Support saya =) Jom Exchange Link! I will visit Yours!

My Blogger friends

Showing posts with label Pelamin. Show all posts
Showing posts with label Pelamin. Show all posts

Thursday, August 30, 2012

Projek pelamin anganku bermula : DIY Pelamin tunang

Hye, Good mornink Sunshine! ..

Tehee..Today aku nak update pasal pelamin bertunang bajet aku..

Weee! Alhamdulillah.Now dah lega sikit sebab barang2 pelamin dah ada di tangan aku..
Barang2 semuanya exactly macam dalam gambar kat bawah ni! Jadi here we go! projek aku seterusnya adalah untuk mendirikan pelamin anganku ini..tehee..

Option utk barang sewa DIY pelamin boleh visit di sini : Your DIY Project Supplies atau http://yourdiyprojectsupplies.blogspot.com/

Tema pink purple..
Mini stage & bantal duduk bulat yang disumbat dalam kereta..Muat jek
Ni lah barang2nye...

Thursday, July 12, 2012

E-day: DIY Bunga besar kat pelamin??

Hari tu kerja2 men- DIY pomander ball aku tu tergendala disebabkan crepe paper warna soft pink tu tak cukup. Jadi, one day Aku dan opismate (Nadia) pun berhempas pulas meredah hujan time lunch ke kedai Reben favorite di Jalan TAR untuk beli Crepe Paper tu. Si Nadia ni temankan aku sebab dia pun nak cari manik untuk dijahit kat baju raya dia..

Aku aim nak beli soft Crepe paper pink lembut tu dalam kuantiti yang banyak sebab Crepe paper yang aku beli last time rupanya tak cukup. Crepe paper lembut tu sekeping dalam RM 0.50, jadi leceh la nak beli sikit2 jadi aku plan nak beli in bundle terus. Then, masa aku ke kedai tu find out warna soft pink tu limited dan dah habis. Jadi aku kena la merayau2 cari kat kedai lain nanti...

Alkisah, aku ternampak Crepe paper yang dijual dalam bundle. Dalam 1 paket tu ada banyak just RM 10 jek. So aku pun beli la tanpa fikir panjang. Rupanya bila balik rumah, crepe paper yang aku beli tu jenis keras dan susah nak digubah untuk buat bunga di Pomander ball tu. Then, aku frust sebab tak tau nak buat apa ngan kertas tu..Finally today, baru la aku tau, nama Crepe paper yang keras tu ialah Double Sided Crepe Paper...

So, kalau sape yang tak tau Double Sided Crepe Paper tu apa, sila google or rujuk gambar. Sila jangan buat mistake mcm aku...

p/s: Crepe paper tu keras sikit dari yang biasa dan dia ada 2 warna yang kontra di depan & belakang...


Jadi, kebetulan aku sedang aku fikir macam mana nak buat background untuk pelamin mini aku tu aku pun try google untuk cari backup. Untuk majlis bertunang, kazen aku bagi pinjam rumah dia di Gombak. Rumah tu kosong jadi senang nak buat majlis memandangkan kawasan di rumah aku tak sesuai untuk buat majlis dan masalah parking pula.

Disebabkan aku pinjam rumah orang, da tentula aku kena jaga dinding rumah dia. Disebabkan itu, aku tak boleh la nak pasang langsir untuk backdrop pelamin aku di dinding dia.  Since aku tak ada pelamin stand untuk background pelamin, jadi aku kena la fikir cara lain supaya belakang tu nanti tak kosong. Then bila aku google, aku tertarik dengan bunga besar yang dibuat daripada Double-Side Crepe Paper / A4 paper.  Sangat gojes bunga Giant ni! Jadi aku pun excited la nak try DIY bunga ni nanti. Tak sia2 la aku tersalah beli Crepe paper hari tu, sebab kertas tu boleh digunakan untuk bunga besar ni..Takdir yang ada hikmah rupanya.,.ahaks! =)

Jadi, bermula la rancangan aku untuk DIY Bunga besar as my background pelamin mini aku tu menggunakan Double Sided Crepe Paper ni =)

Kalau tepek bunga ni banyak2 kat polistren yang dilekatkan kat dinding mesti cantikan kan? Then, penuhkan polsitren dengan bunga besar ni...






Hope menjadi la...T___T     Will update result ye :P

Nak share tips and tutorial dia kat sini

Good luck  to all of us!

Tuesday, July 10, 2012

I miss him & My DIY

Sedih..Sebab seminggu ni si dia berada nun jauh di dalam kem di Pahang..(Jauh la sangat kan) ..haha..Nak ber-drama sket..gegege...Jadi, selama seminggu ni kitaorang akan lost contact sebab dia tido dalam khemah jek...Then kursus tu pun macam sangat strict..Poyo jek organisasi tu eks=( huk..Today, da masuk hari ke 4 dia kat dalam kem tu..Sempat dia mengelat update aku pasal condition dia kat dalam kem tu..Sound terrible jek...Hope he's doing fine...

Yang lagi upset sebab organisasi yang sangat ______ ni da porak porandakan plan aku nak bercuti di Redang. Aku + dia dan kawan2 da plan  cantek + awal2 da nak ke Redang end of this weekend. Da siap bayar semua da, dia tinggal nak pergi jek nanti. Ingatkan boleh la nak release tension n having fun sebab this year kitaorang tak enjoy life pun sebab fokus kerja la n komitmen lain...Now bila da ada peluang, sekali organisasi yang ________  ni lak sebok nak buat kursus itu ini..Kursus jek memanjang, perabis duit ______ jek kejenye.Kualiti perkhidmatan takde improvement pun..Semua pun kursus nak brain wash...Grrr..

Pepun, da takdir..hope sempat la dia catch up boat ke Redang Friday ni nanti before pukul 2 pm..Kalau tak dia kena tunggu the next boat trip which is on the next day (sabtu) pada pukul 9 pagi..Kalau dia miss the 1st boat, rugi la duit yang aku da bayar mahal2 utk pakej Redang tu..Mekasih sekali lagi wahai organisasi_________. Memang suka jek perabiskan duit ________ =( sob sob

Theehe..Then, aku pun continue  la buat preparation E-day alone..Just to make myself busy..So, kembali la menjadi wanita sejati, next is my DIY Pomander ball dari Crepe paper..Agak leceh gak la nak  buat benda ni sebab nak kena buat banyak bunga..Tapi rasanya kalau da siap akan cantik kot..Kalau projek ni menjadi aku bagi tutorial eks :P

Jadi tak ? jadi tak? tehee...


Tuesday, June 26, 2012

Monday, June 18, 2012

Dilema aku~ Engagement Day Alert! DIY pelamin??

Huk! Terasa senak perut aku..Sebab lagi2 bulan lagi da nak tiba my engagement day. Tapi, preparation untuk bertunang habuk pun tak ada lagi..Menggagau aku google cari katering & butik pengantin..Risau sebab tarikh majlis bertunang aku tu dah nak dekat.Pulak tu majlis dibuat masa minggu raya!.

Aish, plan asalnya memang aku tak nak buat majlis bertunang pun, sebab gap nya dekat2 je..Ingat lepas merisik boleh terus cakap pasal kahwin je..Aku tak nak bertunang sebab takutkan godaan bertunang tu + tak nak lari bajet sebab kos lepas kahwin lagi nak pakai banyak duit..Lagipun, orang kata masa bertunang tu pun nanti banyak dugaannya...Huuuk...Tapi, disebabkan bapak aku tu ha yang nak sangat aku bertunang, nak ikut adat katanya, terpaksalah aku akur...

Nguu..Till today pun aku ngan En. Bakal ehem2 masih tak dapat capai kata sepakat pasal majlis bertunang kami...Best argument selalunya pasal aku nak ada pelamin, door gift & juru kamera. Tapi my En. Ehem2 say No pulak..Dia tak setuju sebab tak nak membazir..

Emm, nak difikirkan, ada betulnya juga apa yang di kata. Tapi, aku sebagai perempuan dah tentulah harap supaya majlis aku tu,( insyallah bertunang sekali seumur hidup) akan jadi majlis yang cantik, sempurna dan tak dikritik orang. Jadi, aku percaya mana2 perempuan pun harap benda yang sama. Jadi aku adalah normal sebagai perempuan.

Sekarang, aku stress  sebab trend sekarang ni majlis bertunang da ada pelamin lah, door gift la dan sebagainya. Pendek kata da sebiji macam majlis kahwin cuma bukan dalam kapasiti yang besar. Akhirnya lepas diteliti, aku akan ikut nasihat My encik ehem2 tu demi kebaikan bersama (jangka masa panjang).

Ehee.. Tapi...Ada tapi tu..dia kata tak payah pelamin "tapi" kalau aku still nak pelamin jugak ------> "kalau nak buat sendiri tak apa" ..Wehho! At least dia consider gak keingininan aku..ehee..Thanks dear :P

Huk..Takut! Tak sure la nanti jadi ke tak..Jadi, kalau ada rezeki ada la pelaminnya & kalau tak ada pun tak apa sebab agama tak kata wajib berpelamin..ehee..So, here we go! Masa untuk perah otak pikir cara nak buat DIY pelamin untuk majlis bertunang :P

Wish me luck!

perah otak mengelat masa keje pikir cara nak buat pelamin macam mana..Huk,.Hope jadi la..:P