Support saya =) Jom Exchange Link! I will visit Yours!

My Blogger friends

Showing posts with label All about food. Show all posts
Showing posts with label All about food. Show all posts

Tuesday, August 14, 2012

1st time hadir wedding Non-Muslim kat restoran SINCHOIWAH

Sorry lambat hupdate entri ni..Agak da basi la story ni tapi aku tetap nak share.. Sebab this is my 1st experience attending NON MUSLIM wedding....

Anyway, to begin the story.. Last Saturday lepas aku jumpa vendor2 majlis kahwin aku, aku & bakal tunang terus pergi ke Kepong untuk majlis kahwin bos aku..Bos aku ni Chinese- Christian jadi wedding dia ada 2 sesi iaitu sesi pagi di Church KL dan sesi malam dinner di restoran cina Sinchoiwah ni..
Restoran mewah ni 3 tingkat
Aku tak pergi ke majlis kahwin dia di Gereja tu sebab tak yakin dan rasa bersalah sebab masuk Church lagi2 di bulan puasa..Most of  my opismate (Malay) pun join sesi pagi di Church tu sebab diaorang plak tak yakin nak pegi dinner kat kedai cina ni plak..huhu..Entah la..Aku mcm was2 nak masuk Church..Aku pun bukan teror sangat ilmu agama macam calon imam muda kan, tapi hasil google2 buat aku rasa tak yakin..Da kalau tak yakin baik tak payah cari masalah :) Ni one of hasil google aku pasal hukum orang Islam masuk gereja [Klik sini]..Aku pernah baca artikel, kita dilarang masuk ke tempat ibadah agama lain. Lagi2 tempat pemujaan...Dengar sembang2 dari orang yg join ke gereja tu, diaorang kata ada sesi pemujaan tuhan gak (macam sesi bacaan doa) dioarang berdiri dan menyanyi..As muslim, yang muslim tu diaorang tak bangun la masa Christian lain berdiri :) Pepun, I'm glad in Malaysia each people respect others religious :)

Ni gambar bos aku lepas da selesai majlis dia di gereja jalan Raja Chulan..Aku amik gambar ni kat FB dia.
Macam dalam drama TV lak..Tp this time it's real!





Then, yang aku plak tak yakin ke gereja tapi yakin nak ke restoran cina pulak la kan..Aku yakin sebab bos aku da maklumkan awal2, dia amik tender dari restoran halal & kedai mamak muslim untuk makanan orang muslim. Then, bos aku pun dah maklumkan siap2 kat aku dan suruh aku pilih menu yang akan dipilih untuk malam tu..Mula2 aku risau gak sebab bos aku cuma maklumkan pasal menu makanan yang halal sahaja tapi tak maklumkan pasal pinggan mangkuk yang digunakan. Then find out I'm soo happy sebab  bos aku tu sangat menitik beratkan pasal isu halal sampai pinggan mangkuk semua pun termasuk pinggan mangkuk lauk2 diambil dari tender makanan mamak tu juga..Meja cina lain semua pakai pinggan kaca, meja kitaorang pakai pinggan plastik exactly macam kat kedai mamak :) Yang buat aku terharu tu, dia sangat menitik beratkan pasal muslim yang nak berbuka puasa, sampai lokasi meja, masa hidang makanan dan masa berbuka semua pun perfect. Even staff dia keep asking if diaorang da boleh hidang makanan untuk berbuka.


Kitaorang pakai pinggan plastik jek
Diorang pakai pinggan mahal..
Yang paling best sebab menu makanan tu. Aku tak sangka banyak gila makanan yang disediakan untuk orang muslim sampai tak larat nak makan! Yang best sebab makanan tu pun sedap dan udang2 dia sangat la besar :) sangat puas!
Ni rendang ayam
Sotong goreng tepung
Sedap gila rendang ayam ni..

Nasi beriani
Acar
Kari udang
Our food!
Sebenarnya aku tergamam dengan majlis bos aku ni...Dia ni bukan orang kaya pun, tapi wedding dia sangat la besar dan sangat mewah. Dewan dia sangat besar ok! Dewan dia bukan macam dewan serbaguna kat pusat komuniti tau, dewan dia memang dewan ballroom untuk majlis wedding..Chandelier merata2 dan gedabak besar.. Aku rasa kos kahwin dioarng ni memang confirm beribu beriban, expected boleh nak capai 100k..Bayangkan per head menu dia kira dalam RM 80++ x 700++ pax? tu x campur baju, photographer & cost lain.. Sangat grand!

Yang best sebab aku tak sangka bos aku tu yang tak pernah pakai makeup, tak suka pakai skirt, pegi office pakai sport shoes tp tetibe boleh turn up jadi mcm princess in the fairy tale. Tetibe lak dia jadi sangat gojes, cantik, sexy, feminine & kurus -______- Habis senget benget mulut aku melopong tengok gambar2 dan video dia yang super sweet tue..Tetibe rasa macam jeles plak..khehehe...Part kurus tu la yang aku musykil..Haha..maybe betul la orang kata, seri pengantin tu akan naik sendiri on the wedding day :)

Ni la bos aku..hari2 pun dia macam ni
Tetibe dia jadi macam ni???! Terkezut aku!
Ok fine..dia lagi kurus...
Now, I'm happy for my boss sebab dia da selamat kahwin dan jadi Puan :) hope dia happy la datang keje pas ni, sebab kalau dia happy kitaorang pun senang hati nak buat keje ;P

Congratz mel! Enjoy ur honeymoon @ Maldives!

Buka Puasa di Restoran Murni Bukit Jalil

Alhamdulillah..Hoyeh~ Dengan nikmatnya semalam aku telah membatalkan diet aku untuk sehari sebab berbuka di kedai Murni Discovery Bukit Jalil..FYI, cawangan Murni kat Bukit Jalil ni masih baru..Selalunya aku pergi yang kat SS2 je..So, this time mcm best sikit sebab kat sini tak sesak macam kat SS2, tp still ramai orang jugak la...

Tehee, sorry ah..kalau da makan kat Murni, mana bley diet beb.....Rugi besar kamO! hoho..
Air buah yang terbaek~

Aku sangat teruja sebab da almost sebulan da badan aku tidak menerima sumber karbohidrat dari Spageti & nasi! DAN sudah lama juga badan aku tidak menerima gula dari air manisan..selama ni aku boke puasa just makan ikan kembong & air mineral jek..Sob sob...So, skali kalau da langgar pantang tu ofcoz UNSTOPPABLE...xoxo...Sorry ALSD II, terpaksa breakup dengan kamu sekejap..Cintaku pada Murni melangkaui segalanya..hahaha!


Macam2 pun ada..
Ok, kenapa MURNI?? kenapa bukan kedai Mapley kat area situ jugak kan??? Haa..Tu la rahsianya....kalau sape2 yang tak pernah pergi ke Murni tu sila pergi sekarang! Eh, bukan sekarang, time nak boke pose nanti..Kalau pegi skrang takut nanti korang kena naik van mayat lak sebab kena tangkap dituduh x pose..hehehe...Pepun, kalau korang pegi sini, tersangatla super extreme recommended untuk bawa family or kawan2 sebab sangat best makan beramai2 kat sini..Sebab portion dia sangat besar untuk makan sorang melainkan kalau korang stock incredible hulk! Kalau nak bercandle light~ Sorry, this is not the place ye~

Aku berani confirmed, kalau korang da pergi sekali mesti nak tinggal kat sana teros! Sebab pe? sebab menu dia sangat heaven dan gila2...Banyak kali da aku pegi makan kat kat Murni dan banyak kali juga aku gagal nak nak pilih menu apa yang nak di makan sebab menu dia sangat banyak dan sangat kreatif! Pening sungguh nak pilih,...Lagi pening kalau tengok orang lain order pe, sebab selalu jek aku rasa makanan orang lain macam lagi sedap. Disebabkan tu, tiap kali kalau aku datang sini..Aku tak berani nak order len..sebab aku ada makanan feberet...Aku tahu jek makanan lain banyak yang lagi sedap, tapi aku ni seorang yang loyal..Jadi ofcoz la my favorite one and only my beloved Spagethi Arrabbiata sebab dia sangat pedas dan sangat yyumeeeh! Cili padi potong hijau dia siap berterabur mesra lagi , sangat enak dimakan begitu sahaja..eheee..So kalau sape tak tahan pedas jangan memandai order ni..ada berlambak jek menu len sangat sedap juga.. :)

So, please try ur self ye :) Sebab the experience is unexplainable...

Air aku namanya I LOVE YOU...Air dia namanya  BE HAPPY~
BE HAPPY : resepi dia ---> RIBENA + STRAWBERI + JELLY + LAICI
I LOVE YOU : resepi dia ---> Ribena + lemon + jelly + laici
Spagetti Arrabiata!
Roti daging yang telah selamat dimakan tanpa sempat snap gambar..Roti ni sangat mewah dengan daging, telur, hotdog, mayonis, dan dilapik pulak dengan lapisam roti yang sangat garing..Slurrrpp!
Nasi goreng Napolean
The price of lurve :P
I promise will come back to you  Murniii ;)










Wednesday, July 18, 2012

Sushi Bonanza RM 2 again!

Huyeh! Sushi datang lagi! :D

Aku suka gila bila Sushi King buat promosi macam ni..Makan la banyak mana, harga makanan yang mahal semua RM 2 jek..Jadi ni la masanya nak cuba makanan yang mahal pada harga yang sangat murah :P

So, semalam, sekali lagi aku & Raihana tidak melepaskan peluang ini >____< yezza!! Thanks sushi!


My favorite!


Reminder! Sila tangkap gambar pinggan korang selepas makan sebab pekerja diorng selalu salah kira pinggan masa bayar bil! Serius~ 

Tuesday, June 26, 2012

Dapur Penyet Awesome!

Huyehh~ Aku rasa aku selayaknya boleh dilantik sebagai duta rasmi Ayam penyet di Dapur Penyet Maju Junction sebab tiap2 kali Lunch pun asyik muka aku jek makan kat tempat yang sama. Bukan tu je, semua promotion dia pun mesti aku tak akan tertinggal :D (Dengan harapan owner ayam penyet baca entri ni, padahal bukan ada contest pun ) :P

Then, disebabkan aku ni dah kemaruk makan kat situ ofcoz la aku pun akan promote kawan2 aku yang lain supaya makan kat situ sebab memudahkan keje aku nak ajak diaorang makan kat situ jugak. Pendek kata, so far strategi aku dah berjaya sebab diorang pun addicted makan kat situ akhirnya..

Heheh..Aku dah makan hari2 kat dapur penyet ni sebab kedai dia pun kat depan office aku juga. So, aku da jadi pelanggan tetap dia before kedai ni famous kat dalam Rancangan Jalan2 Cari Makan tu lagi. Sape yang ada FB aku confirm tau la menu wajib yang selalu aku update kalau tak pasal Sushi mesti Ayam penyet ni..Seriously, memang sangat sedap especially ayam bakar dia..Sangat buat aku teringat food yang aku makan masa aku ke Bandung tahun lepas..For sure yang ni, pinggan pun licin! Hehe..

Visit la FB dia (Dapur Penyet). Sharing is caring..Rugi tak cuba >___<

Warning! : Aku boleh claim 90% punca lemak berlebihan aku adalah disebabkan Ayam penyet ini  (╥﹏╥)

Favorite aku..Ayam Bakar Penyet..Aish...





Monday, June 4, 2012

Lepas wedding makan sampai Lembik..Nguuu..

Hukhuk..Ni la akibatnya kalau si dia dah jumpa kawan2 lama..Dah la kenyang sebab makan kenduri..Boleh lak diorg melepak makan durian @ Kg pandan..Then, belah malam pulak  makan steak @ Sedang..Nguu..Memang bertuah bumi Malaysia..Rezeki melimpah ruah..:D Alhamdulillah...Enjoyzz!


Sape yg plg excited?


Cawan haziq yang terlebih besar! hahaha
Tengahari makan @ kenduri kawen, petang makan durian, malam makan steak! perkh!! Masalah!