Support saya =) Jom Exchange Link! I will visit Yours!

My Blogger friends

Showing posts with label Borang Nikah. Show all posts
Showing posts with label Borang Nikah. Show all posts

Friday, January 4, 2013

Sekitar minggu ke- 5 before our wedding

Happy Friday dear!
Now tinggal 27 hari je lg from my big day! So my preparation listing da semakin kelam kabut..Makin nak dekat majlis makin byk juga benda nak kena fikir..Benda semakin serius dan semua pun nak kena tgk in detail sebab tak nak overlook pepe masa our big day nanti..Masa our big day, pengantin da kat atas pelamin, if anything bad happen memang da x leh nak buat apa da..So, redha je la n berdoa semoga nanti tak dek la sebarang perkara yang tak diigini terjadi..Amin...

Pepun utk entri kali ni sorry la ye if ter-panjang n topik bercampur2 sebab this week memang kitaorang pun bersilat + macam tgn sotong!  Sebab masa semakin suntukk jadi memang byk benda kena settle dalam 1 masa..phuuuuu...

1. Jumpa juru nikah / imam Masjid Negara - done!
 Setelah sekian lama aku submit  borang kebenaran nikah, baru hari Selasa lepas (cuti New Year) kitaorang dapat jumpa juru nikah / tok imam!! Susah gila nak jumpa imam ni sebab dia sangat wanted & busy. Dua kali percubaan utk buat arrangement utk jumpa dia tapi 2 kali gagal sebab dia sedang bercuti dan 2nd time tu pulak dia ada hal emergency. So, 3rd time arrangement baru la dapat jumpa dia. Then, masa jumpa dia plak,untung nasib dapat booking dia! Bak kata imam tu, utk tarikh yang sama dengan majlis kitaorang akan ada 3 couple yang nak kawen di tempat yang sama!! erk!.Nasib baik la bukan di waktu yang sama! fuhh! So now Alhamdulillah. Lega! Imam tu da setuju nak nikah kan kitaorang! Tp before that, jgn expect jumpa imam tak kena tanya soalan2 cepumas..kikiki..Confirmed kena tanya punya. Tp this time, nasib baik dia tak tanya soalan macam nak jawab exam STAM :p Risau gak aku if dia tanya soalan macam nak interview bakal Imam muda..kikiki..Neway, tunang aku cakap dia tanya soalan n banyak beratkan pasal soal SOLAT..Ingat pesanan ustaz,, SOLAT adalah kunci utama kebahagian rumah tangga.........

Btw, utk nikah di Masjid Negara, utk booking juru nikah cuma ada 2 ustaz / imam je.. Tp diaorang bukan di Masjid Negara, diaorang kat Masjid Bukit Aman (dekat ngan Balai polis Bukit Aman, atas sikit dr Masjid Negara).  Kalau nak nikah kat Masjid negara boleh call & cari imam ni.

Imam 1 / juru nikah 1:
Name: Haji Gazali
No phone:  012-3043546

Imam 2 / juru nikah 2 :
Name: Haji Hassan
No phone: 019-2149257

p/s : Be prepare..Imam ni terror "baca orang"..Dia tgk muka ko je dia da tau ko ada masalah kesihatan pepe ke..Huuu...Haa..suspen..

 2. Booking Masjid Negara utk majlis nikah- done!
Then on the next day plak, tunang aku skip waktu kerja opis dia utk booking Masjid Negara tu..Tehee. Jauh tu si dia ulang alik dari Putrajaya - Masjid Negara- opis aku (lunch sama)- Putarajaya balik semata2 nak booking :P hehhe...Thanks darl! Jasamu dikenang ..Teheee...:P Oh ye!! kalau ada B2B yang nak booking Masjid Negara utk nikah, makesure hantar borang booking masjid masa office hour sahaja & mesti kena ada nama imam / juru nikah before booking...Utk contoh borang booking masjid ada kat my previous entri. [Klik sini utk cara2 booking Masjid Negara]

2.  Bilik + homestay house utk family during majlis- done!
Disebabkan majlis nikah aku akan di buat di masjid, jadi en tunang pun dah usaha utk dapatkan bilik hotel utk aku bersiap nanti ;)  Then bilik hotel tu juga akan jadi tempat kitaorang ber-photoshoot juga..Weeee~ Berapa harga bilik hotel tu aku tak tau, dia kata dapat harga promo la etc la..Aku pun malas nak pikir sangat jadi layan kan aje la..Tp bila google sendiri gambar bilik tu, makkaihhh..sSantekknyeee view dia..Ngeee...Luxury hotel pulak tu katanya..Hhaha..Nama hotel tu Best Western Premier Dua Sentral Kuala Lumpur..Aku selama ni tak tau pun yg ni adalah hotel, selalu kalau tgk dr tepi jalan ingat property ni TNB yg punya ;) Hehehe..Alhamdulillah :D






Then, utk majlis bersanding plak, kitaorang akan buat di Dewan Inspen Kampus 1 di Bangi.. Dewan ni pun jauh from our house, jadi en tunang pun da booking homestay (rumah utk family) area Bangi + bilik (utk bridesmaid) nearby our dewan utk majlis bersanding nanti...Utk homestay tu katanya da dapat booking & harga pula RM 300 utk 1 rumah..Aiyoyoyo.....Sobs ;( Then, nasib baik dia cakap utk bilik di Dewan Inspen tu agak murah sebab government punya kan..Tapi nak kena buat surat utk memohon bilik tu pula..Now he is in progress buat surat tu..

3. Booking muffin utk door gift-Done!
Nasib baik aku ada 2 orang kawan yang terror buat cake & buat business jual cake juga. So, aku pun decide nak guna service diaorang utk buat muffin / cupcake for my wedding door gift nanti. Aku nak support business dedua kawan aku ni jadi aku beli beli la cupcake / muffin dari mereka berdua.... Muffin / cupcake (door gift) + pavlova utk hantaran aku masa nikah nanti aku akan booking dengan kawan aku Ms. Shida dr The Littleton Cafe then utk muffin 1000pcs aku akan booking dengan kawan aku ni Ms Nurul Shema..Hee...Aku beli ngan diaorang ni juga bukan sebab member2.., kalau tak sedapx kan aku pun nak beli kan..Tapi, aku stick ngan diaorang pun sebab memang aku tau taste cupcake n muffin diaorang sangat sedap + murah + berbaloi. Especially Red velvet cake dari The Littleton Cafe ..Confirmed menjilat kertas! 

Tgk gambar pun dah melted!! oh mannn!!







4. Purchased box utk cupcake / muffin- done!
Ikutkan aku nak DIY semuaaaa door gift aku! Tp sebabbb aku tauuuu, aku x kan sempat nak buat semua!!..Jadi  terpaksa la aku let go perasaan DIY aku tu dan simpan tenaga utk jadi pengantin saje ;( But still aku x nak door gift aku tu just biasa-biasa2 jek. Alang2 nak bg orang makan / pakai, kena la bg yg elok2 kat orang...Tapi still buat pepun kena ikut kemampuan sendiri. .Yang penting orang puas hati, kita pun puas hati...Sooo, disebabkan nak sangat bg door gift yg gojes tp masih murah, aku pun survey la kotak2 door gift yang comel, cantik tapi murah! Guess what??!! aku terjumpa ada promotion kotak door gift dari I Love Discount... RM 10 je utk 20pcs kotak yang cantik2 ni..Wah! Alhamdulillah! So tanpa berkelip mata, terus aku beli kotak2 ni sebayak 100pcs!...NOwm disebabkan aku da ada kotak sendiri jadi boleh la aku minta cupcake / muffin tu  dengan harga yang lebih murah ;) ..Klik sini utk URL iklan tu..





xoxoxox..ter-over plak entri aku kali ni kan? kekeke..sorry dear~ tp panjang2 pun hope info2 ni berguna utk bakal B2B sekalian ;)

Next, lepas balik keje petang ni nanti aku nak gi singgah tailor utk follow up baju nikah aku plak ;)

Tuesday, November 20, 2012

Submit borang nikah: done!

Good morning dear!

Sorry dear sebab lama tak hupdate..Memang tak terkejar nak buat banyak benda da sekarang ni..Count down lagi 2 bulan da nak kahwin.. Thanks aku ucapkan kepada follower & my silent reader yang bila jumpa aku so far semua pun bagi positif feedback pasal blog aku..Thanks korang! Thank akak! Thank adik!..May Allah bless yoouuu dear! Heee...So, disebabkan semua feedback2 tu, makanya akan aku gagahi juga utk teruskan mission aku ni utk buat entri yang berguna pada B2B yang perlukan reference untuk perkahwinan diaorang juga...

Entri aku kali ni, aku nak share pasal pengalaman aku submit borang kebenaran utk nikah..Aku plan nak nikah di Masjid Negara...Alkisah, aku purposely apply cuti hari Jumaat lepas sebab nak submit borang nikah tu..Assume konon weekday tak ramai la orang kan..Tapi sangkaan aku melesett sama sekali! haha..Ok, nanti aku share what happen ye.. For now, aku nak share step2 nak hantar borang tu sebabbbb masa aku nak submit borang tu punya la confusing! Checklist dalam borang tu pun tak membantu sangat sebab tak lengkap..Jadi, ini adalah kisah benar! apa yang berlaku ini adalah berdasarkan pengalaman aku yang sebenar...Puas da aku tepon kawan2 aku yang da kawen, apa yang diaorang explain pun confusing..Tu laa, masa pergi kursus kawen main2..then masa nak submit tu baru la nak terkial2..huu..my advise, kalau pg kursus kahwin, take note masa part penceramah cerita pasal procedure kahwin sbb part tu yang plg penting..sebab nanti masa nak submit borang korang sendiri yang nak kena selesaikan borang tu bukan penceramah...Incase kalau terlupa gak procedure tu (macam kes aku ni- 0 knowledge sampai tak boleh recall lgsung apa yang penceramah cakap)...Just telefon je pejabat agama untuk minta panduan :P

Ok, alkisah aku ni anak sulung so disebabkan tu makanya family aku tak ada pengalaman nak uruskan urusan perkahwinan ni..Aku tanya ayah aku pun,dia macam ingat2 lupa procedure nak kahwin tu..Jadi aku bersilat juga la masa nak hantar borang nikah tu.

1. Download borang di JAWI
2. Book appointment untuk HIV test
3. Dapat result HIV test, isi borang kebenaran kahwin (lelaki dulu)
4. Lelaki isi BORANG 1 (2 set) declare bermaustatin (kalau alamat berbeza dgn IC, bawa bil air or pepe bukti korang stay area KL), surat akuan bujang (bos / HR sign), copy IC (2 keping), copy sijil kursus kahwin, bawa result HIV test & jumpa imam masjid di kawasan tempat lelaki tinggal

1. Lepas borang lelaki imam masjid tu da approved..Dia kena bg borang tu pada perempuan
2. Perempuan kena isi BORANG 1 (2 set) yg baru..
3. Isi borang pengesahan tempat tinggal & borang pengesahan tanda tangan wali
4. copy ic 2 keping, ic wali 2 keping, copy surat nikah ibu bapa , copy surat cerai / rujuk (kalau pernah bercerai)
5. bawa borang tu semua ke masjid berdekatan kawasan rumah, imam akan verified and approved
6. bawa semua borang yang imam da approve then pergi ke Pejabat agama (JAWI)
7. Pergi ke JAWI amik no giliran & submit borang lelaki & perempuan..
8.Then bayar RM 25
9. Tunggu giliran sekali lagi then dia akan bagi borang hijau...
10. Borang hijau tu kena bagi kat juru nikah / tok kadi
11. Nak book juru nikah kena pergi ke masjid / jawi pun boleh tp kena tanya diaorang
12. Da pergi ke masjid buat appointment dengan juru nikah then lepas tu selesai..pepe arrangement leh discuss ngan juru nikah ;)

huuu...Leceh kan nak kawen??? orang cakap kat Malaysia je cerewet macam tu...no wonder ramai je kawen kat Siam :P tehee...

Ok! Patut urusan mendirikan masjid dipermudahkan..emm...

Imam masjid kawasan rumah da approve...yes! dia cakap! ok da boleh kawen :P

Ni la rupa borang 1 tu..

Jawi..nampak bangunan tinggi ni? tp bukan submit borang di bangunan ni ye...Pejabat JAWI bertentangan ngan building ni
Pejabat JAWI kat dalam ni



Sekali punya la ramai orang..aisgh...Stress kawen kat KL ni..
My turn..2 jam gak la nak tunggu semua selesai
Resit RM 25
Borang hijau utk diberi kepada juru nikah





Yey! Alhamdulillah! Da selesai :D

Thursday, September 13, 2012

Borang Nikah KL & Ujian HIV

Phewww~ Selesai sudah majlis bertunang..Ingatkan boleh la nak seronok & rest kejap kan..Letih men-DIY majlis bertunang pun tak hilang lagi.hukhuk.....Tapi tak boleh~ sebab tarikh nikah pulak bakal menyusul..Alamak, 5 bulan dari sekarang ok?!!..Adeyh...

Then, bila aku tengok checklist wedding aku..Nguuuu... Semua pun pending! yang confirmed cuma photographer jek! ish..ish..ish...Nasib baik la kitaorang dah booking awal2 semua pakej kahwin masa wedding fair kat PICC & PWTC awal tahun hari tu..Jadi, tak la pening kepala nak mencari2 lagi..Just sekarang nak kena follow up dengan vendor tu je la nanti...Hasil discussion ngan tunang aku, kitaorang decide ahad depan utk followup dengan vendor2...Yeah!! Masa utk mendesign pelamin, kad & baju2..weee~ Hope semua berjalan lancar...

Then, what??? Pas tu aku jadi blur kejap..Lepas vendor nak kena buat apa?? Borang nikah nak buat macam mana? Where to start? Demm..Semua ilmu masa kursus kahwin hari pun aku da lupa dah..Mati2 aku ingat nak kena amik form kat pejabat agama..Jadi aku pening kepala jap if nak kena apply cuti semata2 nak pergi amik form kat pejabat agama..Pas tu aku konfius, masa bila nak buat HIV test semua kan...nggeee...panik sekejap!

Alhamdulillah, nasib baik!..Lucky aku ada kawan2 B2B yang baik hati especially Ms. Gie ni...dia la yg guide & share knowledge pasal cara-cara nak kahwin di KL..Senang ajek rupanya..Just pergi je ke website Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)  KL.



.then kat website tu dah ada da borang2 permohonan nikah, procedure2 & senarai klinik kesihatan untuk ujian HIV! Cehhh..just download aje, lengkapkan borang then hantar ;)


So, what are we waiting for kan?? then today jugak aku call klinik2 kesihatan untuk ujian HIV..Yang paling dekat di Sg besi & Kampung Pandan..Aku ingatkan boleh booking nak buat appointment via phone jek..Tapi rupanya kena datang klinik dulu untuk amik borang for appointment.cehh.. Leceh gak ye nak kahwin ni..huhu..End up pas call yang Sg besi tu tinggal slot untuk 10 hb /10 je, tu pun dia kata tempat semakin limited & kitaorang kena cepat. Then, aku call Klinik kesihatan Kg Pandan, dioarang kata slot diaorang pada 18/10 pulak..Tu pun tinggal space utk 5 orang jek..huish..dasyat..semua orang berebut nak kahwin rupanya sekarang ni ek..hehehe...

Btw just nak remind & highlight.. Utk muslim yang nak nikah tu WAJIB KENA BUAT HIV TEST DI KLINIK KESIHATAN KERAJAAN SAHAJA...Yg swasta tak diiktiraf tau!

Then, aku pun tanya kakak tu, diaorang kata klinik kesihatan tak buka masa weekend & masa public holiday.Tapi nasib baik dia kata klinik dia dibuka sampai pukul 8.30 malam (kg pandan sahaja) on weekday...Yey! Jadi, boleh la aku rush ke klinik petang ni lepas kerja nanti utk booking. Hope dapat la aku buat appointment nanti ye ;) here we go! Wish me luck! Will update you soon.....