Support saya =) Jom Exchange Link! I will visit Yours!

My Blogger friends

Tuesday, July 24, 2012

Aku dan Diet : Alpa Lipid SD 2 vs Herbalife vs Jus Mate 5 vs Acai berry vs gym

Ok gaya makan mentekedarah macam aku ni kan..
Pas tu nak berangan pakai baju macam ni kan????
Memang harapan la kan..hahaha...Ok, back to the story yang da basi ni..Perempuan & diet rasanya memang sangat tak boleh dipisahkan.. Lagi2 da nak kawen ni kan..Mesti semua pun stress sebab nak kelihatan cantik, langsing & gojes...Aku pun kalau cakap pasal diet ngan kawan2, diaorang pun pandang aku sebelah mata jek..Sebab diaorang tahu tak kemana la usaha aku tu..Masalah aku ni sebab aku sangat cintakan makanan tahap cipan...sob sob...
 
Sepanjang aku hidup ni, sebenarnya aku da cuba macam2 produk diet.. Aku dah pernah cuba Herbalife, dah pernah cuba Jus Mate 5 Dr Romzey tu dan sekarang yang paling latest produk Alpha Lipid SD 2..Dengan Alpha Lipid ni aku  baru try 2 hari..Jadi, tak nampak resultnya lagi. Tak kurang juga usaha aku yang tak berkekalan tu , iaitu men-subscribe jadi member Gym Fitness First. Tapi setahun je la..pas tu x larat sebab fees dia mahal sangat + menuntut komitmen masa & tenaga yang lebih.

Cuba korang bayangkan situasi aku, lepas keje nak kena pg gym pas tu part yang tak best sebab tak ada kawan..Kos mahal kan, so susah nak cari geng. So rasa alone + cost nak ada personal trainer pun mahal dalam RM 1000++ 10 session kot. Kalau x de personal trainer memang terkulat2 la korang kat gym tu, kena buat muka confident guna equipment gym tapi sebenarnya teknik korang tu salah..then kena tegur ngan instructor orang len. Pas tu malu la aku sorang2..Pas tu dalam gym tu lak didominasi oleh lelaki2 gagah perkasa, badan berketul2 macam incredible hulk..Aku lak tersipu2 malu sorang2..macam mana nak jadi exercise nye tu kan??? Nak amik personal trainer harga nak mahal jek.. Lupa da harganya.. Yang confirm Lagi expert lagi mahal..Jadi, disebabkan kontrak gym tu setahun, aku stuck la kat situ..Aku bayar mahal2 tp dok guna beskal cardio tu jek sebab tu je mesin yg aku reti guna..Then disebabkan selalu ttgal kelas dance n erobik..lama2 aku give up then unsubscribe terus..Puas hati mak!..huhu...

Cuma,  1 je product yang aku belum  try lagi  iaitu Acai Berry. Kalau dengan Alpha Lipid ni pun KALAU x jadi, last option ingat nak try yang Acai Berry tu..Kalau tak jadi gak..Redha je la..T___T Aku tak nak try Acai Berry sekarang sebab ramai kawan2 aku yang da amik produk tu cakap ada side effect sikit pada harmon kita. Then in the beginning tu kita akan mudah cemas, degup jantung cepat dan mudah berpeluh. Then Acai Berry tu pulak memang tablet untuk diet & tak sediakan nutrition yang diperlukan oleh badan. Dia cuma potong lemak. For now, semua kawan2 aku makan tu diorg kata berkesan. Bagus la kalau berkesan, tapi aku tak berani makan benda yang ada side effect. Harga Acai Bery ni pun tak murah RM 100 utk 30 biji....

Compare to Herbalife and Alha lipid, ni bukan produk diet macam kapsul or tablet diet yang lain. Herbalife and Alpha Lipid ni fungsi dia more to nutrition food + ada extra vitamin & minerals yang bagus untuk badan. So disebabkan dalam produk tu da ada semua sumber yang diperlukan oleh badan, jadi tak payah la nak makan makanan lain secara melampau lagi... Pendek kata makan bila perlu je la & tak boleh  ikut nafsu lagi..Jadi, kalau korang amik produk2 mcm ni, korang akan lagi sihat sebenarnya sebab korang akan amalkan cara pemakanan yang sihat..So with this product there will be no more fast food, nasi, gula dan oily food yang boleh sumbangkan kepada pertumbuhan lemak jahat. Pendek kata korang kena amik makanan yang sihat sahaja & remove semua benda yang tak sihat.

Aku pun terjebak ngan Alpha Lipid bukan sebab nak diet je, sebab aku pun da mula risaukan tahap kesihatan & kecergasan badan aku.Bila da gemuk ni, badan aku mudah sakit, sengal2 sendi, mudah letih & tak selesa. Kerja pulak duduk dalam aircond, badan da start rasa bisa2 dan masuk angin. Bila semakin berisi ni, badan semakin berat dan segala aktiviti fizikal semakin memenatkan. Tu tak campur psikologi bila terjumpa baju yang cantik tapi tak ada size & tak muat pulak! Down ok! Then, kalau da gemok baru nak exercise, alamatnya exercise dalam mimpi je la..Ni adalah pengalaman aku sendiri tau! Sumpah.

Betul~ ramai cakap, kenapa nak membazirkan.Puasa je la kan, dapat pahala + dapat diet. Tapi for my case yang ada metabolisme rendah, jadi proses tu akan lambat. Then I need help to enhance it kan.  Lagi2 bila due date nak E-day tinggal sebulan. Jadi why not puasa + diet + sihat with Alpha Lipid selama sebulan ni kan? Can't wait for the result!

Kalau nak dibandingkan dari segi rasa, aku lagi suka Alpha Lipid SD 2 sebab rasa dia light &  tepung dia sangat halus jadi senang nak digest & bau dia pun bau nestum. Macam makanan baby!  Alpha Lipid pun murah lagi dari Herbalife dan tak perlukan produk lain untuk support proses tu. Cuma minum Green tea (beli kat market) pun boleh untuk tingkat metabolism korang. Then nak buat dia pun senang, just campur air sejuk / air kosong suhu bilik dalam shaker dia yang comel & kecil tu, mudah nak dibawa kemana2. Memang tak payah kos yang lebih.

Kos aku untuk Alpha Lipid : RM 150 (utk seminggu), untuk turunkan 10 kg (aku perlukan 3 tin) dijamin dalam masa sebulan kalau aku follow the rule akan boleh dapat berat badan yang aku inginkan. yang best, testimonial semua cakap berat aku tak akan YOYO dan tak akan naik berganda bila aku stop. Sebab Alpha Lipid memang diyakini dari segi perubatan juga. 

Cuma yang tak bestnya, dia memang kena 100% tak boleh makan any food based carbohydrate langsung  seperti nasi, bihun, me, spageti & what ever yang sekutu dengannya. Then tak boleh makan benda manis AT ALL termasuk fruits and air manis. Jadi waktu makan cuma boleh minum banyak gila air masak then makan sumber protien (telur, ikan) sahaja. Sound terrible kan?? That is why boleh kurus kan ;) Minum air banyak sebab nak flush out lemak dalam badan. So memang akan selalu ke toilet & terkencing2..Tapi dengan Alpha Lipid ni aku tak kerap sangat ke toilet berbanding Herbalife. Kalau Herbalife memang sikit2 rasa nak terkucil :P

Tapi sebenarnyakan, bila korang da makan benda2 ni, korang akan rasa kenyang. Craving korang pada food2 tu hilang then end up korang akan rasa korang tak perlukan makanan2 yang tak sihat tu pun..Depends ar, tiap individu ada kemampuan masing2 kan..Macam semalam, time buka puasa, sebelum makan memang ar aku normal craving for macam2 food. Then, bila aku start berbuka Aplha Lipid ni then minum air masak then aku kenyang. Terus tertutup selera aku bila tgk food yang sedap2 tu..Serius. Aku just ratah ikan jek. Then kenyang. Amin =)

Herbalife, memang rasa dia sedap  especially flavor chocolate! + dia banyak pilihan perasa + boleh mix dengan jus & susu untuk dijadikan Shake.  Cuma bau dia kurang best dan selalu buat aku rasa nak muntah. Sama gak ngan Jus Mate 5, bau dia macam apam basi. Then aku terpaksa guna straw untuk alihkan tumpuan aku pada minuman tu. Then powder dia kasar, jadi korang boleh rasa powder tu bila telan especially kalau korang tak blend hancur2. Dia pun akan berketul2 juga dan akan melekat pada shaker korang. Serius bau dia kuat. Then kalau Herbalife sama je konsep dia ngan Aplha lipid, kena minum banyak air dan kena makan makanan yang sihat. Yang best, atleast Herbalife boleh makan nasi tapi cuma dalam portion yang sikit. Kalau tak makan langsung pun lagi bagus. Cuma tu la, herbalife agak mahal. Tak boleh relay on pada shake sahaja, kena amik Hibiscus tea dia & powder protein dia which total kos sampai RM 300-500 untuk 1 set for less than a month. Bagus memang bagus tapi mahal ar...

Yang confirm, lepas makan benda ni badan akan terus terasa ringan..Maybe sebab da buang toksik dalam badan kot..Tido pun semakin lena..Berdasarkan pengalaman aku, simptom yang sama kalau guna Herbalife or Alpha Lipid =) Cuma kalau Herbalife, bila aku stop aku gain balik weight 2 kali ganda.. Alpha Lipid ni tak tau la sebab masih in progress.

So pilihan & kemampuan di tangan sendiri..Susahkan nak jadi perempuan nak kena cantik je.Tapi aku concern pasal kesihatan la sebab kaki aku pun selalu sakit2 kalau jalan jauh. Maybe sebab graviti n sebab berat sendiri. Padan muka aku sendiri. Tu la. Masa makan dulu tak beringat! Sob sob.. Hope Alpha Lipid SD 2 boleh jadi penyelamat aku @ aku memang da tak boleh nak diselamatkan lagi..WoOooo..


Macam ni la diet aku bulan puasa ni..hope menjadi la =)



Sekian untuk entri aku yang panjang lebar ini ;)
Comments
7 Comments

7 comments:

  1. good entry. banyak yg awk kongsi ttg mcm2 produk diet ni..

    good luck~

    ReplyDelete
  2. Hi Jue, nice reading your blog ni. i like....=) n sebenarnya kite pon ada plan nak try Alpha Lipid ni. oleh kerana kite bajet nak turun 8-10kilo, kite kena amek 3 tin jugak sama cam kamu ok hehe kite nak try but risau tak berkesan (ceh...macam la aku penah try produk diet sebelom ni kan...tak pernah, sumpah!!) emmm skang berat kite semakin naik even makan sket je haha tak faham jugak what is wrong with my body, em maybe sebab dah beranak kot tu payah tu sebab time pregnant, asek makan tak ingat dunia sampai berat kite naik 80kg wahaha gila btui!! so, kita ada terberkenan dengan produk ni sebab tengok banyak ngat iklan n testimoni2 yg best2 tentang this produk n harga pon is the cheapest among all kan...cam best je...hehe so, nak tanya Jue dah amalkan brapa lama? n beli kt mana RM150 tu? pakej ape dalam tu? TQ...=)

    ReplyDelete
  3. Thanks Jihan sebab sudi visit my blog =P hehe..Cuba la kalau nak try sebab orang pun ngah try 1 can je dulu ni..Kalau ada hasil baru nak proceed amik 3 can terus tu..Btw kalau nak diet memang kena buat awal2 sebab lemak tu akan makin bertambah n sangat susah nak remove..Sob Sob..orang beli kat kawan orang, dia jual harga RM 150 utk 1 can & benda tu x ada set pun.. Dia x macam Herbalife yang kena ada set. Dia jual harga member jek kat semua orang & x markup pun. Profit dia cuma dari point yang dia dapat jual benda tu. Kalau Jihan nak, orang boleh kenalkan kat Jihan nanti.

    ReplyDelete
  4. Jue: nice entry I would say, promote habis ni Alpha lipid SDII!! Good, keep up the good work kay, go on with ur diet. Good luck yang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah..thanks nana sebab sudi visit ;) Tgh struggle menahan my nafsu makan mcm incredible hulk ni T________T haha..

      Delete
  5. mak saya dulu gemuk..
    beratnya dekat 70kg..
    kemudian, dia mengamalkan yusmira b'slima kapsul..
    skrg ni dah ok lah, utk seorang ibu beranak 4..
    berat dia dah turun ke 62kg..=)

    ReplyDelete

Thanks for your comment dear! =)

P/s: if komen via FB, saya tak dapat notification tau. Jadi, sorry kalau saya lambat reply / tak reply ye..Saya kena manual check ;)

May Allah bless you!