke masjid negara tu sebab nak book utk majlis nikah aku nanti..Aku blank kejap sebab x sure nak kesana mcm mana since aku x de lesen a.k.a transport sendiri & x pernah ke masjid negara by using public transport..Aku kena cepat ke masjid tu sebab pejabat masjid beroperasi smpai kol 5.00 ptg jek (office hour)! Jadi, aku risau nak naik komuter sebab x pnh nek train utk ke situ & takut komuter delay..Then, aku takut nak nek teksi or bas sebab takut jem..But still, just to share..Kalau sesapa yg nak nek tren, boleh guna monorail / Putra / Star berhenti ke KL sentral dan amik Komuter ke stesen KL.

Tapi, aku terpaksa jalan kaki ke sana sebab KL sangat jem time tu. Plan asal nak jalan kaki menuju ke dataran merdeka, terus ke Pejabat pos main office kat Daya Bumi tu. Sekali otw aku jalan depan Sogo tu, tetibe aku tukar direction nak jalan kaki ke bank negara je & naik komuter. Then, aku pun lalu ikut menara CIMB tepi sogo (Jalan Raja Laut) tu..Otw nak ke bank negara tu aku ternampak jejantas putih macam dalam gambar menuju ke Bank Negara (jambatan ni kat belakang stesen LRT sogo)..


Dengan menggunakan instict, aku follow je la jejantas tu then at the end, end up jejantas tu adalah untuk ke stesen komuter Bank Negara. Dekat je rupanya train tu ;p tp berpeluh gak la nak naik tangga dia..Then, aku pun terus beli tiket ke stesen Kuala lumpur..harga dr Bank Negara ke stesen KL RM 1 jek.



Then, once sampai kat stesen kL aku jadi blank mencari exit...Then aku pun follow je org len.This time aku make mistake sebab follow org, follow signboard yang bg direction yang confusing tu & sebab tak tanya org.. End up aku da ter- jalan menuju ke Daya Bumi / CM (Central Market a.k.a Pasar Seni)..Aku cuma sedar time nak balik dari Masjid, baru aku tahu kalau keluar kat main entrance depan stesen KL tadi patutnya da dekat gila da dgn masjid..Cuma perlu lintas jalan jek dr stesen utk ke Masjid Negara tu..Ni salah signboard la tak bagi clear direction.

Disebabkan aku follow signboard ni la
Aku ter-ikut jalan ni..kan bagus kalau diaorang bagi direction / signboard utk exit kat sini.
Then, jalan terus jek, aku jumpa jejantas ni yg bersambung ngan stesen komuter tadi
Ni la rupa jejantas yang aku lalu tadi
Menuju ke City Parking tu ha..Sebelah tu je Masjid Negara
Jadi, since da separuh jalan, aku pun teruskn perjalanan ke daya bumi tu (masa ni aku x tau pasal entrance stesen ni) aku ingatkan laluan keluar ke Daya Bumi tu la exit dia...Tu la, malu bertanya memang confirm sesat jalan kan! Aku pun start rasa cuak sebab x de orang gak yang lalu kat jalan ni..Sepi jek..Yang ada cuma kawasan parking..Suspen jap sbb kat sini  dulu pernah ada kes bunuh..huhu..Nasib baik ada sorg kakak kebetulan tgh lalu kat situ, jadi aku pun tahan dia & tanya direction nak ke masjid.Dia pun tunjuk jalan & suruh aku lalu terowong utk ke masjid tu..Tu je jalan yg ada sebab tak boleh cross the main road..kete laju tahap gaban! Aish..

Then, aku pun mulakan lah langkah nak ke terowong tu..skali bila sampai terowong tu horror gila kot!! Sunyi sepi, malap n bau busuk mcm kawasan zombi! Serius horror! Air kotor bertakung n segala kekotoran pun ada! Sebijik mcm redah longkang..Nasib baik la ada tourist kat situ, kalau x teramat la horror..kalau aku sorg2 time tu, memang aku nekad nak lintas jek main road tu.

Ni la terowong tu
Nak masuk je pun da scary
Nasib baik kebetulan ada tourist, kalau tak aku pun tak berani nak lalu
horror..Macam sarang penagih dadah
Sangat kotor
Macam takungan air kencing pun ye sebab sangat busuk..Then lampu pun banyak pecah..
BF mat saleh ni sangat gentleman, sanggup kotorkan kaki demi nak tolong GF dia melintas..
Sedih..sedih..terowong tu sgt kotor kan??! memang merosakn imej negara..confirm pelancong2 kutuk Malaysia..jalan nak ke masjid pun boleh nak hina gila! Nanti lah aku report kat DBKL lepas ni...DBKL ke yang jaga terowong ni?? emm..

Btw, Setelah bjaya meredah terowong dgn tahap cuak yg tinggi, aku bjaya juga sampai ke masjid.Tp dugaan aku x berakhir kat situ jek.jenuh gak la nak cari pejabat masjid, rupanya pejabat tu tersorok di belakang masjid di tingkat 2 bdekatan dgn bilik VVIP

Masjid Negara!
Nak ke pejabat, kena lalu sini (tepi tempat sembahyang dewan utama)
Sampai hujung akan jumpa red carpet ni
Jalan terus jek akan jumpa pejabat ni
Waktu operasi Pejabat
Once sampai, aku dgn terujanya hope dapat la book masjid tu..Sebab before datang, bakal tunang aku dah call masjid tu & da liaise ngan staff dia utk urusan booking.Menurut staff tu nak book masjid free jek kalau utk nikah. Tu je info dia bagi...Tapi bila aku sampai, staff len ckp memang untuk nikah FREE tapi ada bayaran utk dewan makan..Harga Rm 40 sejam utk kapasiti 100 org (tanpa kerusi meja)..Then, untuk kerusi meja aku kena cari sendiri sbb masjid x ada kemudahan / sewa kerusi meja makan tu. Yang paling best sebab dia kata kalau nak book, WAJIB dah ada nama tok kadi / juru nikah! Demmm!

Ok.Aku kecewa tahap gaban time ni..Sebab aku belum ada nama juru nikah. Juru Nikah kena cari kat JAWI ye, bangunan JAWI sebelah Masjid Negara jek. Aish..Kalau aku tau, confirm2 aku tak akan datang sebelum cukup syarat2 nak book masjid ni..Huk. Sia2 jek aku strugle bergadai nyawa meredah semua ini...At the end gagal plak nak book masjid..Then, balik la aku dgn form kosong tu..hampa..

Ni borang book masjid untuk masjlis nikah di Masjid Negara. Kena submit during office hour.
Then, time nk balik tu aku da trauma..Tak nak dah lalu terowong tadi lagi..Jadi aku pun try cari jalan lain..Aku lalu pintu utama Masjid (sebelah bangunan Stesen TV Al-jazeera) then find out nak ke stesen train dekat gila sebenarnya dengan masjid. Cuma kena redah roundaboard jek.Problem nak redah jalan tu la. Time tu da la time orang balik nak buka pose kan, kenderaan smua laju2 jek.Sebenarnya ada terowong ke seberang jalan, tapi tersorok & tak ada signboard juga.Jadi orang ramai tak tahu..Then, yg kelakar aku terkial2 cari pintu masuk nak ke train KTM tu plak..Btw, aku Sempat sesat tau, turun terowong pg ke ibu pejabat KTM plak..adeyh.. Bila keluar dari terowong tu, aku patah balik ke jalan sebelum aku melintas jalan tadi..Hahaha..sedih & sangat confusing! Patut letak la tanda arah kan..Grrr..Sebab bukan aku je sesat, 4 org tourist blakang aku pun sesat gak! Then nak cover malu punya pasal aku pun buat2 la amek gambar building yg unik2 tu & blah dgn muka yakin :p

Sebenarnya dekat jek Masjid Negara ngan Stesen KTM KL
Aku tak nampak terowong jadi aku lintas jek jalan kat roundabord tu..
Ni signboard tu..Aku ingatkan terowong ni entrance KTM
Mereka pun sesat juga
Naik turun tangga & terowong jek keje aku hari tu
Ni la gambar yang aku pura2 ambil dari seberang jalan..
Ciss!! rupa2nya pintu utama train KTM tu dalam building Hotel heritage spt gambar diatas (hotel tu da x wujud dah tapi signage masih ada)...Pe la salahnya dia buat signboard besar2 tulis Komuter KL kat situ??? grrr...Then, ada masalah lagi time nak beli tiket lak..Selalunya kan kaunter tiket akan ada once korang masuk ke dalam stesen kan? This one tak, lepas tawaf 1 kawasan tu then tanya sorang untie, rupanya kena turun naik tangga pegi ke platform tengah then baru boleh beli tiket tu..kaunter tiket tu kat tgh2 platform bukan kat entrance..Apakah??

Main entrance kat dalam building Hotel Heritage ni. Sila ignore signboard KTM yang confusing ni..
Jalan terus ke bahagian tengah
Aku pusing2, sunyi sepi jek entrance ni
Siap termasuk kat dalam muzium dia plak..Haiyo nak ba;ik pun susah
Rupanya kena naik tangga tu
Tu ha kaunter tiket dia kat tengah platform..~sadis~
Kalau aku masuk Explore Race ni CONFIRMED kalah! sob sob..

Then, lepas beli tiket ingatkan dah boleh nak lega kan..skali nek train, mcm hampeh jek! Train KTM semua nampak baru, dah cun da..Tapi sistem dia makin lembap plak! Asyik tunggu signal dari pusat kawalan.. Then stuck kat 1-3 stesen more than 15 minutes for each station! Gila! Aku sampai2 jek ke destinasi, terus tinggal 30 min jek utk bbuka...punya la kelam kabut...aish..dugaan2..

Da la penat, then terpaksa berhimpit2 macam ni..Padat! Sardin dalam tin pun lagi selesa.
Tengok la tu..Semua orang struggle nak balik..
Coach for Ladies pun useless sebab ramai gak lelaki muka tembok menyelit kat dalam tu..
hari2 balik naik train boleh dapat sakit jantung, darah tinggi, sakit otak & sakit hati.. =(

Dugaan bertubi2 hari tu...sampai rumah air pun x de & aku kena jangkitan selesa n sakit tekak plak..memang terbaik lah! Sob sob..dugaan2...So, sape2 yang nak ke Masjid Negara guna Public Transport, sila amik pengajaran dari pegalaman aku yang ikhlas ni. Sekian.

Sunday, August 5, 2012

Step up revolution awesomeeee!!

Huhu..hari ni lepas terawih terus merayau2 makan angin melihat dunia...Then, tetibe lak ter-sangkut tgk movie :P x plan pun nak tgk movie, sakali ternampak mall baru (1 shamelin) yg baru dibuka di area Kg Pandan tu.. sekali sangkut kat TGV dia lak sebab tak ramai org ;) sgt seronok sebab x perlu beratur panjang..maybe for now masih baru, soon mesti akan ramai sebab mall ni pun dibuka di kawasan penduduk padat...

Anyway, thumbs up utk movie step up revolution nieh.byk dance dia sgt unexpected & byk elemen suprise! Tak senang duduk dibuatnya! cerita dia sangat tak bosan & jalan cerita sgt x predictable..Aku sangat kagum ngan seni diaorang especially masa babak dalam galeri seni diaorang..Awesome! I wish kat Malaysia ada orang orang seni yang kretif macam ni..

Tengok la Film Trailer dia kat sini

walaupun aku ni kaki bangku & tak reti menari, pinggang pun keras mengalahkan railway train but still aku rasa teruja sebab sangat kagum dgn bakat diaorg ni..Diaorang ni macam tak ada tulang..bila tgk kebolehan diaorg yg kretif tahap gaban I'm soo sure I can't dance! Diaorg sgt superb! Yg guys sgt masculin youu! awww! N yg gurls make me sgt jelous! Kalau menari memang boleh dpt body yang sangat hot mcm tu ke?? Aisey...

Btw, Rugi kalau tak tgk..tp beware ye! Sila jgn bawa budak kecik sebab pemakaian dan gaya diaorg di Miami beach tu sgt tak bersesuaian dgn budaya ketimuran kita ;)

Thursday, August 2, 2012

My 1st step DIY veil : shopping border lace

Thehee..Tak sabar nak mulakan projek DIY veil =) Excited sebab tengok B2B yang lain berjaya buat veil dengan jayanya. Nampak macam tak perlukan kepakaran yang luar biasa pun untuk buat benda tu..Cuma mungkin dari segi teknik jahitan manik dan kekemasan (cewah, berlagak! padahal reti jahit jelujur jek) hahah..

Jadi, semalam aku beli border lagi.. Aku tak berani nak masuk Jakel & Gulatis sebab hasil info dr ramai blogger & discussion dari geng2 FB B2B harga border lace di Gulatis, Euro Moda & Jakel tu for me macam agak mahal . Paling cikai pun dalam puluhan then up to ratusan ringgit..Glurp..Tu baru lace jek..Emm, ikut kemampuan masing2 la kot...Tapi, memang design border lace mahal2 ni confirm superb la kan, setaraf la dengan harganya..Macam aku, tak bercadang nak buat veil yang mahal sebab memang objektifnya nak jimat tapi cantik.

Boleh singgah sini kalau nak beli border lace murah : Your DIY Project Supplies

Pepun aku gembira gak sebab design border lace yang aku nak tu ada. Yang best, harga pun murah gila cuma RM 12.50 semeter!. Aku beli semeter dulu sebab takut membazir. . Maybe sebab murah n cantik, Lace dia nie selalu jek out of stock. Aku pun time ni bernasib baik jek sebab dapat last kopek. Ngam2 1 1/4 meter je yang tinggal..

Ok. Next nak cari kain net / kain chiffon yang sepadan dengan warna kain aku..Then, membeli beads yang sepadan dengan manik2 di baju aku tu. Then, lepas tu akan bermula la journey aku men-DIY veil sendiri..Hope menjadi la eks..Amin =)

Target aku nak buat veil dibawah kos RM 30. hehe.Yang penting murah tapi cantek n nampak macam mahal gitew...

Wish me luck!
Aku berminat ngan lace pink purple tu..Tapi tak sesuai dengan baju aku lak..
Ni la border lace putih yang aku beli tu..
 Border lace tu lak aku nak match kan dengan baju aku nieh..
Since, kebetulan warna baju da sama..Aku pun nak buat veil Ala2 B2B ni jugak sebab sangat sweet! :P
 
Other option utk border lace murah boleh visit sini Your DIY Project Supplies

Monday, July 30, 2012

Tukar plan! Beli baju tunang baru ;P

Semalam, aku & si dia pusing2 kat Chowkit & Jalan TAR sebab nak cari baju bertunang aku yang baru..Baju yang terbeli awal hari tu tak jadi nak dibuat baju tunang sebab baju tu lari dari warna tema & too simple. Jadi, baju tu aku buat sebagai baju raya jek ;)

Aku suka shopping masa nak raya ni sebab banyak gila kedai baju dibuka sempena nak raya nanti. Jadi pilihan ready made memang berlambak gila!

Finally, Sekarang baru aku dah boleh tenang sebab suka dengan baju baru aku ni. Harga baju pun still affordable lagi.. RM 230 jek lepas diskaun.Dia punya lace & beads memang heavy, buat baju tu pun nampak mewah jek :)

Ni la baju tu..heavy kan lace n beads dia?  =)
Kain ni jenis chiffon, x payah kena gosok sebenarnya. tp since kain ni baru sampai..Masih dalam plastik.. jadi dia berkedut2 mcm ni..Baju baru sampai la katakan :P
Close up beads dia..
Manik2 ni buat kain ni jd berat, jd elok jek terletak atas badan..Yang best part dibahagian lengan, mesti cantik close up dalam gambar masa sarung cincin..Hee..
Aku beli kat kedai ni..So sila jangan beli yang sama eks =)
Baju ni asalnye patut jadi baju bertunang aku, then cancel da jadi baju raya jek :P
Aku pilih baju tunang baru pink tu sebab design border dia tu pakai lace n beads jadi senang la aku nak buat projek DIY veil aku & cari border lace yang match dengan baju tu nanti =)

Alhamdulillah >_____<

Thursday, July 26, 2012

Tutorial : DIY Thank you tag for E-day! Serendah RM 0.02 jek!

Hi kamu, dia dan mereka~

As promise mcm ni la cara2 aku edit "Printable Thank you tag" tanpa perlu menggunakan software yang kena di- install ke dalam komputer..Tanpa perlu guna Adobe Photoshop pun..Then berbaloi & jimat gila.

Ni TQ tag aku yang da siap tinggal nak tunggu print jek :p
Ok..As informed previously  (dalam entri ni), banyak Thank you tag yang free kat dalam google tu..Tapi, banyak pun semuanya printable and bukan editable. Nak jimat punya pasal, so sebat je la free template tu semua dan customize jek ikut kesesuaian majlis kita. Jadi, mcm ni la cara2 yang aku buat.

checkthisout~

1. Google free template Printable yang korang nak tu..


Ni contoh Free printable TQ tag from google
2. Buka software "paint"- basic software yang memang da disediakan secara free dalam tiap PC.

Rupa software tu cengini
3. Then, print screen (tekan button Ctrl + Alt + PrtScn serentak) kat template TQ tag tu..Then, paste gambar kat kat "Paint"


 4. Lepas da copy paste and edit mana yang patut, then namakan file ikut suka & "save" image tu dalam JPEG format.

Scroll down "save as type" tu and pilih JPEG
5. Lepas da save gambar tu, wajib pergi ke website ni http://www.picmonkey.com/

6. Then click la nak edit pe, photo ke apa ke (option ada kat website) the pilih la gambar yang nak di edit


7. Lepas da upload gambar tu, then edit & hias la ikut suka


8. Lepas da edit, then save la gambar tu


9. Lepas da save then pegi cari balik gambar tadi mana korang simpan..Then buka semula gambar tu menggunakan software "Paint" di PC korang tu


10. pas tu copy gambar dalam software "paint" tu, then  paste kan ia di microsoft word doc


 11. Then, print la design korang tu kat atas Sticker A4 paper

Senang kan? tak payah da nak download software berat2 macam Adope Photoshop ke PC korang tu...

Harga stiker paper ni RM 2.70 (10 helai). Then, dalam 1 A4 paper aku buat 12 pcs label TQ taq.

kos aku mcm ni:

RM 2.70 / 10 helai = 1 helai stiker paper RM 0.27

1 helai A4 paper tu aku muatkan 12 pcs label tq tag = RM 0.27 / 12 pcs : RM 0.0225

Jimat kan? hahaha..Nak gila2 jimat, sila pakai printer opis or printer kawan2 korang...alaa~ x luak pun ink printer tu..:P

Tuesday, July 24, 2012

Aku dan Diet : Alpa Lipid SD 2 vs Herbalife vs Jus Mate 5 vs Acai berry vs gym

Ok gaya makan mentekedarah macam aku ni kan..
Pas tu nak berangan pakai baju macam ni kan????
Memang harapan la kan..hahaha...Ok, back to the story yang da basi ni..Perempuan & diet rasanya memang sangat tak boleh dipisahkan.. Lagi2 da nak kawen ni kan..Mesti semua pun stress sebab nak kelihatan cantik, langsing & gojes...Aku pun kalau cakap pasal diet ngan kawan2, diaorang pun pandang aku sebelah mata jek..Sebab diaorang tahu tak kemana la usaha aku tu..Masalah aku ni sebab aku sangat cintakan makanan tahap cipan...sob sob...
 
Sepanjang aku hidup ni, sebenarnya aku da cuba macam2 produk diet.. Aku dah pernah cuba Herbalife, dah pernah cuba Jus Mate 5 Dr Romzey tu dan sekarang yang paling latest produk Alpha Lipid SD 2..Dengan Alpha Lipid ni aku  baru try 2 hari..Jadi, tak nampak resultnya lagi. Tak kurang juga usaha aku yang tak berkekalan tu , iaitu men-subscribe jadi member Gym Fitness First. Tapi setahun je la..pas tu x larat sebab fees dia mahal sangat + menuntut komitmen masa & tenaga yang lebih.

Cuba korang bayangkan situasi aku, lepas keje nak kena pg gym pas tu part yang tak best sebab tak ada kawan..Kos mahal kan, so susah nak cari geng. So rasa alone + cost nak ada personal trainer pun mahal dalam RM 1000++ 10 session kot. Kalau x de personal trainer memang terkulat2 la korang kat gym tu, kena buat muka confident guna equipment gym tapi sebenarnya teknik korang tu salah..then kena tegur ngan instructor orang len. Pas tu malu la aku sorang2..Pas tu dalam gym tu lak didominasi oleh lelaki2 gagah perkasa, badan berketul2 macam incredible hulk..Aku lak tersipu2 malu sorang2..macam mana nak jadi exercise nye tu kan??? Nak amik personal trainer harga nak mahal jek.. Lupa da harganya.. Yang confirm Lagi expert lagi mahal..Jadi, disebabkan kontrak gym tu setahun, aku stuck la kat situ..Aku bayar mahal2 tp dok guna beskal cardio tu jek sebab tu je mesin yg aku reti guna..Then disebabkan selalu ttgal kelas dance n erobik..lama2 aku give up then unsubscribe terus..Puas hati mak!..huhu...

Cuma,  1 je product yang aku belum  try lagi  iaitu Acai Berry. Kalau dengan Alpha Lipid ni pun KALAU x jadi, last option ingat nak try yang Acai Berry tu..Kalau tak jadi gak..Redha je la..T___T Aku tak nak try Acai Berry sekarang sebab ramai kawan2 aku yang da amik produk tu cakap ada side effect sikit pada harmon kita. Then in the beginning tu kita akan mudah cemas, degup jantung cepat dan mudah berpeluh. Then Acai Berry tu pulak memang tablet untuk diet & tak sediakan nutrition yang diperlukan oleh badan. Dia cuma potong lemak. For now, semua kawan2 aku makan tu diorg kata berkesan. Bagus la kalau berkesan, tapi aku tak berani makan benda yang ada side effect. Harga Acai Bery ni pun tak murah RM 100 utk 30 biji....

Compare to Herbalife and Alha lipid, ni bukan produk diet macam kapsul or tablet diet yang lain. Herbalife and Alpha Lipid ni fungsi dia more to nutrition food + ada extra vitamin & minerals yang bagus untuk badan. So disebabkan dalam produk tu da ada semua sumber yang diperlukan oleh badan, jadi tak payah la nak makan makanan lain secara melampau lagi... Pendek kata makan bila perlu je la & tak boleh  ikut nafsu lagi..Jadi, kalau korang amik produk2 mcm ni, korang akan lagi sihat sebenarnya sebab korang akan amalkan cara pemakanan yang sihat..So with this product there will be no more fast food, nasi, gula dan oily food yang boleh sumbangkan kepada pertumbuhan lemak jahat. Pendek kata korang kena amik makanan yang sihat sahaja & remove semua benda yang tak sihat.

Aku pun terjebak ngan Alpha Lipid bukan sebab nak diet je, sebab aku pun da mula risaukan tahap kesihatan & kecergasan badan aku.Bila da gemuk ni, badan aku mudah sakit, sengal2 sendi, mudah letih & tak selesa. Kerja pulak duduk dalam aircond, badan da start rasa bisa2 dan masuk angin. Bila semakin berisi ni, badan semakin berat dan segala aktiviti fizikal semakin memenatkan. Tu tak campur psikologi bila terjumpa baju yang cantik tapi tak ada size & tak muat pulak! Down ok! Then, kalau da gemok baru nak exercise, alamatnya exercise dalam mimpi je la..Ni adalah pengalaman aku sendiri tau! Sumpah.

Betul~ ramai cakap, kenapa nak membazirkan.Puasa je la kan, dapat pahala + dapat diet. Tapi for my case yang ada metabolisme rendah, jadi proses tu akan lambat. Then I need help to enhance it kan.  Lagi2 bila due date nak E-day tinggal sebulan. Jadi why not puasa + diet + sihat with Alpha Lipid selama sebulan ni kan? Can't wait for the result!

Kalau nak dibandingkan dari segi rasa, aku lagi suka Alpha Lipid SD 2 sebab rasa dia light &  tepung dia sangat halus jadi senang nak digest & bau dia pun bau nestum. Macam makanan baby!  Alpha Lipid pun murah lagi dari Herbalife dan tak perlukan produk lain untuk support proses tu. Cuma minum Green tea (beli kat market) pun boleh untuk tingkat metabolism korang. Then nak buat dia pun senang, just campur air sejuk / air kosong suhu bilik dalam shaker dia yang comel & kecil tu, mudah nak dibawa kemana2. Memang tak payah kos yang lebih.

Kos aku untuk Alpha Lipid : RM 150 (utk seminggu), untuk turunkan 10 kg (aku perlukan 3 tin) dijamin dalam masa sebulan kalau aku follow the rule akan boleh dapat berat badan yang aku inginkan. yang best, testimonial semua cakap berat aku tak akan YOYO dan tak akan naik berganda bila aku stop. Sebab Alpha Lipid memang diyakini dari segi perubatan juga. 

Cuma yang tak bestnya, dia memang kena 100% tak boleh makan any food based carbohydrate langsung  seperti nasi, bihun, me, spageti & what ever yang sekutu dengannya. Then tak boleh makan benda manis AT ALL termasuk fruits and air manis. Jadi waktu makan cuma boleh minum banyak gila air masak then makan sumber protien (telur, ikan) sahaja. Sound terrible kan?? That is why boleh kurus kan ;) Minum air banyak sebab nak flush out lemak dalam badan. So memang akan selalu ke toilet & terkencing2..Tapi dengan Alpha Lipid ni aku tak kerap sangat ke toilet berbanding Herbalife. Kalau Herbalife memang sikit2 rasa nak terkucil :P

Tapi sebenarnyakan, bila korang da makan benda2 ni, korang akan rasa kenyang. Craving korang pada food2 tu hilang then end up korang akan rasa korang tak perlukan makanan2 yang tak sihat tu pun..Depends ar, tiap individu ada kemampuan masing2 kan..Macam semalam, time buka puasa, sebelum makan memang ar aku normal craving for macam2 food. Then, bila aku start berbuka Aplha Lipid ni then minum air masak then aku kenyang. Terus tertutup selera aku bila tgk food yang sedap2 tu..Serius. Aku just ratah ikan jek. Then kenyang. Amin =)

Herbalife, memang rasa dia sedap  especially flavor chocolate! + dia banyak pilihan perasa + boleh mix dengan jus & susu untuk dijadikan Shake.  Cuma bau dia kurang best dan selalu buat aku rasa nak muntah. Sama gak ngan Jus Mate 5, bau dia macam apam basi. Then aku terpaksa guna straw untuk alihkan tumpuan aku pada minuman tu. Then powder dia kasar, jadi korang boleh rasa powder tu bila telan especially kalau korang tak blend hancur2. Dia pun akan berketul2 juga dan akan melekat pada shaker korang. Serius bau dia kuat. Then kalau Herbalife sama je konsep dia ngan Aplha lipid, kena minum banyak air dan kena makan makanan yang sihat. Yang best, atleast Herbalife boleh makan nasi tapi cuma dalam portion yang sikit. Kalau tak makan langsung pun lagi bagus. Cuma tu la, herbalife agak mahal. Tak boleh relay on pada shake sahaja, kena amik Hibiscus tea dia & powder protein dia which total kos sampai RM 300-500 untuk 1 set for less than a month. Bagus memang bagus tapi mahal ar...

Yang confirm, lepas makan benda ni badan akan terus terasa ringan..Maybe sebab da buang toksik dalam badan kot..Tido pun semakin lena..Berdasarkan pengalaman aku, simptom yang sama kalau guna Herbalife or Alpha Lipid =) Cuma kalau Herbalife, bila aku stop aku gain balik weight 2 kali ganda.. Alpha Lipid ni tak tau la sebab masih in progress.

So pilihan & kemampuan di tangan sendiri..Susahkan nak jadi perempuan nak kena cantik je.Tapi aku concern pasal kesihatan la sebab kaki aku pun selalu sakit2 kalau jalan jauh. Maybe sebab graviti n sebab berat sendiri. Padan muka aku sendiri. Tu la. Masa makan dulu tak beringat! Sob sob.. Hope Alpha Lipid SD 2 boleh jadi penyelamat aku @ aku memang da tak boleh nak diselamatkan lagi..WoOooo..


Macam ni la diet aku bulan puasa ni..hope menjadi la =)



Sekian untuk entri aku yang panjang lebar ini ;)

Friday, July 20, 2012

DIY veil?

Huk..Baru dapat MMS dari kakak yang akan makeupkan aku untuk majlis bertunang aku nanti.. Bad newsnya bila veil yang dia nak bagi tu kurang cantik & tak match dengan baju aku..Then disebabkan tu aku kena cari jalan lain. Aku nak beli jek tapi macam susah pulak nak cari yang padan dengan warna baju aku..

Ni la veil yang kakak tu nak bagi pinjam
Nampak gayanya sekarang kena la aku DIY veil juga..Risau sikit sebab tengok macam susah jek nak jahit manik kat veil tu..Tapi, rasanya kalau buat sendiri lagi worth it and murah kot...Hope menjadi la nanti...

Aku nak tempah veil kat Intan, tapi dia tengah nak sarat mengandung & menghitung hari nak deliver kot..Sob sob..tak dapat aku nak merasa hasil tangan dia..Jelous dengan B2B yang dah tempah veil dengan dia..Sangat gojes!

Oh tuhan...Permudahkan la urusan hamba mu ini nanti..Amin...

Wish me luck..Here we go my DIY veil?


Thursday, July 19, 2012

My DIY Thank You taq for goodie bag!!

Amin~ hahahaha (gelak puas hati)..Selepas berhempas pulas meng- google "Printable Thank you tag" , akhirnya today aku da jumpa satu yang paling simple & sesuai untuk aku gunakan sebagai label thank you tag for my goodie bag!

Memang banyak version Printable Thank you taq yang ada dalam google tu, tapi kebanyakanya semua bukan editable dan protected. Diaorang cuma benarkan korang print & bukan edit..Memang design2 yang diaorang bagi tu free, cantik & kreatif, masalahnya most of it terlalu complicated untuk dipotong & digunakan..Ada tu siap da design perkataan wedding la, love la & any other words yang tak bersesuaian dengan majlis bertunang...

But today, I feel relief sebab terjumpa blog ni yang bagi free printable Thank you tag with simple design. So, boleh la aku guna template tu untuk my own purpose & tambah2 sendiri ikut sukahati nanti..Yey!! Thank you so much to this blog : http://www.weddingchicks.com...

So, klik la link ni untuk ke entri blog tu...Tapi, dia tak bagi yang editable tau...Semua pun just Printable jek..

Nanti aku bagi tutorial macam mana nak edit templete yang printable ni ye...


Ni la sample label taq dr blog tu..Just nice jek kan?
Ni la hasil yang aku buat :P sekarang tinggal nak print & tampal! yey!
Tapi, kalau korang nak segera & tak sanggup tunggu..Kalau nak label thank you taq version yang boleh editable..Korang boleh minta kat Ex-B2B ni..Dia dengan murah hati akan bagi design template dia (design ala2 dolly paper) masa wedding dia dulu..laju lak tu dia reply ;) : **anaztasia tie the knot**

Tutorial : DIY paper bags

Hi Uoalls (macam Mak Jemah gitu) ~

As promise, ni la steps macam mana aku buat paper beg untuk door gift engagement aku tu..

Check this out~

Bahan-bahan
1. Pembalut hadiah
2. Double sided sole tape size kecil
3. Gunting
4. Cutter
5. Riben


1. Lipat pembalut hadiah, lipat kepada 3 bahagian dulu then lipat lagi jadikan total semua 9 bahagian

2. Bila buka lipatan akan ada bahagian untuk 9 helai, potong kertas accordingly

3. Ambil 1 bahagian / 1 helai yang telah dibahagi 9 tu.

4. Lipat tengah kertas tersebut


5.  Lipat tengah kertas ikut sukati

6. Kemudian gam guna double sided sole tape

7. Tindih bahagian yang lagi satu di atas gam sole tape tu

8. Lepas dah siap bahagian badan. Lipat bahagaian bawah (seperti di gambar)
****Bahagian ni adalah untuk bahagian tapak paper bag. So, lebar tapak tu ikut sukati korang juga. Lagi lebar  tapak, lagi luas bahagian dalam paper bag tu

9. Lepas da lipat bahagian tapak, kembangkan bahagian bawah tu macam di gambar

10. Lipatkan bahagian tepi seperti di gambar

11. Lipat bahagian atas dan bawah macam kat dalam gambar juga

12. Gam soletape di bahagian bawah di setiap lipatan

13. Rupa bahagian tapak paper bag selepas siap digam


14. Lepas siap bahagian tapak, lipat bahagian atas seperti di gambar
*** kat sini boleh letak riben untuk buat tempat pemegang @ letak riben utk hiasan

15.  Lipat tengah paper bag tu lagi sebagai penanda untuk proses menebuk

16. Tebuk paper bag seperti di gambar (jarak ikut suka)

17. Tebukan akan menembusi 4 lapisan kertas (2 bahagian)

18.  Rupa di bahagian hadapan selepas ditebuk

19. Rupa dibahagian belakang selepas ditebuk

20. Ikat reben sesuka hati

21. Pandangan belakang riben

22. Tadaaa~ paper bag yang dah siap! tunggu masukkan door gift jek :D

P/S: sangat mudah nak buat, boleh buat sambil tengok TV :p

Good Luck!

Wednesday, July 18, 2012

Paper bag DIY for my Doof gift da siap!

Alhamdulillah!!

MY Paper bags untuk door gift majlis bertunang aku sebanyak 100 pcs tu da siap!! Yey!! Sekarang tinggal nak letak door gift aku which is wajik & bunga rampai jek..Then selesai da projek tu! Weee~

Sekarang ngah pikir untuk tag thank you & label our engagement, nak buat sendiri ke tempah jek..Mana lagi worth it ye..emmm...




Kos nak buat paper beg ni murah jek...

Pembalut hadiah RM 2 sekeping,  lipat & bahagi 9 bahagian = jadi RM 0.20 je sekeping :P

RM0.20 x 100pcs : RM 20

Riben segulung RM 0.70 boleh dapat banyak, utk 100 pcs ni aku guna 4 gulung riben

RM 0.70x 4= RM 2.80

Double sided tape size kecil RM 1 x 4 = RM 4 sahaja

Total cost : RM 26.80

Murah ke mahal ? >____<

Nak buat beg ni senang jek..Nanti aku bagi tutorial ;) tutorial kat sini

Katering untuk Majlis Bertunang : Selesai~

Alhamdulillah..

Akhirnya selesai sudah urusan nak cari katering untuk majlis bertunang aku..Susah gak nak cari katering yang boleh memenuhi keinginan kita eks..lagi2 da nak last minute macam ni..hehehe

Aku fade up da google pasal katering di website2 sebab semua inquiry yang  aku hantar tak berbalas. Then, aku da give up gak call diaorang sebab semua yang aku call cakap tak available + pakej yang ditawarkan mahal2..

So, nasib baik aku hantar inquiry ke Majalah.com then terus berlambak2 katering yang offer service diaorang kat aku..Then, yang best bila aku email semua katering tu, semua pun berbalas dengan segera..Jadi, pilihan banyak ditangan aku time tu..hehehe..

Ada banyak katering ni yang bagi pakej yang murah di bawah RM 10 untuk 100 pax. Tapi, keputusan pilih katering ni aku serahkan kepada bakal tunang aku untuk buat pilihan. Then lepas da tengok semua email dan pakej yang ditawarkan. Dia setuju nak proceed dengan katering ni : http://www.onecater.blogspot.com/

Thanks to Majalah.Com!! Tak sangka berguna juga website ni ek :P aku saje2 je try guna website ni..ehee..Ingatkan banyak SPAM jek kat sini..Rupanya banyak faedahnye :P


Company ni aku jumpa kat reply dia no 14 tu...

 Jadi ni la katering yang bakal aku gunakan untuk khidmat majlis bertunang aku nanti :)

http://www.onecater.blogspot.com/