Support saya =) Jom Exchange Link! I will visit Yours!

My Blogger friends

Showing posts with label felt craft. Show all posts
Showing posts with label felt craft. Show all posts

Wednesday, October 17, 2012

DIY Hand Bouquet Felt, 1st trial ;)

Morning dear!

Tehee..Last nite aku tetibe bersemangat men-DIY Hand Bouquet..Tapi, HB tu bukan utk wedding aku, untuk bakal kakak ipar aku nanti ;) Bukan utk wedding dia jugak, tp utk hari convocation dia hujung minggu ni..Sangat last minute!!..hahaha..tak tau la jadi ke tak..

Aku buat guna felt sebab aku ada banyak balance kain felt dari projek DIY Iphone pouch utk birthday kawan aku dulu, so aku guna kan la balance tu utk HB ni jek..Sangat senang & bajet rupanya! Tapi x la senang sangat utk beginner mcm aku sebab terluka juga la tangan sebab terkena dawai ;)

So, malam td aku berjaya siapkan 6 kuntum bunga felt...Today nak sambung lagi..Tak sabar nak siapkan dan tak sabar nak hadiahkan kat bakal kakak ipar aku tu nanti..Suprise la konon :P padahal niat sebab nak jimat juga & segan nak datang tgn kosong..Kalau bg dia fresh flower, confirm cpt layu! Pulak tu fresh flower bouquet x murah juga ;)

Nanti kalau bunga ni da siap dalam 10 kuntum, aku nak hias ngan renda / kain lace, pearls & recycle jek patung bear yg aku dapat masa convocation & annual dinner opis aku dulu..kekekeke.. gila jimat duit & space meja keje aku :p...kalau beli online ni, confirm terbang wit aku..Selalunya standard price diaorang jual HB ni RM 100 tau! Kalau buat sendiri??? Priceless..Eceeh...weee~


Nak try buat mcm ni..Tp tak tau la jd ke tak..tehehehe...:p

Friday, June 8, 2012

My order da sampai!! Import punya!

Last week aku da kehabisan stok untuk barang Id card holder (door gift) aku tu..Jenuh da aku usha wesite supplier kat Malaysia ni..kebanyakkannya da out of stock & x jual dlm kuantiti yang banyak.Barang yang aku nak cari tu swivel (metal hook), button lady bird & padded felf flower..Then, disebabkan ada kawan2 aku yg suka si froggy, aku plan nak cari button froggy tu juga.Tp, sayangnya semua supplier di malaysia x jual dalam bulk, stok diorg pun limited & harga pun mahal...

Ada juga masa tu aku gigihkan diri usha kedai2 barang kahwin dan hantaran di area masjid jamek tu especially kat Semua house..Ingatkan boleh dapat murah la kan.tp rupanya mahal, sebb diorg ni kira orang tengah jek.reben smua stok atas rm 5 segulung, then swivel (metal hook) dia jual 2 biji 3 ringgit! Rugi2...

Then, disebabkan tu aku beranikan diri order online dari china @ Aliexpress,Alibaba & E-bay! Diaorg ada jual dalam bulk 100pcs & above! aku order 1000 pcs terus! Hee..macam nak berniaga pulak ek..huhu..Neway, makin banyak korang order akan makin murah..suka! Rasa macam nak pegi china sekarang! Barang pulak boleh dapat dari serendah rm 0.05! Cuma jadi mahal sikit sebab delivery charges & processing fees @__@..Tapi, kalau total up pun still worth it! Sebab barang tu cuma akan jadi rm 0.20 -0.50 sebiji..tak ke murah kalau nak dibandingkan kat malaysia yang jual Rm 3 for 2 biji?? Gila untung business diorg! Emm..

Neway, I'm happy! Finally, today barang yang aku order tu da sampai dengan selamat! Excellent gila Service DHL sebab dia ada status update / notification service..Dia update je stages delivery tu..Dari china ke Malaysia less than 5 days..like! Ok~ Now, let's back to work! Wehoo!

Tu dia~ detail jek dia punya status.. Ehee

My Swevel Metal Hook!
Special order :P froggy

Wednesday, May 30, 2012

Sepetang yang bosan di opis, keje Touch Up door gift!

Ngeh..Ngeh..Sambungan pasal projek door gift aku tu lagi..Yang da siap tu aku dok pikir macam mana nak touch up supaya lagi kemas dan nampak cantik...

Idea asalnya aku nak letak kad ucapan terima kasih kat dalam ID card holder tu nanti..kad tu pulak macam ala2 business kad tu... Tapi kalau nak guna business kad yang betul memang kopak ler poket aku kan..Ehee..Jadi, aku pun cuba cari jalan yang cerdik sikit..Memula konon nak design sendiri tapi bila try design sendiri tak jadi la pulak. Sudahnya aku google business card template dan cuba cari idea.

Blink! Nasib baik! Punya la power Google tu kan..Sekali aku terjumpa website yang bagi free business card template untuk aku aku guna..Jadi, boleh la aku print pakai A4 paper jek kan :P Klik sini untuk website tu..Korang download, save dan boleh edit dan design sendiri guna template yang dia bagi. Aku tambah frame dan border dalam tu supaya senang nak potong nanti :P

Hasilnyee??? Ehee...Tu yang kertas putih dalam frame tu ha..For real day nanti, aku pakai la kertas yang cantik or ber colour skit...Then, hantar ke Bormas ke, kedai fotostat ke, guna fotostat opis keee (Opps!) ehee..Then potong ajeee...

Monday, May 28, 2012

My door gift in progress : ID card Holder

Huaa..habis da jari jemari ni hancus dimakan jarum..huhu..Ni semua gara-gara aku S.T.R.U.G.L.E  nak siapkan 1000 pcs ID card holder ni..Hope sempat la..Sekarang ni, kemana sahaja aku pergi, aku akan sibuk mengusung barang2 kraft aku ni..Hehe.

Target aku sekarang ni, atleast aku kena berjaya buat 20-30 unit untuk seminggu..Jadi dalam sebulan atleast aku da boleh dapat 200 pcs sebulan x 6 bulan..So, x boleh mengelat dah, sebab masa semakin suntuk...Even my weekend pun dah kena all out untuk benda ni..Emm, In case kalau tak sempat & tak berjaya capai target, terpaksa la aku guna hand made craft ni utk majlis bertunang / nikah aku je nanti as door gift. Backup plan kalau x capai target, terpksa topup beli ready made item for door gift yang melambak2 kat kedai2 tu je..huuu.

Tu la susahnya kan..ramai cakap buat apa nak bersusah payah kan? Entah..Sebab aku rasa puas hati dapat share benda cantik dengan kawan2 dan orang2 yang aku sayang nanti..Seriously, I appreciate them so much okeh..Sampai door gift nanti pun hasil air tangan dan titik peluh aku sendiri..Acecece...Emm, Yang penting, puas hati! So far feedback yang aku dapat randomly dr opis mate / facebook & kat mana2 kalau aku usung benda ni orang akan cakap cantik & unik.. huhu..Nnati lah lepas da settle majlis nanti ingat boleh buat business amik tempahan orang pula :P

My 2nd trial :)







Time nak potong Mounting board ni la leceh..aish..
Pening nak design :P
My cute button! Love it!
In progress~

Tadaaa~ siap! >___< tp baru 20 unit je siap..980pcs to go....
 Sob Sob.....Wish me luck....

Wednesday, May 23, 2012

My 1st Felt Craft Project: ID card Holder

Yey! Akhirnya berjaya belajar satu craft & berjaya siapkannye..Ehee..Tp, masih belum sempurna..Masih byk kelemahan perlu diperbaiki especially part jahitan yang belum kemas tu..

Seronok sangat sebab hasil dia cute gila & berjaya dibuat dengan usaha tangan sendiri..Tp, masih jauh nampknya perjalanan aku..Nak kena siapkan 600 pcs utk door gift aku ni...huu...






Ni gambar masa aku cari barang kraft kat area KL semalam ..Lega sebab rupanya ada kedai barang kraft berdekatan..Tapi mahal sikit la berbanding beli online..





Tuesday, May 22, 2012

My 1st step for Felt Craft!

aWee..Aku da jatuh cinta dengan Felt and dunia kraft..Habis da lebur duit aku sebab shopping barang2 kraf & butang yang kiut miut tu..Hee..Suka!

Sekarang ni semua barang kraft aku da lengkap dan aku dah mula buat my 1st projek! Awesome!

Thanks to supplier barang kraft dan utk tutorial yang disediakan especially jajakraf.com, chomelcraft.com, buttons4crafts.com,SUS n d Felt Product & untukmuibunadia.blogspot.com.. Untuk semua barang kraft felt aku beli kat diorg via online. So far, service diorg cepat & selamat.

Now, My life now busy dengan craft and DIY project!  Love it!

Barang yang di pesan dah sampai!!
Suka button2 dia murah, cantik & siap ada compliments lg :D
Suka! buttons4crafts@gmail.com

2 in 1 Eyelet Plier for Punch and Eyelet