Support saya =) Jom Exchange Link! I will visit Yours!

My Blogger friends

Showing posts with label All my DIY project. Show all posts
Showing posts with label All my DIY project. Show all posts

Wednesday, October 17, 2012

DIY Hand Bouquet Felt, 1st trial ;)

Morning dear!

Tehee..Last nite aku tetibe bersemangat men-DIY Hand Bouquet..Tapi, HB tu bukan utk wedding aku, untuk bakal kakak ipar aku nanti ;) Bukan utk wedding dia jugak, tp utk hari convocation dia hujung minggu ni..Sangat last minute!!..hahaha..tak tau la jadi ke tak..

Aku buat guna felt sebab aku ada banyak balance kain felt dari projek DIY Iphone pouch utk birthday kawan aku dulu, so aku guna kan la balance tu utk HB ni jek..Sangat senang & bajet rupanya! Tapi x la senang sangat utk beginner mcm aku sebab terluka juga la tangan sebab terkena dawai ;)

So, malam td aku berjaya siapkan 6 kuntum bunga felt...Today nak sambung lagi..Tak sabar nak siapkan dan tak sabar nak hadiahkan kat bakal kakak ipar aku tu nanti..Suprise la konon :P padahal niat sebab nak jimat juga & segan nak datang tgn kosong..Kalau bg dia fresh flower, confirm cpt layu! Pulak tu fresh flower bouquet x murah juga ;)

Nanti kalau bunga ni da siap dalam 10 kuntum, aku nak hias ngan renda / kain lace, pearls & recycle jek patung bear yg aku dapat masa convocation & annual dinner opis aku dulu..kekekeke.. gila jimat duit & space meja keje aku :p...kalau beli online ni, confirm terbang wit aku..Selalunya standard price diaorang jual HB ni RM 100 tau! Kalau buat sendiri??? Priceless..Eceeh...weee~


Nak try buat mcm ni..Tp tak tau la jd ke tak..tehehehe...:p

Monday, October 8, 2012

Free EDITABLE Thank you taq / label from me

Hye my dearest gojes reader(s)!

Today sambil aku buat kerja opis, aku sempat mengelat jap men-DIY Thank you taq utk door gift aku. Then, kebetulan aku tgh men-design tu, aku pun share kan la free label ni utk kegunaan B2B yang len jugak :D

For this time, size label tu sebesar business card tau sebab aku nak masukkan kat dalam DIY ID Card Holder aku tu...Mcm gambar kat bawah (kertas yang warna putih tu)..This time, aku just akan print atas A4 paper / kertas keras then masukkan ke dalam ID card holder aku ni nanti.

Ni la rupa ID card holder aku & label putih ni 1st trial aku dulu :)
Dulu masa bertunang pun aku pun DIY sendiri je TQ taq aku..Kos dia cuma RM 0.02 je satu ;)

Ni label DIY tq taq aku masa bertunang dulu..Aku print atas sticker paper [tutorial DIY tq taq aku kat sini]
Lepas da tampal atas DIY paper beg aku..Nak tutorial paper beg aku [klik sini]
Selepas ditampal
So, kalau korang nak guna label TQ taq ni. Just edit label ni ikut majlis korang, print label ni  kat atas sticker paper, then gunting dan lekat je pada paper beg korang. Kalau x nak guna sticker paper, nak lg jimat boleh je print, gam pakai gam kertas ke dan tampal je pada paper beg / dolly paper korang. So sukati korang la tukar font ke or nak tukar size ke lepas tu ye..

So, Good Luck!

 Label 1 (download here)












Label 2 (download here)











Label 3 (download here)











Label 4 (download here)












 Label 5 (download here)










 Label 6 (download here)











label 7 (download here)











 Label 8 (download here)











Label 9 (download here)


Label 10 (download here)



Ok tu sahaja for now..Next time kalau aku ada ilham or kerajinan lagi nanti aku share lagi yek...

P/s: kalau benda ni membantu korang jangan lupa kredit usaha aku ek..Nak gak rasa penghargaan sket ;P thanks!

Thursday, September 13, 2012

DIY Bunga Sireh Junjung & Kedai Bunga Murah!

Hye my Gojes reader(s)!

Huish..Terasa mcm agak lama tak hupdate blog (Blwekk! sila muntah lagi sekarang :P padahal baru few days je tinggal kan?)..Tehee..But, still aku nak say sorry gak sebab since lepas majlis E-day aku hari tu, hidup aku sangat teramat sibuk..Kat pejabat dok sibuk clearkan keje o/standing, sebab aku cuti  lps bertunang hari tu + cuti merdeka & cuti weekend..Then kena participate ngan program2opis plak..Weekend pack da ngan open house, kenduri..Opis aku pun x nak kalah nak buat jamuan raya, birthday bash, decorate opis for Merdeka Raya  which yang semua pun aku kena incharge! Urghkh..Wait! Kenapa tetibe aku terasa mcm mangsa buli ni kan?? tehee..Then, yang paling seram weekend ni pulak aku akan ke Johor untuk wedding kawan kitaorang..Pas tu akan bermalam & berhujung minggu di rumah bakal mak mertua aku pulak...Glurrpp!! Omaigod! Heart attack!!!

Hukhuk..pepun, hidup kena diteruskan..Sebelum aku terlupa ni aku nak share cara aku buat bunga sireh junjung & info pasal kedai bunga murah kat Petaling Street...Walaupun da basi, aku tetapp nak hupdate ;) Aku tau ada je B2B sekarang ni yang tengah sibuk buat preparation wedding. Maybe dalam berjuta mungkin ada satu yang tengah fikir mana ye nak cari bunga murah dan awesome di KL yang ganas nieh :)

Introduce you my DIY Bunga Sireh Junjung cucuk2 &  bunga rampai..Kenapa cucuk2? Sebab aku men cucuk2 jek pun nak buat benda ni..boleh buat sorang je ni tau, sangat senang sbnrnye..Just cucuk sampai x nampak span! :)
Fresh flowers yang dibeli di Petaling Street

Kat bekas kaca purple tu aku letak DIY bunga rampai aku..


FYI, aku beli bunga2 ni semua kat Petaling Street. Memang excited & seronok gila masa shopping fresh flowers kat sini sebab bunga2 ni sangat fresh, murah & cantik! Memang seronok dapat tgk bunga2 yang cantik kat tengah KL ni :) Terasa macam kat Cameron Highlands la plak :P Aku cadangkan supaya kalau korang nak beli bunga kat sini, sila datang pagi dalam pukul 7-8 pagi sebab bunga baru sampai dan akan banyak pilihan. Korang datang lambat macam aku (pukul12), alamatnye tinggal la bunga2 yang biasa-biasa tengok jek. Bunga ros pun tinggal la warna putih & merah.

Ni cara-cara nak kesana..

1. korang pegi ke CM (Central Market)
2. Dekat Station Putra CM atau exit CM tu korang akan nampak Maybank ni

Sila cari Maybank Petaling Street ni
Lalu lorong kat sebelah Maybank tu..
Korang jalan je terus sampai jumpa kedai bunga ni..Tak jauh pun dari Maybank tadi
Jeng jeng jeng..flowers hunting bermula!

1 jambak bunga ros ni ada dalam 20 kuntum = RM 18
Ohhh...seronoknyeee!!



Bunga hiasan2 kecik ni RM 8-9 sejambak




Kat sini semua men pukal -jambak2 jek
Ada service buat sireh junjung tp RM 60 ++ kot! so bek buat sendiri...


Heaven on earth!! nguuuu
Ok~ Kos barang2 yang aku beli untuk sireh junjung, & bunga2 yang aku beli..

1. Bakul : Free (recycle bakul bertunang adik aku)
2. Riben 1 meter : RM 3.50
3. Span : RM 1.20 x 2 = RM 2.40
4. Sireh : RM 5 seikat

Pilih Sireh junjung yang warna hijau muda tau! baru nampak fresh :) then simpan dalam peti ais supaya segar sebelum guna buat sireh junjung
5. Lidi ketot (ala2 pencungkil gigi): RM 1
6. Pelilit bunga : RM 1

7. Bunga kecik2 : RM 9 sejambak x3 jenis = RM 27
**** bunga ni tak perlu guna banyak pun, untuk hiasan2 jek.Tapi since kedai tu tak jual dalam kuantiti sikit2 terpaksa beli sejambak terus. Balance bunga ni aku buat DIY Hand bouquet aku..

HB ni aku buat masa last minute sebelum aku makeup! Balance bunga sireh junjung aku tepek ngan balance bunga plastik dari hiasan hantaran aku..
8.  Bunga Ros : 20 kuntum (RM 18)
*** Bunga ni pun aku tak guna banyak, sebab kedai ni jual dalam pukal so kena beli sejambak (20 kuntum) terus. Balance bunga ros aku buat DIY bunga rampai aku


9. Bunga kekwa: 10 kuntum (RM 7)
*** sama seperti diatas, balance bunga buat bunga rampai

Aku tak snap gambar la plak cara aku buat Sireh junjung ni..Tapi cara dia senang jek..Ala2 blogger ni : klik sini :)

Wednesday, September 5, 2012

Tutorial DIY Bunga besar / Giant Flowers

As per my previous entri, aku promise nak share tutorial macam mana cara aku buat bunga giant besar kat pelamin aku..So, here we go! Good luck!


P/s: Please note that Crepe paper ada 2 jenis.. 1 jenis keras & satu jenis yang lembut macam tissue paper. Nak buat bunga besar rekemen guna Crepe paper jenis keras sebab senang nak dibentuk & tak mudah koyak.Tak tahu crepe paper tu macam mana? Klik sini

Cara-cara buat bunga besar

Print template bunga. Template ni boleh dapat kat page Martha Stewarts ni..[sini]
******* Template Martha ni dalam PDF format, so korang kena besarkan & print template tu jadikan tiap satu tu  size 200%.
******* Malas nak besar kan? klik sini [kelopak LOVE] & [kelopak bujur]..Print terus je kat size kertas A4 tau!
*******kalau malas nak pakai template, nak style kamikaze yang mudah? Gunting je Crepe paper tu buat bentuk bujur sendiri dan bentuk love sendiri tp size sebesar A4.

P/S: Kalau ada problem nak print template my version ni boleh visit sini utk step print template ni

Untuk 1 bunga perlu ada 2 template : template kelopak bujur & template kelopak betuk love.

Untuk 1 bunga perlukan 5 helai kelopak bujur & 15 helai kelopak bentuk love (boleh adjust ikut keperluan : nak kembang sangat -tambah kelopak / tak nak kembang sangat - kurangkan kelopak bentuk love)

Crepe paper yang dilipat / dibahagi & digunting 4
Potong crepe paper ikut design template. Ni kelopak bentuk love
then potong template bentuk bujur ni
gambar crepe paper Lepas digunting
Amik petal jenis bujur tu  then melengkungkan bahagian atas menggunakan benda pen / lidi 


Lengkungkan / gulungkan macam ni
Then, rengangkan dibahagian tengah  / tarik2 sikit & kembangkan supaya jadi macam kelopak bunga. Buat kesemua kelopak pun steps macam ni
Then, lilit hujung kelopak tu dengan pelilit bunga / sole tape / glue gun pun boleh mcm dalam gambar..Lilit / gam & tindih kelopak satu persatu
tindih kelopak satu persatu & lilit / gamkan satu persatu  secara berselang seli. Utk asas kelopak perlukan 5pcs (jenis kelopak bujur)
sambil2 nak gam tu adjust2 skit bagi nampak macam kelopak bunga
Yang kelopak bentuk love ni perlukan dalam 15 helai (boleh kurangkan kalau tak nak terlalu kembang)
Step utk kelopak bentuk love ni pun sama je macam kelopak jenis bujur. Cuma kelopak bentuk love ni kena gulung / lengkungkan kedua2 belah bahagian di bahagian atas tu..

Lepas da gulung, lilit / gan dibahagian hujung kelopak dan tindih satu persatu sampai kembang dan jadi bentuk bunga macam ni :)

Selang selikan je sampai la jadi bentuk bunga
Nak cara yang paling jelas?? Tgk sendiri cara Martha Stewarts buat. Mudah jek..
http://www.marthastewart.com/249713/crepe-paper-roses

Tak pun visit sini juga :D