Support saya =) Jom Exchange Link! I will visit Yours!

My Blogger friends

Monday, November 5, 2012

our vendor Kad kahwin : kad kahwinmu..

happy day my dear!

Hari sabtu lepas, aku & en tunang pergi jumpa vendor kad kahwin kitaorg iaitu Kad kahwinmu..kedai vendor tu di Pandan Indah (sebelah menara maxis segar, sebelah maybank)..btw, agak susah gak nak cari kedai dia ni sebab agak tersorok & nama kedai dia guna signage lain iaitu 33 design..huhu..no wonder la x jumpa kedai ;) pusing2 pun tak jumpa..bila da call br la tau...

kitaorang amik vendor kad kahwinmu ni masa di wedding fair di PICC, putrajaya awal tahun hari tu..pakej kitaorang Rm 1.80 x 1000pcs..dalam pakej tu dia bg option design kad kahwin bentuk passport/ cheque/ buku latihan sekolah, newspaper/ boarding pass & few other design yg menarik..then, dalam pakej tu dia turut bg badges button wedding 20pcs, 1 guessbook & cop, banner / banting 2pcs, 1 canvas wedding photo , door gift box 1000pcs ,Caricature / real image wedding saiz besar 1 unit & 1 size kecik..Then, if caricature tu dia boleh tolong buatkan, kita just bagi original gambar kat dia je then dia akan kartunkan..hehehe...byk kan?? heheh..love it!Semuanya dengan harga 1800 sahaja...

Package da power, tp masa kitaorang dtg tu mcm not the right timing pulak sebab diaorang ada ramai pelanggan & hari pulak hujan..so obvious, muka diaorang sgt penat sebab people keep coming & dioarang mcm tak terlayan..pepun, they still try their best to assist customer yg datang..

Pepun proses nak pilih theme n design yg kitaorang nak memang headache! sebab ada byk pilihan yg diaorang ada tp we oulls kena buat piihan based on our package pulak..yg plg mencabar bila aku & en tunang tak leh nak decide nak pilihmana...ada yg aku suka, dia x berkenan & ada yg dia suka aku tak berkenan pulak..Lama gak la pening kepala, finally at the end kitaorang berjaya juga buat decision ;) nak senang, si dia pilih design kad jenis yg mcm mana yang dia suka & me pilih warna yg aku suka..Then at the end kitaorang berjaya come out with what we looking for..:D

phew! alhamdulillah..next, vendor akan send email confirmation for our design & give extra option if nak cantikan before they print out..Dalam masa 3 minggu insyallah akan siap ;)

phew~ another wedding task is done! aminn..















Saturday, November 3, 2012

Bantal bulat nikah / tunang with diamond utk disewa

Good day my dear fwends!

Just nak bgtau, recently aku ada beli bantal bulat nikah utk my wedding..huu.emmm, harga pun x murah ok! tp disebabkan aku jatuh cinta ngan bantal tu, so dgn gelojohnye aku beli gak..risau if harga makin mahal sbb memang ye pun.dulu masa aku survey harga lain, now harga naik pulak.pepun still sgt suka sbb bantal tu sangat cantik! bantal tu siap diamond lagi.huu..

Tp bila da beli, benda terletak je dalam rumah..Nak pakai tp mcm majlis lambat lg kan..so, aku bg peluang to my dearest b2b utk sewa bantal ni if berminat..masih baru berbalut plastik tau! huhu..

Harga sewa cuma RM 50 utk 1 bantal RM 80 sepasang..self pickup..area kl n selangor only ;)

material : pvc with diamond
size: besar
Warna : putih
Condition : super NEW!

for more rental item boleh visit Your DIY Project Supplies or http://yourdiyprojectsupplies.blogspot.com

Tuesday, October 30, 2012

Level stress 50%. Door gift progress.

Morning dear!

Now ni sejak2 nak kawen, tiap2 pagi aku akan hadap kelender & check my checklist. Hari2 pun count down our wedding day yang dah semakin dekat tu..Tiap hari juga aku dok fikir our wedding preparation sebab tak nak overlook @ tertinggal pepe. Aku sebagai anak sulung dalam keluarga ni memang banyak kena berkorban.. Sesuai benarlah dengan tema hari raya korban kali ni..hehe..Since family aku langsung tak ada pengalaman dalam uruskan majlis perkahwinan & since aku ni  jenis stok berdikari tahap dewata. Jadi pendek kata, semua urusan kahwin, aku uruskan sdn bhd..Untuk urusan kahwin aku ni, aku memang tak nak susahkan family & saudara mara pun. Ayah aku nanti just tinggal nak jadi wali aku je & Mak pulak just perlu senyum dan sambut tetamu je. No nages2 masa nikah nanti ye mak, make up I mahal..tehee..Then, Saudara mara pulak, just datang utk memeriahkan majlis & eratkan hubungan..Totally NO burden / burden free for them :P Dari katering sampai door gift, dari dewan sampai urusan nikah kahwin, semua sudah diuruskan. Jadi, overall preparation wedding memang 100% by myself dan dibantu oleh en tunang yang sangat membantu tu ;D Nasib baik ada dia..Memang saje jek bergantung harap pada dia..Nak pre-test untuk my bakal husband...Tehee..Susah senang kita bersama gitew :P thanks dear!

So, alkisah..Last nite, as usual lepas kerja, aku akan sambung men- DIY door gift aku tu : DIY ID CARD HOLDER...Plan asal nak buat 1000pcs..Aish, aku dah nak naik gila dah buat benda nieh. Memang menguji kesabaran dan ketabahan. Haha..Habis  buruk tangan aku sebab kena glue gun & jarum. Sebenarnya, aku dah letih men-DIY door gift ni..Ingatkan da banyak dah buat so boleh lah nak buat benda lain :P So,aku pun dengan yakin nye ingat door gift dah siap dalam 300 pcs..Padanlah muka aku sebab tak pernah nak kira benda yang da siap sebelum ni. Aku tak nak kira sebab aku tak nak stress kejar target..Tapi, last nite tergerak jugak aku nak kira..Jeng, jeng, jeng...Sekali find out  jumlah yang dah siap cuma 162 pcs jek..








Contoh rupa kalau da siap. Tapi kertas dalam tu nak print warna.
Whatt??!! pfffttt! nGuuu...Mati aku! 162 jek??? Verangan nak buat sampai 1000pcs..Kalau mcm ni memang buat sampai ke mimpi la jawabnye..Sobs...Then, aku panik..Ni tak boleh jadi ni. So terpaksa lah aku batalkan niat nak buat 1000pcs then just proceed  buat sampai 500pcs jek. Jadi, door gift ID card holder ni aku akan bagi tetamu perempuan jek. Yang lelaki tu aku kena cari backup plan lain..Hemmm..Nak bg apa ek kat lelaki?? aish...yang lagi 500 tu aku tak sanggup nak DIY, so utk tetamu lelaki aku beli siap je la ek..teheee..Sorry u guys..My love only for my girlfriends and my man :P [Blweek! motif??] haha..Ok, aku da start ting tong...

Urgkh! Byk lagi ni projek DIY yang aku nak kena buat ni..

1. DIY door gift kerepek [buat paket kecik2 utk 1000pcs]
2. DIY door gift nikah [pulut kuning] if sempat, kalau tak sempat beli yassin / tasbih jek :P
3. DIY veil nikah -if tak sempat beli tudung kat radiusite @ Intan Norazam ke [Agaknye dia terima tempahan last minute tak? ]..teehehee...
4. DIY centerpiece utk 30 meja
5. DIY Hand bouquet utk  nikah & sanding

Omg! Ya Allah..Please give me strength to do this..

Empphh... x boleh give up..Come on me..You can do it! Berusahaa!! Wish me luck ye kawan2 :D ..Moto terbaru aku--> Bersama berusaha membina mahligai impian :P kihkih...

Kelender aku yg da buruk. Hari2 kena conteng..tehee...Sorry en kelender..Bersabar lah..Lagi 3 bulan jek :P

Thursday, October 25, 2012

Saya nak minta maaf ni, maaf kan la tau!

Morning dear!

Pagi ni bangun tido terlupa lak hari ni dah hari Khamis. Maknanya esok da nak start cuti raya haji..Erk, rasa tension lak sebab stress tgk kawan2 yang meriah dah hupdate cakap nak bersiap sedia balik ke kampung. Begitu juga dengan en tunang aku tu..Seronoknyee orang tu dah nak bercuti..Aku lak masih di opis terpaksa meneruskan hidup..Nak buek mcm mano..Demi mencari sesuap nasi..Eceh..hahaha...

Ok, since esok da raya, takut tak sempat nak buka PC.. Jadi bek aku buat ucapan raya in advance ek! Dikesempatan ini aku nak minta ampun byk2 kat semua kawan2 blogger if aku ada tersilap kata & perbuatan ke..Kot ter-bagi komen yang x best or x jawab komen korang properly ke..I'm really2 sorry ek..Really appreciate semua kawan2 blogger yang ada sebab semua orang suka share ilmu & pengalaman yg berguna utk blogger lain ;D keep it up!

Pepun, kepada semua kawan2 yang nak pulang ke kampung tu..Sila berhati2 di jalan raya..Sila ingat orang tersayang...Sekarang ni musim hujan, jalan raya licin..If mengantuk berhenti lah rehat dulu, jangan tergesa2 di atas jalan raya ye..Malang tidak berbau sayang....Hope semua orang akan selamat pergi dan selamat pulang hendaknya. Kita jumpa lagi lepas raya ye! :D

Loveeee~

Tuesday, October 23, 2012

My HIV Test, Done! Yey~ da boleh kawen :P

GoOd after nOon dear!

Semalam aku dan en tunang ke Klinik Kesihatan Kg Pandan utk buat HIV test tau! Rasa mcm excited plak sebab satu per satu urusan kahwin makin dah nak selesai :) Now da boleh lega 60% sebab urusan kahwin dah settle. Since HIV test pun dah selesai,  next, nak siapkan borang nikah, book kadi & masjid nak nikah pulak. yey!

Tehee...mcm B2B yang len, aku pun nak share pengalaman buat HIV test ni ;) Seronok gak sebab 1st experience kan.Lagi seronok if buat sama2 ngan pasangan sebab mcm susah senang sama2 lak...Hehe..Selama ni asyik baca pengalaman orang jek kan, so semalam turn aku plak merasa sendiri pekebendanya itu HIV test.. Tehee..

So, alkisah...Semalam, kitaorang punya appointment pukul 2 petang.. Jadi, disebabkan kitaorang ni jenis yang punctual jadi kitaorang pun excited la datang awal sebab takut jalan jem..Maklumlah, buat kat KL ni kalau jalan tak jem bukan KL la namanya kan...Then bila da sampai tu, kitaorang orang pertama pulak yang terpacak. Terlupa lak, da nama pun klinik gomen kan...Makanya bercinta la daku di dalam klinik tu sebab nombor kitaorang tak dipanggil2 lagi tp umat manusia plak dah semakin ramai :p Tak sangka ye, ramai betul orang sakit hari Isnin..Jadi ruang menunggu tu dah padat dah dengan pesakit2 yang menunggu giliran. Tetibe rasa cuak pulak tunggu lama2 kat situ...Sebab orang semua ramai yang batuk2 teruk.Musim sakit sekarang ni...Yang aku pun takut gak if yang sihat pun boleh sakit sebab nak tunggu giliran ni..kekekeke

Dulu masa nak buat appointment, dia akan bg form dan notes pasal HIV utk dibaca..nurse cakap doktor akan tanya nanti masa buat test HIV. Tapi, bg awal2 notes tu pun tak guna sebab tak baca pun. Bila dah kat klinik tu baru la terhegeh2 nak baca..Heheh...Kesian ler si tunang aku tunggu sampai tertidur2 tunggu giliran. Hehe

Alhamdullilah, dalam pukul 3 mcm tu la kitaorang akhirnya dipanggil utk HIV test tu. Patut la lama sebab dia nak tunggu semua pasangan yang register hari tu datang dan kumpul sama2. Cukup 10 orang then baru dia proceed. Nasib baik aku orang pertama yang dia cucuk utk amik darah & proses kitaorang senang jek. Tp x sure plak kenapa pasangan lain mcm agak lama..Assumption tunang aku cakap lama sebab maybe dia buat test utk kahwin kali ke dua kot..Hamboii teori dia..:P Then, lepas dia dah ambik sample darah semua orang, dia pun panggil kitaorang utk sesi briefing pasal AIDS secara berkumpulan. Hehe, nasib baik masa kitaorang tu doktor tu busy jadi dia tak dapat tanya pasal AIDS tu sorang2. Jadi nurse tu pun bg la briefing pasal AIDS supaya kita semua tahu mcm mana AIDS ni boleh dijangkiti & mcm mana ianya boleh merebak.

Masa briefing ni agak best sebab sister tu share the true story pasal pesakit yang dah dijangkiti HIV AIDS. Yang menyedihkan banyak mangsa especially isteri / perempuan tak mengetahui dia telah dijangkiti. Selalunya happen sebab suami "makan luar" & bawa balik hadiah penyakit ni untuk isteri dan anak2 tercinta...Isk. Tumpang simpati utk mangsa2 kategori mcm tu & minta simpang dr berlaku dikalangan kita semua ;(

Apapun, baru la aku tau the fact that sebenarnya HIV ni penyakit yang paling susah nak dijangkiti sebab dia memerlukan beberapa perkara terlarang sebelum virus tu dibolehkan utk berpindah ke badan manusia len :P Perkara2 tu contohnye mcm having sex ngan pelacur / pembawa HIV ke [even oral sex or kissing pun boleh terjangkit sebab liquid dr badan kan], share jarum tercemar ke, n anak dr ibu yang mengandungkan [proses masa melahirkan]. So, kalau tak buat perkara2 ni insyallah la korang selamat. Tapi, yang risaukan aku ni bila doktor cakap. Yang sepatutnya kita risau bukan pasal HIV..Tp, priority kan penyakit yang mudah dijangkiti tp susah nak diubati seperti TIBI & hepatitis..Doktor cakap everyone boleh kena penyakit2 ni dengan mudah tanpa disedari. KLIK sini utk bahaya Hepatitis & KLIK sini utk bahaya TIBI..Dia kata Malaysia ni permurah sangat...Dah ramai sangat foreigner dalam negara, jadi penyakit pun makin pelik2..Jadi, berhati2 lah...Huuu..

Fees utk ujian HIV di klinik kerajaan RM 1 sorang
No giliran kitaorang..
Pesakit yang semakin ramai & nurse tu sedang rancak berborak..emmm
Teheem....sian si dia sampai tertidur...
Bilik amik darah
Hamek kaw...sakit gak aku kena sebab dia tembak kat tepi kuku bukan kat tengah jari..ciss
Pasangan len yang agak lama di dalam
Yey!Non-reaktif! Dah boleh taweenn :P

Btw, result dpt on the same day tau!

P/S: Sempat tanya ngan sister [nurse] tu utk my B2B friends, if terbuat HIV TEST ni kat private boleh endorse ke..Dia kata TAK BOLEH. Memang wajib buat kat klinik kerajaan sahaja katanya! [nampaknye ikot nasib]..

 

New update!-->  Ada B2B yang share experience dia, dia pernah buat kat private and endorse kat gomen. Klik sini utk pengalaman dia ;) Thanks Nona for ur info!


Jom join blog BUI ;D

Morning dear!

Tehee...Saje je nak jalan2 and blogwalking. Suka visit2 melawat blog geng b2b yang lain. Meriah jek tips2 & pengalaman diaorang :D Tiap2 hari tau i visit and hupdate uoalls, tp blog sendiri da kurang nak hupdate..Hikhik..Almaklumla, I hupdate pasal projek2 kawen I jek..Hehe...

So today, as usual tengah baca2 blog my geng blogger yg majority of them pun B2B ni, sekali ternampak meriah entri diaorang pasal blog BUI..Aku pun singgah ke blog BUI ni, sekali tengok macam tertarik nak nak join blog dia jugak  :D tehee..suka kan nak tetibe nak menyebok? hehe..So, moh ler kiter reramai2 join! Mesti seronok share info n pengalaman semua ~_____~

Untung2 dia akan singgah & follow blog kite semua balik :D

http://idzrarynprelovedproperty.blogspot.com/

Wednesday, October 17, 2012

DIY Hand Bouquet Felt, 1st trial ;)

Morning dear!

Tehee..Last nite aku tetibe bersemangat men-DIY Hand Bouquet..Tapi, HB tu bukan utk wedding aku, untuk bakal kakak ipar aku nanti ;) Bukan utk wedding dia jugak, tp utk hari convocation dia hujung minggu ni..Sangat last minute!!..hahaha..tak tau la jadi ke tak..

Aku buat guna felt sebab aku ada banyak balance kain felt dari projek DIY Iphone pouch utk birthday kawan aku dulu, so aku guna kan la balance tu utk HB ni jek..Sangat senang & bajet rupanya! Tapi x la senang sangat utk beginner mcm aku sebab terluka juga la tangan sebab terkena dawai ;)

So, malam td aku berjaya siapkan 6 kuntum bunga felt...Today nak sambung lagi..Tak sabar nak siapkan dan tak sabar nak hadiahkan kat bakal kakak ipar aku tu nanti..Suprise la konon :P padahal niat sebab nak jimat juga & segan nak datang tgn kosong..Kalau bg dia fresh flower, confirm cpt layu! Pulak tu fresh flower bouquet x murah juga ;)

Nanti kalau bunga ni da siap dalam 10 kuntum, aku nak hias ngan renda / kain lace, pearls & recycle jek patung bear yg aku dapat masa convocation & annual dinner opis aku dulu..kekekeke.. gila jimat duit & space meja keje aku :p...kalau beli online ni, confirm terbang wit aku..Selalunya standard price diaorang jual HB ni RM 100 tau! Kalau buat sendiri??? Priceless..Eceeh...weee~


Nak try buat mcm ni..Tp tak tau la jd ke tak..tehehehe...:p

Thursday, October 11, 2012

Hunting tailor baju nikah @ Bangunan MARA

Morning dear!

Semalam aku da share info kat mana aku beli kain baju nikah yang murah kan [enti sini] ? Then, today aku nak share kat mana aku jumpa tukang jahit yang murah, affordable but still cantik pulak ye ;)

Bear in mind, aku bukan retis or anak dato', dah gitu harusla wedding aku bukan wedding of the year. So disebabkan itu, aku kena stick dengan kata2 ustaz  Azhar yang mengatakan, perkahwinan yang paling berkat adalah perkahwinan yang paling murah kosnye :P gitew kan..Tehee, so disebabkan itu aku kena la buat semua benda ikut bajet dan kemampuan sendiri.

But ofcoz, aku nak juga nampak cantik dan serba lengkap masa hari bahagia tu nanti, tapi tak nak la berhias sakan tapi sok lepas kahwin, terkulat2 nak stabilkan financial balik :) Still long way to go kan...Lepas kahwin da tentu la nak kena beli keperluan rumah, nak rumah yg cantik2, nak baju yang cantik2, nak jalan2 n travel around the world & sebagainya. Jadi, aku kena la selalu beringat [walaupun kerap juga aku terlupa] yang aku ni bukan anak orang kaya..so x leh boros sangat :p Makanya dengan itu, apa sahaja yang aku buat pasal projek kawen2 ni mesti semuanya yang cantik, gorjes & hopefully perfect tapi harus, wajib, kena pada harga yang berpatutan & affordable with our budget. Yang penting kena jadi smart buyer (yups, still in learning process) :P

So disebabkan itu, makanya semalam seharian suntuk aku dok google cari info pasal tukang jahit baju nikah yang awesome tapi murah. Setelah penat meng-google, sudahnya aku give up sebab most info dalam blog or internet semua banyak pasal info & service professional or fames2 designer..Harga semua pun up to RM 700-1000++ jek..Kalau nak yg lagi meletops lagi la mahal giler! Adeyh..So, first of all terpaksa reject semua butik pengantin sebab diorg ni suka markup dan selalunya diaorang ni orang tengah jek. At the end dioarang ni akan assign makcik2 mana ntah yang buat keje2 jahit dirumah utk jahitkan baju customer diaorang. So daripada aku liaise dengan butik2, bek aku terus jek cari makcik2 cengini kan ;) Selalunya kalau jahit dengan makcik2 ni diaorang jujur sket :P Tapi, x semua la tukang jahit di butik tu x jujur, ada je professional designer yang specialist dengan tempahan baju nikah dan sanding ni, tapi harga utk service dioarang harusla tiptop uolls..haha..kalau x de duit, jangan verangan nak anta baju kat designer2 kelasss cengini...:P

Jadi, hasil maklumat recommendation from my friends, aku terus ke bangunan MARA yang terletak 200 langkah dari opis aku tu jek. Aku ke Mara tu pun sebab ramai kawan cakap kat sana memang berlambak kedai tukang jahit melayu..Kenal tak  bangunan MARA? tu ha building warna biru muda yang terselit di antara bangunan Pertama Kompleks and Maju Junction @ Jalan TAR. Kalau korang ke SOGO, confirm korang akan nampak bangunan MARA ni. Sekarang ni MARA da ada bangunan baru tau. Bangunan baru tu macam rumah ala-ala cerita13 ghost tu sebab dia x pakai dinding batu tp dia pakai glass wall. Haa, korang jangan masuk dalam building dia yang baru tu sebab harga dalam tu mahal2 termasuk la food court dia. Tehee..Jadi, sila la ke bangunan MARA yang lama tu dan naik lah ke tingkat 2 untuk ke bahagian tailor2 baju ni. Kalau kat tingkat 1 bangunan MARA lama ni banyak kedai2 untuk tempahan kad kahwin, banner dan sewaktu dengannya.


Sila naik ke tingkat 2
Kedai pertama aku masuk tak bagi amik gambar pulak. Ni kedai kedua then kat kedai ni tukang jahit kedai ni super sombong plak! Cakap ngan aku sambil baca magazine pas tu kerek! Ciss!
Ni kedai yang ke 3 aku masuk, kakak ni agak ok sikit..Tapi tak dapat tgk hasil kerja yang customer dia tempah plak...
Yang ni 1 of my favourite, sangat friendly dan dia x kedekut tunjuk hasil kerja dia yang da siap & yg customer tempah
Ok, masa aku sampai kat bahagian tailor2 ni aku terkezutt sebabbb punyeee lah banyakkkk kedai jahit baju berderet2 di sepanjang floor tu. Tapi aku tak dapat survey semua sebab banyak kedai yang da tutup juga. Ada banyak juga kedai yang masih dibuka lepas pukul 5.30 petang, tapi  most of them semuanya tgh busy struggle siapkan tempahan kot sebab semua yang aku jumpa tgh busy menggunting kain :)

Sila masuk di bahagian ini, berlambak lagi tailor di dalam
Tailor bersepah2...tak tau mana nak pilih..
Opss! Sorry kabur plak gambar ~


Kakak ni pun not bad, dia pun friendly dan nampak sangat komited dengan hasil kerja beliau. Harga pun berpatutan & yg best dia ikut je kehendak customer. If customer nak cepat pun dia boleh je buatkan :)
Antara design baju :)


So, aku pun terjah la disetiap kedai yang available ni dan survey harga utk baju nikah. Hasil survey aku aku adalah seperti berikut:

*** Standard style baju yang ramai orang tempah utk nikah perempuan adalah baju kurung moden atau 1 dress style & standard baju melayu lelaki ada style yang kosong @ bersulam.

**Standard price baju melayu kosong majority of them standard range harga antara RM 80- 100
**Standard price baju melayu bersulam range harga dalam RM 100-150

 **Standard price baju kurung kosong w/o lace dalam harga antara RM 75 -100
** Standard price baju kurung moden with lace+ full lining dalam harga antara RM 150 -200
** Baju kurung with beads additional RM 100-300 - up to your budget (heavy beads)

If nak yang lagi vouge the vast kena lah get ready harga yang higher dari indicator diatas ;)

Hasil survey aku di bangunan MARA ni, yang aku berkenan pun maybe 1 kedai jahit ni. Nama kedai ni Butik Umairah. Sedap nama kedai ni, aku suka nama kedai ni jugak [berangan nak rembat  nama "Umairah" ni utk anak perempuan aku someday]..Teeet! haha..ok, back to the story. Aku suka kedai ni sebab masa aku datang tu, akak ni je yang plg friendly dan tak pandang aku sebelah mata. Haha..Yang lain tu kerek jek.. Most pun ada gaya macam nak mark up jeksebab kalau aku tanya akan diaorang akan cakap cengini " harga akan ikut design apa yg you nak, pepe pun kalau nak discuss kena tgk design"--> so chances harga nak markup tu ada la kan :P..hehe..Tp, kalau kat kedai Umairah ni best, dia sanggup tunjukkan aku jenis kain dan design baju yang dah siap & yang customer yang dah hantar kat dia..Bagus dia ni tunjuk kat aku satu2 baju tu.. Tehee, silap aku gak survey pun datang x bawa kain & tak bawa contoh design yang aku nak :P Tapi, tu sebab la aku kagum dengan butik Umairah ni sebab dia layankan je aku ni tanpa banyak songeh. Menurut kata akak tu, kedai dia ni specialist utk baju pengantin jek & memang dia jaga customer JAKEL juga. Dia kata kalau sapa2 yang beli kain kat JAKEL selalunya diorg akan recommend kedai akak ni utk tempah dan jahit baju kahwin :) Aku rasa mesti masa aku beli kain kat JAKEL dulu diaorang tak sempat nak suggest sebab kitaorang pun datang lambat masa kedai pun nak tutup.Huhu..

Aku suka kakak yang jahit baju kat kedai ni..;)
Business kad kedai ni..Dalam banyak2 kedai akak ni jek yang bg business card..Yang len semua kena mintak..Ada tu, kad pun tak ada..Apakah..
ok, itulah dia, journey aku men-survey tailor di bangunan MARA. So far so good, aku da shortlisted few kedai yang "under consideration". Huuhu..Aku tak leh nak hantar sekarang sebab diorg tgh busy dengan tempahan raya dan tempahan hujung tahun. Ramai kan orang nak kawen hujung tahun ni. Hehe. So diaorang recommend supaya aku hantar baju sebulan sebelum tarikh majlis sebab takut badan naik or turun banyak :) Ok lah..aku akan start hantar baju masa akhir bulan 11 nanti........Oish.. Masa nak perah otak pikir nak design baju pulak..

Buat mcm ni je la..hehehehe