Support saya =) Jom Exchange Link! I will visit Yours!

My Blogger friends

Showing posts with label Me n him. Show all posts
Showing posts with label Me n him. Show all posts

Tuesday, September 18, 2012

Shopping barang kahwin di JPO (Johor Premium Outlet)

Hi my dear gojes reader(s)!!

Previously aku ada share info pasal aku berhujung minggu di rumah bakal MIL aku kan..[yg x baca lg leh klik sini].

Aku ke Johor mulanya sebab nak hadir wedding kawan kitaorang di sana (kawan sekampung & childhood En tunang), so alang2 dah sampai Johor tu kitaorang pun  stay & berhujung minggu dengan family en tunang. Family tunang aku ni sangat suka melawat & menghadiri kenduri kendara. Jadi, tentatif kitaorang 2 hari tu penuh dengan aktiviti kenduri dan melawat sorang saudara mereka yang sedang sakit. Kebetulan di kawasan rumah saudara En tunang tu dekat dengan JPO juga. Jadi lepas melawat tu kitaorang pun mengambil peluang untuk singgah ke sana..

Pengalaman shopping aku kat JPO memang super awesome gila! Sangat berbaloi2! sale sampai 30 -70%! Semua pun barang2 branded! memang sangat sesuai la nak beli barang kahwin kat sini. Cuma FYI, sebab apa barang2 kat JPO  murah? Bukan sebab barang2 kat sini barang reject tau! Barang kat sini totally guaranty branded & berkualiti. Bukan juga barang2 tiruan. Butik2 kat sini semua stock international brand tau. Harga dia murah disebabkan kat sini semua barang utk stock clearance. Even stock clearance pun barang still super gojess & harga still ratusan ringgit..Harga dia pun ada gak dari ratusan ringgit jadi ke puluhan ringgit selepas ditolak diskaun. Awesommeeenesss!






Kedai Padini
Aku tak dapat masuk Coach sebab ramai gila umat manusia serbu kedai ni..Hemmm

Armani Outlet


Kedai En POLO
DKNY :)

Kat dalam butik Guess
My bakal MIL di kedai Body shop

Singgah kedai jam di FOSSIL

I love Carlo Rino!! Shopping banyak benda dalam kedai ni..Tp, aku tak beli beg yg kat dalam gambar ni tau!..Gambar barang2 yg aku beli terpaksa dirahsia kan  dulu..Tehee... :D
Heaven!
si dia shopping jam
Blweek :P
Aku plak beli jam pujaan hati di sini ;)
Comel gila paper beg dia!
Huyehhh! barang2 yg kami borong!
Huk! Kan best kalau KL pun ada mcm JPO ni..Jadi la KLPO plak..muaghahahaha!

Friday, August 17, 2012

celoteh Raya 2012! Selamat Hari Raya!

Kebabom! Tu dia...Bunyi mercun yang biadap & meriah kat kawasan rumah aku..Makanya seminggu nak raya ni makin tak boleh tido la aku dibuatnya sebab terlampau bising..Da la rumah aku ni dekat ngan kawasan jajahan peniaga yang berniaga untuk hari raya..Jadi selama sebulan ni memang teramat la bising sebab dioarang ni tak ada kesedaran sivik dan pentingkan diri! Sebab pe aku cakap diaorang pentingkan diri sebab diaorang selambe land jek pasang lagu kuat2 macam KL ni mak bapak diaorang yang punya..Kalau pasang kejap je takpe, dia pasang kuat masa orang sembahyang terawikh n lewat malam bermula pukul 12 malam sampai ke pagi...Then, this year budak2 nakal dah berani dah main meriam kat tengah KL..memang gila gamaknye mereka..Esok ada la tu masuk berita budak injured sebab men mercun..Aish..degil! Aku tgk bersepah jek orang jual mercun di kaki lima, polis pun wat derkkk jek...Yang bunyi bising tu dah jenuh da aku komplen kat DBKL, tp macam tak ada pun perubahan pepe...hampeh...

Pepun, raya tahun ni aku akan beraya dengan keluarga aku..Next raya, insyallah aku akan bertukar status..Justeru sudah tentu aku akan kena ber-komitmen dengan keluarga belah bakal suami pula..Glurp!..Sangat nervous sebab aku masih belum perfect untuk digelar menantu yg baik..Tehee..Excited pun ye sebab aku tak pernah rasa raya secara traditional. Memandangkan aku ni lahir kat KL, so raya  pun kat KL la...Disebabkan ayah aku ni pekerja kerajaan iaitu ahli Bomba..Terpaksa la berkorban demi rakyat kononye..Ditambah nowdays bila nak dekat pilihanraya, kerajaan sibuk nak tingkatkan keyakinan rakyat dengan kerajaan, jadi terus diaorg kerahkan pekerja badan beruniform termasuk la bapak aku untuk stand by dan tak boleh bercuti masa raya....Then disebabkan cuti dibekukan, jadi memang wajib kitaorang sekeluarga kena beraya di KL..Paling jauh pun beraya akan ke Kuala Selangor sebab balik kampung..Kalau balik raya di Kuala Selangor which kat sana pun dah moden macam kat KL juga..Jadi, memang da lama dah aku tak merasa raya macam dalam iklan2 raya tu :P Then, yang tak bestnya kalau raya kat KL ni, kalau time cuti panjang especially cuti raya bila semua orang balik kampung kawasan KL akan jadi sunyi sepi....Jalan pun tak jem malah sangat lengang sampai boleh bergolek2 kat jalan raya..Then, for sure petang sikit kawasan KL akan dibanjiri dengan mat bangla n mat indon n mat myanmar yang merayau2 dan melepak2...Yup, masa ni aku plak yang rasa aku ni foreigner..

Ok aku da merapu panjang~ tehee..Ok since tahun ni je la yang tinggal untuk aku beraya as single lady jadi aku kenalah struggle mem-perfectkan ilmu masakan dan ilmu kewanitaan juga. Untuk raya kali ni, no matter what aku kena belajar anyam ketupat sampai berjaya! Hasil risikan aku, bakal MIL aku ni sangat suka buat ketupat masa raya..Jadi aku kena berusaha!..Huk, akhirnya setelah berzaman aku cuba untuk belajar, baru kali ni aku berjaya buat ketupat pertama aku..muahahah! nak anyam ketupat sangat susah ok! Aku pelik sape punya idea la yang cipta ketupat ni..hehehehe...Jadi hasilnya semalam berjam2, aku baru berjaya buat 3 biji ketupat...............sangat mengecewakan....Jadi, buat masa ni aku tgh memahirkan diri belajar anyam ketupat bawang, belum reti lagi buat ketupat segi empat (ketupat sate)..Nguuu..Kat opis, asyik jadi pekerjayang kononye cemerlang jek, now  ni nak berkobar2 jadi menantu yang cemerlang pulak..tehehaha...(Ok, sila muntah sekarang) :P

Hahah..Dikesempatan ini aku nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir batin kepada rakan2 blogger n visitor yang sudi menjengah ke blog ini..Semoga raya korang akan jadi kenangan terindah dan terus bermakna selamanya :)  Yang balik kampung tu..sila berhati2 ye..Ingat! Lampu kuning tanda bersedia untuk berhenti, bukan memecut!! Takmo da dengar berita sedih2 masa raya ni, hope semua orang selamat hendaknya...Amin

Shopping daun ketupat kat Jalan Raja Alang 50 pcs RM 5-8

Sempat ronda2 kat Jalan TAR & beli karpet baru
My 1st ketupat!! Belajar di Dataran Merdeka dengan bakal en tunang~ Ni semangat Merdeka Raya :P

Sunday, August 5, 2012

Step up revolution awesomeeee!!

Huhu..hari ni lepas terawih terus merayau2 makan angin melihat dunia...Then, tetibe lak ter-sangkut tgk movie :P x plan pun nak tgk movie, sakali ternampak mall baru (1 shamelin) yg baru dibuka di area Kg Pandan tu.. sekali sangkut kat TGV dia lak sebab tak ramai org ;) sgt seronok sebab x perlu beratur panjang..maybe for now masih baru, soon mesti akan ramai sebab mall ni pun dibuka di kawasan penduduk padat...

Anyway, thumbs up utk movie step up revolution nieh.byk dance dia sgt unexpected & byk elemen suprise! Tak senang duduk dibuatnya! cerita dia sangat tak bosan & jalan cerita sgt x predictable..Aku sangat kagum ngan seni diaorang especially masa babak dalam galeri seni diaorang..Awesome! I wish kat Malaysia ada orang orang seni yang kretif macam ni..

Tengok la Film Trailer dia kat sini

walaupun aku ni kaki bangku & tak reti menari, pinggang pun keras mengalahkan railway train but still aku rasa teruja sebab sangat kagum dgn bakat diaorg ni..Diaorang ni macam tak ada tulang..bila tgk kebolehan diaorg yg kretif tahap gaban I'm soo sure I can't dance! Diaorg sgt superb! Yg guys sgt masculin youu! awww! N yg gurls make me sgt jelous! Kalau menari memang boleh dpt body yang sangat hot mcm tu ke?? Aisey...

Btw, Rugi kalau tak tgk..tp beware ye! Sila jgn bawa budak kecik sebab pemakaian dan gaya diaorg di Miami beach tu sgt tak bersesuaian dgn budaya ketimuran kita ;)

Tuesday, July 17, 2012

Shopping baju tunang ;)

Semalam (isnin), disebabkan aku masih ada baki cuti ke Redang..Aku & si dia pusing2 di jalan TAR @ kL utk cari baju tunang utk aku..

Well, to be honest memang agak mencabar nak cari baju ready made ni sebab ikut nasib. Ada tu yang aku da berkenan tapi dah x ada size or out of stock pulak..ada tu mahal gila pulak! Urgkh! Stress!

Kenapa ready made? Kenapa x custome made for my special day kan? 1st sebab x nak over! Just nak simple, sweet, nice & si dia happy..2nd sebab bajet, x nak overdos! X nak berabis utk majlis ni sebab tempoh majlis kawen kitaorg singkat jek..3rd sebab custome made mahal! Kain lace je da beratus, x campur upah tailor! 4th sebab da masuk bulan puasa, ramai tailor x terima tempahan dah..jadi tu lah sebabnye..but overall sebab nak kurangkan beban si dia & want to make both of us happy >__<

Mula2 Agak susah gak nak cari yang berkenan di hati..ada yg aku da suka mahal gila la pulak..disebabkan plan nak buat majlis bertunang yg simple n sekadar cukup syarat jek.Jadi aku kena cari baju yg dibawah rm 200..aku x nak membazir sebab aku nak fokus pada our wedding day & honeymoon & our life after the wedding..Jadi total kos Majlis bertunang aku ni nanti, aku hope akan dibawah rm 2k..berjayakah aku? We will see >___<

Suka gila baju ni tapi x ada size plak..
Tengok patung tu pakai pun cun..
Try test baju style pink tu utk ukuran size..
Suka gila kain dia yang bertingkat2 tu
Sekali check stock baju ni da tak ada size da...T___T

F.R.U.S.T  

Then aku pilih baju ni je la..:P


Ala2 macam ni gitew~ memang trend macam ni skrang kot :P

Trip to Redang 2012 : mission berjaya!

Alhamdulillah, finally tercapai juga hajat aku nak bercuti ke Redang ni..last year, aku hanya bercuti di Redang Kalong dengan best friend aku jek..This time aku bawa bersama si dia & rakan2 dia juga ;) next time insyallah, aku nak bawa keluarga dia n my family ke sini pula...syok kalau buat family gathering or family day kat sini..sangat peace..

Well as my previous entry, journey nak ke Redang ni was not easy..sebab ada banyak gila dugaan! Antara dugaannye, si dia tu tetiba ada kursus di Pahang, jadi  terpaksa dtg lewat sehari..Then, kawan2 dia pun dtg lewat juga sebab sesat..then, disebabkan da lambat, diaorg dah terlepas bot dr resort tu n kena naik public boat..disebabkan tu diorg kena bayar additional charges rm 55 per head..Pening juga la sebab risau + nak kena arrange +  liaise ngan banyak pihak untuk diaorang yang datang lambat ni..

Then, before aku bertolak ke Redang, 1 ekor kucing aku sakit & mati..n 1 ekor lagi otw nazak time tu which on the next day mati..then bila aku balik seekor lagi kucing aku mati..so total yang mati adalah 3 ekor..sebab kematian x diketahui, diorg muntah2 dgn sangat teruk then mati dengan sgt cpt ;(

Back to the story, aku ke Redang naik bas Transnasional, dapat seat paling belakang..end up 7 jam perjalanan, 1 badan aku sakit..

Once sampai Redang smuanya berjalan lancar tp aku tgh strugle sakit period pain plak time tu..biasala perempuan, before the day, 2-3 days sebelum tu kaki n pinggang belakang akan sakit & mudah cramp..tiap org akan ada degree kesakitan yg berbeza...mcm aku nasib baik tak serius tp still sakit & tak selesa...But still im lucky sebab belum period.. Risau gak if aku period on that day, kalau period macam mana aku nak snorkelingkan?..Finally period aku dtg on the last day (masa nak checkout)..lega sikit ;) but still not comfortable la sebab nak berjalan2 n ronda KUala Terengganu masa ngah period pain tu..well aku kan kuat, ku gagahi jua to make the journey fun as possible & berjaya melawan kesakitan..Rahsia dia, air coke a.k.a coca cola..Serius, aku kalau sakit period pain, aku akan guna air coke, then terus lega sakit tu..hebat tak penangan coke? Aku memang bukan kaki air gas ni, cuma minum air coke kalau period pain..Tak boleh imagine org yg dok minum coke hari2 >___< nipis usus perut..hukhuk

Then, last dugaan bila plan asal nak stay 1 hari di KUala Terengganu & hang out ngan kawan2 di KT terpaksa dibatalkan sebab Haziq (kawan si dia) nak kn balik awal n kena ada di JB by monday..lepas jalan2 di KT, Pasar Payang, makan2, kitaorg panjat bukit di KT, singgah pantai burok..then terus shoot ke Kuantan utk hantar Mat (kawan si dia) n terus ke KL lps tu..mengantuk & letih dia tuhan je la yang tahu..jauh gila perjalanan mcm x ada ending..pulak tu hari hujan & perjalanan balik tu agak mencabar..

Bestnye sebab aku x pernah lalu jalan dr KT ke KL..Jadi dptla aku tgk kampung2 n kilang2 minyak yg berapi2 tu..tapi yg x best, perjalanan sgt jauh n sgt letih & sangat bahaya!..otw balik dr kuantan tu kitaorg ternampak ada kenderaan terbalik ;( saat tu sgt menakutkan..sebab aku nampak pasukan keselamatan ngah bertungkus lumus selamatkan mangsa...;( hope diorg selamat...

Kitaorg Safely arrived @ KL pada pukul 12-1 am & kawan kitaorg tu pulak terus shoot ke jb on that night & sampai di sana pada pukul 5 pg..dia sungguh gila..hukhuk..

Yup, tu la dugaan aku pasal trip ke Redang aku tu..sangat mencabar & tak smooth..Kita merancang tuhan yang menentukan kan..Tapi aku happy sebab objektif tercapai juga! Cuma yg tak best sebab aku tak dpt jumpa baju yang sesuai untuk E-day aku masa kat KT tu..Yang ada kat pasar Payang semua jenis sutera batik yg sangat mahal gila tapi cantik2..Nasib baik aku bukan jenis yg obses dgn kain2..harga kain sangat x murah ok! Yg murah pun dalam 150 keatas! Yg len semua 300-1000 ++ pun ada!..Aku kalau beli pun sebab nak hadiahkan kat org jek la kot..utk bakal mak mertua ke ;) tp bukan utk dipakai sendiri..kalau pakai aku prefer yang da ready made jek ;)

Yg pasti pg KT wajib borong keropok lekor & kerepok ikan! Wajib ok! Wajib!

Then, di kl 2 hari cuti tu aku tu aku just melepak @ rumah jek ;) now back to the reality, masa utk sambung projek DIY aku..b.e.r.u.s.a.h.a!

View pantai dr bilik kitaorang
Peace gila
Pantai resort Redang Kalong

Thursday, July 12, 2012

Dugaan bercuti ke Redang

As per my previous entry, my bakal en tunang sedang berkursus selama seminggu sampai la hari Jumaat ni. Disebabkan tempat kursus kali ni sangat strict seems like beliau akan gagal utk escape dari kursus tu pada hari tersebut. Oleh itu, kemungkinan besar dia akan rugi sehari untuk pakej ke Redang tu nanti. Pakej tu selama 3 hari 2 malam (13/7/2012-15/7/2012).

By right tentatifnya semua orang wajib berada di bas stop Kuala Terengganu pada pukul 6.30 pagi & perlu berada di Jeti Merang sebelum pukul  9 pagi (Jumaat : 13/7/12). Btw, kitaorang ke Redang tu bukan berdua2an ye..Kitaorang join trip beramai2 seramai 18 orang kesemuanya! Ni pun aku join sebab kawan aku (Raihana) ajak aku join trip kakak dia (Kak Mas)..

This time da masuk kali ke 3 aku join trip dibawah anjuran kak Mas ni..1st backpackers ke Singapore, then this time da 2 kali ke Redang (the same resort). Kak Mas  ni otai backpacker, releks je travel around the world sendiri2..Takdenye nak pakai tourist agency or tour guide..Takat India, Korea semua relek je...Haish...

Jadi,setakat Redang Kalong ni da banyak kali da kakak dia pergi..Da macam rumah persinggahan dia pun ye...Confirm Redang Kalong ni tempat favorite kakak dia sebab dia asyik datang balik kat tempat yang sama..Dia siap rapat ngan owner resort tu tau!..Last year, kitaorang berempat jek ke sana (Aku, Rai, Kak Mas & Kak Ayu)  This time special sikit sebab Kak Mas invite kawan2 blogger dia (kaki travel) join sama. So, that's why sampai jadi 18 orang ~ So, sila la visit blog kak Mas ni yek : http://theponderofme.blogspot.com/search/label/redang for more info.

Back to the story..Bila rai ajak aku, then aku pun ajak la bakal en tunang sebab group ni pun akan ada lelaki gak. Then, my bakal tunang nieh plak ajak  la sorang kawan dia untuk join sama..Nama kawan dia tu Haziq. Memandangkan Haziq ni pulak segan ngan aku jadi dia pun bawalah kawan dia sekali (unknown).  Semuanya sepatutnya berjalan lancar dan tak ada masalah sebab masing2 pun da apply cuti in advance. Sampailah hari tu aku dapat news bakal tunang aku nieh nak kena pergi kursus & effect satu hari jadual trip tu. Then, macam mana dengan kawan2 dia ni kan????

Difahamkan kawan2 bakal tunang aku  ni akan pickup dia di kem di Pahang tu, then diorg akan terus shoot ke Terengganu pada hari Jumaat tu. For sure diorg akan terlepas bot dari resort pada pukul 9 pagi tu. Masalahnya bot dari resort cuma sehari sekali. Kalau terlepas bot tu kena tunggu on the next day. Altenatifnya diorg kena naik charter bot kat Jeti Shahbandar.

Aku pun call la resort untuk tanya pasal bot tu, then diaorang cadangkan supaya yang terlepas bot di Merang kena naik bot di Shahbandar. Then, today aku call  Pejabat Tourism Malaysia Terengganu  nak confirmkan info. Alhamdulillah. Menurut staff kat pejabat tu dia maklumkan setiap hari pun  ada charter bot ke Pulau Redang, tapi cuma untuk ke kawasan perkampungan.. Jadi, Haziq n the geng kena maklumkan orang bot tu untuk berhenti di depan resort dan orang resort akan pickup diorg dari bot.

Btw, bot di Jeti Shahbandar tu (Bot Sejahtera) hanya akan ada pada pukul 10.30 pagi dan pukul 3 petang sahaja. Harga dia RM 11O (2 hala). Jadi, kalau sehala tu diorg kena bayar RM 55 seorang. Tu je la last option. Kalau terlepas gak charter bot tu, memang confirm, diorg semua kena tunggu the next bot on the next day jek.

Bot di Jeti Merang by Redang Kalong: 9.30 am (Sehari Sekali) - Fees: free (under package)
Bot di Jeti Shahbandar (Charter boat) : 10.30 am & 3pm only (daily basis) - 5 minute from KT bus stop (RM 55 per head)

Lepas da maklumkan kat bakal tunang aku, then dia pun tengah nak suggest kawan2 dia tu supaya teruskan je perjalanan ke Terengganu w/o him sebab dia tak nak kawan2 dia pun rugi sama. Jadi, sekarang tak sure la  macam mana keadaannya nanti..Positif kalau dia dapat escape awal..Kalau lambat memang kawan2 kena tinggalkan dia dan kejar bot..Jadi, bakal tunang aku nieh akan join trip hari ke2 je la iaitu hari Sabtu & Ahad. Aku pula akan bersama group kak Mas ni & akan naik bas pada  pukul 10 Malam ni..Kitaorang akan naik bas di bas stop Putra tepi PWTC tu...Hope perjalanan akan berjalan lancar hendaknya..Sob sob....

Anyway, Thanks to Pejabat Tourist Terengganu sebab sangat friendly dan helpful. Sedaya upaya dia cuba nak tolong aku..=) Nama staff tu Siti..Good job! =)

Pejabat Tourism Malaysia Terengganu,
Phone: +609 - 630 9433 / 9093

 Ni gambar masa aku pergi ke resort ni tahun lepas =) Enjoyzzz!