Support saya =) Jom Exchange Link! I will visit Yours!

My Blogger friends

Showing posts with label DIY ID card holder. Show all posts
Showing posts with label DIY ID card holder. Show all posts

Tuesday, October 30, 2012

Level stress 50%. Door gift progress.

Morning dear!

Now ni sejak2 nak kawen, tiap2 pagi aku akan hadap kelender & check my checklist. Hari2 pun count down our wedding day yang dah semakin dekat tu..Tiap hari juga aku dok fikir our wedding preparation sebab tak nak overlook @ tertinggal pepe. Aku sebagai anak sulung dalam keluarga ni memang banyak kena berkorban.. Sesuai benarlah dengan tema hari raya korban kali ni..hehe..Since family aku langsung tak ada pengalaman dalam uruskan majlis perkahwinan & since aku ni  jenis stok berdikari tahap dewata. Jadi pendek kata, semua urusan kahwin, aku uruskan sdn bhd..Untuk urusan kahwin aku ni, aku memang tak nak susahkan family & saudara mara pun. Ayah aku nanti just tinggal nak jadi wali aku je & Mak pulak just perlu senyum dan sambut tetamu je. No nages2 masa nikah nanti ye mak, make up I mahal..tehee..Then, Saudara mara pulak, just datang utk memeriahkan majlis & eratkan hubungan..Totally NO burden / burden free for them :P Dari katering sampai door gift, dari dewan sampai urusan nikah kahwin, semua sudah diuruskan. Jadi, overall preparation wedding memang 100% by myself dan dibantu oleh en tunang yang sangat membantu tu ;D Nasib baik ada dia..Memang saje jek bergantung harap pada dia..Nak pre-test untuk my bakal husband...Tehee..Susah senang kita bersama gitew :P thanks dear!

So, alkisah..Last nite, as usual lepas kerja, aku akan sambung men- DIY door gift aku tu : DIY ID CARD HOLDER...Plan asal nak buat 1000pcs..Aish, aku dah nak naik gila dah buat benda nieh. Memang menguji kesabaran dan ketabahan. Haha..Habis  buruk tangan aku sebab kena glue gun & jarum. Sebenarnya, aku dah letih men-DIY door gift ni..Ingatkan da banyak dah buat so boleh lah nak buat benda lain :P So,aku pun dengan yakin nye ingat door gift dah siap dalam 300 pcs..Padanlah muka aku sebab tak pernah nak kira benda yang da siap sebelum ni. Aku tak nak kira sebab aku tak nak stress kejar target..Tapi, last nite tergerak jugak aku nak kira..Jeng, jeng, jeng...Sekali find out  jumlah yang dah siap cuma 162 pcs jek..








Contoh rupa kalau da siap. Tapi kertas dalam tu nak print warna.
Whatt??!! pfffttt! nGuuu...Mati aku! 162 jek??? Verangan nak buat sampai 1000pcs..Kalau mcm ni memang buat sampai ke mimpi la jawabnye..Sobs...Then, aku panik..Ni tak boleh jadi ni. So terpaksa lah aku batalkan niat nak buat 1000pcs then just proceed  buat sampai 500pcs jek. Jadi, door gift ID card holder ni aku akan bagi tetamu perempuan jek. Yang lelaki tu aku kena cari backup plan lain..Hemmm..Nak bg apa ek kat lelaki?? aish...yang lagi 500 tu aku tak sanggup nak DIY, so utk tetamu lelaki aku beli siap je la ek..teheee..Sorry u guys..My love only for my girlfriends and my man :P [Blweek! motif??] haha..Ok, aku da start ting tong...

Urgkh! Byk lagi ni projek DIY yang aku nak kena buat ni..

1. DIY door gift kerepek [buat paket kecik2 utk 1000pcs]
2. DIY door gift nikah [pulut kuning] if sempat, kalau tak sempat beli yassin / tasbih jek :P
3. DIY veil nikah -if tak sempat beli tudung kat radiusite @ Intan Norazam ke [Agaknye dia terima tempahan last minute tak? ]..teehehee...
4. DIY centerpiece utk 30 meja
5. DIY Hand bouquet utk  nikah & sanding

Omg! Ya Allah..Please give me strength to do this..

Empphh... x boleh give up..Come on me..You can do it! Berusahaa!! Wish me luck ye kawan2 :D ..Moto terbaru aku--> Bersama berusaha membina mahligai impian :P kihkih...

Kelender aku yg da buruk. Hari2 kena conteng..tehee...Sorry en kelender..Bersabar lah..Lagi 3 bulan jek :P

Thursday, June 28, 2012

Tutorial II : Lanyard ID Card Holder guna Riben

Haa, ni sambungan tutorial ID Card Holder yang lepas..Cara-cara buat Lanyard guna riben

Aku punya lanyard dipendekkan sebab nak buat door gift wedding je, jadi nak jimat riben punya pasal maka dipendekkan la jadi macam ni..

Bahan-bahan

Reben (recommended Grosgrain Ribbon 17mm)
Swivel Hool
Gunting
Gam Uhu / Glue gun with Glue stick
Pembaris
Pen
Benang
Jarum
Hiasan (button / applique)

Steps as below:


1. Ukur & potong riben sepanjang 12cm x 2pcs

2. Lipat di tengah riben

3. Jahit di tengah riben

4. Lilit reben dengan benang dan matikan jahitan

5. Ulang semula langkah diatas pada riben yang lagi satu & cantumkan kedua2 dengan benang

6. Hias ikut suka!



1. Potong riben untuk lanyard, ikut panjang yang diingini  (aku kira panjang lanyard opis aku 40 cm)

2. Masukkan hujung riben ke dalam lubang swivel hook. Makesure bahagian bercorak di bahagian hadapan.

3. Gamkan dihujung riben tersebut

4. Kemudian gam di atas lipatan riben tersebut

5. Tindih bahagian riben yang bergam tu dengan hujung riben yang satu lagi. Makesure bahagian bercorak dibahagian hadapan.

6.  Gam sekali lagi dibahagian hujung riben tersebut (rujuk gambar)

7. Tindihkan dengan riben yang telah digubah tadi

8. Siap! Cangkukkan Swivel hook ke ID Card Holder yang telah siap

Selamat mencuba!


Monday, June 25, 2012

Tutorial: ID card Holder

Hye visitors! Thanks for visit..

Entri ni pasal my door gift ID card holder ..Hehe..Agak leceh tau nak buat..da nama pun craft kan jadi proses dia leceh sikit..Tapi, disebabkan aku ni memang spesies yang komited jadi aku gagahkan la diri nak buat sendiri door gitf ni sampai 1000 pcs..

Since ramai kawan2 aku yg berminat & excited tanya macam mana nak buat..Nah! amik la tutorial tu kat sini..

Warning! Proses ini memerlukan tahap kesabaran yang tinggi! Tidak sesuai untuk orang yang malasss...

Bahan-bahan














1. Acuan ID Card holder (kena download)
2.Mounting board / white board (boleh beli kat sini!)
 (Mounting board  boleh beli kat kedai buat bingkai gambar) or white board (tp nipis sikit) kat kedai barang hantaran
3. Kain Felt: (boleh beli kat sini!)
(Aku guna jenis lembut [Acylic] sebab senang + murah sket)
4. Benang biasa & jarum
5. Gam uhu atau  Glue stick with glue gun
6. Eyelet puncher & eyelet bullets
(ada jual online, korang google jek or beli kat kedai jual barang hantaran)
7. Swivel hook (boleh beli kat sini!)
8. 17mm Grosgrain Ribbon (boleh beli kat sini!)
9. Pembaris besi
10. Cutter
11. Gunting
12. Button & applique (ikut suka) (boleh beli kat sini!)
13. Pen
14. Cutter board

Step 1 (Buat Frame ID card holder)

Potong mounting board ikut acuan ID card holder tu. Nak patern dia ?--> DOWNLOAD HERE

P/S: Btw, saya just realize template ID card holder saya (yang nak kena download tu) size dia berubah banyak sebab saya upload kat dalam Google docs. Kalau sapa nak yang actual pdf format template tu just bagi email address kat komen box saya ye, nanti saya send template to your email.

*** Acuan ID card holder ada 3 shape / bahagian, jadi potong la mounting board tu accordingly ..

Ni untuk badan card holder tu

Bahagian ni untuk bagi space nak masukkan gambar / kad nanti

Bahagian dalam bahagian C ni pun kena potong jugak ye..Bahagian ni untuk frame dia..
P/s: untuk memotong mounting board tu sila guna pembaris besi (kalau guna cutter) supaya kemas + selamat, then lapik la guna cutter board supaya tak rosak lantai rumah korang tu...Macam aku, disebabkan aku guna white board yang lebih nipis, aku guna gunting jek then double kan board tu supaya tebal setaraf mounting board tu..Cuma, leceh sket sebab kena buat 2 kali keje..

BAHAGIAN A

1. Lekat board pada felt, mulakan dengan Bahagian A dulu (badan ID card holder)

2. Lepas da lekat board dengan felt, gunting felt ikut shape board seperti gambar diatas. Tapi, sila tinggalkan baki (tepi felt) untuk bahagian jahitan nanti

3. Gam board di bahagian yang satu lagi

4. Lekatkan board di felt sekali lagi di sebelah bahagian lagi satu tu (seperti gambar diatas)

5. Gunting felt. Tapi, sila tinggalkan baki (tepi felt) sikit untuk bahagian jahitan nanti

6. Keadaan board (Bahagian A) selepas dilekatkan felt di kedua belah bahagian


7. Tebuk Bahagian A (dibahagian atas ) menggunakan Eyelet plier

8. Gambar pandangan sisi Eyelet (guna bahagian atas Eyelet Plier)

9. Guna bahagian bawah Eyelet Plier,  masukkan Eyelet bullet kemudian tekan sekuat hati

10. Gambar board & bullets selepas ditebuk.

BAHAGIAN B

1. Potong board ikut shape (sila download)

*** Bahagian B tidak perlu dibalut dengan felt kerana akan ditindih di belakang frame (BAHAGIAN C )
*** Bahagian B ni bertujuan untuk memberi ruang untuk masukkan kad nanti

BAHAGIAN C

1. Letak gam pada board Bahagian C

2. Lekatkan board tu pada felt

3. Gunting felt (jangan potong ngam2), sila tinggalkan baki (rujuk gambar)

4. Potong felt  di bahagian dalam frame, lipat dan gam felt pada frame

5. Lipat felt pada sudut frame & gam

6. Gambar felt yang telah dilipat di bahagian dalam dan  bucu frame

7. Gam baki felt di bahagian luar frame

8. Lipat bahagian yang telah digam ke bahagian belakang frame

9. Gambar frame selepas siap dilekatkan dengan felt

10. Tampal board bahagian C dibelakang frame

11. Gambar bahagian hadapan untuk board A + B+ C 

12. Pandangan tepi

13. Jahit felt menggunakan teknik jahitan insang pari. Tak tahu cara jahit? Klik sini

14. Jahit disekeliling board pada baki felt.
*** Nak bagi jahitan tu timbul, aku doublekan benang tu (4 benang dalam 1 jarum).

15. Matikan jahitan di tempat untuk diletakkan hiasan

16 . Rupa ID card holder selepas dijahit

Tahniah!! Siap sudah proses untuk buat badan ID card holder tu..Susah tak?

Ehee..Next tutorial---> cara nak buat lanyard & riben untuk ID card holder. Check it out~

Ni gambar hasil tangan saya yang telah siap..So, korang design la ikut suka nanti



Saya halalkan tips ini hanya untuk orang yang minta izin sahaja tau..Susah tau nak buat tutorial ni sambil ambil gambar nak buat felt nieh..Lgpun ianye FREE :) Jadi, sila appreciate usaha saya ye..So barula bersemangat nak buat more tutorial for you ;) Insyallah...



Disebabkan ramai PM sy tapi sy tak sempat nak reply disebabkan faktor terlalu busy, pls download the actual size template tu disini ye [DOWNLOAD]. Sorry n tq for visit my humble blog yg da berabuk ni..



P/S:  recently aku ada buka business online..
If you don't mind..please support & like my online blogshop ye dear! May Allah bless you ;)

FB shop: Your DIY Project Supplies
Blogshop: http://yourdiyprojectsupplies.blogspot.com/

Thanks for your support! ;)

Sunday, June 17, 2012

My door gift in progress dengan lajunyee!

Yeey! weekend time! Jadi boleh la aku all out buat door gift aku tu..

New design, aku tambah riben polkadot @ tepi dia & add mutiara juge :p

Makin lama makin comey lak sebab makin byk idea & bahan..check it out~

Monday, June 11, 2012

Alhamdulillah~ Selamat sudah: Majlis merisik :D

Yey! Selamat sudah urusan majlis merisik aku..3 hari dua malam aku berhempas pulas buat preparation majlis tu..Akhirnya segalanya berjalan lancar juga..Amin...Ehee..

Aku punya majlis merisik simple jek..Mula2 aku cuak gak, macam mana nak buat majlis ni..Jenuh gak aku google dan buat research kat kawan2..Tanya pengalaman dioarang macam mana..Ada yang cakap kena tunjuk diri masa hidang air panas la, ada yang cakap tunggu je bilik sampai kena panggil la dan sebagainya..Sudahnya aku redha dan biar je takdir yang menentukan segalanya..Pendek kata, just follow the flow...

Aku punya version lak, lepas family belah lelaki sampai, diaorang pun mula la berbincang dengan serius. Kemudian, aku pun menyorok dalam dapur sebab nak sediakan makanan dan juga untuk curi2 dengar perbincangan diaorang tu..Kalau duduk dalam bilik confirm tak dengar kan..Ehee.. Kemudian, ayah aku pun panggil aku untuk sesi menyarung cincin tanda terima / setuju. Masa sarung cincin tu punya la cuak, tangan aku menggigil sampai aku pun kena bahan..Ceh..Ehee...Then, rasa dia masa peluk bakal mak mertua tu..Speechless..Sempat aku tengok mata mak aku..Bergenang air mata dia.....huhu..Pengalaman seumur hidup ni...

Then, lepas sarung cincin ayah aku pun buat ucapan penutup..Then, dia pun invite tetamu semua untuk makan..Disebabkan meja makan aku sempit, jadi aku pun buat la makan2 tu secara bersila..Lepas makan diaorang pun minta izin untuk berangkat sebab ada urusan lain...Then that's it. Aku pun temankan family bakal mertua aku tu ke kereta, borak2 sampai la diaorang berangkat pulang...:) Kemudian? Aku pun kena kemas rumah dan cuci pinggan balik..Huu..Letihnye..Nasib baik majlis buat hari Sabtu, jadi hari Ahad tu aku ada la masa nak berehat sakan :D

Alhamdulillah...Next, akan berlangsungnya majlis bertunang aku yang dijangka akan berlangsung pada bulan 9 ni..Majlis perkahwinan aku pulak dalam masa 6 bulan seterusnya iaitu bulan 2, 2013...Here we go~...Hope segalanya akan berjalan dengan lancar..Amin...

Masa ngah kelam kabut kemas rumah
Lepas kemas layan Hindustan jap :P
Cuci pinggan mangkuk semua
Love this!
Susun makananan semua, siap untuk dihidang!
Masak lemak cili padi..Sedap...nyumnyum
Selamat di booking! Just to share, cincin merisik jari tangan kanan ye :P
Lepas selesai majlis & kemas rumah semua, sambung buat door gift.

My new design : Froggy!

Wednesday, May 30, 2012

Sepetang yang bosan di opis, keje Touch Up door gift!

Ngeh..Ngeh..Sambungan pasal projek door gift aku tu lagi..Yang da siap tu aku dok pikir macam mana nak touch up supaya lagi kemas dan nampak cantik...

Idea asalnya aku nak letak kad ucapan terima kasih kat dalam ID card holder tu nanti..kad tu pulak macam ala2 business kad tu... Tapi kalau nak guna business kad yang betul memang kopak ler poket aku kan..Ehee..Jadi, aku pun cuba cari jalan yang cerdik sikit..Memula konon nak design sendiri tapi bila try design sendiri tak jadi la pulak. Sudahnya aku google business card template dan cuba cari idea.

Blink! Nasib baik! Punya la power Google tu kan..Sekali aku terjumpa website yang bagi free business card template untuk aku aku guna..Jadi, boleh la aku print pakai A4 paper jek kan :P Klik sini untuk website tu..Korang download, save dan boleh edit dan design sendiri guna template yang dia bagi. Aku tambah frame dan border dalam tu supaya senang nak potong nanti :P

Hasilnyee??? Ehee...Tu yang kertas putih dalam frame tu ha..For real day nanti, aku pakai la kertas yang cantik or ber colour skit...Then, hantar ke Bormas ke, kedai fotostat ke, guna fotostat opis keee (Opps!) ehee..Then potong ajeee...

Monday, May 28, 2012

My door gift in progress : ID card Holder

Huaa..habis da jari jemari ni hancus dimakan jarum..huhu..Ni semua gara-gara aku S.T.R.U.G.L.E  nak siapkan 1000 pcs ID card holder ni..Hope sempat la..Sekarang ni, kemana sahaja aku pergi, aku akan sibuk mengusung barang2 kraft aku ni..Hehe.

Target aku sekarang ni, atleast aku kena berjaya buat 20-30 unit untuk seminggu..Jadi dalam sebulan atleast aku da boleh dapat 200 pcs sebulan x 6 bulan..So, x boleh mengelat dah, sebab masa semakin suntuk...Even my weekend pun dah kena all out untuk benda ni..Emm, In case kalau tak sempat & tak berjaya capai target, terpaksa la aku guna hand made craft ni utk majlis bertunang / nikah aku je nanti as door gift. Backup plan kalau x capai target, terpksa topup beli ready made item for door gift yang melambak2 kat kedai2 tu je..huuu.

Tu la susahnya kan..ramai cakap buat apa nak bersusah payah kan? Entah..Sebab aku rasa puas hati dapat share benda cantik dengan kawan2 dan orang2 yang aku sayang nanti..Seriously, I appreciate them so much okeh..Sampai door gift nanti pun hasil air tangan dan titik peluh aku sendiri..Acecece...Emm, Yang penting, puas hati! So far feedback yang aku dapat randomly dr opis mate / facebook & kat mana2 kalau aku usung benda ni orang akan cakap cantik & unik.. huhu..Nnati lah lepas da settle majlis nanti ingat boleh buat business amik tempahan orang pula :P

My 2nd trial :)







Time nak potong Mounting board ni la leceh..aish..
Pening nak design :P
My cute button! Love it!
In progress~

Tadaaa~ siap! >___< tp baru 20 unit je siap..980pcs to go....
 Sob Sob.....Wish me luck....