Support saya =) Jom Exchange Link! I will visit Yours!

My Blogger friends

Showing posts with label Aduan. Show all posts
Showing posts with label Aduan. Show all posts

Tuesday, August 7, 2012

Aduan ke DBKL Done!









Cantik tak gambar diatas? tehee..Gambar ni susulan dari entri aku sebelum ini (klik sini) pasal terowong Masjid Negara yang kotor dan tak selamat..Jadi today aku da hantar aduan kat DBKL.. Nice~ sebab form dia agak senang nak diisi dan tak complicated berbanding PTPTN :p Tapi yang aku tak berkenan tu part dia suruh pilih kawasan kejadian tu kat cawangan mana dan department / cawangan / badan mana yang uruskan aduan tersebut. Lorr, mana la aku tahu sape yang incharge kan??..Hukhuk. Sudahnya aku hantar je kat DBKL HQ :P So, pepandai la dia forward. Hope diaorang forward  issue tu ke respective department eks. Risau gak if diaorang akan ignore email aduan aku tu sebab tak salurkan ke department yang betul???  We will see..Will get back and follow up within 3 working days.

Hihih...Aish..Think positive. Think positive..Tak bek bersangka buruk...Jadi, aku harap badan kerajaan ni akan bertanggungjawab la ek dalam melaksanakan tugas yang diamanatkan. Katanya kan berkhidmat untuk rakyat jadi hope diaorang amik serius la aduan yang dibuat. Jadi, ni akan jadi bukti diaorang ni buat keje ke tak ;) Really2 hope supaya terowong tu bersih & terjaga supaya selamat sikit lepas ni  >___<

Part ni la yang aku tak paham..

Tu dia, siap attach gambar lagi dalam report aku..hehehe

Majulah DBKL untuk negara ;)

Thursday, February 16, 2012

Casio Edifice EF-550-1AV TERUK!!

Haa..Aku sangat geram sebab da setahun dah perkara ni terjadi. Aku bersabar dan bersabar akhirnya hari ni juga aku ambil tindakan..Haha

Ni semua gara2 jam tangan yang aku belikan untuk Encik Ehem2 aku sempena birthday dia last year. Niat indah asal aku nak bagi hadiah yang boleh kekal lama dan bermakna tapi tak sangka pula jadi yang sebaliknya. Dah la aku beli jam tu mahal2 pas tu da la masa nak beli dulu merayu bagai nak rak supaya bg diskaun ke..Tapi tak perdulikan permintaan aku pun. Hah! Now bila da rosak tak nak bertanggung jawab pulak. Tak sangka niat ikhlas tu bertukar menjadi penyesalan yang tiada kesudahan..

Haish...Aku pun pelik, Encik Ehem2 aku tu x de pun bawa jam tu pegi swimming or diving sampai ke dasar laut... Paling teruk pun dia pakai bawa tidur atau ambil air sembahyang. Tp, dah nama pun "100-meter water resistance"..Ni jangankan kedalaman bermeter2, rendam dalam cawan pun boleh masuk air..Siap berwap dan bertakung. Aku beli beratus2 harganya sekali tgk da macam jam RM 1O jek..Ni jam yang aku beli tu <Jam>  aish,..cantik kan?? Huk...

Then, aku pun pergi hantar balik jam tu ke kedai yang aku beli di Pertama kompleks..Nama kedai tu PUSAT JAM PERTAMA..Masa aku datang tu dia ingat aku nak beli jam kot, jadi manis je la muka diaorang kan. Tapi,  bila aku cakap aku nak pulangkan jam sebb rosak terus muka diorg jadi bengis. Siap tokey kedai herdik aku . Mementang la aku ni perempuan, then datang pun sorang2 kan. Hehe.. Berani tak aku? Hehe..Sebenarnya time tu aku pun cuak...At the end dia suruh tinggalkan jam tu ngan warranty card then dia akan hantar ke HQ untuk repair. Aku minta replacement dia kata bukan salah dia jam tu problem, salah HQ. Siot kan? Grr...Orang beli pakai duit, dia ingat aku bayar pakai daun kot..Huk..

Ingatkan bila da repair tu then problem akan settle, sekali tak sampai seminggu lepas tu masalah yang sama berlaku lagi. Jadi, begitu lah kisahnya sampai la kali ni da masuk kali ke3 aku buat lawatan rasmi ke kedai tu. Tapi, masalah jam tu masih sama juga. Then, aku suspek if diaorng ni repair ke tidak jam tu sebb tak elok2 juga jam aku tu. Yang aku risau sebab tempoh warranty dia da nak tamat. Kalau rosak after warranty lagi rugi la aku sebb asyik keje nak datang nak repair jek. Sekarang ni masalah makin serius, jam tu pulak dah tak berfungsi. Semuanya berlaku dalam masa setahun. Mana aku tak cakap teruk??

Then, sebabkan da geram punya pasal hari ini aku dah send email complaint ke HQ dia @ http://www.casio-intl.com/support/repair/wat/. Aku cari website dia then cari alamat email dia. Humm..Sempat juga la aku ugut if tiada tindakan dr mana2 pihak untuk bertanggung jawab aku akan buat aduan di Consumer Tribunal or Kementerian pengguna tu. Terus diorg reply email aku lepas tu.Hopefully this time masalah akan selesai, kalau tidak memang terpaksa lah aku sambung wat aduan ke kementerian pengguna untuk membela diri sendiri...Harap2 diorg dapat selesaikan masalah aku cepat sebab aku tak nak pun nak besar2 kan cerita....Sekarang ni pun email komplen aku ke HQ dia dok main reply jek mcm chatting, masih belum ada tindakan yang produktif pun untuk membetulkan jam aku tu...So, sape2 nak beli jam pas ni sila hati2.. Mahal pun belum tentu berkualiti gak :(