Support saya =) Jom Exchange Link! I will visit Yours!

My Blogger friends

Monday, August 13, 2012

Urusan majlis kahwin, settle!

Alhamdulillah.. Dewan utk majlis kahwin kitaorang da dapat & da confirmed! Phew~ susah gila nak cari dewan rupanya! Semua dewan yg kitaorang nak di sekitar KL ni semua pun tak available! Reason sebab renovation & fully booked..Then, fully booked tu plak sampai bulan 4 terus! Tension..so, yg tinggal cuma dewan exclusive yg super duper mahal mcm kat KLCC, dewan FELDA & etc..dewan2 mcm ni selalunya kira ikut kepala dari rm 60++ and above per head..pokai la...tehee..Then, problemnye dengan dewan2 mahal ni sebab dia dtg ngan katering skali..Kitaorang da book katering lain masa wedding fair hari tu jadi tpksa lupakan semua dewan yg dtg dgn pakej katering..neway, now lega da sebab da dpt dewan yg perfect for us yg menepati bajet & kriteria yg kitaorang nak ;)

kitaorang  sebenarnya mencari dewan yang ada aircond, tp affordable..plan nak dewan Integriti Jalan duta tapi renovation plak, then nak dewan Wisma Sejarah tp fully booked. Kalau dewan titiwangsa plak too expensive utk rent dewan sahaja & tak cantik plak sebab ada gelangang badminton, x nak dewan komuniti sebab nak tandas yg bersih & ada kemudahan len yg proper utk tetamu (parking, toilet, surau) & yang penting tak sesak..

Jadi, disebabkan da confirmed tarikh & tempat, hari Sabtu hari tu, aku & bakal tunang pun cepat2 nak settlekan urusan katering bertunang, pegi butik yang incharge makeup & baju kahwin aku, & jumpa photograper (Ministry of Moment) untuk gambar nikah & wedding utk maklumkan tarikh event kitaorang kat vendor2 ni supaya diaorg available for that day..

Tapi, utk katering bertunang, tak dapat jumpa hari Sabtu plak sebab diaorang ada hal urgent..Then, postpone jumpa Ahad..Hari Ahad tu aku ke rumah kosong kazen aku di Gombak..Rumah tu akan digunakan untuk majlis bertunang aku nanti, jadi sebab tu datang nak check rumah, tengok jalan dan kawasan sekitar..Then, katering pun datang tengok kawasan rumah sama2 supaya diaorang tak sesat masa hari kejadian dan supaya boleh bajet masa nak datang pasang khemah & etc.

Akan gunakan rumah ni untuk majlis
Tengah deal ngan owner katering, bayar deposit & etc
Kos makanan & kanopi utk our E-day for 100 pax
Since x jadi jumpa katering bertunang hari Sabtu tu, then kitaorg ke butik yang incharge untuk wedding kitaorang @ Ampang Point (Dee' Boutique) utk maklumkan tarikh majlis nikah & persandingan kitaorng..tp masa dtg diaorang tengah busy dengan fashion show & kedai diaorang tgh busy utk preparation raya..Moral of the story, please make appointment before come ;p tp, pepun objektif tercapai gak sebab just nak lock & inform diaorang pasal tarikh supaya x clash dgn jadual diaorang..
Pakej kitaorang masa wedding fair Putrajaya
Diaorang tgh busy prepare fashion show plak..
Diaorang tgh siapkan model masing2
C's ni tengah sibuk makeup kan model dia..Nanti dia ni la yang akak makeupkan aku..huhu
Cantik baju ni :)
Then, lepas arrange dengan butik, kitaorang pusing2 kat Ampang point mall tu & shopping barang raya..Then terus shoot ke opis photographer Ministry of Moment (MOM) di uptown Cheras..sekali bila dtg, opis diaorag tutup awal pulak. Rupanya bulan  puasa office diaorang buka sampai pukul 3 petang jek. Jadi bakal tunang aku ni pun liaise la dengan staff MOM tu via phone. Kitaorang actually da beli pakej promo diaorang RM 1K untuk 1 event masa wedding fair dulu. Beli 1 event jek sebab plan asal nak combine majlis nikah & bersanding dalam hari yang sama. Sekali tetibe kitaorang plan buat tarikh nikah  & bersanding asing sebab nak lock tarikh majlis yang cantik & senang nak ingat. Jadi now kena fikir photographer untuk 2 event plak. Jadi, on that day plan nak nak subscribe 1 lagi pakej event kat dioarang. Sekali bila call, diaorang cakap x payah subscribe sampai 2 pakej untuk 2 majlis. Since kitaorang da fully paid untuk 1 event, untuk majlis nikah nanti just bayar additional hour RM 150 per hour jek. Since majlis nikah kan tak lama, jadi just bayar additional hour jek which can "kawteam" dengan juru gambar nanti..jadi for sure kos gambar untuk 2 even will be less than 2k kan?! yey!!
Confirmed with MOM :)
Ok now da lega sebab da inform semua vendor pasal tarikh kitaorang tu. Dalam masa 2 - 3 bulan sebelum majlis nanti kitaorang akan jumpa balik semua vendor2 ni untuk serious discussion pasal  majlis nanti. We will go on detail pasal baju nikah, design pelamin, kad kahwin & ect. Alhamdulillah! Everything now in progress. ;)

Friday, August 10, 2012

DiY veil part 2 : jahit manik

Huhu..Bila tengok blog Intan & other blogger yang pandai jahit beads..Buat aku mengecut menjadi orang kerdil macam dalam cerita Snow white tu...hkhuk..Sangat tak mudah rupanya..So much detail & kreativiti diperlukan..Dalam proses membuat veil sendiri ni, part yang paling susah rupanya part nak potong veil jadi bentuk D & part nak jahit manik2 tu..Memang memerlukan tahap kesabaran yang tinggi!..
Ni hasil tangan Intan
Nguuuu! I admire this so much!! T____t
Ni plak hasil aku...Baru je nak mula...Urgh!! Stresss
Nak jahit manis sampai veil jadi seberat-beratny..Tak tau la jadi ke tak..T__T

Pepun, aku akan cuba melaksanakan mission sebaik mungkin..Here we go..My journey menjahit beads for my veil..

Thursday, August 9, 2012

Cubaan buat veil sendiri berjaya!!

Alhamdulillah~

Berjaya gak aku men-DIY veil sendiri for My E-day..Tak pasti la macam mana rupanya kan, maybe la veil orang lain jauh lagi cantik. Tapi, since benda ni dibuat sendiri, rasa dia priceless kot..Gheheheeh...(Mood poyo jap)..

Sekarang tinggal nak jahit manik jek..Nak letak manik heavy2 gila! muahahaha... FYI, border lace tu aku tak jahit mesin pun tau..Sebab tak menyabar sangat nak tengok outcome & malas nak anta kedai jahit jadi aku jahit je sendiri guna benang sulam & jahit di keliling lace tu..Proses gunting kain net & jahit lace amik masa sehari jek..
Tak mampu nak upah Rozita Che Wan jadi model aku..hakhak

Jadi, macam ni la aku buat....

Bahan-bahan

1. Kain Net semeter (panjang ikut suka, nak lagi panjang beli la kain lebih sikit)
2. Border Lace 1 1/4 meter
3. Manik2 ikut suka
4. Benang sulam
5. Jarum jahit
6. Kertas minyak / surat khabar pun boleh (supaya time nak gunting x gerak2)
7. Jarum peniti

Cara buat veil

1. Potong border lace & bahagikan kepada 2 bahagian. Ikut jenis border lace korang & ikut suka macam mana nak potong lace korang. Ada orang suka je potong sebijik2 (pisahkan)..

Sila jangan potong lace ngam2 sebab senang nak jahit nanti
After gunting
2. Kemudian, aku pin kan kain net atas kertas minyak & pin kan dengan peniti



3. Aku lipat kertas minyak tu sampai jadi kecik
(1 meter akan ada lebihan kain net sikit, boleh potong kalau nak) Macam aku, aku tak potong pun sebab tak nak membazir :P Jadi, aku tak tau ukuran dia berapa :P



4. Aku potong kain net bentuk D..Haa, part ni paling susah, sebab nak kena agak2..kena pandai2 gunting sampai rasa2 da jadi bentuk D :p

Atas kertas minyak ni masih ada kain net tau, x nampak plak dalam kamera
Sakit hati betul aku ngan bentuk D aku nieh
Kena gunting agak2 sendiri sampai jadi bentuk D
Da macam bentuk kubah masjid pun ye
5. Lepas potong, aku take out kertas minyak tu & aku pinkan lace atas kain net.

Adjust lace atas kain net
Pinkan dengan peniti supaya tak lari

Bahagian depan
Bahagian belakang

6. Once da siap pin, aku jahit guna benang sulam di keliling lace (pilih benang warna yang sama ngan lace)


7.  Design & jahit manik ikut suka

Aku akan jahit manik ikut beads baju aku..

Beads di baju tunang aku

Wednesday, August 8, 2012

Lin Handmade Greetings Card August 2012 Giveaway!

Closing date is 31-08-2012!! Masih sempat lagi kalau nak try ur luck! Klik sini to join!
Nguu..Once aku masuk ke blog Lin ni, terus aku jatuh cinta. Sebab hasil handmade yang dia buat semunya SUPER gojes & extremely cantik!! I wish I can make by my own tapi macam sangat complicated. So just want to try my luck and try to join her giveaway contest ni..FYI, aku tak pernah pun join mana2 contest lagi sejak jadi blogger..Ni la my 1st =) ..Mana la tahu kot2 ada rezeki kan, leh la try DIY sendiri nanti. Hihi..I'm so fall in love dengan semua hasil seni dia. She so talented! =) Beautiful things to share!

Jom, join GIVEAWAY dari Lin sekarang!

Tuesday, August 7, 2012

Shopping kain net for my veil

Adeyh..makin nak dekat raya, semakin sesak la jalan TAR..Nak gerak mana2 pun jem, bukan takat jem kete jek..manusia pun jem..Kalau dtg malam aku rasa lg la ramai...Pepun lagu2 raya pun da meriah bkumandang, pas tu meriah da org jual kuih raya & baju raya ;)

Aku plak, org len sibuk2 shopping persiapan hari raya, aku sibuk shopping barang DIY..huhu..Jd, lps jek habis keje, mcm biasa aku pun serbu jalan TAR sebab nak survey kain net utk DIY veil aku..

Ok, al-kisah..Memula aku masuk NAGOYA, kain net dia RM 18 semeter & chiffon dia RM 5 semeter..Then, aku survey kedai Bunga reben, kain net dia harga dia rm 5.50 semeter tp pilihan warna limited & tak ada warna yang aku nak..Then, aku pun ke semua house plak, pg ke ground floor cari kain net tp dia ada jenis yg kasar je..Sama gak ngan kedai brg kawen kat tingkat 5 Semua House tu, pun x ada kain net jenis lembut...

Lepas da survey semua, aku pun macam da penat..x berani nak masuk Gulatis dan seangkatan dengannya sebab confirm mahal..Tgh pikir2, nyaris aku nak proceed beli kat NAGOYA jek..sekali otw nak ke NAGOYA, aku ternampak kedai nama MADRAS (depan semua house)..kedai ni dari luar macam jual Sari..saje je try tgk apa yg ada kat dlm, skali bila masuk meriah betul kedai ni..dia jual pelbagai jenis kain n ofcoz kain lace, chiffon, net pun ada..sekali aku terjumpa kain net yg sama mcm kat Nagoya, sebijik warna, lembut & rupa tp dia jual rm 5.90 jek..sangat teruja!! Ciss markup habis Nagoya ni..Tak sia2 berusaha gigih buat survey ;) Once da jumpa terus aku sebat beli semeter..

Jadi ni la kos veil aku..border lace (beli kat kedai bunga reben) rm 12.50 semeter + kain net rm 5.90 semeter = RM 18.40 jek!! Yey! Misi berjaya utk buat veil dalam kos rm 30! Balance tu aku pun beli la beads yg match ngan baju..

Here we go..masa utk memulakan projek DIY veil..tunggu result ye..Bismillah...

Kain Net di Kedai Bunga Reben
Tapi tak match ngan warna baju aku plak
Kedai ni depan Semua House
Ni la kain Net jenis lembut tu


Aduan ke DBKL Done!









Cantik tak gambar diatas? tehee..Gambar ni susulan dari entri aku sebelum ini (klik sini) pasal terowong Masjid Negara yang kotor dan tak selamat..Jadi today aku da hantar aduan kat DBKL.. Nice~ sebab form dia agak senang nak diisi dan tak complicated berbanding PTPTN :p Tapi yang aku tak berkenan tu part dia suruh pilih kawasan kejadian tu kat cawangan mana dan department / cawangan / badan mana yang uruskan aduan tersebut. Lorr, mana la aku tahu sape yang incharge kan??..Hukhuk. Sudahnya aku hantar je kat DBKL HQ :P So, pepandai la dia forward. Hope diaorang forward  issue tu ke respective department eks. Risau gak if diaorang akan ignore email aduan aku tu sebab tak salurkan ke department yang betul???  We will see..Will get back and follow up within 3 working days.

Hihih...Aish..Think positive. Think positive..Tak bek bersangka buruk...Jadi, aku harap badan kerajaan ni akan bertanggungjawab la ek dalam melaksanakan tugas yang diamanatkan. Katanya kan berkhidmat untuk rakyat jadi hope diaorang amik serius la aduan yang dibuat. Jadi, ni akan jadi bukti diaorang ni buat keje ke tak ;) Really2 hope supaya terowong tu bersih & terjaga supaya selamat sikit lepas ni  >___<

Part ni la yang aku tak paham..

Tu dia, siap attach gambar lagi dalam report aku..hehehe

Majulah DBKL untuk negara ;)