Support saya =) Jom Exchange Link! I will visit Yours!

My Blogger friends

Showing posts with label Chow kit. Show all posts
Showing posts with label Chow kit. Show all posts

Tuesday, September 4, 2012

mY e-DAY : Last Minute DIY before the date!

Morning my Gojes reader (s)!

Sorry sebab lambat update. Aku sangat super, extreme, busy masa few day before the date and after the date tu... Maklum la, my life sangat hectic sebab E-day aku ni semuanya pun DIY! Yang tak DIY cuma katering, makeup, baju tunang & hadiah hantaran. Yang lain semuanya DIY...

Me with my mom, my DIY veil [klik sini utk tutorial] & DIY Hand Bouquet (balance bunga sireh junjung)
best kazen eva! Orang kuat aku sepanjang majlis..
Ok kita flash back selaju mungkin eks..

Malam  Khamis : DIY TQ Taq, Paper begs & Bakul hantaran

Aku sibuk  siapkan DIY TQ taq [Klik sini cara aku create sendiri TQ taq tu)..then aku gunting and tampal pada 100 pcs DIY Paper begs goodie bags aku [Klik sini cara aku buat sendiri paper bags tu]..Then, sambil2 tu jugak aku hias DIY bakul hantaran aku tu guna bakul masa E-day adik aku..Aku recycle balik bakul dia, soo jimat! :P

My DIY TQ taq & E-day Label for goodie bags





Bantal hantaran tu pun aku DIY sendiri [klik sini utk entri & tutorial tu]
Jumaat Pagi : Kemas rumah, pindah randah & DIY pelamin

Masa Hari Jumaat (Cuti Merdeka), aku ke Gombak untuk kemas rumah kosong kazen aku tu sebab aku akan buat majlis E-day aku kat sana. Masa hari tu la kerja2 memunggah barang dan membina pelamin anganku bermula..Sangat stress ok sebab susah nak pindah barang dan asyik ada jek barang yang tertinggal dan kena ulang alik je kejenye..Da la KL jem!


Ni cara aku DIY pelamin aku..Selit je kain kat belakang frame gambar :P Nanti aku update result eks :)
Jumaat Malam: DIY Pelamin, DIY bunga besar / Giant Flower (crepe paper) & DIY paper begs

Belah malam Jumaat tu aku start buat DIY bunga Giant / bunga besar untuk hiasan background pelamin aku sebab pelamin nampak kosong. Tak jadi nak buat Pomander balls sebab tak sempat... Then, sambil2 tu aku sambung  buat DIY paper bags aku tu lagi gak...

Nanti aku bagi tutorial cara aku DIY bunga giant ni..


Pagi Sabtu: Shopping Barang DIY Sireh Junjung, DIY Bunga Rampai & DIY Door gift

Then, masa hari Sabtu, aku da semakin stress sebab tinggal sehari je lagi tarikh majlis aku..Pagi Sabtu aku ke pasar Chow kit untuk beli bunga Kapur, Gambir & pinang untuk DIY Sireh Junjung aku..Aku suka beli bunga kapur ni kat kedai ni sebab so far design kedai ni la yang paling cantik, besar dan murah! Kat kedai lain design just cukup syarat jek & mahal!

Kalau ada B2B nak jalan mudah untuk hantaran, boleh cari kedai ni..Kedai ni ada sediakan FREE service untuk hias dan gubah hantaran, cuma kena beli barang kat kedai dia je & dia boleh tolong gubahkan..Free service & harga barang pun murah & boleh bargain lagi! Aku baru tahu so tak dapat la guna service dia sebab aku lagi suka DIY sendiri...

Aku beli bunga Kapur, Gambir & Pinang kat kedai ni la..Cantik design dia, besar dan murah. RM 4 je satu.

Then, Kat pasar Chow kit tu juga ada kedai borong makanan ringan kat sebelah kadai barang pengantin tadi, so aku beli gula2 sebungkus dalam RM 17 untuk door gift budak2..



Then, aku ke Petaling Street pulak beli Fresh Flowers untuk DIY Sireh Junjung & DIY bunga Rampai (hantaran & door gift)... Sangat murah ok bunga kat Petaling Street ni, 20 kuntum bunga (sejambak) cuma RM 18! Kalau bunga kecik2 as hiasan tu pulak cuma RM 8-9 sebungkus plastik besar! Mana nak cari harga mcm ni?? Kat kedai florist biasa plg murah pun RM 1.50 sekumtum tau! Gila rambang mata aku! Macam mini Cameron Highland lak..Tehee...Aku rekemen sangat kalau korang beli Fresh Flower kat sini sebab murah, fresh & terbaik dari ladang! Bek datang pagi2 sebab banyak pilihan bunga..Kalau datang lambat banyak bunga cantik dah habis! Nanti aku buat entri khas pasal kedai bunga yang fresh, heaven & murah kat Petaling Street ni ye..




Then, lepas aku ke Petaling Street aku Kedai Bunga Reben pulak untuk beli Crepe Paper for my DIY Giant Flowers..Terpaksa beli lagi sebab kertas tak cukup. Selesai beli barang semua, aku ke Gombak untuk berkampung disana sampai la hari majlis...Masa berkampung tu la aku siapkan door gift bunga rampai & door gift gula2 untuk budak2...Nanti aku buat entri khas pasal benda nieh jugak...



Sabtu Malam: DIY Pelamin, DIY Bunga Rampai, DIY Sireh Junjung

Malam Sabtu tu aku struggle da DIY sireh Junjung aku, Bunga Rampai hantaran & Bunga Pelamin...

Ni la hasil DIY Sireh Junjung aku..Aku gubah sendiri...

Balance bunga ni aku buat Hand Bouquet :P


Bahagian tengah tu aku letak Bunga Rampai
Kazen aku tgk adjust bunga di pelamin
Aku tido pukul 2 pagi tau nak siapkan sireh junjung n pelamin ni..Demi nak jaga kesegaran sireh junjung, aku kosongkan peti ais aku dan sumbat sireh junjung aku dalam peti ais...

Pagi Ahad (few hours before majlis) 

Then pada hari majlis pulak, aku bersilat ke pasar Selayang sebab borong buah untuk DIY hantaran buah aku dan pergi ambil hantaran wajik manggis dan pulut kuning di Gombak kat kakak yang aku order online tu [klik sini untuk entri tu]..Patutnya akak tu nak hantar ke rumah tapi kaki dia injured pulak sebab main badminton, so, aku kena pergi ambil sendiri. Nasib baik dekat..Huuuu...


Nasib baik ada BFF aku ni. cik Raihana yang tolong kilatkan buah guna minyak masak :)

keje2 masukkan wajik & bunga rampai as door gift dalam paper bags bermula..

Nanti lah aku update postmortem pasal majlis aku ni..Masalah2 yang aku hadapi sepanjang majlis ni..Tipu la kan kalau x de dugaan kan..hehe..Aku share info ni supaya B2B yang lain ambil pengajaran ye :D

Monday, August 27, 2012

DIY sireh junjung, bakul hantaran & hiasan buah untuk MAJLIS BERTUNANG adik aku

Sabtu lepas dah berlangsungnya majlis bertunang adik aku..Mengada2 kan adik aku sebab sibuk nak wat majlis lagi advance dari kakak dia sendiri..Tehee..Nak wat macam mana, dah dia yang suarakan hajat nak bertunang dulu sebelum bf aku setuju nak masuk meminang aku pulak :P Jadi, betul la kan, sape lambat dia la yang rugi..ehee..

Jadi sebagai kakak yang baik dah tentulah aku kena tolong menjayakan majlis adik aku tu  instead mensabotaj dia :) Jadi disebabkan aku ada la bakat sikit dalam projek DIY ni jadi aku tolong la handle barang2 hantaran dia tu..Dia pun budak lelaki, jadi memang tak amik kisah pun pasal hantaran dia..Janji tau2 benda da siap kan..Ciss! Sungguh bertuah dia ada kakak macam aku nie..erk..hehehe...Cuma part yang tak best kalau harapkan budak lelaki yang beli barang kahwin memang hancuss..Barang ada je yang tak cukup, jadi aku cuma boleh buat ikut bajet dia dan guna barang yang apa adanya sahaja..Lelaki kan..Nak jimat aje....

So, Jumaat lepas aku pun dengan bersemangat waja apply cuti untuk dia dan men-DIY semua hantaran dia..Adik aku hantar 7 dulang, jadi aku kena la incharge kesemua 7 dulang dia..Antara yang aku DIY ialah hiasan bakul hantaran, bunga rampai, bakul buah-buahan dan Sireh Junjung..Aku tak pernah men-DIY benda2 ni semua lagi..So, kiranya ni 1st time and 1st attempt la buat benda2 ni semua..Ada hikmah la kot adik aku bertunang awal, jadi boleh la nanti jadi pengalaman untuk aku masa majlis bertunang aku nanti yang bakal berlangsung hujung minggu ni pulak!! Glurrp!

Here we go..Aku share sikit gambar2 hasil usaha aku membuat sendiri semua hantaran dia...

DIY HIASAN HANTARAN

Riben ni keras sungguh...Tak tau mana dia beli..
Aku jahit jelujur je untuk buat ropol2 tu..
Glue guna glue gun and glue stick kat keliling bakul
Hasil selepas di glue




DIY SIREH JUNJUNG
Aku beli bunga di pasar Chow Kit, belakang pondok polis ni la kedai bunga tu
Bunga ni sejambak RM 1.50
Bunga Ros RM 1.50 sekuntum

Bunga Kapur, gambir & pinang ni untuk Sireh Junjung RM 12 kesemuanya..Aku beli kat dalam Pasar kedai Bunga / barang Kahwin Vivien kot
Sireh ni aku sapu minyak skit bagi berkilat
Hias ikut suka

Ni mak saudara aku..dia tolong gulungkan daun Sireh yang melambak tu..








Pose dulu :P

Muka tak boleh belah lepas semua hantaran dia aku yang buatkan secara PERCUMA!

DIY BUNGA RAMPAI

Ni barang2 bunga rampai aku..Daun pandan, bunga2 yang wangi, daun limau, limau purut & air mawar

Bungkus dalam kain net dan masukkan dalam bekas

 DIY HANTARAN BUAH-BUAHAN


 JEJAKA-JEJAKA BAWA DULANG TAK HOT



ROMBONGAN KE MELAKA






Saudara mara berkumpul di RNR Pintu Gerbang Air Keroh
Ayah aku suka nak terima menantu perempuan sulung..
adik aku & tunangnya...Tahniah..Semoga jodoh berkekalan...