Support saya =) Jom Exchange Link! I will visit Yours!

My Blogger friends

Showing posts with label DIY paper bags. Show all posts
Showing posts with label DIY paper bags. Show all posts

Tuesday, September 4, 2012

mY e-DAY : Last Minute DIY before the date!

Morning my Gojes reader (s)!

Sorry sebab lambat update. Aku sangat super, extreme, busy masa few day before the date and after the date tu... Maklum la, my life sangat hectic sebab E-day aku ni semuanya pun DIY! Yang tak DIY cuma katering, makeup, baju tunang & hadiah hantaran. Yang lain semuanya DIY...

Me with my mom, my DIY veil [klik sini utk tutorial] & DIY Hand Bouquet (balance bunga sireh junjung)
best kazen eva! Orang kuat aku sepanjang majlis..
Ok kita flash back selaju mungkin eks..

Malam  Khamis : DIY TQ Taq, Paper begs & Bakul hantaran

Aku sibuk  siapkan DIY TQ taq [Klik sini cara aku create sendiri TQ taq tu)..then aku gunting and tampal pada 100 pcs DIY Paper begs goodie bags aku [Klik sini cara aku buat sendiri paper bags tu]..Then, sambil2 tu jugak aku hias DIY bakul hantaran aku tu guna bakul masa E-day adik aku..Aku recycle balik bakul dia, soo jimat! :P

My DIY TQ taq & E-day Label for goodie bags





Bantal hantaran tu pun aku DIY sendiri [klik sini utk entri & tutorial tu]
Jumaat Pagi : Kemas rumah, pindah randah & DIY pelamin

Masa Hari Jumaat (Cuti Merdeka), aku ke Gombak untuk kemas rumah kosong kazen aku tu sebab aku akan buat majlis E-day aku kat sana. Masa hari tu la kerja2 memunggah barang dan membina pelamin anganku bermula..Sangat stress ok sebab susah nak pindah barang dan asyik ada jek barang yang tertinggal dan kena ulang alik je kejenye..Da la KL jem!


Ni cara aku DIY pelamin aku..Selit je kain kat belakang frame gambar :P Nanti aku update result eks :)
Jumaat Malam: DIY Pelamin, DIY bunga besar / Giant Flower (crepe paper) & DIY paper begs

Belah malam Jumaat tu aku start buat DIY bunga Giant / bunga besar untuk hiasan background pelamin aku sebab pelamin nampak kosong. Tak jadi nak buat Pomander balls sebab tak sempat... Then, sambil2 tu aku sambung  buat DIY paper bags aku tu lagi gak...

Nanti aku bagi tutorial cara aku DIY bunga giant ni..


Pagi Sabtu: Shopping Barang DIY Sireh Junjung, DIY Bunga Rampai & DIY Door gift

Then, masa hari Sabtu, aku da semakin stress sebab tinggal sehari je lagi tarikh majlis aku..Pagi Sabtu aku ke pasar Chow kit untuk beli bunga Kapur, Gambir & pinang untuk DIY Sireh Junjung aku..Aku suka beli bunga kapur ni kat kedai ni sebab so far design kedai ni la yang paling cantik, besar dan murah! Kat kedai lain design just cukup syarat jek & mahal!

Kalau ada B2B nak jalan mudah untuk hantaran, boleh cari kedai ni..Kedai ni ada sediakan FREE service untuk hias dan gubah hantaran, cuma kena beli barang kat kedai dia je & dia boleh tolong gubahkan..Free service & harga barang pun murah & boleh bargain lagi! Aku baru tahu so tak dapat la guna service dia sebab aku lagi suka DIY sendiri...

Aku beli bunga Kapur, Gambir & Pinang kat kedai ni la..Cantik design dia, besar dan murah. RM 4 je satu.

Then, Kat pasar Chow kit tu juga ada kedai borong makanan ringan kat sebelah kadai barang pengantin tadi, so aku beli gula2 sebungkus dalam RM 17 untuk door gift budak2..



Then, aku ke Petaling Street pulak beli Fresh Flowers untuk DIY Sireh Junjung & DIY bunga Rampai (hantaran & door gift)... Sangat murah ok bunga kat Petaling Street ni, 20 kuntum bunga (sejambak) cuma RM 18! Kalau bunga kecik2 as hiasan tu pulak cuma RM 8-9 sebungkus plastik besar! Mana nak cari harga mcm ni?? Kat kedai florist biasa plg murah pun RM 1.50 sekumtum tau! Gila rambang mata aku! Macam mini Cameron Highland lak..Tehee...Aku rekemen sangat kalau korang beli Fresh Flower kat sini sebab murah, fresh & terbaik dari ladang! Bek datang pagi2 sebab banyak pilihan bunga..Kalau datang lambat banyak bunga cantik dah habis! Nanti aku buat entri khas pasal kedai bunga yang fresh, heaven & murah kat Petaling Street ni ye..




Then, lepas aku ke Petaling Street aku Kedai Bunga Reben pulak untuk beli Crepe Paper for my DIY Giant Flowers..Terpaksa beli lagi sebab kertas tak cukup. Selesai beli barang semua, aku ke Gombak untuk berkampung disana sampai la hari majlis...Masa berkampung tu la aku siapkan door gift bunga rampai & door gift gula2 untuk budak2...Nanti aku buat entri khas pasal benda nieh jugak...



Sabtu Malam: DIY Pelamin, DIY Bunga Rampai, DIY Sireh Junjung

Malam Sabtu tu aku struggle da DIY sireh Junjung aku, Bunga Rampai hantaran & Bunga Pelamin...

Ni la hasil DIY Sireh Junjung aku..Aku gubah sendiri...

Balance bunga ni aku buat Hand Bouquet :P


Bahagian tengah tu aku letak Bunga Rampai
Kazen aku tgk adjust bunga di pelamin
Aku tido pukul 2 pagi tau nak siapkan sireh junjung n pelamin ni..Demi nak jaga kesegaran sireh junjung, aku kosongkan peti ais aku dan sumbat sireh junjung aku dalam peti ais...

Pagi Ahad (few hours before majlis) 

Then pada hari majlis pulak, aku bersilat ke pasar Selayang sebab borong buah untuk DIY hantaran buah aku dan pergi ambil hantaran wajik manggis dan pulut kuning di Gombak kat kakak yang aku order online tu [klik sini untuk entri tu]..Patutnya akak tu nak hantar ke rumah tapi kaki dia injured pulak sebab main badminton, so, aku kena pergi ambil sendiri. Nasib baik dekat..Huuuu...


Nasib baik ada BFF aku ni. cik Raihana yang tolong kilatkan buah guna minyak masak :)

keje2 masukkan wajik & bunga rampai as door gift dalam paper bags bermula..

Nanti lah aku update postmortem pasal majlis aku ni..Masalah2 yang aku hadapi sepanjang majlis ni..Tipu la kan kalau x de dugaan kan..hehe..Aku share info ni supaya B2B yang lain ambil pengajaran ye :D

Thursday, July 19, 2012

Tutorial : DIY paper bags

Hi Uoalls (macam Mak Jemah gitu) ~

As promise, ni la steps macam mana aku buat paper beg untuk door gift engagement aku tu..

Check this out~

Bahan-bahan
1. Pembalut hadiah
2. Double sided sole tape size kecil
3. Gunting
4. Cutter
5. Riben


1. Lipat pembalut hadiah, lipat kepada 3 bahagian dulu then lipat lagi jadikan total semua 9 bahagian

2. Bila buka lipatan akan ada bahagian untuk 9 helai, potong kertas accordingly

3. Ambil 1 bahagian / 1 helai yang telah dibahagi 9 tu.

4. Lipat tengah kertas tersebut


5.  Lipat tengah kertas ikut sukati

6. Kemudian gam guna double sided sole tape

7. Tindih bahagian yang lagi satu di atas gam sole tape tu

8. Lepas dah siap bahagian badan. Lipat bahagaian bawah (seperti di gambar)
****Bahagian ni adalah untuk bahagian tapak paper bag. So, lebar tapak tu ikut sukati korang juga. Lagi lebar  tapak, lagi luas bahagian dalam paper bag tu

9. Lepas da lipat bahagian tapak, kembangkan bahagian bawah tu macam di gambar

10. Lipatkan bahagian tepi seperti di gambar

11. Lipat bahagian atas dan bawah macam kat dalam gambar juga

12. Gam soletape di bahagian bawah di setiap lipatan

13. Rupa bahagian tapak paper bag selepas siap digam


14. Lepas siap bahagian tapak, lipat bahagian atas seperti di gambar
*** kat sini boleh letak riben untuk buat tempat pemegang @ letak riben utk hiasan

15.  Lipat tengah paper bag tu lagi sebagai penanda untuk proses menebuk

16. Tebuk paper bag seperti di gambar (jarak ikut suka)

17. Tebukan akan menembusi 4 lapisan kertas (2 bahagian)

18.  Rupa di bahagian hadapan selepas ditebuk

19. Rupa dibahagian belakang selepas ditebuk

20. Ikat reben sesuka hati

21. Pandangan belakang riben

22. Tadaaa~ paper bag yang dah siap! tunggu masukkan door gift jek :D

P/S: sangat mudah nak buat, boleh buat sambil tengok TV :p

Good Luck!

Wednesday, July 18, 2012

Paper bag DIY for my Doof gift da siap!

Alhamdulillah!!

MY Paper bags untuk door gift majlis bertunang aku sebanyak 100 pcs tu da siap!! Yey!! Sekarang tinggal nak letak door gift aku which is wajik & bunga rampai jek..Then selesai da projek tu! Weee~

Sekarang ngah pikir untuk tag thank you & label our engagement, nak buat sendiri ke tempah jek..Mana lagi worth it ye..emmm...




Kos nak buat paper beg ni murah jek...

Pembalut hadiah RM 2 sekeping,  lipat & bahagi 9 bahagian = jadi RM 0.20 je sekeping :P

RM0.20 x 100pcs : RM 20

Riben segulung RM 0.70 boleh dapat banyak, utk 100 pcs ni aku guna 4 gulung riben

RM 0.70x 4= RM 2.80

Double sided tape size kecil RM 1 x 4 = RM 4 sahaja

Total cost : RM 26.80

Murah ke mahal ? >____<

Nak buat beg ni senang jek..Nanti aku bagi tutorial ;) tutorial kat sini

Wednesday, June 27, 2012

1st trial paper beg utk door gift bertunang..

Huhu..Semalam dengan tak sabarnya aku buat paper beg untuk E-day aku.. Aku nyer paper beg tu saiz dia kecil comey  jek..

Mana tak kecil saiznya sebab 1 helai pembalut hadiah tu aku lipat jadi 9 bahagian. 1 bahagian tu kalau da siap balut saiz dia sebesar tapak tangan jek..hakhak

Jimat memang jimat, 1 helai pembalut hadiah RM 1.50 bahagi 9: RM 0.16. Jadi tu lah harga paper beg aku :D hehe..Janji, walaupun kecil yang penting comey ~____~

Cengini la jadinya


Ni la 1st batch and 1st trial paper beg mini aku...Kempis sebab belum kembangkan kat tapak dia tu lagi..



Ni hasilnye yang da siap =) tutorial dia kat sini
Kalau da siap paper beg ni nanti, aku akan letak riben & tag TQ :D

Isi dalam beg tu pulak aku masih tgh pikir nak sumbat apa...Kalau sempat ingat nak buat sendiri juga >___<  Antara ideanya seperti dibawah :


1. DIY Apam Mini Polkadot
 (tak tau la jadi ke tidak nanti, belum pernah cuba lagi + x sure berapa lama boleh bertahan pada suhu Malaysia kalau da buat)


2. Cookies besar (ngah survey kalau ada yang murah)



3. DIY Kek batik
(yang ni senang jek nak buat, cuma tak sure if aku akan ada masa ke tak nanti)


4. Kerepek pisang (beli bundle @ kampung then packaging sendiri) 

Kena packing kecik2 untuk muat paper beg tu nanti

5. Kuih siput (dah tempah da kat mak member, tgh tunggu approval hubby katanya )



Kalau nak tutorial paper beg ni, sila la klik sini =)

Tuesday, June 26, 2012

Pembalut hadiah pujaan hati!!

Yey! Finally aku da jumpa pembalut hadiah yang dicari2.. ...pink belacan polkadot utk DIY paper beg door gift aku..rasa mcm nak melompat2 je depan kedai..haha..tak sia2 aku gigih mencari..:p

Huk..Mana taknya, dah berminggu aku rungsing & ikhtiar..aku google & masuk tiap kedai buku kat jalan TAR & sogo..Tp tak jumpa pun...syukur sgt today tergerak nak ke maju junction makan ayam penyet time lunch then teringat kat situ ada kedai hadiah @ ground floor..suka! sebab harga dia pun murah, rm 1.50 jek berbanding @ sogo rm 4!! Sgt suka!

Ignore yang warna merah bawah dia tu..:P
Pink belacan polka dot!!
kedai penyelamat ! hehe..Nasib baik depan opis aku jek..
                                                                              
Aku nak guna pembalut hadiah ni untuk buat paper beg door gift macam kat bawah ni..



Comey kan? ~______~