Support saya =) Jom Exchange Link! I will visit Yours!

My Blogger friends

Showing posts with label JPO (Johor Premium Outlet). Show all posts
Showing posts with label JPO (Johor Premium Outlet). Show all posts

Tuesday, September 18, 2012

Shopping barang kahwin di JPO (Johor Premium Outlet)

Hi my dear gojes reader(s)!!

Previously aku ada share info pasal aku berhujung minggu di rumah bakal MIL aku kan..[yg x baca lg leh klik sini].

Aku ke Johor mulanya sebab nak hadir wedding kawan kitaorang di sana (kawan sekampung & childhood En tunang), so alang2 dah sampai Johor tu kitaorang pun  stay & berhujung minggu dengan family en tunang. Family tunang aku ni sangat suka melawat & menghadiri kenduri kendara. Jadi, tentatif kitaorang 2 hari tu penuh dengan aktiviti kenduri dan melawat sorang saudara mereka yang sedang sakit. Kebetulan di kawasan rumah saudara En tunang tu dekat dengan JPO juga. Jadi lepas melawat tu kitaorang pun mengambil peluang untuk singgah ke sana..

Pengalaman shopping aku kat JPO memang super awesome gila! Sangat berbaloi2! sale sampai 30 -70%! Semua pun barang2 branded! memang sangat sesuai la nak beli barang kahwin kat sini. Cuma FYI, sebab apa barang2 kat JPO  murah? Bukan sebab barang2 kat sini barang reject tau! Barang kat sini totally guaranty branded & berkualiti. Bukan juga barang2 tiruan. Butik2 kat sini semua stock international brand tau. Harga dia murah disebabkan kat sini semua barang utk stock clearance. Even stock clearance pun barang still super gojess & harga still ratusan ringgit..Harga dia pun ada gak dari ratusan ringgit jadi ke puluhan ringgit selepas ditolak diskaun. Awesommeeenesss!






Kedai Padini
Aku tak dapat masuk Coach sebab ramai gila umat manusia serbu kedai ni..Hemmm

Armani Outlet


Kedai En POLO
DKNY :)

Kat dalam butik Guess
My bakal MIL di kedai Body shop

Singgah kedai jam di FOSSIL

I love Carlo Rino!! Shopping banyak benda dalam kedai ni..Tp, aku tak beli beg yg kat dalam gambar ni tau!..Gambar barang2 yg aku beli terpaksa dirahsia kan  dulu..Tehee... :D
Heaven!
si dia shopping jam
Blweek :P
Aku plak beli jam pujaan hati di sini ;)
Comel gila paper beg dia!
Huyehhh! barang2 yg kami borong!
Huk! Kan best kalau KL pun ada mcm JPO ni..Jadi la KLPO plak..muaghahahaha!