Support saya =) Jom Exchange Link! I will visit Yours!

My Blogger friends

Showing posts with label DIY Bantal hantaran. Show all posts
Showing posts with label DIY Bantal hantaran. Show all posts

Wednesday, July 4, 2012

Proses hias bantal hantaran dengan bunga

Alhamdulillah!

Sangat satisfied dengan hasil DIY my dulang hantaran for both side ..Can't wait kalau da complete! Weeee ..
Dulang hantaran kepada perempuan (5 dulang)
Dulang untuk hantaran kepada lelaki (7 dulang)
Senyum sampai ke telinga! Berbaloi berpenat lelah..heee

Borong Bunga di Sg Besi..Best!

Semalam lepas balik keje, sebab frust sebab x dapat pegi ke SMS flower shop tu then my bakal en tunang ajak cari bunga di kawasan Sg besi jek..Nama kedai tu Cempaka Sari Florist & Handycraf..Turn up jadi sangat suka! Sebab kedai tu walaupun buruk & tersorok tapi banyak gila pilihan bunga dan barang kraft! Segala2nya ada kat sana..Jadi tak payah da nak pening kepala nak cari barang2 kawen lagi..Walaupun buruk, kedai tu selayaknya boleh jadi 1 stop centre je utk barang kawen..Huhu..Then, harga dia pun not bad. Atleast pilihan utk 3 jambak bunga RM 10 tu pun banyak. Jadi, tak la gigit jari tengok harga bunga standard setangkai dalam belasan to puluhan ringgit..Takde da barang murah skrang ni..huk..ok~pepun alhamdulillah...sekarang ni lega dah sebab dapat nak jimat + bunga2 tu pun cantik!

Time nak shopping bunga ni macam agak rushing skit..Sebab nak kejar time tgk bola Malaysia Vs Myanmar..Resultnyeh ----> Malaysia 1 Myanmar 2...Adoii..

Pepun, check this out~
kedai ni sangat tersorok

Cempaka Sari Florist & Handycraft Sg Besi

Muka puas hati lepas da jumpa pilihan hati
Segala jenis dulang ada dijual



Bunga 3 jambak RM 10..
Lots and lots of flowers!
Reben polkadot cantik pun ada!
Segala jenis reben pun ada
Lots of crepe paper
Tissue paper pelbagai warna
Ready made ribbon pelbagai pilihan
Daun sireh palsu pun hado..haha
Our flowers
Hehe..Lagi suka sebab ada orang belanja =P
Tapi, kakak ni garang..huhu..garang pun  nasib baik dia bagi diskaun..mekasih :D

Tuesday, July 3, 2012

Kecewa dengan SMS Flower Shop

Ok. Bantal hantaran da siap. Sekarang mission nak decorate plak. So, it is time to look for flower. Lots of flowers..

Disebabkan rumah aku tak ada bunga2 an, jadi macam sangat jadi sedih sebab tak dapat nak mengelak dari kena beli bunga. Ingat nak jimat + recycle je kan. Emm, give up da tanya kawan2 if ada sesapa yang ada banyak bunga plastik kan... Tp semua pun hampa. Ye la kan, susah gak nak pinjam sebab bunga tu pun mak diorg yg punya :D then kang jahanam lak aku bengkok glue kan sana sini kan.. Jadi, sudahnya bakal en tunang cakap, kita beli je la bunga tu sendiri.. Boleh recycle dikemudian hari...Fine..

Then, today hajat nak pegi survey bunga kat kedai bunga di KL nearby opis aku..Aku da tak nak pegi kat Masjid Jamek sebab bunga semua mahal kat sana + tak cantik. Google2 cakap kat KL ada pemborong bunga artificial..Da namanya pemborong jadi maybe la dia ada banyak pilihan bunga dan murah.. Kedai tu namanya SMS flower. Tengok blog & facebook dia macam cantik2 bunga dia..

 Before that, aku sempat google2 online nak tengok mana lagi worth it..Bunga plastik or fresh flower kan..Ramai cakap fresh flower murah kat Petaling Street & Chow kit..Fresh flower  tu pulak pun boleh dapat in bundle. Cuma tu la, walaupun murah.. fresh flower cepat layu dan tak tahan lama. Jadi agak pembaziran disitu...Jadi, aku proceed je dengan artificial flower, atleast boleh tahan lama + boleh di recycle time nikah or hias rumah dikemudian hari..

Maka, disebabkan itu time lunch ini aku pun berlari 2anak ke kedai tu yang terletak agak jauh dr opis aku tu.. Dengan penuh harapan aku datang + dengan gembira if dapat tgk bunga yang cantik2 seperti di blog...Sebaik je aku sampai  tgk status kat pintu OPEN, siap ada operation hour lagi. Dengan confident aku nak push pintu, tapi pintu lock. Then bila aku intai dalam kedai, kedai tu x ada orang...huaaa Hampaaaa gilaaa! Huk..Rasa nak nages depan kedai. Jahat! Aku SMS pun tak reply..Apa la buat business macam ni =(

--Give Up with SMS Flower Shop--


Perjalanan yang panjang

pertaruhkan nyawa dengan semua kereta2

Bersabung nyawa dengan segala lori & kenderaan (cewah! x ada kene mengena, lori tu tumpang melintas jek ) :P

Di hadapan jalan ni la
kedai itu...
kedai ni baru renovate katanya..Memang pun..dulu pakai khemah kanvas jek...
Tengok tu operatiom hour and status dia..
Sekali tak boleh buka =( intai dari luar jela...
Banyak bunga dia..rasa macam nak pecah masuk jek..huaaaa
Fine. Kedai ni tolak rezeki..Maka, balik lah aku ke opis semula dengan hampa.

Monday, July 2, 2012

Tutorial Bantal Hantaran DIY

,
Bahan-bahan

Kain
Papan kek
Gunting
Lots of Glue stick
Glue gun
Kapas / fiber polyester
Span

The Steps as below:


1. Papan kek diletak diatas span

2. Then, bagi jarak di antara papan kek dengan span

3. Gunting span & tinggalkan baki span di setiap sisi (jangan potong ngam2)


4. Gunting span di setiap bucu supaya mudah nak lipat & senang gam span nanti


5. Gam span & lekatkannya di papan kek. Jangan gam semua! Tinggalkan 1 bahagian untuk masukkan kapas nanti


6. Masukkan kapas ke dalam bantal & ratakan kapas ikut gebu bantal yang korang nak

Pandangan belakang & hadapan selepas gam

7. Gam span di bahagian terakhir tu then tepuk2 bantal supaya kemas
(sorry gambar buruk, I guna recycle papan kek so comot sket)


8.  Ukur bantal di atas kain

9. Potong kain ikut saiz papan kek (jangan potong ngam-ngam). Lagi banyak ruang  kain lagi bagus supaya dapat cover belakang papan + senang nak dilipat + dikemaskan dibelakang papan tu nanti

10. Gam kain di belakang papan & lipat sekemas-kemasnya

11. Then, hias ikut suka~

Sangat suka bantal hantaran aku da siap =D

Selamat mencuba!

Kalau malas nak DIY tp still nak jimat boleh je sewa bantal hantaran ni.. kalau nak sewa click sini ye ----->  blog sewa atau fb shop saya

My DIY Bantal hantaran dah siap!!

Alhamdulillah..

Seronok dapat melepak je kat rumah on weekend. Jadi, boleh la aku fokus and all out on my DIY projek tu..Lega da sebab siap da 1 projek DIY aku nieh..Satisfied gila sebab sangat cantik! Tak sabar nak letak barang hantarannya pulak :D tehee..

Untuk DIY bantal hantaran ni aku guna hiasan baru yang lebih cantik....Kali ni berjuntai2 dikeliling bantal gitu.. So, nampak ler exclusive, modern & mahal..Padahal kos dia murah jek >__< Loveee it!

Kalau nak tutorial dia, nanti aku bg ek.. Klik kat link tutorial tu ek :P enJoyzz!

Bukti tangan melecur sebab terkena glue dr glue gun tu..Sakit ok.sob sob.
Time nak pasang hiasan di keliling bantal
Tadaaa~
Sila ignore bantal dibawah..Tu pic gambar bantal len masa belum siap

Tak sabar nak letak diatas dulang :)
=)
Full reveal gambar, hiasan dulang & barang2 + total kos buat benda ni will share lepas my E-day eah ;) Suprise!