Support saya =) Jom Exchange Link! I will visit Yours!

My Blogger friends

Showing posts with label Masjid Jamek n Jalan TAR. Show all posts
Showing posts with label Masjid Jamek n Jalan TAR. Show all posts

Friday, June 29, 2012

Beli hiasan bantal hantaran

Today aku singgah Kedai Bunga Reben Jalan TAR tu lagi sebab nak beli hiasan bantal hantaran DIY aku tu..Sekarang ni aku ngah bercinta ngan kedai barang kawen..Hobi aku lepas keje or waktu lunch je, asal ada masa je confirm aku akan cekal gi usha brg2 utk keperluan kawen ni..

Aku suka kedai ni sebab dia suka bagi harga murah..Tp, murah tu kalau beli byk la (more than 2 item)..Asalkan korg beli brg byk je mesti ada diskaun..suka!
Kalau kat kedai len especially @ Semua House tu semua da fixed price...So,if korg nampak harga barang kedai bunga reben ni mcm mahal dr kedai len, don't worry..Nanti bila korg byr, harga dia akan jd lg murah sampai korg pun pelik..yela, kot la dia salah kira ke kan..Even lg murah dr kedai lain yg da fixed price tu kot..Jadi, sebab tu la kedai ni selalu ramai org..;)

Ok.brg Yg aku beli hari ni:

Bead lace : Rm 3.90 semeter x 3 meter total : Rm 11.70

Polyform : Rm 1.80

Tapi bila byr : total Rm 10.50 jek >__< tak caya tgk la gambar resit tu..musykil kan? .hiks!

Oklah. Aku nak sambung buat bantal.just nak share.kedai tu located kat tepi Jalan Tar tu je..betul2 tp jalan..Sebaris ngan Nagoya & depan Gulatis tu jek..happy shopping!

Monday, June 25, 2012

Borong barang2 untuk next project DIY!

 kLast Friday, since waktu lunch aku macam panjang skit, sempat aku mengelat jap pergi usha barang2 kahwin kat area Jalan TAR. Plan asal aku mulanya nak usha kedai yang ada jual Arch untuk DIY pelamin aku.

Tapi, disebabkan aku "ter"masuk ke dalam kedai yang jual barang kahwin, jadi aku pun ter-shopping barang untuk DIY bantal dulang hantaran aku juga..Tak sangka kat kedai tu harga untuk kapas sintetik atau Polyester Fiber tu murah pulak..

Then, otw balik ke opis..Sempat gak aku singgah NAGOYA kat Jalan TAR..Jadi aku pun usha kain untuk backdrop pelamin & dulang hantaran aku. Sekali terjumpa kain yang ada clearance stock juga. Disebabkan aku terjumpa kain yang mengikut warna tema aku, jadi aku pun sebat je la kain tu tanpa was-was :P Pendek kata, kain kat NAGOYA memang murah.

Then, bila balik aku singgah kat pasar chow kit kejap..Dengar2 cerita dalam google & blog lain cakap barang kahwin kat situ pun murah2..Follow blog ni for more info : Kedai Barang Perkahwinan Vivian, Chow Kit Murah

Tapi, disebabkan masa aku sampai tu kedai semua da nak tutup. Aku sempat beli dolly paper jek kat situ..Dolly paper lak aku nak buat DIY Pomander ball untuk pelamin mini engagement nanti...Murah gak dolly paper kat sini. RM 4 untuk 250pcs.

Span ni nak guna untuk DIY bantal dulang hantaran + DIY door gift untuk VVIP aku (DIY frame)
Span ngan kapas tu Nak bua DIY bantal alas hantaran macam ni la

                                                                                        
Harga kapas polyester ni  RM 12 je utk 500grm tapi bila bayar RM 10 jek..
Singgah NAGOYA jap usha kain
Ni harga untuk kain jersey
Ni kain Jersey..Boleh stretchable
Ni lak harga untuk kain satin

Sekali aku ternampak section ni
Yang ni la kain yang clearance stock tu
Kain ni tak tau la jenis apa..Tapi kain ni berat & sejuk la..total untuk2 kain ni less than RM 10.
Dolly paper ni aku nak buat Pomander ball macam gambar kat bawah ni, nanti aku nak warnakan dia guna pewarna makanan then buat banyak2 gantung kat tangga :P



Then, nak buat langsir dolly (maybe as backdrop pelamin) macam ni jugak :D



Wednesday, June 20, 2012

Survey barang kahwin di Masjid Jamek & Jalan TAR

Semalam, lepas kerja. Aku terus ke Masjid Jamek sebab nak survey barang kahwin..Konon nak buat DIY sangat kan, jadi da tentu lah kena survey2 tempat yang boleh dapat barang with the best price supaya murah dan worth it.

So, this is my journey on that mission. Check this out~ Kali ni entri aku agak panjang sebab berlambak2 dengan gambar yang aku snap dalam kedai barang2 kawen tu dengan harapan boleh dijadikan rujukan di masa hadapan..Susah nak ingat harga semua barang2 tu jadi aku snap jek guna phone bagi memudahkan urusan aku nak buat survey..

1st destination : Semua House (tempat wajib orang cari barang kahwin)
1st floor dia ada orang jual Al-quran. Al-quran ni harga dia RM 120-150 (kalau pandai bargain leh dapat murah)
Kat sini ada sediakan door gift buah kurma dalam bekas gak (tepi Alquran tu)..Tapi macam mahal..RM 5 sebekas
Kedai ni (Ground floor) jual semua jenis door gift, dulang hantaran dan barang2 dia..Murah gila! Less than RM 1 pun ada.
Kedai ni lak sebelah kedai Yen Riben tadi..Kedai ni lagi banyak pilihan

Kotak ni comey, polka dot.Kakak kedai tu cakap baru sampai..

Ni sepit kuku (gambar seperti di bawah) Murah kan? Satu RM 0.78


Lapik dulang hantaran bulat..Ni tema aku nikah nanti kot
Kertas ni cantik kalau carik2 kan then buh dalam dulang hantaran

Lantern yang sangat comey..Ingat nak guna lantern ni for my DIY mini pelamin bertunang :P
Harga colorful lantern tu

Transparent cover  hantaran



Ada macam2 jenis dulang hantaran..Harga dalam RM 20-30 sebiji


Kedai ni pun ada jual colorful shredded paper

Aku nak guna foam ni untuk DIY Pomander ball untuk pelamin mini aku...

Survey2 bunga nak guna untuk DIY pelamin anganku..hukhuk..Mahal gak bunga2 palsu nieh..
Lambakan paper beg utk door gift
Kalau beli siap2 Bunga bola ni agak mahal gak bunga bulat ni (Tak tau nak panggil pe in Malay)
Buat bunga ni banyak2 jadi cantikkan? ehee
Survey gift untuk VIP @___@



Bunga favorite nak letak kat tepi dulang hantaran nanti







Lambakan riben..Jadi pening nak pilih...

Nak guna reben ni untuk hiasan DIY bantal dulang hantaran aku...
Kena beli lots of Glue stick nampaknya...
2nd pit stop: di sebelah Semua house : Plaza City One. Kat sini lak byk jual baju kahwin, pelamin + hantaran kahwin
 Haa~ Yang kat Plaza City One ni pulak banyak jual baju kahwin (ada pelbagai version) termasuklah pakaian ala2 Bollywood.

kedai ni dia jual macam2 barang kraft dan barang2 jahitan, bunga telur dan sebagainya
Aku aim bantal nikah bulat ni. Dia ada saiz L & M..Tak silap kalau beli 1 RM 150 kalau beli sepasang (2pcs) RM 250.
 Bila tengok bantal nikah ni buat aku teruja + konfius. Tak sure kalau nak bajet elok sewa je atau beli terus then kemudian sewakan. Entah la. Masih dalam pertimbangan. Nak sewa asyik semua yang aku tanya tu dah tak available. Then macam mana? Hukhuk...

Kat kedai ni ada service customize pelamin + bantal nikah. Diorang ni supplier jadi barang semua barang baru.


Aku jatuh cinta ngan bantal nikah ni. Ingat nak order yang bulat tp style ni..Cantikkan?
Ni lak sample karpet / alas bulu..Selalunya orang guna kat pelamin + alas hantaran. Yang ni semeter RM 35 kot lebar dia 6 kaki..
Macam2 jenis pelamin ada dijual disini...
Di sekitar jalan TAR berlambak kedai kain juga..So senang keje nak survey kain...
Tapi, disebabkan da letih aku tak jadi survey kain kat sini...Next time je la aku survey sebab dah letih  & nak rush pegi ke konsert Jason Mraz pulak..what a bzy day..But it's ok..Jalan TAR ni sebelah opis aku jek..ngehngeh :D