Support saya =) Jom Exchange Link! I will visit Yours!

My Blogger friends

Showing posts with label DIY Thank you tag. Show all posts
Showing posts with label DIY Thank you tag. Show all posts

Monday, October 8, 2012

Free EDITABLE Thank you taq / label from me

Hye my dearest gojes reader(s)!

Today sambil aku buat kerja opis, aku sempat mengelat jap men-DIY Thank you taq utk door gift aku. Then, kebetulan aku tgh men-design tu, aku pun share kan la free label ni utk kegunaan B2B yang len jugak :D

For this time, size label tu sebesar business card tau sebab aku nak masukkan kat dalam DIY ID Card Holder aku tu...Mcm gambar kat bawah (kertas yang warna putih tu)..This time, aku just akan print atas A4 paper / kertas keras then masukkan ke dalam ID card holder aku ni nanti.

Ni la rupa ID card holder aku & label putih ni 1st trial aku dulu :)
Dulu masa bertunang pun aku pun DIY sendiri je TQ taq aku..Kos dia cuma RM 0.02 je satu ;)

Ni label DIY tq taq aku masa bertunang dulu..Aku print atas sticker paper [tutorial DIY tq taq aku kat sini]
Lepas da tampal atas DIY paper beg aku..Nak tutorial paper beg aku [klik sini]
Selepas ditampal
So, kalau korang nak guna label TQ taq ni. Just edit label ni ikut majlis korang, print label ni  kat atas sticker paper, then gunting dan lekat je pada paper beg korang. Kalau x nak guna sticker paper, nak lg jimat boleh je print, gam pakai gam kertas ke dan tampal je pada paper beg / dolly paper korang. So sukati korang la tukar font ke or nak tukar size ke lepas tu ye..

So, Good Luck!

 Label 1 (download here)












Label 2 (download here)











Label 3 (download here)











Label 4 (download here)












 Label 5 (download here)










 Label 6 (download here)











label 7 (download here)











 Label 8 (download here)











Label 9 (download here)


Label 10 (download here)



Ok tu sahaja for now..Next time kalau aku ada ilham or kerajinan lagi nanti aku share lagi yek...

P/s: kalau benda ni membantu korang jangan lupa kredit usaha aku ek..Nak gak rasa penghargaan sket ;P thanks!

Tuesday, September 4, 2012

mY e-DAY : Last Minute DIY before the date!

Morning my Gojes reader (s)!

Sorry sebab lambat update. Aku sangat super, extreme, busy masa few day before the date and after the date tu... Maklum la, my life sangat hectic sebab E-day aku ni semuanya pun DIY! Yang tak DIY cuma katering, makeup, baju tunang & hadiah hantaran. Yang lain semuanya DIY...

Me with my mom, my DIY veil [klik sini utk tutorial] & DIY Hand Bouquet (balance bunga sireh junjung)
best kazen eva! Orang kuat aku sepanjang majlis..
Ok kita flash back selaju mungkin eks..

Malam  Khamis : DIY TQ Taq, Paper begs & Bakul hantaran

Aku sibuk  siapkan DIY TQ taq [Klik sini cara aku create sendiri TQ taq tu)..then aku gunting and tampal pada 100 pcs DIY Paper begs goodie bags aku [Klik sini cara aku buat sendiri paper bags tu]..Then, sambil2 tu jugak aku hias DIY bakul hantaran aku tu guna bakul masa E-day adik aku..Aku recycle balik bakul dia, soo jimat! :P

My DIY TQ taq & E-day Label for goodie bags





Bantal hantaran tu pun aku DIY sendiri [klik sini utk entri & tutorial tu]
Jumaat Pagi : Kemas rumah, pindah randah & DIY pelamin

Masa Hari Jumaat (Cuti Merdeka), aku ke Gombak untuk kemas rumah kosong kazen aku tu sebab aku akan buat majlis E-day aku kat sana. Masa hari tu la kerja2 memunggah barang dan membina pelamin anganku bermula..Sangat stress ok sebab susah nak pindah barang dan asyik ada jek barang yang tertinggal dan kena ulang alik je kejenye..Da la KL jem!


Ni cara aku DIY pelamin aku..Selit je kain kat belakang frame gambar :P Nanti aku update result eks :)
Jumaat Malam: DIY Pelamin, DIY bunga besar / Giant Flower (crepe paper) & DIY paper begs

Belah malam Jumaat tu aku start buat DIY bunga Giant / bunga besar untuk hiasan background pelamin aku sebab pelamin nampak kosong. Tak jadi nak buat Pomander balls sebab tak sempat... Then, sambil2 tu aku sambung  buat DIY paper bags aku tu lagi gak...

Nanti aku bagi tutorial cara aku DIY bunga giant ni..


Pagi Sabtu: Shopping Barang DIY Sireh Junjung, DIY Bunga Rampai & DIY Door gift

Then, masa hari Sabtu, aku da semakin stress sebab tinggal sehari je lagi tarikh majlis aku..Pagi Sabtu aku ke pasar Chow kit untuk beli bunga Kapur, Gambir & pinang untuk DIY Sireh Junjung aku..Aku suka beli bunga kapur ni kat kedai ni sebab so far design kedai ni la yang paling cantik, besar dan murah! Kat kedai lain design just cukup syarat jek & mahal!

Kalau ada B2B nak jalan mudah untuk hantaran, boleh cari kedai ni..Kedai ni ada sediakan FREE service untuk hias dan gubah hantaran, cuma kena beli barang kat kedai dia je & dia boleh tolong gubahkan..Free service & harga barang pun murah & boleh bargain lagi! Aku baru tahu so tak dapat la guna service dia sebab aku lagi suka DIY sendiri...

Aku beli bunga Kapur, Gambir & Pinang kat kedai ni la..Cantik design dia, besar dan murah. RM 4 je satu.

Then, Kat pasar Chow kit tu juga ada kedai borong makanan ringan kat sebelah kadai barang pengantin tadi, so aku beli gula2 sebungkus dalam RM 17 untuk door gift budak2..



Then, aku ke Petaling Street pulak beli Fresh Flowers untuk DIY Sireh Junjung & DIY bunga Rampai (hantaran & door gift)... Sangat murah ok bunga kat Petaling Street ni, 20 kuntum bunga (sejambak) cuma RM 18! Kalau bunga kecik2 as hiasan tu pulak cuma RM 8-9 sebungkus plastik besar! Mana nak cari harga mcm ni?? Kat kedai florist biasa plg murah pun RM 1.50 sekumtum tau! Gila rambang mata aku! Macam mini Cameron Highland lak..Tehee...Aku rekemen sangat kalau korang beli Fresh Flower kat sini sebab murah, fresh & terbaik dari ladang! Bek datang pagi2 sebab banyak pilihan bunga..Kalau datang lambat banyak bunga cantik dah habis! Nanti aku buat entri khas pasal kedai bunga yang fresh, heaven & murah kat Petaling Street ni ye..




Then, lepas aku ke Petaling Street aku Kedai Bunga Reben pulak untuk beli Crepe Paper for my DIY Giant Flowers..Terpaksa beli lagi sebab kertas tak cukup. Selesai beli barang semua, aku ke Gombak untuk berkampung disana sampai la hari majlis...Masa berkampung tu la aku siapkan door gift bunga rampai & door gift gula2 untuk budak2...Nanti aku buat entri khas pasal benda nieh jugak...



Sabtu Malam: DIY Pelamin, DIY Bunga Rampai, DIY Sireh Junjung

Malam Sabtu tu aku struggle da DIY sireh Junjung aku, Bunga Rampai hantaran & Bunga Pelamin...

Ni la hasil DIY Sireh Junjung aku..Aku gubah sendiri...

Balance bunga ni aku buat Hand Bouquet :P


Bahagian tengah tu aku letak Bunga Rampai
Kazen aku tgk adjust bunga di pelamin
Aku tido pukul 2 pagi tau nak siapkan sireh junjung n pelamin ni..Demi nak jaga kesegaran sireh junjung, aku kosongkan peti ais aku dan sumbat sireh junjung aku dalam peti ais...

Pagi Ahad (few hours before majlis) 

Then pada hari majlis pulak, aku bersilat ke pasar Selayang sebab borong buah untuk DIY hantaran buah aku dan pergi ambil hantaran wajik manggis dan pulut kuning di Gombak kat kakak yang aku order online tu [klik sini untuk entri tu]..Patutnya akak tu nak hantar ke rumah tapi kaki dia injured pulak sebab main badminton, so, aku kena pergi ambil sendiri. Nasib baik dekat..Huuuu...


Nasib baik ada BFF aku ni. cik Raihana yang tolong kilatkan buah guna minyak masak :)

keje2 masukkan wajik & bunga rampai as door gift dalam paper bags bermula..

Nanti lah aku update postmortem pasal majlis aku ni..Masalah2 yang aku hadapi sepanjang majlis ni..Tipu la kan kalau x de dugaan kan..hehe..Aku share info ni supaya B2B yang lain ambil pengajaran ye :D

Thursday, July 26, 2012

Tutorial : DIY Thank you tag for E-day! Serendah RM 0.02 jek!

Hi kamu, dia dan mereka~

As promise mcm ni la cara2 aku edit "Printable Thank you tag" tanpa perlu menggunakan software yang kena di- install ke dalam komputer..Tanpa perlu guna Adobe Photoshop pun..Then berbaloi & jimat gila.

Ni TQ tag aku yang da siap tinggal nak tunggu print jek :p
Ok..As informed previously  (dalam entri ni), banyak Thank you tag yang free kat dalam google tu..Tapi, banyak pun semuanya printable and bukan editable. Nak jimat punya pasal, so sebat je la free template tu semua dan customize jek ikut kesesuaian majlis kita. Jadi, mcm ni la cara2 yang aku buat.

checkthisout~

1. Google free template Printable yang korang nak tu..


Ni contoh Free printable TQ tag from google
2. Buka software "paint"- basic software yang memang da disediakan secara free dalam tiap PC.

Rupa software tu cengini
3. Then, print screen (tekan button Ctrl + Alt + PrtScn serentak) kat template TQ tag tu..Then, paste gambar kat kat "Paint"


 4. Lepas da copy paste and edit mana yang patut, then namakan file ikut suka & "save" image tu dalam JPEG format.

Scroll down "save as type" tu and pilih JPEG
5. Lepas da save gambar tu, wajib pergi ke website ni http://www.picmonkey.com/

6. Then click la nak edit pe, photo ke apa ke (option ada kat website) the pilih la gambar yang nak di edit


7. Lepas da upload gambar tu, then edit & hias la ikut suka


8. Lepas da edit, then save la gambar tu


9. Lepas da save then pegi cari balik gambar tadi mana korang simpan..Then buka semula gambar tu menggunakan software "Paint" di PC korang tu


10. pas tu copy gambar dalam software "paint" tu, then  paste kan ia di microsoft word doc


 11. Then, print la design korang tu kat atas Sticker A4 paper

Senang kan? tak payah da nak download software berat2 macam Adope Photoshop ke PC korang tu...

Harga stiker paper ni RM 2.70 (10 helai). Then, dalam 1 A4 paper aku buat 12 pcs label TQ taq.

kos aku mcm ni:

RM 2.70 / 10 helai = 1 helai stiker paper RM 0.27

1 helai A4 paper tu aku muatkan 12 pcs label tq tag = RM 0.27 / 12 pcs : RM 0.0225

Jimat kan? hahaha..Nak gila2 jimat, sila pakai printer opis or printer kawan2 korang...alaa~ x luak pun ink printer tu..:P