Support saya =) Jom Exchange Link! I will visit Yours!

My Blogger friends

Showing posts with label Friends. Show all posts
Showing posts with label Friends. Show all posts

Tuesday, August 14, 2012

1st time hadir wedding Non-Muslim kat restoran SINCHOIWAH

Sorry lambat hupdate entri ni..Agak da basi la story ni tapi aku tetap nak share.. Sebab this is my 1st experience attending NON MUSLIM wedding....

Anyway, to begin the story.. Last Saturday lepas aku jumpa vendor2 majlis kahwin aku, aku & bakal tunang terus pergi ke Kepong untuk majlis kahwin bos aku..Bos aku ni Chinese- Christian jadi wedding dia ada 2 sesi iaitu sesi pagi di Church KL dan sesi malam dinner di restoran cina Sinchoiwah ni..
Restoran mewah ni 3 tingkat
Aku tak pergi ke majlis kahwin dia di Gereja tu sebab tak yakin dan rasa bersalah sebab masuk Church lagi2 di bulan puasa..Most of  my opismate (Malay) pun join sesi pagi di Church tu sebab diaorang plak tak yakin nak pegi dinner kat kedai cina ni plak..huhu..Entah la..Aku mcm was2 nak masuk Church..Aku pun bukan teror sangat ilmu agama macam calon imam muda kan, tapi hasil google2 buat aku rasa tak yakin..Da kalau tak yakin baik tak payah cari masalah :) Ni one of hasil google aku pasal hukum orang Islam masuk gereja [Klik sini]..Aku pernah baca artikel, kita dilarang masuk ke tempat ibadah agama lain. Lagi2 tempat pemujaan...Dengar sembang2 dari orang yg join ke gereja tu, diaorang kata ada sesi pemujaan tuhan gak (macam sesi bacaan doa) dioarang berdiri dan menyanyi..As muslim, yang muslim tu diaorang tak bangun la masa Christian lain berdiri :) Pepun, I'm glad in Malaysia each people respect others religious :)

Ni gambar bos aku lepas da selesai majlis dia di gereja jalan Raja Chulan..Aku amik gambar ni kat FB dia.
Macam dalam drama TV lak..Tp this time it's real!





Then, yang aku plak tak yakin ke gereja tapi yakin nak ke restoran cina pulak la kan..Aku yakin sebab bos aku da maklumkan awal2, dia amik tender dari restoran halal & kedai mamak muslim untuk makanan orang muslim. Then, bos aku pun dah maklumkan siap2 kat aku dan suruh aku pilih menu yang akan dipilih untuk malam tu..Mula2 aku risau gak sebab bos aku cuma maklumkan pasal menu makanan yang halal sahaja tapi tak maklumkan pasal pinggan mangkuk yang digunakan. Then find out I'm soo happy sebab  bos aku tu sangat menitik beratkan pasal isu halal sampai pinggan mangkuk semua pun termasuk pinggan mangkuk lauk2 diambil dari tender makanan mamak tu juga..Meja cina lain semua pakai pinggan kaca, meja kitaorang pakai pinggan plastik exactly macam kat kedai mamak :) Yang buat aku terharu tu, dia sangat menitik beratkan pasal muslim yang nak berbuka puasa, sampai lokasi meja, masa hidang makanan dan masa berbuka semua pun perfect. Even staff dia keep asking if diaorang da boleh hidang makanan untuk berbuka.


Kitaorang pakai pinggan plastik jek
Diorang pakai pinggan mahal..
Yang paling best sebab menu makanan tu. Aku tak sangka banyak gila makanan yang disediakan untuk orang muslim sampai tak larat nak makan! Yang best sebab makanan tu pun sedap dan udang2 dia sangat la besar :) sangat puas!
Ni rendang ayam
Sotong goreng tepung
Sedap gila rendang ayam ni..

Nasi beriani
Acar
Kari udang
Our food!
Sebenarnya aku tergamam dengan majlis bos aku ni...Dia ni bukan orang kaya pun, tapi wedding dia sangat la besar dan sangat mewah. Dewan dia sangat besar ok! Dewan dia bukan macam dewan serbaguna kat pusat komuniti tau, dewan dia memang dewan ballroom untuk majlis wedding..Chandelier merata2 dan gedabak besar.. Aku rasa kos kahwin dioarng ni memang confirm beribu beriban, expected boleh nak capai 100k..Bayangkan per head menu dia kira dalam RM 80++ x 700++ pax? tu x campur baju, photographer & cost lain.. Sangat grand!

Yang best sebab aku tak sangka bos aku tu yang tak pernah pakai makeup, tak suka pakai skirt, pegi office pakai sport shoes tp tetibe boleh turn up jadi mcm princess in the fairy tale. Tetibe lak dia jadi sangat gojes, cantik, sexy, feminine & kurus -______- Habis senget benget mulut aku melopong tengok gambar2 dan video dia yang super sweet tue..Tetibe rasa macam jeles plak..khehehe...Part kurus tu la yang aku musykil..Haha..maybe betul la orang kata, seri pengantin tu akan naik sendiri on the wedding day :)

Ni la bos aku..hari2 pun dia macam ni
Tetibe dia jadi macam ni???! Terkezut aku!
Ok fine..dia lagi kurus...
Now, I'm happy for my boss sebab dia da selamat kahwin dan jadi Puan :) hope dia happy la datang keje pas ni, sebab kalau dia happy kitaorang pun senang hati nak buat keje ;P

Congratz mel! Enjoy ur honeymoon @ Maldives!

Wednesday, July 18, 2012

Sushi Bonanza RM 2 again!

Huyeh! Sushi datang lagi! :D

Aku suka gila bila Sushi King buat promosi macam ni..Makan la banyak mana, harga makanan yang mahal semua RM 2 jek..Jadi ni la masanya nak cuba makanan yang mahal pada harga yang sangat murah :P

So, semalam, sekali lagi aku & Raihana tidak melepaskan peluang ini >____< yezza!! Thanks sushi!


My favorite!


Reminder! Sila tangkap gambar pinggan korang selepas makan sebab pekerja diorng selalu salah kira pinggan masa bayar bil! Serius~ 

Tuesday, July 17, 2012

Trip to Redang 2012 : mission berjaya!

Alhamdulillah, finally tercapai juga hajat aku nak bercuti ke Redang ni..last year, aku hanya bercuti di Redang Kalong dengan best friend aku jek..This time aku bawa bersama si dia & rakan2 dia juga ;) next time insyallah, aku nak bawa keluarga dia n my family ke sini pula...syok kalau buat family gathering or family day kat sini..sangat peace..

Well as my previous entry, journey nak ke Redang ni was not easy..sebab ada banyak gila dugaan! Antara dugaannye, si dia tu tetiba ada kursus di Pahang, jadi  terpaksa dtg lewat sehari..Then, kawan2 dia pun dtg lewat juga sebab sesat..then, disebabkan da lambat, diaorg dah terlepas bot dr resort tu n kena naik public boat..disebabkan tu diorg kena bayar additional charges rm 55 per head..Pening juga la sebab risau + nak kena arrange +  liaise ngan banyak pihak untuk diaorang yang datang lambat ni..

Then, before aku bertolak ke Redang, 1 ekor kucing aku sakit & mati..n 1 ekor lagi otw nazak time tu which on the next day mati..then bila aku balik seekor lagi kucing aku mati..so total yang mati adalah 3 ekor..sebab kematian x diketahui, diorg muntah2 dgn sangat teruk then mati dengan sgt cpt ;(

Back to the story, aku ke Redang naik bas Transnasional, dapat seat paling belakang..end up 7 jam perjalanan, 1 badan aku sakit..

Once sampai Redang smuanya berjalan lancar tp aku tgh strugle sakit period pain plak time tu..biasala perempuan, before the day, 2-3 days sebelum tu kaki n pinggang belakang akan sakit & mudah cramp..tiap org akan ada degree kesakitan yg berbeza...mcm aku nasib baik tak serius tp still sakit & tak selesa...But still im lucky sebab belum period.. Risau gak if aku period on that day, kalau period macam mana aku nak snorkelingkan?..Finally period aku dtg on the last day (masa nak checkout)..lega sikit ;) but still not comfortable la sebab nak berjalan2 n ronda KUala Terengganu masa ngah period pain tu..well aku kan kuat, ku gagahi jua to make the journey fun as possible & berjaya melawan kesakitan..Rahsia dia, air coke a.k.a coca cola..Serius, aku kalau sakit period pain, aku akan guna air coke, then terus lega sakit tu..hebat tak penangan coke? Aku memang bukan kaki air gas ni, cuma minum air coke kalau period pain..Tak boleh imagine org yg dok minum coke hari2 >___< nipis usus perut..hukhuk

Then, last dugaan bila plan asal nak stay 1 hari di KUala Terengganu & hang out ngan kawan2 di KT terpaksa dibatalkan sebab Haziq (kawan si dia) nak kn balik awal n kena ada di JB by monday..lepas jalan2 di KT, Pasar Payang, makan2, kitaorg panjat bukit di KT, singgah pantai burok..then terus shoot ke Kuantan utk hantar Mat (kawan si dia) n terus ke KL lps tu..mengantuk & letih dia tuhan je la yang tahu..jauh gila perjalanan mcm x ada ending..pulak tu hari hujan & perjalanan balik tu agak mencabar..

Bestnye sebab aku x pernah lalu jalan dr KT ke KL..Jadi dptla aku tgk kampung2 n kilang2 minyak yg berapi2 tu..tapi yg x best, perjalanan sgt jauh n sgt letih & sangat bahaya!..otw balik dr kuantan tu kitaorg ternampak ada kenderaan terbalik ;( saat tu sgt menakutkan..sebab aku nampak pasukan keselamatan ngah bertungkus lumus selamatkan mangsa...;( hope diorg selamat...

Kitaorg Safely arrived @ KL pada pukul 12-1 am & kawan kitaorg tu pulak terus shoot ke jb on that night & sampai di sana pada pukul 5 pg..dia sungguh gila..hukhuk..

Yup, tu la dugaan aku pasal trip ke Redang aku tu..sangat mencabar & tak smooth..Kita merancang tuhan yang menentukan kan..Tapi aku happy sebab objektif tercapai juga! Cuma yg tak best sebab aku tak dpt jumpa baju yang sesuai untuk E-day aku masa kat KT tu..Yang ada kat pasar Payang semua jenis sutera batik yg sangat mahal gila tapi cantik2..Nasib baik aku bukan jenis yg obses dgn kain2..harga kain sangat x murah ok! Yg murah pun dalam 150 keatas! Yg len semua 300-1000 ++ pun ada!..Aku kalau beli pun sebab nak hadiahkan kat org jek la kot..utk bakal mak mertua ke ;) tp bukan utk dipakai sendiri..kalau pakai aku prefer yang da ready made jek ;)

Yg pasti pg KT wajib borong keropok lekor & kerepok ikan! Wajib ok! Wajib!

Then, di kl 2 hari cuti tu aku tu aku just melepak @ rumah jek ;) now back to the reality, masa utk sambung projek DIY aku..b.e.r.u.s.a.h.a!

View pantai dr bilik kitaorang
Peace gila
Pantai resort Redang Kalong

Thursday, July 12, 2012

Dugaan bercuti ke Redang

As per my previous entry, my bakal en tunang sedang berkursus selama seminggu sampai la hari Jumaat ni. Disebabkan tempat kursus kali ni sangat strict seems like beliau akan gagal utk escape dari kursus tu pada hari tersebut. Oleh itu, kemungkinan besar dia akan rugi sehari untuk pakej ke Redang tu nanti. Pakej tu selama 3 hari 2 malam (13/7/2012-15/7/2012).

By right tentatifnya semua orang wajib berada di bas stop Kuala Terengganu pada pukul 6.30 pagi & perlu berada di Jeti Merang sebelum pukul  9 pagi (Jumaat : 13/7/12). Btw, kitaorang ke Redang tu bukan berdua2an ye..Kitaorang join trip beramai2 seramai 18 orang kesemuanya! Ni pun aku join sebab kawan aku (Raihana) ajak aku join trip kakak dia (Kak Mas)..

This time da masuk kali ke 3 aku join trip dibawah anjuran kak Mas ni..1st backpackers ke Singapore, then this time da 2 kali ke Redang (the same resort). Kak Mas  ni otai backpacker, releks je travel around the world sendiri2..Takdenye nak pakai tourist agency or tour guide..Takat India, Korea semua relek je...Haish...

Jadi,setakat Redang Kalong ni da banyak kali da kakak dia pergi..Da macam rumah persinggahan dia pun ye...Confirm Redang Kalong ni tempat favorite kakak dia sebab dia asyik datang balik kat tempat yang sama..Dia siap rapat ngan owner resort tu tau!..Last year, kitaorang berempat jek ke sana (Aku, Rai, Kak Mas & Kak Ayu)  This time special sikit sebab Kak Mas invite kawan2 blogger dia (kaki travel) join sama. So, that's why sampai jadi 18 orang ~ So, sila la visit blog kak Mas ni yek : http://theponderofme.blogspot.com/search/label/redang for more info.

Back to the story..Bila rai ajak aku, then aku pun ajak la bakal en tunang sebab group ni pun akan ada lelaki gak. Then, my bakal tunang nieh plak ajak  la sorang kawan dia untuk join sama..Nama kawan dia tu Haziq. Memandangkan Haziq ni pulak segan ngan aku jadi dia pun bawalah kawan dia sekali (unknown).  Semuanya sepatutnya berjalan lancar dan tak ada masalah sebab masing2 pun da apply cuti in advance. Sampailah hari tu aku dapat news bakal tunang aku nieh nak kena pergi kursus & effect satu hari jadual trip tu. Then, macam mana dengan kawan2 dia ni kan????

Difahamkan kawan2 bakal tunang aku  ni akan pickup dia di kem di Pahang tu, then diorg akan terus shoot ke Terengganu pada hari Jumaat tu. For sure diorg akan terlepas bot dari resort pada pukul 9 pagi tu. Masalahnya bot dari resort cuma sehari sekali. Kalau terlepas bot tu kena tunggu on the next day. Altenatifnya diorg kena naik charter bot kat Jeti Shahbandar.

Aku pun call la resort untuk tanya pasal bot tu, then diaorang cadangkan supaya yang terlepas bot di Merang kena naik bot di Shahbandar. Then, today aku call  Pejabat Tourism Malaysia Terengganu  nak confirmkan info. Alhamdulillah. Menurut staff kat pejabat tu dia maklumkan setiap hari pun  ada charter bot ke Pulau Redang, tapi cuma untuk ke kawasan perkampungan.. Jadi, Haziq n the geng kena maklumkan orang bot tu untuk berhenti di depan resort dan orang resort akan pickup diorg dari bot.

Btw, bot di Jeti Shahbandar tu (Bot Sejahtera) hanya akan ada pada pukul 10.30 pagi dan pukul 3 petang sahaja. Harga dia RM 11O (2 hala). Jadi, kalau sehala tu diorg kena bayar RM 55 seorang. Tu je la last option. Kalau terlepas gak charter bot tu, memang confirm, diorg semua kena tunggu the next bot on the next day jek.

Bot di Jeti Merang by Redang Kalong: 9.30 am (Sehari Sekali) - Fees: free (under package)
Bot di Jeti Shahbandar (Charter boat) : 10.30 am & 3pm only (daily basis) - 5 minute from KT bus stop (RM 55 per head)

Lepas da maklumkan kat bakal tunang aku, then dia pun tengah nak suggest kawan2 dia tu supaya teruskan je perjalanan ke Terengganu w/o him sebab dia tak nak kawan2 dia pun rugi sama. Jadi, sekarang tak sure la  macam mana keadaannya nanti..Positif kalau dia dapat escape awal..Kalau lambat memang kawan2 kena tinggalkan dia dan kejar bot..Jadi, bakal tunang aku nieh akan join trip hari ke2 je la iaitu hari Sabtu & Ahad. Aku pula akan bersama group kak Mas ni & akan naik bas pada  pukul 10 Malam ni..Kitaorang akan naik bas di bas stop Putra tepi PWTC tu...Hope perjalanan akan berjalan lancar hendaknya..Sob sob....

Anyway, Thanks to Pejabat Tourist Terengganu sebab sangat friendly dan helpful. Sedaya upaya dia cuba nak tolong aku..=) Nama staff tu Siti..Good job! =)

Pejabat Tourism Malaysia Terengganu,
Phone: +609 - 630 9433 / 9093

 Ni gambar masa aku pergi ke resort ni tahun lepas =) Enjoyzzz!








Wednesday, July 11, 2012

Berita sedih...Alfatihah..

Malam semalam, aku dan si dia mendapat berita sedih..Seorang kawan kitaorang masa zaman study yang baru je mendirikan rumah tangga bulan lepas, baru kehilangan suami tercinta....Yang sedih sebab suaminya tu juga merupakan kawan kepada my bakal en tunang masa zaman universiti dulu...

sangat sedih..sebab diaorang baru je mendirikan rumah tangga.Rasanya macam baru semalam je kitaorang meraikan hari perkahwinan diorang...Rasanya honeymoon pun tak sempat.Inai pun masih merah..FACEBOOK dia pun masih penuh ucapan tahniah + status2 gembira saat2 manis diorang sebagai suami isteri.Dah la bulan depan nak puasa + raya.Mesti hancur perasaan June (isteri) sebab tak sempat merasa hari bahagia tersebut dengan suami tercinta.Allah je yang tahu perasaan dia..Semoga dia tabah menghadapi dugaan ini dan semoga arwah ditempatkan dikalangan umatnya yang soleh....

Difahamkan arwah incident..

Sangat sedih atas apa yang berlaku..Sebab kita tak menjangkakan semua ini akan terjadi..Tiada siapa pun meminta musibah..Allah je yang lagi mengetahui..Semua ini sudah ditakdirkan...

Mengenangkan nasib yang menimpa Jun, buat aku semakin kena menghargai orang2 yang aku sayang...Hargailah mereka setiap saat sebab mungkin nasib yang sama boleh menimpa kita..Kisah Jun ni membuatkan aku teringatkan pada cerita drama Stanza Cinta lakonan Aaron Aziz dulu..Seriously, aku tak tahu macam mana Jun nak teruskan hidup dengan bersandarkan segala kisah & kenangannya pada suami tercinta..Dah la masa suaminya meninggal pun dia tak dapat berada disisi sebab berjauhan..Aku rasa perjalanan dia nak pulang ke Johor tu pasti merupakan perjalanan yang paling panjang dalam hidupnya..Aku pasti tak terhitung sedih & air mata Jun sebaik mendengar berita tersebut..Even kawan2 pun tak putus2 memberi ucapan dan sokongan dengan harapan dapat beri kekuatan kepadanya..Sedih itu tidak terungkap....

Harapan semoga dia mendapat sokongan yang penuh dari semua orang untuk dia teruskan hidupnya dengan baik...Semoga kamu tabah Jun...

Alfatihah buat Hisamuddin Moslim...semoga roh kamu ditempatkan dikalangan umatnya yang soleh....Amin..

Monday, June 4, 2012

Lepas wedding makan sampai Lembik..Nguuu..

Hukhuk..Ni la akibatnya kalau si dia dah jumpa kawan2 lama..Dah la kenyang sebab makan kenduri..Boleh lak diorg melepak makan durian @ Kg pandan..Then, belah malam pulak  makan steak @ Sedang..Nguu..Memang bertuah bumi Malaysia..Rezeki melimpah ruah..:D Alhamdulillah...Enjoyzz!


Sape yg plg excited?


Cawan haziq yang terlebih besar! hahaha
Tengahari makan @ kenduri kawen, petang makan durian, malam makan steak! perkh!! Masalah!