GoOd after nOon dear!
Semalam aku dan en tunang ke Klinik Kesihatan Kg Pandan utk buat HIV test tau! Rasa mcm excited plak sebab satu per satu urusan kahwin makin dah nak selesai :) Now da boleh lega 60% sebab urusan kahwin dah settle. Since HIV test pun dah selesai, next, nak siapkan borang nikah, book kadi & masjid nak nikah pulak. yey!
Tehee...mcm B2B yang len, aku pun nak share pengalaman buat HIV test ni ;) Seronok gak sebab 1st experience kan.Lagi seronok if buat sama2 ngan pasangan sebab mcm susah senang sama2 lak...Hehe..Selama ni asyik baca pengalaman orang jek kan, so semalam turn aku plak merasa sendiri pekebendanya itu HIV test.. Tehee..
So, alkisah...Semalam, kitaorang punya appointment pukul 2 petang.. Jadi, disebabkan kitaorang ni jenis yang punctual jadi kitaorang pun excited la datang awal sebab takut jalan jem..Maklumlah, buat kat KL ni kalau jalan tak jem bukan KL la namanya kan...Then bila da sampai tu, kitaorang orang pertama pulak yang terpacak. Terlupa lak, da nama pun klinik gomen kan...Makanya bercinta la daku di dalam klinik tu sebab nombor kitaorang tak dipanggil2 lagi tp umat manusia plak dah semakin ramai :p Tak sangka ye, ramai betul orang sakit hari Isnin..Jadi ruang menunggu tu dah padat dah dengan pesakit2 yang menunggu giliran. Tetibe rasa cuak pulak tunggu lama2 kat situ...Sebab orang semua ramai yang batuk2 teruk.Musim sakit sekarang ni...Yang aku pun takut gak if yang sihat pun boleh sakit sebab nak tunggu giliran ni..kekekeke
Dulu masa nak buat appointment, dia akan bg form dan notes pasal HIV utk dibaca..nurse cakap doktor akan tanya nanti masa buat test HIV. Tapi, bg awal2 notes tu pun tak guna sebab tak baca pun. Bila dah kat klinik tu baru la terhegeh2 nak baca..Heheh...Kesian ler si tunang aku tunggu sampai tertidur2 tunggu giliran. Hehe
Alhamdullilah, dalam pukul 3 mcm tu la kitaorang akhirnya dipanggil utk HIV test tu. Patut la lama sebab dia nak tunggu semua pasangan yang register hari tu datang dan kumpul sama2. Cukup 10 orang then baru dia proceed. Nasib baik aku orang pertama yang dia cucuk utk amik darah & proses kitaorang senang jek. Tp x sure plak kenapa pasangan lain mcm agak lama..Assumption tunang aku cakap lama sebab maybe dia buat test utk kahwin kali ke dua kot..Hamboii teori dia..:P Then, lepas dia dah ambik sample darah semua orang, dia pun panggil kitaorang utk sesi briefing pasal AIDS secara berkumpulan. Hehe, nasib baik masa kitaorang tu doktor tu busy jadi dia tak dapat tanya pasal AIDS tu sorang2. Jadi nurse tu pun bg la briefing pasal AIDS supaya kita semua tahu mcm mana AIDS ni boleh dijangkiti & mcm mana ianya boleh merebak.
Masa briefing ni agak best sebab sister tu share the true story pasal pesakit yang dah dijangkiti HIV AIDS. Yang menyedihkan banyak mangsa especially isteri / perempuan tak mengetahui dia telah dijangkiti. Selalunya happen sebab suami "makan luar" & bawa balik hadiah penyakit ni untuk isteri dan anak2 tercinta...Isk. Tumpang simpati utk mangsa2 kategori mcm tu & minta simpang dr berlaku dikalangan kita semua ;(
Apapun, baru la aku tau the fact that sebenarnya HIV ni penyakit yang paling susah nak dijangkiti sebab dia memerlukan beberapa perkara terlarang sebelum virus tu dibolehkan utk berpindah ke badan manusia len :P Perkara2 tu contohnye mcm having sex ngan pelacur / pembawa HIV ke [even oral sex or kissing pun boleh terjangkit sebab liquid dr badan kan], share jarum tercemar ke, n anak dr ibu yang mengandungkan [proses masa melahirkan]. So, kalau tak buat perkara2 ni insyallah la korang selamat. Tapi, yang risaukan aku ni bila doktor cakap. Yang sepatutnya kita risau bukan pasal HIV..Tp, priority kan penyakit yang mudah dijangkiti tp susah nak diubati seperti TIBI & hepatitis..Doktor cakap everyone boleh kena penyakit2 ni dengan mudah tanpa disedari.
KLIK sini utk bahaya Hepatitis &
KLIK sini utk bahaya TIBI..Dia kata Malaysia ni permurah sangat...Dah ramai sangat foreigner dalam negara, jadi penyakit pun makin pelik2..Jadi, berhati2 lah...Huuu..
 |
| Fees utk ujian HIV di klinik kerajaan RM 1 sorang |
 |
| No giliran kitaorang.. |
 |
| Pesakit yang semakin ramai & nurse tu sedang rancak berborak..emmm |
 |
| Teheem....sian si dia sampai tertidur... |
 |
| Bilik amik darah |
 |
| Hamek kaw...sakit gak aku kena sebab dia tembak kat tepi kuku bukan kat tengah jari..ciss |
 |
| Pasangan len yang agak lama di dalam |
 |
Yey!Non-reaktif! Dah boleh taweenn :P
Btw, result dpt on the same day tau! |
P/S: Sempat tanya ngan sister [nurse] tu utk my B2B friends, if terbuat HIV TEST ni kat private boleh endorse ke..Dia kata TAK BOLEH. Memang wajib buat kat klinik kerajaan sahaja katanya! [nampaknye ikot nasib]..
New update!--> Ada B2B yang share experience dia, dia pernah buat kat private and endorse kat gomen. Klik sini utk pengalaman dia ;) Thanks Nona for ur info!
|
|