Support saya =) Jom Exchange Link! I will visit Yours!

My Blogger friends

Thursday, July 12, 2012

Dugaan bercuti ke Redang

As per my previous entry, my bakal en tunang sedang berkursus selama seminggu sampai la hari Jumaat ni. Disebabkan tempat kursus kali ni sangat strict seems like beliau akan gagal utk escape dari kursus tu pada hari tersebut. Oleh itu, kemungkinan besar dia akan rugi sehari untuk pakej ke Redang tu nanti. Pakej tu selama 3 hari 2 malam (13/7/2012-15/7/2012).

By right tentatifnya semua orang wajib berada di bas stop Kuala Terengganu pada pukul 6.30 pagi & perlu berada di Jeti Merang sebelum pukul  9 pagi (Jumaat : 13/7/12). Btw, kitaorang ke Redang tu bukan berdua2an ye..Kitaorang join trip beramai2 seramai 18 orang kesemuanya! Ni pun aku join sebab kawan aku (Raihana) ajak aku join trip kakak dia (Kak Mas)..

This time da masuk kali ke 3 aku join trip dibawah anjuran kak Mas ni..1st backpackers ke Singapore, then this time da 2 kali ke Redang (the same resort). Kak Mas  ni otai backpacker, releks je travel around the world sendiri2..Takdenye nak pakai tourist agency or tour guide..Takat India, Korea semua relek je...Haish...

Jadi,setakat Redang Kalong ni da banyak kali da kakak dia pergi..Da macam rumah persinggahan dia pun ye...Confirm Redang Kalong ni tempat favorite kakak dia sebab dia asyik datang balik kat tempat yang sama..Dia siap rapat ngan owner resort tu tau!..Last year, kitaorang berempat jek ke sana (Aku, Rai, Kak Mas & Kak Ayu)  This time special sikit sebab Kak Mas invite kawan2 blogger dia (kaki travel) join sama. So, that's why sampai jadi 18 orang ~ So, sila la visit blog kak Mas ni yek : http://theponderofme.blogspot.com/search/label/redang for more info.

Back to the story..Bila rai ajak aku, then aku pun ajak la bakal en tunang sebab group ni pun akan ada lelaki gak. Then, my bakal tunang nieh plak ajak  la sorang kawan dia untuk join sama..Nama kawan dia tu Haziq. Memandangkan Haziq ni pulak segan ngan aku jadi dia pun bawalah kawan dia sekali (unknown).  Semuanya sepatutnya berjalan lancar dan tak ada masalah sebab masing2 pun da apply cuti in advance. Sampailah hari tu aku dapat news bakal tunang aku nieh nak kena pergi kursus & effect satu hari jadual trip tu. Then, macam mana dengan kawan2 dia ni kan????

Difahamkan kawan2 bakal tunang aku  ni akan pickup dia di kem di Pahang tu, then diorg akan terus shoot ke Terengganu pada hari Jumaat tu. For sure diorg akan terlepas bot dari resort pada pukul 9 pagi tu. Masalahnya bot dari resort cuma sehari sekali. Kalau terlepas bot tu kena tunggu on the next day. Altenatifnya diorg kena naik charter bot kat Jeti Shahbandar.

Aku pun call la resort untuk tanya pasal bot tu, then diaorang cadangkan supaya yang terlepas bot di Merang kena naik bot di Shahbandar. Then, today aku call  Pejabat Tourism Malaysia Terengganu  nak confirmkan info. Alhamdulillah. Menurut staff kat pejabat tu dia maklumkan setiap hari pun  ada charter bot ke Pulau Redang, tapi cuma untuk ke kawasan perkampungan.. Jadi, Haziq n the geng kena maklumkan orang bot tu untuk berhenti di depan resort dan orang resort akan pickup diorg dari bot.

Btw, bot di Jeti Shahbandar tu (Bot Sejahtera) hanya akan ada pada pukul 10.30 pagi dan pukul 3 petang sahaja. Harga dia RM 11O (2 hala). Jadi, kalau sehala tu diorg kena bayar RM 55 seorang. Tu je la last option. Kalau terlepas gak charter bot tu, memang confirm, diorg semua kena tunggu the next bot on the next day jek.

Bot di Jeti Merang by Redang Kalong: 9.30 am (Sehari Sekali) - Fees: free (under package)
Bot di Jeti Shahbandar (Charter boat) : 10.30 am & 3pm only (daily basis) - 5 minute from KT bus stop (RM 55 per head)

Lepas da maklumkan kat bakal tunang aku, then dia pun tengah nak suggest kawan2 dia tu supaya teruskan je perjalanan ke Terengganu w/o him sebab dia tak nak kawan2 dia pun rugi sama. Jadi, sekarang tak sure la  macam mana keadaannya nanti..Positif kalau dia dapat escape awal..Kalau lambat memang kawan2 kena tinggalkan dia dan kejar bot..Jadi, bakal tunang aku nieh akan join trip hari ke2 je la iaitu hari Sabtu & Ahad. Aku pula akan bersama group kak Mas ni & akan naik bas pada  pukul 10 Malam ni..Kitaorang akan naik bas di bas stop Putra tepi PWTC tu...Hope perjalanan akan berjalan lancar hendaknya..Sob sob....

Anyway, Thanks to Pejabat Tourist Terengganu sebab sangat friendly dan helpful. Sedaya upaya dia cuba nak tolong aku..=) Nama staff tu Siti..Good job! =)

Pejabat Tourism Malaysia Terengganu,
Phone: +609 - 630 9433 / 9093

 Ni gambar masa aku pergi ke resort ni tahun lepas =) Enjoyzzz!








E-day: DIY Bunga besar kat pelamin??

Hari tu kerja2 men- DIY pomander ball aku tu tergendala disebabkan crepe paper warna soft pink tu tak cukup. Jadi, one day Aku dan opismate (Nadia) pun berhempas pulas meredah hujan time lunch ke kedai Reben favorite di Jalan TAR untuk beli Crepe Paper tu. Si Nadia ni temankan aku sebab dia pun nak cari manik untuk dijahit kat baju raya dia..

Aku aim nak beli soft Crepe paper pink lembut tu dalam kuantiti yang banyak sebab Crepe paper yang aku beli last time rupanya tak cukup. Crepe paper lembut tu sekeping dalam RM 0.50, jadi leceh la nak beli sikit2 jadi aku plan nak beli in bundle terus. Then, masa aku ke kedai tu find out warna soft pink tu limited dan dah habis. Jadi aku kena la merayau2 cari kat kedai lain nanti...

Alkisah, aku ternampak Crepe paper yang dijual dalam bundle. Dalam 1 paket tu ada banyak just RM 10 jek. So aku pun beli la tanpa fikir panjang. Rupanya bila balik rumah, crepe paper yang aku beli tu jenis keras dan susah nak digubah untuk buat bunga di Pomander ball tu. Then, aku frust sebab tak tau nak buat apa ngan kertas tu..Finally today, baru la aku tau, nama Crepe paper yang keras tu ialah Double Sided Crepe Paper...

So, kalau sape yang tak tau Double Sided Crepe Paper tu apa, sila google or rujuk gambar. Sila jangan buat mistake mcm aku...

p/s: Crepe paper tu keras sikit dari yang biasa dan dia ada 2 warna yang kontra di depan & belakang...


Jadi, kebetulan aku sedang aku fikir macam mana nak buat background untuk pelamin mini aku tu aku pun try google untuk cari backup. Untuk majlis bertunang, kazen aku bagi pinjam rumah dia di Gombak. Rumah tu kosong jadi senang nak buat majlis memandangkan kawasan di rumah aku tak sesuai untuk buat majlis dan masalah parking pula.

Disebabkan aku pinjam rumah orang, da tentula aku kena jaga dinding rumah dia. Disebabkan itu, aku tak boleh la nak pasang langsir untuk backdrop pelamin aku di dinding dia.  Since aku tak ada pelamin stand untuk background pelamin, jadi aku kena la fikir cara lain supaya belakang tu nanti tak kosong. Then bila aku google, aku tertarik dengan bunga besar yang dibuat daripada Double-Side Crepe Paper / A4 paper.  Sangat gojes bunga Giant ni! Jadi aku pun excited la nak try DIY bunga ni nanti. Tak sia2 la aku tersalah beli Crepe paper hari tu, sebab kertas tu boleh digunakan untuk bunga besar ni..Takdir yang ada hikmah rupanya.,.ahaks! =)

Jadi, bermula la rancangan aku untuk DIY Bunga besar as my background pelamin mini aku tu menggunakan Double Sided Crepe Paper ni =)

Kalau tepek bunga ni banyak2 kat polistren yang dilekatkan kat dinding mesti cantikan kan? Then, penuhkan polsitren dengan bunga besar ni...






Hope menjadi la...T___T     Will update result ye :P

Nak share tips and tutorial dia kat sini

Good luck  to all of us!

Wednesday, July 11, 2012

Outstanding item for my big day...

Help..Sesak nafas! Masa da semakin suntuk! Tinggal 1 bulan 3 minggu lagi tarikh my E-day! Tapi baju tunang & katering pun tak ada lagi =(

Yang katering sangkut sebab before this kitaorang tak dapat katering yang boleh nak bagi kos menu less than RM 1O untuk 100 pax + kanopi. Then, lepas aku send inquiry kat Majalah.com terus berlambak katering yang boleh offer ikut pakej yang aku nak..Tapi, sekarang aku nak kena tunggu bakal tunang aku tu pulak sebab keputusan kat tangan dia. Aku tak nak simply buat keputusan sebab tak nak menyesal. Nak tempah katering tetap nak kena check background katering tu + nak buat food testing before confirm. Masalahnya si dia sedang outstation seminggu kursus kat kem di Pahang pulak..Emmm...

Untuk baju bertunang pulak disebabkan takut tak sempat nak tempah (sebab da nak masuk bulan puasa) confirm tailor sibuk dengan tempahan baju raya...Jadi, 2nd plan ingat nak beli je jubah yang cantik2 as baju bertunang + baju raya..:P Macam mana rupanya baju tunang tu nanti wallahualam sebab weekend ni kitaorang nak ke Redang..Ingat  nak try usha di Terengganu...Hope banyak la pilihan kat sana nanti..Kalau kat Terengganu pun tak ada juga, aku rasa tak risau kot sebab kat KL pun masih banyak pilihan baju ready made..Lagi2 bila nak raya ni kan..Aku tak nak guna khidmat baju sewa sebab aku rasa rugi sebab baju tu bukan hak aku...

Macam ni la jubah yang aku nak cari tapi warna pink..Then  maybe la ada design sikit untuk tambah seri..Jubah ni just nice kan sebab sweet.
Then, untuk veil aku boleh lega sikit sebab kakak yang makeupkan aku nanti akan bagi aku pinjam veil dia secara percuma. Tapi, incase kalau veil yang dia bagi tu x cantik or tak padan dengan baju then maybe aku kena fikir DIY sendiri veil tu..Cuma, risau sebab banyak sangat DIY pun takut tak sempat sebab masa semakin suntuk...But still aku akan sangat jelous kalau tak dapat buat DIY veil sendiri sebab ni je la peluang untuk aku belajar..Kalau da lepas kawen x kan aku nak tetibe DIY veil kan? :P

Last, yang lagi rungsing, most dewan yang kitaorang nak lock untuk our wedding on  next year  semua pun tak available pulak sebab nak buat renovation. Waaa! Ok, Stress level aku sekarang sedang memuncak! Jadi, 2nd plan, maybe nak book banglo atau buat wedding garden kat taman je..Ngah survey lagi lokasi mana yang available..Hope tak hujan la next year...T_____T

Oh tuhan...Serius aku cuak!

Berita sedih...Alfatihah..

Malam semalam, aku dan si dia mendapat berita sedih..Seorang kawan kitaorang masa zaman study yang baru je mendirikan rumah tangga bulan lepas, baru kehilangan suami tercinta....Yang sedih sebab suaminya tu juga merupakan kawan kepada my bakal en tunang masa zaman universiti dulu...

sangat sedih..sebab diaorang baru je mendirikan rumah tangga.Rasanya macam baru semalam je kitaorang meraikan hari perkahwinan diorang...Rasanya honeymoon pun tak sempat.Inai pun masih merah..FACEBOOK dia pun masih penuh ucapan tahniah + status2 gembira saat2 manis diorang sebagai suami isteri.Dah la bulan depan nak puasa + raya.Mesti hancur perasaan June (isteri) sebab tak sempat merasa hari bahagia tersebut dengan suami tercinta.Allah je yang tahu perasaan dia..Semoga dia tabah menghadapi dugaan ini dan semoga arwah ditempatkan dikalangan umatnya yang soleh....

Difahamkan arwah incident..

Sangat sedih atas apa yang berlaku..Sebab kita tak menjangkakan semua ini akan terjadi..Tiada siapa pun meminta musibah..Allah je yang lagi mengetahui..Semua ini sudah ditakdirkan...

Mengenangkan nasib yang menimpa Jun, buat aku semakin kena menghargai orang2 yang aku sayang...Hargailah mereka setiap saat sebab mungkin nasib yang sama boleh menimpa kita..Kisah Jun ni membuatkan aku teringatkan pada cerita drama Stanza Cinta lakonan Aaron Aziz dulu..Seriously, aku tak tahu macam mana Jun nak teruskan hidup dengan bersandarkan segala kisah & kenangannya pada suami tercinta..Dah la masa suaminya meninggal pun dia tak dapat berada disisi sebab berjauhan..Aku rasa perjalanan dia nak pulang ke Johor tu pasti merupakan perjalanan yang paling panjang dalam hidupnya..Aku pasti tak terhitung sedih & air mata Jun sebaik mendengar berita tersebut..Even kawan2 pun tak putus2 memberi ucapan dan sokongan dengan harapan dapat beri kekuatan kepadanya..Sedih itu tidak terungkap....

Harapan semoga dia mendapat sokongan yang penuh dari semua orang untuk dia teruskan hidupnya dengan baik...Semoga kamu tabah Jun...

Alfatihah buat Hisamuddin Moslim...semoga roh kamu ditempatkan dikalangan umatnya yang soleh....Amin..

Tuesday, July 10, 2012

I miss him & My DIY

Sedih..Sebab seminggu ni si dia berada nun jauh di dalam kem di Pahang..(Jauh la sangat kan) ..haha..Nak ber-drama sket..gegege...Jadi, selama seminggu ni kitaorang akan lost contact sebab dia tido dalam khemah jek...Then kursus tu pun macam sangat strict..Poyo jek organisasi tu eks=( huk..Today, da masuk hari ke 4 dia kat dalam kem tu..Sempat dia mengelat update aku pasal condition dia kat dalam kem tu..Sound terrible jek...Hope he's doing fine...

Yang lagi upset sebab organisasi yang sangat ______ ni da porak porandakan plan aku nak bercuti di Redang. Aku + dia dan kawan2 da plan  cantek + awal2 da nak ke Redang end of this weekend. Da siap bayar semua da, dia tinggal nak pergi jek nanti. Ingatkan boleh la nak release tension n having fun sebab this year kitaorang tak enjoy life pun sebab fokus kerja la n komitmen lain...Now bila da ada peluang, sekali organisasi yang ________  ni lak sebok nak buat kursus itu ini..Kursus jek memanjang, perabis duit ______ jek kejenye.Kualiti perkhidmatan takde improvement pun..Semua pun kursus nak brain wash...Grrr..

Pepun, da takdir..hope sempat la dia catch up boat ke Redang Friday ni nanti before pukul 2 pm..Kalau tak dia kena tunggu the next boat trip which is on the next day (sabtu) pada pukul 9 pagi..Kalau dia miss the 1st boat, rugi la duit yang aku da bayar mahal2 utk pakej Redang tu..Mekasih sekali lagi wahai organisasi_________. Memang suka jek perabiskan duit ________ =( sob sob

Theehe..Then, aku pun continue  la buat preparation E-day alone..Just to make myself busy..So, kembali la menjadi wanita sejati, next is my DIY Pomander ball dari Crepe paper..Agak leceh gak la nak  buat benda ni sebab nak kena buat banyak bunga..Tapi rasanya kalau da siap akan cantik kot..Kalau projek ni menjadi aku bagi tutorial eks :P

Jadi tak ? jadi tak? tehee...


Friday, July 6, 2012

1st header for my blog!

Yey! Finally! Selepas berbulan2 jelous dengan blog orang len, akhirnya berjaya jugak aku memiliki header untuk my personal blog ni..:D Sila la usha2 header saya tu...

So thanks to Cik Kumbang (Nur Fatin) sebab susah2 buatkan header utk aku ni..Mesti pening kepala dia nak pikirkan design yang aku nak :P sorry

Disebabkan beliau ni sangat berperikemanusiaan dan bersabar, dengan baik hatinya dia bagi template free sekali sebab 1st & 2nd design yang dia buat x menepati citarasa aku..Bukan salah dia kalau aku yg cerewet :P

TQ dear sebab merealisasikan salah satu my hajat bulan ini :P So sape nak tempah, sila la ke blog beliau yang comey dengan lady bird tu (hope someday can have that lady bird too)...dia akan cuba penuhi citarasa korang, untung2 korang pun dapat free template gak..hikhik..

P/s: Template yang dia bagi aku x dapat nak download sebab guna PC opis..Nanti kalau da pasang tenet kat rumah aku download la template tu (ntah bila la tu) huk...sedih...

http://kumbangmerahbintikhitam.blogspot.com/

My Door Gift : Bunga Rampai

Semalam masa aku kat dalam train, masa tengah mengelamun tu, tetiba datang idea nak buat bunga rampai  (additional item) untuk door gift majlis bertunang aku nanti..So far aku dah DIY paper beg utk door gift tu then aku da tempah wajik. Tapi, rasa macam kosong la pula kat dalam beg tu nanti..Jadi, aku fikir apa yang affordable dan murah + jimat untuk menyerikan my door gift tu..Then, masa tu lah idea bunga rampai menerjah di otak ni..

Sebenarnya idea ni datang sebab aku dok pikir apa gak hantaran aku nak bagi kat bakal en tunang...Ingat nak bg bunga rampai sebagai hantaran sekali aku tersedar barang hantaran semua dah beli & da lengkap..Then, sebabkan aku dah suka sangat dengan bunga rampai, aku tetap nak buat bunga rampai juga tapi sebagai door gift jek..Aku rasa bunga rampai lagi best dari potpourri sebab bunga rampai ni senang nak buat, lagi sentimental, lebih murah, lagi fresh & orang tua2 pun suka :D Plan aku nak berjimat jek---> aku nak dapatkan daun2 pandan tu secara free di rumah2  member or kat kampung..muahahaha..Sengkek tol :P Then bakal en tunang cakap, beli je daun pandan tu kat pasar, murah n banyak jek...ceh~

Jadi, today aku  pun google la pasal bunga rampai ni..Rupanya banyak version bunga rampai as door gift..Sgt Menarik! Yang moden ada yang klasik pun ada..Selepas discuss ngan my bakal en tunang, dia setuju je idea tu..Jadi itu lah dia~ makin bertambah projek DIY aku :P

jom  google sekarang! sebab nak cari idea konsep & design apa aku nak buat dengan bunga rampai nieh..










Wednesday, July 4, 2012

Yey! Rezeki! Bekas Bunga Pahar free

Alhamdulillah..

Rezeki hari ini...Lagi satu kejayaan aku dalam usaha menjayakan mission  nak buat majlis kahwin yang jimat but still gojess!Haha..Thanks to Kak Zarina (my opismate) sebab dia bagi bunga pahar dia secara percuma kat aku..So, tak payah la aku sewa or beli lagi pas ni..Yehooo! Thanks kak =)

Since bunga pahar da ada, x decide lagi nak buat DIY Bunga telur pakai Crepe paper / tissue paper or not..Kalau sempat aku DIY ea..lalalalal~

Masuk opis tetibe ada paper beg bawa meja...Suspen jap

Sekali dapat benda ni...Cantik lak tu...hohoho..Suka lagi sampai ke telinga =D

Proses hias bantal hantaran dengan bunga

Alhamdulillah!

Sangat satisfied dengan hasil DIY my dulang hantaran for both side ..Can't wait kalau da complete! Weeee ..
Dulang hantaran kepada perempuan (5 dulang)
Dulang untuk hantaran kepada lelaki (7 dulang)
Senyum sampai ke telinga! Berbaloi berpenat lelah..heee

Borong Bunga di Sg Besi..Best!

Semalam lepas balik keje, sebab frust sebab x dapat pegi ke SMS flower shop tu then my bakal en tunang ajak cari bunga di kawasan Sg besi jek..Nama kedai tu Cempaka Sari Florist & Handycraf..Turn up jadi sangat suka! Sebab kedai tu walaupun buruk & tersorok tapi banyak gila pilihan bunga dan barang kraft! Segala2nya ada kat sana..Jadi tak payah da nak pening kepala nak cari barang2 kawen lagi..Walaupun buruk, kedai tu selayaknya boleh jadi 1 stop centre je utk barang kawen..Huhu..Then, harga dia pun not bad. Atleast pilihan utk 3 jambak bunga RM 10 tu pun banyak. Jadi, tak la gigit jari tengok harga bunga standard setangkai dalam belasan to puluhan ringgit..Takde da barang murah skrang ni..huk..ok~pepun alhamdulillah...sekarang ni lega dah sebab dapat nak jimat + bunga2 tu pun cantik!

Time nak shopping bunga ni macam agak rushing skit..Sebab nak kejar time tgk bola Malaysia Vs Myanmar..Resultnyeh ----> Malaysia 1 Myanmar 2...Adoii..

Pepun, check this out~
kedai ni sangat tersorok

Cempaka Sari Florist & Handycraft Sg Besi

Muka puas hati lepas da jumpa pilihan hati
Segala jenis dulang ada dijual



Bunga 3 jambak RM 10..
Lots and lots of flowers!
Reben polkadot cantik pun ada!
Segala jenis reben pun ada
Lots of crepe paper
Tissue paper pelbagai warna
Ready made ribbon pelbagai pilihan
Daun sireh palsu pun hado..haha
Our flowers
Hehe..Lagi suka sebab ada orang belanja =P
Tapi, kakak ni garang..huhu..garang pun  nasib baik dia bagi diskaun..mekasih :D