Support saya =) Jom Exchange Link! I will visit Yours!

My Blogger friends

Showing posts with label Baju Nikah. Show all posts
Showing posts with label Baju Nikah. Show all posts

Sunday, January 20, 2013

Baju nikah da siap!! Huyehh!

Happy weekend my dear!
Im sorry coz lama x update or if x jwb ur inquiry for my previous entry,..serious sgt busy sbb my wedding just tinggal 2 minggu je lg.serious sgt nervous & critical mood right now...nanti insyallah aku akan cuba reply ye :) sorry for lambat reply & tq sebb sudi visit blog aku yg humble ni....
Just want to share baju nikah aku da siap!! Hari ni da boleh amik! Aku suka dgn baju aku tu..just nice and sweet! Murah oun murah ♡♡♡ hehehe... nanti aku update detail harga ye..highly recommended utk korg yg cari tailor murah tp hasil sgt memuaskan ;)
So ni i called this as teaser baju nikah aku..hihihi...

Tq to butik Umairah! [Klik sini pasal previous entri aku pasal tailor ni} Memang aku sangat suka jahitan & service dia..siap dia bg diskaun lagi :D

Sepatutnya semalam da boleh collect baju, tp veil plak belum siap lg.. jadi kakak tu suruh dtg today,..so jap g aku nk g amik lah.. x sbr!!
Then semalam lps  tgk hasil bju nikah, kitaorg sempat singgah ke sogo utk shopping brg hantaran pulak..hehehehe..♥♥♥

Thursday, October 11, 2012

Hunting tailor baju nikah @ Bangunan MARA

Morning dear!

Semalam aku da share info kat mana aku beli kain baju nikah yang murah kan [enti sini] ? Then, today aku nak share kat mana aku jumpa tukang jahit yang murah, affordable but still cantik pulak ye ;)

Bear in mind, aku bukan retis or anak dato', dah gitu harusla wedding aku bukan wedding of the year. So disebabkan itu, aku kena stick dengan kata2 ustaz  Azhar yang mengatakan, perkahwinan yang paling berkat adalah perkahwinan yang paling murah kosnye :P gitew kan..Tehee, so disebabkan itu aku kena la buat semua benda ikut bajet dan kemampuan sendiri.

But ofcoz, aku nak juga nampak cantik dan serba lengkap masa hari bahagia tu nanti, tapi tak nak la berhias sakan tapi sok lepas kahwin, terkulat2 nak stabilkan financial balik :) Still long way to go kan...Lepas kahwin da tentu la nak kena beli keperluan rumah, nak rumah yg cantik2, nak baju yang cantik2, nak jalan2 n travel around the world & sebagainya. Jadi, aku kena la selalu beringat [walaupun kerap juga aku terlupa] yang aku ni bukan anak orang kaya..so x leh boros sangat :p Makanya dengan itu, apa sahaja yang aku buat pasal projek kawen2 ni mesti semuanya yang cantik, gorjes & hopefully perfect tapi harus, wajib, kena pada harga yang berpatutan & affordable with our budget. Yang penting kena jadi smart buyer (yups, still in learning process) :P

So disebabkan itu, makanya semalam seharian suntuk aku dok google cari info pasal tukang jahit baju nikah yang awesome tapi murah. Setelah penat meng-google, sudahnya aku give up sebab most info dalam blog or internet semua banyak pasal info & service professional or fames2 designer..Harga semua pun up to RM 700-1000++ jek..Kalau nak yg lagi meletops lagi la mahal giler! Adeyh..So, first of all terpaksa reject semua butik pengantin sebab diorg ni suka markup dan selalunya diaorang ni orang tengah jek. At the end dioarang ni akan assign makcik2 mana ntah yang buat keje2 jahit dirumah utk jahitkan baju customer diaorang. So daripada aku liaise dengan butik2, bek aku terus jek cari makcik2 cengini kan ;) Selalunya kalau jahit dengan makcik2 ni diaorang jujur sket :P Tapi, x semua la tukang jahit di butik tu x jujur, ada je professional designer yang specialist dengan tempahan baju nikah dan sanding ni, tapi harga utk service dioarang harusla tiptop uolls..haha..kalau x de duit, jangan verangan nak anta baju kat designer2 kelasss cengini...:P

Jadi, hasil maklumat recommendation from my friends, aku terus ke bangunan MARA yang terletak 200 langkah dari opis aku tu jek. Aku ke Mara tu pun sebab ramai kawan cakap kat sana memang berlambak kedai tukang jahit melayu..Kenal tak  bangunan MARA? tu ha building warna biru muda yang terselit di antara bangunan Pertama Kompleks and Maju Junction @ Jalan TAR. Kalau korang ke SOGO, confirm korang akan nampak bangunan MARA ni. Sekarang ni MARA da ada bangunan baru tau. Bangunan baru tu macam rumah ala-ala cerita13 ghost tu sebab dia x pakai dinding batu tp dia pakai glass wall. Haa, korang jangan masuk dalam building dia yang baru tu sebab harga dalam tu mahal2 termasuk la food court dia. Tehee..Jadi, sila la ke bangunan MARA yang lama tu dan naik lah ke tingkat 2 untuk ke bahagian tailor2 baju ni. Kalau kat tingkat 1 bangunan MARA lama ni banyak kedai2 untuk tempahan kad kahwin, banner dan sewaktu dengannya.


Sila naik ke tingkat 2
Kedai pertama aku masuk tak bagi amik gambar pulak. Ni kedai kedua then kat kedai ni tukang jahit kedai ni super sombong plak! Cakap ngan aku sambil baca magazine pas tu kerek! Ciss!
Ni kedai yang ke 3 aku masuk, kakak ni agak ok sikit..Tapi tak dapat tgk hasil kerja yang customer dia tempah plak...
Yang ni 1 of my favourite, sangat friendly dan dia x kedekut tunjuk hasil kerja dia yang da siap & yg customer tempah
Ok, masa aku sampai kat bahagian tailor2 ni aku terkezutt sebabbb punyeee lah banyakkkk kedai jahit baju berderet2 di sepanjang floor tu. Tapi aku tak dapat survey semua sebab banyak kedai yang da tutup juga. Ada banyak juga kedai yang masih dibuka lepas pukul 5.30 petang, tapi  most of them semuanya tgh busy struggle siapkan tempahan kot sebab semua yang aku jumpa tgh busy menggunting kain :)

Sila masuk di bahagian ini, berlambak lagi tailor di dalam
Tailor bersepah2...tak tau mana nak pilih..
Opss! Sorry kabur plak gambar ~


Kakak ni pun not bad, dia pun friendly dan nampak sangat komited dengan hasil kerja beliau. Harga pun berpatutan & yg best dia ikut je kehendak customer. If customer nak cepat pun dia boleh je buatkan :)
Antara design baju :)


So, aku pun terjah la disetiap kedai yang available ni dan survey harga utk baju nikah. Hasil survey aku aku adalah seperti berikut:

*** Standard style baju yang ramai orang tempah utk nikah perempuan adalah baju kurung moden atau 1 dress style & standard baju melayu lelaki ada style yang kosong @ bersulam.

**Standard price baju melayu kosong majority of them standard range harga antara RM 80- 100
**Standard price baju melayu bersulam range harga dalam RM 100-150

 **Standard price baju kurung kosong w/o lace dalam harga antara RM 75 -100
** Standard price baju kurung moden with lace+ full lining dalam harga antara RM 150 -200
** Baju kurung with beads additional RM 100-300 - up to your budget (heavy beads)

If nak yang lagi vouge the vast kena lah get ready harga yang higher dari indicator diatas ;)

Hasil survey aku di bangunan MARA ni, yang aku berkenan pun maybe 1 kedai jahit ni. Nama kedai ni Butik Umairah. Sedap nama kedai ni, aku suka nama kedai ni jugak [berangan nak rembat  nama "Umairah" ni utk anak perempuan aku someday]..Teeet! haha..ok, back to the story. Aku suka kedai ni sebab masa aku datang tu, akak ni je yang plg friendly dan tak pandang aku sebelah mata. Haha..Yang lain tu kerek jek.. Most pun ada gaya macam nak mark up jeksebab kalau aku tanya akan diaorang akan cakap cengini " harga akan ikut design apa yg you nak, pepe pun kalau nak discuss kena tgk design"--> so chances harga nak markup tu ada la kan :P..hehe..Tp, kalau kat kedai Umairah ni best, dia sanggup tunjukkan aku jenis kain dan design baju yang dah siap & yang customer yang dah hantar kat dia..Bagus dia ni tunjuk kat aku satu2 baju tu.. Tehee, silap aku gak survey pun datang x bawa kain & tak bawa contoh design yang aku nak :P Tapi, tu sebab la aku kagum dengan butik Umairah ni sebab dia layankan je aku ni tanpa banyak songeh. Menurut kata akak tu, kedai dia ni specialist utk baju pengantin jek & memang dia jaga customer JAKEL juga. Dia kata kalau sapa2 yang beli kain kat JAKEL selalunya diorg akan recommend kedai akak ni utk tempah dan jahit baju kahwin :) Aku rasa mesti masa aku beli kain kat JAKEL dulu diaorang tak sempat nak suggest sebab kitaorang pun datang lambat masa kedai pun nak tutup.Huhu..

Aku suka kakak yang jahit baju kat kedai ni..;)
Business kad kedai ni..Dalam banyak2 kedai akak ni jek yang bg business card..Yang len semua kena mintak..Ada tu, kad pun tak ada..Apakah..
ok, itulah dia, journey aku men-survey tailor di bangunan MARA. So far so good, aku da shortlisted few kedai yang "under consideration". Huuhu..Aku tak leh nak hantar sekarang sebab diorg tgh busy dengan tempahan raya dan tempahan hujung tahun. Ramai kan orang nak kawen hujung tahun ni. Hehe. So diaorang recommend supaya aku hantar baju sebulan sebelum tarikh majlis sebab takut badan naik or turun banyak :) Ok lah..aku akan start hantar baju masa akhir bulan 11 nanti........Oish.. Masa nak perah otak pikir nak design baju pulak..

Buat mcm ni je la..hehehehe

Tuesday, October 9, 2012

Beli kain nikah, Jakel memang Awesomee!

Hye my dearest Gorjes reader(s)!

Just nak share, semalam, aku dan En tunang memang langkah kanan betul bila ter-masuk ke dalam JAKEL @ Jalan TAR.  Seronok gila sebab secara tak sengaja aku dah dapat kain nikah pujaan hati dengan harga yang sangat murah & berpatutan. Aku ni tak plan pun lagi untuk design baju nikah & tak sure pun nak warna apa utk tema nikah nanti. Totally datang sebab nak survey jek. Sekali bila masuk, mata pun dah jadi rambang sebab semua kain pun nampak cantik.Rasa macam nak golek2 berenang dengan semua kain2 yang sangat gorgeous tu!


Pakej pengantin RM 380
Lambakan lace yang ada..Tak tau nak pilih yang mana
Pakej pengantin RM 450
Pakej Pengantin RM 199
Pakej Pengantin RM228
Pakej Pengantin RM 179
Pakej Pengantin RM228

Alkisah, aku masuk ke JAKEL dengan sangat last minute iaitu dalam pukul 8 malam dan JAKEL tu pulak tutup 8.30 malam. Disebabkan kitaorang customer terakhir dan diaorang pun dah nak tutup kedai, jadi terus dia bagi harga gila2 murah sampai aku & en tunang pun tergamam. Mana taknya, harga sampin yang berharga RM 180 dapat 50% diskaun tapi bila bayar just kena byr RM 80 jek. Then, harga pakej kain pengantin yang berharga RM 250 ++ --> [2meter kain lace, 4 meter kain lining & 4.5 meter kain baju melayu] dapat dengan harga RM 200 jek..So, total yang kena bayar utk semua kain termasuk sampin just  RM 280 jek. Hehehe. Aku bajet atas RM 500- RM 1000 untuk kain nikah sebab ramai kawan2 aku cakap diaorang beli kain nikah dalam range harga macam tu..Pheww.

Yang aku sangat happy sebab pilihan warna kain tu memang menepati kalbu dan jiwa raga aku..Pilihan tu pulak dibuat oleh en tunang. Selalunya aku tak berkenan sangat ngan taste tunang aku ni tapi entah kenapa this time pilihan dia ni terus menusuk ke hati pulak. Serious,  aku sangat suka dengan warna kain dan jenis kain yang dipilih. Macam cinta pandang pertama lak. Once dia pilih warna dan jenis kain tu, aku terus suka kain tu dah tak pandang yang lain dah..Aku pun suka sebab kain tu buat aku nampak kurus gak..Tehee...Yang pasti kitaorang tak nak warna putih dan soft pink sebab dah ramai sangat yang buat warna tu dan warna ni lak sesuai ngan aku..Aku suka je yang simple, nice and sweet ;)

Si dia tekun membelek kain

Sorry la, I pakai Iphoen 3G jek so gambar tak clear sangat ;P

Masa ni  aku tgh konfius tak tau mana nak pilih..Yang kiri tu lace dia warna purple, yang kanan lak warna dusty pink

Close up design lace, leh ar tepek ngan beads nanti ;)
Kain satin kat belakang tu shining
Tgh match kan dengan warna sampin
Warna sampin lak sama ngan warna lace aku







So, as informed kitaorang memang tak ada plan or idea pun utk baju nikah sebab rasa macam masih awal jek..(awal la sangat kan, tarikh nikah lagi 3  bulan jek!!!) Ngee...Sebenarnya malam semalam, aku dalam proses memujuk en tunang supaya beli kain nikah, kain bridesmaid & kain saudara mara kat Medan Indonesia @ Bandung jek. Aku geram lak tgk B2B yang shopping kat Indonesia tu, sebab kain2 yang diaorang beli memang sangat murah dan sangat cantik especially kain lace. Tp, en tunang cakap, tak worth it beli kat Indon kalau kos, masa dan tenaga pegi sana dan beli barang2 tu semua boleh dapat dengan harga dan kualiti yang sama di Malaysia. Jadi dia setuju utk survey dulu then buat decision lepas tu. So itulah sebabnya tetibe kitaorang dengan last minute ke JAKEL & secara tak sengaja ter-beli kain tu juga..Hemm...nampak gayanye terpaksa la aku lupakan niat nak ke Indonesia dalam masa terdekat ni...nguu..

So, here we go~ Kain dah ada, now tibalah masa nak design baju nikah & cari tukang jahit yang awesome! teheee :P Erk, ada ke?? semua yang aku research today, harga jahit jek dah beratus beribua beriban..Isk..



Ni je la harganye ;)