Support saya =) Jom Exchange Link! I will visit Yours!

My Blogger friends

Showing posts with label All about my Majlis Merisik. Show all posts
Showing posts with label All about my Majlis Merisik. Show all posts

Monday, June 11, 2012

Alhamdulillah~ Selamat sudah: Majlis merisik :D

Yey! Selamat sudah urusan majlis merisik aku..3 hari dua malam aku berhempas pulas buat preparation majlis tu..Akhirnya segalanya berjalan lancar juga..Amin...Ehee..

Aku punya majlis merisik simple jek..Mula2 aku cuak gak, macam mana nak buat majlis ni..Jenuh gak aku google dan buat research kat kawan2..Tanya pengalaman dioarang macam mana..Ada yang cakap kena tunjuk diri masa hidang air panas la, ada yang cakap tunggu je bilik sampai kena panggil la dan sebagainya..Sudahnya aku redha dan biar je takdir yang menentukan segalanya..Pendek kata, just follow the flow...

Aku punya version lak, lepas family belah lelaki sampai, diaorang pun mula la berbincang dengan serius. Kemudian, aku pun menyorok dalam dapur sebab nak sediakan makanan dan juga untuk curi2 dengar perbincangan diaorang tu..Kalau duduk dalam bilik confirm tak dengar kan..Ehee.. Kemudian, ayah aku pun panggil aku untuk sesi menyarung cincin tanda terima / setuju. Masa sarung cincin tu punya la cuak, tangan aku menggigil sampai aku pun kena bahan..Ceh..Ehee...Then, rasa dia masa peluk bakal mak mertua tu..Speechless..Sempat aku tengok mata mak aku..Bergenang air mata dia.....huhu..Pengalaman seumur hidup ni...

Then, lepas sarung cincin ayah aku pun buat ucapan penutup..Then, dia pun invite tetamu semua untuk makan..Disebabkan meja makan aku sempit, jadi aku pun buat la makan2 tu secara bersila..Lepas makan diaorang pun minta izin untuk berangkat sebab ada urusan lain...Then that's it. Aku pun temankan family bakal mertua aku tu ke kereta, borak2 sampai la diaorang berangkat pulang...:) Kemudian? Aku pun kena kemas rumah dan cuci pinggan balik..Huu..Letihnye..Nasib baik majlis buat hari Sabtu, jadi hari Ahad tu aku ada la masa nak berehat sakan :D

Alhamdulillah...Next, akan berlangsungnya majlis bertunang aku yang dijangka akan berlangsung pada bulan 9 ni..Majlis perkahwinan aku pulak dalam masa 6 bulan seterusnya iaitu bulan 2, 2013...Here we go~...Hope segalanya akan berjalan dengan lancar..Amin...

Masa ngah kelam kabut kemas rumah
Lepas kemas layan Hindustan jap :P
Cuci pinggan mangkuk semua
Love this!
Susun makananan semua, siap untuk dihidang!
Masak lemak cili padi..Sedap...nyumnyum
Selamat di booking! Just to share, cincin merisik jari tangan kanan ye :P
Lepas selesai majlis & kemas rumah semua, sambung buat door gift.

My new design : Froggy!

Friday, June 8, 2012

Hari booking me! Majlis merisik esok!

Nguu..Esok da nak mula hari tempahan si dia on me..nervous! Jadi, aku ni all out la to makesure the day will run smoothly..nasib ada si dia yang always backup and be there for me..without him, im helpless..thanks dear!

Before it, banyak benda aku nak kena buat! Sakit sikit sebab nak kena beli barang kelengkapan rumah semua..expectation is soo high sebab aku x nak bad impression for both side..jadi, it's ok if aku sacrifice diri aku in the beginning for the happy ending..insyallah..;)

So, aku pun shopping la sana sini..sampai sakit kaki, pinggang & kepala...then apply cuti 2 hari sebab nak kena kemas rumah & etc...emm, nak buat majlis memang penat >__< adoyy, prepare rumah macam esok nak raya! Haha..

Banyak juga dugaan yang mendatang, maybe tanda bermulanya fasa baru..insyallah, akan cuba yang terbaik untuk mengharunginya....harap segalanya akan berjalan lancar sebagaimana yang dirancanga..insyallah dengan rahmat & izinya..

Tuesday, June 5, 2012

Minggu yang mendebarkan!!!

Aaa~ Aku rasa sangat stress minggu ni..Stress sebb hari Isnin hari tu aku kena buat presentation untuk idea CIPCO aku yang aku menang kat opis..Kena present depan management & semua staff yang hadir...Glurp! Then, ingatkan lepas presentation tu da selesai da boleh hilang nervous tu, tp nervous lain pula yang menyusul....Rasa macam nak kena heart attack!! Esok lak aku nak kena jumpa COO (Chief of Operation) untuk presentation projek aku tu......scarryyyy.....

Jadi, kita sambungkan perasaan nervous yang berkumpul untuk minggu ini..Alkisah, hari Sabtu ni nanti (9/6/2012) akan berlangsungnya majlis merisik aku...Nguuu..Nervousnye tuhan je la yang tahu sebab tak pernah pun ada pengalaman untuk benda2 cengini..Huuu..Jenuh aku tanya kawan2 aku cakap majlis merisik diorg macam mana..Then, diorang cakap majlis merisik buat simple jek, tak ada apa yang perlu dirisaukan..Tu kata diorg la kan..Tapi bila aku google, visit blog orang len semua, bukan main pula cerita diorg..Siap ada yang buat macam majlis kahwin, ada hantaran, makeup, dressing bagai! @___@ Kecut perut aku dibuatnya..Aku takut sangat kalau di hari kejadian tu nanti, aku ada cacat cela dan kekurangan pepe pula..Tak nak la ada lacking apa2 ke sebab orang kata first impression will remain forever!!..Lagi2 this time melibatkan keluarga dia kan..ofcoz la aku harap dapat feedback yang baik nanti...Emmm..

Pepun, Orang kata bek ikut sunnah agama, bersederhana lebih afdhal..Jadi, aku stick with it je la ye..Lagipun nak jimatkan kos perkahwinan so x nak la buat majlis besar2.Ukur baju dibadan sendiri la harapnye...Kang nanti masa kawen nanti, takut aku hidang megi ajek..:P jadi, conclusion..Majlis nanti aku buat secara tertutup sesama keluarga jek ye...

Huk..Serius nervous! Harap segalanya berjalan lancar..Insyallah..Amin...

Monday, May 28, 2012

Susahnye nak kawin..Masa untuk beli Cincin!

Haa..betul la bak kata orang2 yang terdahulu...Bukan senang nak kahwin..Banyak benda nak kena fikir..Yang pasti, duit memang wajib nak kena ada..Tapi sebenarnya kan, stress nak kahwin ni pun agak best..Sebab kita da pasangan akan cuba selesaikan masalah bersama2 demi merealisasikan impian tersebut...

Huhu...Alhamdulillah, preparation wedding macam katering, gambar, pelamin, kad kahwin dan door gift semua dah booking dan in progress. Sekarang ni tinggal nak lengkapkan mana yang x sempurna tu pula..Semalam, aku dan si dia pergi shopping cincin merisik..next week, family dia akan datang merisik..dan insyallah lepas raya kitaorang akan bertunang..& by the end of this year insyallah akan berkahwin....Alhamdulillah, betul kata orang2 tua..Kalau niat kita baik, Allah mesti akan permudahkan caranya....Pepun, kita merancang, Allah yang menentukan segalanya..Hope segalanya akan berjalan lancar...

So, semalam aku dan si dia merancang untuk beli cincin..Sebab lagi 2 minggu keluarga dia akan datang untuk merisik. masa aku pergi kedai emas, kitaorang try pergi yang kat SOGO KL dulu..Tapi disebabkan service dia hampeh, pekerja dia macam nak tak nak layan.Pas tu buat muka macam tak ikhlas..Tanya soalan pun tak jawab then tak pandang muka kitaorang pun..sadis jek..Mementang la kitaorang bukan orang kaya or Angelina Jolie..Grrr.... So, kitaorang pun blah cari kedai emas lain jek.. Pusing punya pusing then kitaorang singgah pergi kedai emas Poh Kong di The Mall sebelah PWTC tu..

Alhamdulillah...I love it. Aku suka kedai emas Poh Kong The Mall sebab service dia baik, pekerja dia mesra, dia bagi air free then bg macam2 offer, gift dan promosi. Yang best boleh lak tawar2 , then barang kemas dia banyak option & design dan kebetulan harga emas tengah jatuh time tu iaitu RM 175 untk 1 gram..Disebabkan murah, kitaorang pun terus beli untuk cincin bertunang sekali :D Ehee..Alhamdulillah...




Cincin bertunang & merisik