Support saya =) Jom Exchange Link! I will visit Yours!

My Blogger friends

Showing posts with label hantaran. Show all posts
Showing posts with label hantaran. Show all posts

Tuesday, August 28, 2012

Hantaran bertunang aku untuk si dia

Woot! Woot! 4 days to go for my E-day..Ngee...Penyakit panik mula menyerap dalam urat saraf! Hahah..Kritikal..

Nak kata aku excited pun tak sure..Rasa frust sebab aku tak kurus2 kot :P Aish, macam mana nak kurus! diet aku cuma berjalan 2 minggu jek..Pas tu terus aku melantak semua yang ada..Unlimited lak tu!.Dusshhh!! dushh! Emmm, Malas da nak cakap pasal diet..Sebab memang aku loser bab2 diet ni..

Ok, back to my nervous day story tu...Phew~ nasib baik semua preparation pun aku dah buat awal2..Kalau tak mau bersilat juga aku nanti...Btw, I lovee this week! Sebab minggu ni masanya nak shopping2 barang hantaran :P 

Check this out! Ni barang2 yang aku beli utk hantaran bertunang aku nanti..

Last few month aku dah booking  bakul pastri (Dollies Cake)...Aku suka betul tengok bakul pastri yang sangat cantik dari Dollies cake ni! Then aku pun beli kek pulut kuning & manggis wajik (tinajuhantaran.blogspot.com) untuk hantaran juga..

Aku beli bakul pastri Dollies cake ni..Comel kan?? Tapi aku beli bakulnye aje, tak beli pun kuih buah2 tu sebab da banyak sangat makanan!...Aku pun beli bakul je sebab dalam bakul tu aku nak buh wajik manggis dari Tinajuhantaran
Kek pulut kuning dari Tinajuhantaran
Manggis wajik ni la aku nak letak dalam bakul pastri dari Dollies Cake tu..
Then, Ahad lepas plak, aku shopping kain kat Jalan TAR untuk hantaran juga

Dia pilih kain macam nak pilih bini gak..aish..
Then last month plak aku beli Coklat Ferrero Rocher @ SOGO masa sale raya, then today plak aku beli Famous Amos Cookies masa lunch..Soo Yumieehhh!





Weee~ Seronok! My E-day project dah nak complete! Now tinggal nak buat Sireh Junjung (DIY), Bunga Rampai (DIY) & hantaran buah-buahan jek..Yang ni semua aku akan buat sehari sebelum majlis...Kek bertunang pulak aku tak payah risau sebab kawan2 aku cakap nak sponsor nanti..Hope rupa kek tu cantik la ek...(Ceh! Nak demand lak kan) ;p

Doube check again hantaran (7 dulang) :

1. DIY Sireh junjung & DIY Bunga Rampai
2. Buah-buahan
3. Kain baju melayu
4. Coklat Ferrero Rocher & Famous Amos
5. Kek bertunang (Sponsor)
6. Kek Pulut Kuning
7. Bakul pastri & Manggis wajik

Alhamdulillah..Dah lengkap dah kot semua.Ada bagusnye juga ye shopping barang sikit2 tiap2 bulan.Jadi tak la terasa berat sangat berbanding beli last minute dan beli sekaligus...Tapi aku rasa macam kosong je dulang untuk hantaran kain baju melayu  tu kan?...So maybe aku nak add something else kot..Tak decide lagi..Maybe sejadah? Maybe sampin or songkok ke? Maybe tuala or set mandian? Entah...Tehee..Ada sesapa nak bagi idea ? ;)

Monday, August 27, 2012

DIY sireh junjung, bakul hantaran & hiasan buah untuk MAJLIS BERTUNANG adik aku

Sabtu lepas dah berlangsungnya majlis bertunang adik aku..Mengada2 kan adik aku sebab sibuk nak wat majlis lagi advance dari kakak dia sendiri..Tehee..Nak wat macam mana, dah dia yang suarakan hajat nak bertunang dulu sebelum bf aku setuju nak masuk meminang aku pulak :P Jadi, betul la kan, sape lambat dia la yang rugi..ehee..

Jadi sebagai kakak yang baik dah tentulah aku kena tolong menjayakan majlis adik aku tu  instead mensabotaj dia :) Jadi disebabkan aku ada la bakat sikit dalam projek DIY ni jadi aku tolong la handle barang2 hantaran dia tu..Dia pun budak lelaki, jadi memang tak amik kisah pun pasal hantaran dia..Janji tau2 benda da siap kan..Ciss! Sungguh bertuah dia ada kakak macam aku nie..erk..hehehe...Cuma part yang tak best kalau harapkan budak lelaki yang beli barang kahwin memang hancuss..Barang ada je yang tak cukup, jadi aku cuma boleh buat ikut bajet dia dan guna barang yang apa adanya sahaja..Lelaki kan..Nak jimat aje....

So, Jumaat lepas aku pun dengan bersemangat waja apply cuti untuk dia dan men-DIY semua hantaran dia..Adik aku hantar 7 dulang, jadi aku kena la incharge kesemua 7 dulang dia..Antara yang aku DIY ialah hiasan bakul hantaran, bunga rampai, bakul buah-buahan dan Sireh Junjung..Aku tak pernah men-DIY benda2 ni semua lagi..So, kiranya ni 1st time and 1st attempt la buat benda2 ni semua..Ada hikmah la kot adik aku bertunang awal, jadi boleh la nanti jadi pengalaman untuk aku masa majlis bertunang aku nanti yang bakal berlangsung hujung minggu ni pulak!! Glurrp!

Here we go..Aku share sikit gambar2 hasil usaha aku membuat sendiri semua hantaran dia...

DIY HIASAN HANTARAN

Riben ni keras sungguh...Tak tau mana dia beli..
Aku jahit jelujur je untuk buat ropol2 tu..
Glue guna glue gun and glue stick kat keliling bakul
Hasil selepas di glue




DIY SIREH JUNJUNG
Aku beli bunga di pasar Chow Kit, belakang pondok polis ni la kedai bunga tu
Bunga ni sejambak RM 1.50
Bunga Ros RM 1.50 sekuntum

Bunga Kapur, gambir & pinang ni untuk Sireh Junjung RM 12 kesemuanya..Aku beli kat dalam Pasar kedai Bunga / barang Kahwin Vivien kot
Sireh ni aku sapu minyak skit bagi berkilat
Hias ikut suka

Ni mak saudara aku..dia tolong gulungkan daun Sireh yang melambak tu..








Pose dulu :P

Muka tak boleh belah lepas semua hantaran dia aku yang buatkan secara PERCUMA!

DIY BUNGA RAMPAI

Ni barang2 bunga rampai aku..Daun pandan, bunga2 yang wangi, daun limau, limau purut & air mawar

Bungkus dalam kain net dan masukkan dalam bekas

 DIY HANTARAN BUAH-BUAHAN


 JEJAKA-JEJAKA BAWA DULANG TAK HOT



ROMBONGAN KE MELAKA






Saudara mara berkumpul di RNR Pintu Gerbang Air Keroh
Ayah aku suka nak terima menantu perempuan sulung..
adik aku & tunangnya...Tahniah..Semoga jodoh berkekalan...