Support saya =) Jom Exchange Link! I will visit Yours!

My Blogger friends

Showing posts with label Katering. Show all posts
Showing posts with label Katering. Show all posts

Monday, September 24, 2012

Masam manis jumpa vendor katering & butik

Hye my dearest gojes reader (s)!

Terasa mcm lama lak x hupdate. Recently sangat busy  ngan DIY project for my wedding door gitf ..nak buat 1000 Pcs okeh...Adeyh...Then, on weekend lak aku busy ngan kenduri kendara ;D Wee~ sangat suka sebab ramai dah kawan2 yang mendirikan masjid! Semoga semua pun berbahagia sampai akhirat!!

ok.Today, entri kali ni aku nak cakap pasal pengalaman aku berjumpa vendor utk katering & butik untuk persandingan semalam. Tehee..Memula sangat excited! sebab this is our1st time dealing with this people so called as  "org berniaga". Memula jek excited, tapi at the end mula lah timbul2 perkara2 yang agak macam tak berapa best.
Muka excited masa nak try baju..
Ok, first aku pergi jumpa vendor yang incharge untuk katering aku. Ingatkan hari perjumpaan semalam dah boleh buat food testing dan proceed dengan progress planing with them kan. Sekali bila jumpa, rupanya just jumpa utk update renew the quotation harga..Dia kata ada amendment dan perubahan harga. Haa..part ni la yang aku tak minat sebab masa wedding fair,  promotion bukan main cantik! Cakap boleh harga murah itu ini, sekali bila jumpa cakap dah tak boleh dah dapat harga mcm ini macam itu.. Haish, semua pun nak markup.Pepun, nasib baik total bajet lepas perubahan tu tak lari banyak dari yang dirancang & perubahan tu masih boleh acceptable. Yang pasti for My wedding, bertambah lagi la projek DIY aku..takut tak sempat jek. Huhuk..Terpaksa cancel tempah centerpiece dari vendor, so nampak gayanya kena la buat sendiri sebab lagi jimat.. Nasib baik akak tu yang belanja air masa kitaorang discuss, kalau x mesti aku start rasa mcm tak best lagi...

Masa nak pilih kain skirting meja
Pilih warna utk riben di kerusi



Owner katering tu

Pakej dewan kitaorang

Then, lepas jumpa katering, aku jumpa vendor utk butik baju pengantin aku pulak. Butik ni pun aku jumpa masa wedding fair. Cuma yang sedih sebab orang yang sepatutnya incharge untuk wedding aku tu, orang yang kitaorang liaise masa wedding fair tu tak ada. Dia cuti bersalin pulak.. Jadi dia dah hand over tempahan kitaorang ni kat kakak dia  (business dia ni family business).


Si dia try baju utk size

Aku pun try gak :P Best baju ni berat gila dengan beads!

Dress yang aku nak tu ala2 macam ni...
Pelamin anganku..

Owner butik tu..
Memula masa diorg layan kiatorang memang best! Seronok bila timet try pakai baju pengantin. Terasa auranya dan excitednye sebab masa bincang tu semua pun best! pelamin cantik, baju cantik, makeup cantik! Semua pun cantik lah!.  Aku plan nak pakai dress masa bersanding nanti instead of kebaya. Tapi dia kata dress tak siap lagi, akan sampai end of this month, jadi dia bagi la aku verangan try pakai baju kawen lain dulu sebab nak amik size.

Tapi bila masa part nak discuss pasal payment tetibe lak jadi mcm tak best..Sebab dengan kakak dia ni, dia cakap oh kita boleh buat macam ni macam tu..Then bila tunjuk resit pakej yang dia promote masa wedding fair dia cakap mcm ni plak, "oh! sekarang ni dah tak boleh dah dapat harga macam ni kena tambah sikit kepada harga RM 800-1000 untuk pakej yang macam ni macam tu..Demmm! Kecewa lagi :( sebab masa kitaorang liaise dengan orang yang promote masa wedding fair dulu cakap lain! Uirkhh! Baju dah try, badan dah ukur, deposit dah bayar..Tak kan nak reject lak kan. Then, nak x nak terpaksa la kitaorang telan air liur dalam2 dan pening kepala kejap....Wooo...

Redha je lah..hope segalanya akan berjalan lancar...

Monday, August 13, 2012

Urusan majlis kahwin, settle!

Alhamdulillah.. Dewan utk majlis kahwin kitaorang da dapat & da confirmed! Phew~ susah gila nak cari dewan rupanya! Semua dewan yg kitaorang nak di sekitar KL ni semua pun tak available! Reason sebab renovation & fully booked..Then, fully booked tu plak sampai bulan 4 terus! Tension..so, yg tinggal cuma dewan exclusive yg super duper mahal mcm kat KLCC, dewan FELDA & etc..dewan2 mcm ni selalunya kira ikut kepala dari rm 60++ and above per head..pokai la...tehee..Then, problemnye dengan dewan2 mahal ni sebab dia dtg ngan katering skali..Kitaorang da book katering lain masa wedding fair hari tu jadi tpksa lupakan semua dewan yg dtg dgn pakej katering..neway, now lega da sebab da dpt dewan yg perfect for us yg menepati bajet & kriteria yg kitaorang nak ;)

kitaorang  sebenarnya mencari dewan yang ada aircond, tp affordable..plan nak dewan Integriti Jalan duta tapi renovation plak, then nak dewan Wisma Sejarah tp fully booked. Kalau dewan titiwangsa plak too expensive utk rent dewan sahaja & tak cantik plak sebab ada gelangang badminton, x nak dewan komuniti sebab nak tandas yg bersih & ada kemudahan len yg proper utk tetamu (parking, toilet, surau) & yang penting tak sesak..

Jadi, disebabkan da confirmed tarikh & tempat, hari Sabtu hari tu, aku & bakal tunang pun cepat2 nak settlekan urusan katering bertunang, pegi butik yang incharge makeup & baju kahwin aku, & jumpa photograper (Ministry of Moment) untuk gambar nikah & wedding utk maklumkan tarikh event kitaorang kat vendor2 ni supaya diaorg available for that day..

Tapi, utk katering bertunang, tak dapat jumpa hari Sabtu plak sebab diaorang ada hal urgent..Then, postpone jumpa Ahad..Hari Ahad tu aku ke rumah kosong kazen aku di Gombak..Rumah tu akan digunakan untuk majlis bertunang aku nanti, jadi sebab tu datang nak check rumah, tengok jalan dan kawasan sekitar..Then, katering pun datang tengok kawasan rumah sama2 supaya diaorang tak sesat masa hari kejadian dan supaya boleh bajet masa nak datang pasang khemah & etc.

Akan gunakan rumah ni untuk majlis
Tengah deal ngan owner katering, bayar deposit & etc
Kos makanan & kanopi utk our E-day for 100 pax
Since x jadi jumpa katering bertunang hari Sabtu tu, then kitaorg ke butik yang incharge untuk wedding kitaorang @ Ampang Point (Dee' Boutique) utk maklumkan tarikh majlis nikah & persandingan kitaorng..tp masa dtg diaorang tengah busy dengan fashion show & kedai diaorang tgh busy utk preparation raya..Moral of the story, please make appointment before come ;p tp, pepun objektif tercapai gak sebab just nak lock & inform diaorang pasal tarikh supaya x clash dgn jadual diaorang..
Pakej kitaorang masa wedding fair Putrajaya
Diaorang tgh busy prepare fashion show plak..
Diaorang tgh siapkan model masing2
C's ni tengah sibuk makeup kan model dia..Nanti dia ni la yang akak makeupkan aku..huhu
Cantik baju ni :)
Then, lepas arrange dengan butik, kitaorang pusing2 kat Ampang point mall tu & shopping barang raya..Then terus shoot ke opis photographer Ministry of Moment (MOM) di uptown Cheras..sekali bila dtg, opis diaorag tutup awal pulak. Rupanya bulan  puasa office diaorang buka sampai pukul 3 petang jek. Jadi bakal tunang aku ni pun liaise la dengan staff MOM tu via phone. Kitaorang actually da beli pakej promo diaorang RM 1K untuk 1 event masa wedding fair dulu. Beli 1 event jek sebab plan asal nak combine majlis nikah & bersanding dalam hari yang sama. Sekali tetibe kitaorang plan buat tarikh nikah  & bersanding asing sebab nak lock tarikh majlis yang cantik & senang nak ingat. Jadi now kena fikir photographer untuk 2 event plak. Jadi, on that day plan nak nak subscribe 1 lagi pakej event kat dioarang. Sekali bila call, diaorang cakap x payah subscribe sampai 2 pakej untuk 2 majlis. Since kitaorang da fully paid untuk 1 event, untuk majlis nikah nanti just bayar additional hour RM 150 per hour jek. Since majlis nikah kan tak lama, jadi just bayar additional hour jek which can "kawteam" dengan juru gambar nanti..jadi for sure kos gambar untuk 2 even will be less than 2k kan?! yey!!
Confirmed with MOM :)
Ok now da lega sebab da inform semua vendor pasal tarikh kitaorang tu. Dalam masa 2 - 3 bulan sebelum majlis nanti kitaorang akan jumpa balik semua vendor2 ni untuk serious discussion pasal  majlis nanti. We will go on detail pasal baju nikah, design pelamin, kad kahwin & ect. Alhamdulillah! Everything now in progress. ;)

Wednesday, July 18, 2012

Katering untuk Majlis Bertunang : Selesai~

Alhamdulillah..

Akhirnya selesai sudah urusan nak cari katering untuk majlis bertunang aku..Susah gak nak cari katering yang boleh memenuhi keinginan kita eks..lagi2 da nak last minute macam ni..hehehe

Aku fade up da google pasal katering di website2 sebab semua inquiry yang  aku hantar tak berbalas. Then, aku da give up gak call diaorang sebab semua yang aku call cakap tak available + pakej yang ditawarkan mahal2..

So, nasib baik aku hantar inquiry ke Majalah.com then terus berlambak2 katering yang offer service diaorang kat aku..Then, yang best bila aku email semua katering tu, semua pun berbalas dengan segera..Jadi, pilihan banyak ditangan aku time tu..hehehe..

Ada banyak katering ni yang bagi pakej yang murah di bawah RM 10 untuk 100 pax. Tapi, keputusan pilih katering ni aku serahkan kepada bakal tunang aku untuk buat pilihan. Then lepas da tengok semua email dan pakej yang ditawarkan. Dia setuju nak proceed dengan katering ni : http://www.onecater.blogspot.com/

Thanks to Majalah.Com!! Tak sangka berguna juga website ni ek :P aku saje2 je try guna website ni..ehee..Ingatkan banyak SPAM jek kat sini..Rupanya banyak faedahnye :P


Company ni aku jumpa kat reply dia no 14 tu...

 Jadi ni la katering yang bakal aku gunakan untuk khidmat majlis bertunang aku nanti :)

http://www.onecater.blogspot.com/