Support saya =) Jom Exchange Link! I will visit Yours!

My Blogger friends

Monday, July 22, 2013

Bila sudah kawen..Time for Ms V check! My 1st experience for Pap Smear!

Assalamualaikum dear,

Tehee..Sorry la if this info mcm 18SX pulak. Tp fact that this info penting untuk kesihatan wanita. Just to share my experience 1st time buat Pap smear...Korang tau kan Pap Smear tu apa? If tak tau sila google :P segan lak nak attach gambar mcm mana benda tu dibuat >__< tehee...

Aku tergerak nak buat sebab aku risau if keadaan Ms V aku dalam bad condition. What I mean bad condition tu bila aku start rasa tak selesa ngan my Ms V... Not surprise pun sebab since kahwin aku tak pernah check dan tak pernah ada "maintenance" service kat area situ. Even aku tak mengamalkan cara pemakanan yg sihat sebab tak suka makan sayur dan tak juga exercise. I know it is bad, so for this sila jgn tiru aku. hehe. Then, aku pun tak de nak makan jamu2 yg pelbagai tu sebab aku tak yakin dengan keselamatan produk tersebut + tak ada jaminan akan berkesan jugak. Tak sanggup aku nak telan benda2 tu sebab takut ada side effect for long term eg barah hati or buah pinggang or etc. Now ni penyakit pun da pelik2 and unexpected.

Ok, aku tergerak nak buat Pap Smear + Ms V check + urine test sebab my last period mcm sangat pelik dari biasa. It's happened when aku punya process period slightly different from usual. Usually bila spot coklat tu keluar tu tanda period nak start. Spot coklat tu mcm female normal keputihan yg da tukar ke warna coklat dan dgn sedikit darah. Lama2 spot tu akan bertukar ke warna yg lebih gelap seakan2 darah kering or cecair warna karat. Usually spot coklat keluar sebab tanda period nak bermula dalam hari tersebut or keesokan harinya. Tp this time aku pelik, sebab spot tu continue for more than 3 days dan darah masih tak keluar2. Rasa senggugut dan period tu ada tp tak teruk cuma geram sebab darah masih tak keluar2. Then spot tu pulak cuma setitik sahaja @ my pad. Then bila hari ke4 tu dia da ada campur darah sikit tp yg makin byk keluar adalah cecair coklat td dan bukan darah. Then cecair coklat tu tebal mcm diselaputi selaput tebal dan kenyal. Totally tak ada rupa period blood and benda tu continue sampai almost a week. My friend said maybe tu darah lama yg tak properly keluar. Tp she advise me to check ngan gynea juga incase ada infection sebab I do ada symptom infection mcm discharge yg warna kuning dan agak berbau + gatal area ms V + kencing mcm tak lawas jugak. So aku da start to worry sebab tu never encounter this.

So, aku pun google dan check website. Ramai cakap for spotting tu mcm symptom pregnant or implantation bleeding or could be symptom keguguran jugak. Aku risau gak if pregnant tanpa sedar ke sebab aku dah dok bantai pegi berurut ngan hubby kat Thai spa 1 week before that. Then mcm2 dah bermain dalam kepala aku time tu sebab tak tahu mana yg betul.

Just to share, my period cycle normal tiap bulan & so far Alhamdulillah aku akan datang bulan on time. If lewat pun cuma sehari dua je. Masih still can be predicted. Sbnrnye for perempuan yg dah berkahwin, even tak berkahwin pun. You should track your period cycle sebab if anything happen senang doctor nak check juga. So for this aku recommend kan korang guna je Free mobile Apps yg berlambak @ ur mobile phone now eg mcm Period tracker yg aku guna ni. So far sangat accurate ;)



To be honest, till today aku tak tau pun mcm mana nak kira bila waktu subur aku gak. Hee..But lucky to have this apps, sbb dia akan tolong kirakan bila waktu subur kita juga. Huhu. But some people say tak leh relay on this apps sangat sebab tiap human body tu different. Jadi to know if accurate ke tak you need to use first then evaluate sendiri. So far, mine tak ada masalah.

Ok back to the story aku nekad pegi buat ujian Pap smear di Klinik Samuel & Maternity Centre & Specialist Clinic For Women. Aku tergerak nak ke sini after aku baca ada byk positive feedback about this clinic + klinik ni ada equipment utk buat test tersebut + harga pun affordable juga. So tanpa tunggu husband yg sedang berkursus di Terengganu sekarang ni, aku terus pegi buat test sebab tak sanggup nak tunggu hubby balik. Tergesa2 buat test tu sebab risau if any bad news ke and worry gak if dok postpone je takut terlambat lak nak detect problem. Sebab aku ada few friends yg share experience diaorg tak pernah check Ms V then find out ada cyst and fibroid dalam uterus. Then end up kena buat operation buang benda tu and bahaya gak sebab boleh lead tu kanser ovari, So since aku mula rasa tak sedap badan tu so aku terus je pegi buat ujian tu utk sedapkan hati sendiri.

Jadi, tanpa membuang masa lagi aku pun terus call klinik tu. Good thing about klinik ni jugak sebab tak payah buat appointment pun if nak buat ujian. Just walk in je pun da boleh. Dalam ujian Pap Smear tu, dia akan include urine test, vagina check + Pap smear dan harga adalah RM70 je. So since harga pun affordable, aku pun tak fikir 2 kali dah. Cuma aku risau lak sebab tak familiar kat kawasan klinik tu. Klinik tu di belakang pasar Pudu. Click here for direction

Agak susah la nak cari klinik ni memula sebab aku tak familiar dgn kawasan Pudu tu. Then nasib baik ada Google maps so tak de la aku sesat meraban. Tehee..Then Alhamdulillah.. Aku berjaya juga sampai dgn selamat dan buat ujian tu.

1st time datang klinik ni, rupa dia mcm klinik lama. Even interior dia design klinik lama. Then aku try fikir positif sebab tak nak judge klinik ni from outside kan. But then overall experience for me service klinik ni biasa2 jek. Mcm klinik yg kita pergi bila selesema dan demam tu. Then in terms of customer service pulak biasa2 jek not so friendly and helpful. Don't know la if orang yg bg positive review tu dah compare service klinik ni dgn klinik lain kan. Aku pun tak tau sebab ni pun 1st time aku pegi klinik specialist for women mcm ni. For me, I'm not so happy with it.




Part kelakar plak pasal klinik ni  bila clinic assistant dia suruh aku tadah urine..then dia leh tanya aku  nak wat test apa ngan urine tu. Lerr mana la aku nak tau buat test apa kan sebab aku pun tak tau apa masalah kesihatan aku. Aku just bgtau je la kerisauan aku mengenai simptom2 yg aku dah cakap tadi. Then aku ingatkan dia akan anta sample air kencing tu pegi lab ke utk test incase ada urine infection ke apa kan, tp hampa. Dia just simbah air kencing aku tu atas  urine test strips @ sinki dia. Memula dia cakap urine aku normal je, tak ada masalah pepe pun. Then pas tu dalam 5 minit kemudian dia cakap urine aku ada darah sikit. Sape tak panic bila da diberitahu mcm tu kan? Then aku terus google @ phone utk  check apa masalahnye if ada blood dalam urine. Website ni cakap kena buat lab test utk urine detail and cannot be ignored. Possibility Bladder or kidney infections sebab symptom dia mcm aku ada. Then aku tanya clinic assistant tu dia cakap tak ada apa-apa cuma darah sikit je. Aku tanya kenapa boleh ada darah tp boleh normal lak sbb obviously lah tak normal kan.Pas tu dia boleh cakap memang la ada darah sebab aku baru lps period. Musykil betul pasal alasan period tu sebab aku dah stop period 2 minggu lepas! So kat sini aku agak tak puas hati so aku decide nak try kat clinic lain je nanti.

Then, aku pun dibawa jumpa doktor. Tp doktor tu tak cakap pepun. Tak de tanya masalah apa dan apa yg aku cuba nak luahkan. Tak sempat nak cakap pepe aku dah disuruh ke bilik sebelah utk Pap smear tu. Then bila da masuk dalam bilik tu dia suruh aku tanggalkan seluar dan baring atas medical chair. Rasa time tu awkward gila especially for beginner mcm aku. Time tu baru aku menyesal sebab tak bawa hubby teman sebab memang sangat scary especially dgn equipment yg complicated dan facing dgn stranger. Huuu..Tp agak excited gak sebab rasanya  mcm pegi buat scan baby lak padahal I'm not pregnant pun. Hee..Confirmed tak pregnant sebab aku da buat pregnancy test before datang. Aku beli UPT (Urine Pregnancy test) kat farmasi jek. Huhu. But betul lah orang kata, if nak yg accurate test buat masa waktu awal pagi masa lepas bangun tido sebelum makan or minum apa2 tu, sebab line dia [pregnant / not pregnant] akan sangat clear!



Harga dalam Rm 10 kat farmasi

Ok back to the story pasal Pap smear tu..Then, ujian pun bermula. Time bila doktor start masukan alat ujian Pap Smear dalam Ms V aku. Omaigodd!! Sakit kot!! Sangat kasar dan perit. Siap assistant doktor tu boleh cakap ngan aku "tahan la sikit, releks..bukan 1st time pun kan"..dush! Aku first time la kot!  Geram lak aku ngan clinic assistant tu, buat test tak nak tanya dulu. Kan tak pasal2 aku terkejut..Aish..Serious sakit.. sobs.  Then, 2nd process pulak Ms V check guna Gynecologic Ultrasound Scan.. The only thing yg best pasal buat benda ni bila dapat tgk rupa rahim aku sendiri and I'm happy bila doktor cakap rahim aku sihat. Tak de terbalik or problem apa2..Tu je aku dgr bila doktor tgk screen scanner dia tu..Tu pun x ada eye contact ngan aku dan dia just cakap ngan clinic assistant dia jek. On the same time, tetibe aku rasa rahim aku sangat comel. Kikiki..Overrr! Then, clinic assistant tu advise supaya datang buat Pap Smear setahun sekali. Especially if lepas beranak. FYI, doktor tu tak cakap sepatah haram pun ngan aku. Yg bising2 semua clinic assistant dia jek. Huk. Yup I will do it again next year but not @ this clinic. huhu..

Sadly, utk sample tisu yg dia ambil dr my Ms V tu, result cuma akan tahu seminggu lps test tu jek..So now I need to wait for the result pulak...

On the mean time aku nak try service klinik lain pulak utk urine test tu..I'm planning for BP Health care pulak..

To be continue n__n

Tuesday, July 16, 2013

D.I.Y/ home made Kek batik & cara-cara masak bergambar

Assalamualaikum dear

Hehe.. This time aku nak share experience 1st & 2nd trial buat kek batik..Yg ni hubby aku pun tak tau yg aku buat sampai 2 kali..kekeke.Opsss! :P Yess.... I Know...Sila gelak ye...Budak kecik pun da expert buat kek batik.. Aku lak baru terhegeh2 nak belajar kan...This time aku not only nak belajar buat kek batik but also learn utk baking dan buat kuih raya..Belajar lak tak de la menuntut ngan sape2 kecuali ngan resepi2 yang berlambak dalam Mr Google tu..So kena la try and error...kekekek..

Haa..Sejak da jadi Isteri orang ni, aku kena la jadi serba boleh gitew..Dulu tak de pun aku rajin nak ke dapur buat kuih or kek kan, now sebab tak lama lagi bakal beraya dengan mak mertua aku..Jadi disebabkan itu, I need to be prepare! My kitchen with mother in law  seperti medan peperiksaan!! Sangat stress, scary dan menakutkan..hahaha

So, that is why I need to start now before it is too late! Sebab tak nak la nanti dikatakan aku ni menantu yg tak tau pepe pulak...  Since aku pun sebab duduk kat rumah berdua je ngan adik aku mcm orang bujang dah sebab husband kursus selama 6 bulan, jadi masa ni juga lah aku nak manfaatkan masa terluang buat benda yang berfaedah. So here we go... Journey projek aku nak DIY kuih raya dan start DIY kek :P Berdoa je lah!

Btw, dulu sebelum bertunang, aku pernah plan nak buat kek batik jugak as my DIY door gift :P tapi tak jadi sebab kesuntukan masa sebab aku DIY keseluruhan majlis aku tu sendiri..huhu

CSI Kek batik aku...
Ni rupa 1st trial kek batik aku..Nampak tu, dalam gambar da sext tp cair sangat coklatnyee
1st trial, kek batik aku yg cair tu aku dapat resepi dari blogger ni [click here]..Kek batik blogger ni awesome dan cantik. Tp, hasil kek batik aku tu pulak x jadi sebab lembik dan cair siap leh jilat mcm sirap coklat..wakakak..Even da simpan dalam peti sejuk pun still cair mcm aiskrim coklat...Maybe sebab aku guna air,  so dia cair kot...Then, lembik jugak maybe sebab aku x gaulkan biskut marrie tu dalam periuk but instead aku tuang je bancuhan tadi kat dalam Tupperware mcm arahan yg diberi dalam resepi ni..Resepi ni jugak guna telur so not sure if telur tu pun punca kek coklat aku tu cair. Ada yg cakap cair sebab kurang biskut padahal aku dah letak 1 paket besar biskut marrie tu dah..So at the end aku agak jelous ngan blogger ni sebab dia berjaya buat kek batik tu dengan jayanya dan cantik then aku lak x jadi walaupun guna resepi yg sama... Humm...

Then 2nd trial aku pulak dapat resepi kat sini. But this time resepi ni guna Nestum, tak guna telur dan tak guna air. Pas tu method dia pun berbeza dengan yg 1st resepi aku tu sebab this time kena gaul semua bahan dalam kuali / periuk. So, for 2nd trial ni tak cair pun dan lebih likat dan pekat! Yezzaa! Aku suka 2nd trial aku ni sebab lebih sedap dan ada rasa nestum! Tp aku silap pilih nestum agaknye sebab nestum aku tu mix dgn oat..Aku tak suka oat but still sedap! Yumm...Aku dok cari nestum halus mcm nestum baby tu tapi x sure pulak if boleh guna nestum baby tu..boleh ke? :P

So ni la dia proses aku buat kek batik menggunakan resepi kedua ni ;)

Bahan-bahan [Ceduk dr website My Resepi]

  • 1 buku buttercup ( 250grm)             
  • 1 tin susu pekat -- aku pakai stgh tin jek             
  • 1 paket biskut merry (patahkan 2 biskut) - aku pakai jenama tiger! sedap!             
  • 2 kotak kecik kismis aku tak pakai           
  • 1 paket kacang goreng (kat kedai ade) aku tak pakai             
  • 3/4 cawan serbuk koko - aku kurangkan koko ni jadi 1/4 je sebab tak nak rasa pahit             
  • 1/4 cawan milo - aku jadikan milo yg 3/4 supaya sweet milo        
  • 1/2 cawan nestum              

Cara-cara

  1. cairkan butter dalam periuk..kacau..kacau dan kacau..jangan sampai hangus..                
  2. masukkan 1 tin susu pekat tadi..kacau gue whisker sampai sebati..                
  3. dah sebati..masukkan serbuk koko dan milo tadi..sebatikan..pastu masukkan nestum..kacau...jaga api..                
  4. last,masuk biskut merry tu..kacau dan kacau sampai sebati..                
  5. lepastu,masuk dalam loyang cam biase..kene cepat takut keras plak nnt..tekan gune plastik..biarkan sejuk..nak sedap letak dlm peti sejuk..
Sukatan menggunakan cawan..Hbs bersepah2 :P

Butter yg dibiarkan cair atas kuali..Makesure kacau ye utk elak rentung
Dalam resepi suruh pakai 1 tin, aku pakai 1/2 tin sebab tak suka nak manis sangat

Seronok dok kacau2 benda ni sampai sebati

Ni time masukkan koko n milo..Aku guna koko sikit je sebab tak nak rasa pahit...

Kacauuuuu

sampai likat mcm ni

Masuk kan nestum dan kacau pas tu campur kan biskut marrie..yg ni terlebey nestum la plak :P

Masukkan dalam tupperware


tenyeh bg rata..mcm aku ni dok guna sudu jek


So no la hasilnyee..tadaaa~!!! Yes!this time lebih sedap, kerass dan tak cair! :P



Insyallah akan buat lagi supaya lebih kemas dan cantik dan sampai berani utk dihidangkan kat tetamu plak..kekekek...

Monday, June 17, 2013

Escapeless..My Journey for Lesen Memandu..

Assalamualikum dear,

Hehe..Entri aku this time aku nak share pasal my life progress after married-->  belajar memandu kat METRO DRIVING ACADEMY..hahaha..Ok, Understood... sila la gelak..Mesti korang cakap dah tua bangka baru nak pegi sekolah memandu..Lalalalala  (27 tahun tu kira dah tua ke??) hahaha..

Pepun dalam permasalahan ini, aku berterima kasih kat suami tercinta sebab sudi sponsor aku belajar kat driving school yang mahal ni..Short introduction pasal hubby aku, beliau seorang yg suka kira-kira, dia bukan kedekut tapi cuma just being realistic.. So my hubby ni memang tak akan berkompromi dengan benda2 yang melibatkan aktiviti pembaziran. Mana taknye, aku nak shopping selalunya dia lah accountantnye.. Pendek kata semua aktiviti kewangan dia akan monitor. Sebab aku kalau shopping or nak something memang agak tak berhati2..Haha..Pepun, sungguh ambitious hubby aku ni bila dia bersungguh-sungguh nak aku belajar memandu dan dapatkan lesen secepat mungkin..Sebenarnye kan,  aku ni trauma nak memandu..Maybe sebab masa kecik dulu aku pernah tercampak keluar dari kereta n terlibat ngan accident ditambah pulak dgn news kemalangan yg semakin brutal nowdays. So, for some reason entah kenapa aku tak suka driving kereta, tak ada minat or semangat pun nak memandu  dan entah kenapa aku rasa orang yg bising2 marah aku tak ada lesen tu mcm jelous plak aku nak bermanja ngan hubby nak suruh hubby jek yg drive aku..hahaha..Even sbnrnye aku sedar jek.. memang penting sbnrnye perempuan boleh  bawa kereta. So we can be independent, tak bergantung harap pada orang lain dan mampu memudahkan byk perkara sbnrnye..

Back to the story, sbnrye dah 1001 alasan dah aku bg demi nak elak kena ambik lesen..Dari mula zaman couple dulu sampai la dah kawen aku masih lagi degil nak ambil lesen.Tapi dia tetap nak aku ambil lesen memandu. hahaha..Even 1st interview before jadi menantu pun, mak mertua aku tanya aku ada lesen ke tak..ish ish..Aku memang tak nak memandu sebab byk pemandu tak rasional pun...

Alkisah, last attempt aku utk elak dr kena ambil lesen bila aku cakap mcm ni "ok dear, kalau nak suruh ma pegi kursus memandu gak then kena proceed dengan METRO DRIVING sahaja" sebab aku tau academy tu yuran dia paling mahal..Mana taknye, rate normal  utk lesen kereta sahaja cuma dalam range harga RM 800-900 jek. Tu pun entah2 ada yang lagi murah. Tapi kalau METRO DRIVING harga dia RM 1398 utk lesen D (kereta sahaja) tak campur lesen motor sekali!  Hehehe..Tp since the big boss said "proceed" aku punya lah sangat terkejut + gembira sebab hubby tak berkira2 pulak nak sponsor this time...hehehe. =)

But then mula2 tu agak terbatuk gak la laki aku tu. Aku ingat aku dah berjaya dah if nak mengelat time tu. Sudahnye sekali dia approved pulak!! Dammm! So, this time memang tak boleh lari dah...Anyway, good thing is if nak bandingkan semua sekolah memandu yang lebih murah tu, METRO DRIVING tu je yang boleh pickup aku sampai rumah. Lokasi rumah kitaorang ni agak complicated dan byk driving school tak nak pickup kat dalam..pas tu based on the website kemudahan dia lebih lengkap dan sempurna / proper so aku prefer tempat yang menyakinkan utk meyakinkan aku utk mulakan sesuatu yang aku pun tak yakin nak buat..hahahaha.Pas tu dia cakap boleh belajar sampai LULUS dan service dia pakej  (insuran + urusan test, permohonan kat JPJ dan pengeluaran lesen).Lagipun if mahal, mungkin aku akan lebih serious sebab mcm last time aku dah pernah try kat sekolah memandu di Gombak (lupa da nama sekolah tu), tp sebab sekolah tu mcm bosan, cikgu dia cakap ntah apa2 ntah masa kelas pas tu aku pun jadi tak yakin terus. Time tu pun aku sangat sibuk dengan kerja jadi process tu cuma separuh jalan jek. Pegi kelas masa tu da byr RM 250 dah..So this time dah byr mahal2 + duit hubby pulak, so maybe aku akan lebih serius. Insyallah :P

Thank You hubby for your care and love! He try to complete me utk perkara yg aku tak lengkap lagi..Selagi dia mampu =) I'm being blessed ;) Alhamdulillah..

Nanti aku review service dan environment kat academy ni ek ;P

Wish me luck!



Yummm! Love this roti..Teringat masa zaman sekolah rendah dulu :D

1st payment RM 500

Wednesday, June 12, 2013

Aku Ditinggalkan Suami selepas kahwin?? ALamak!

Assalamualikum dear,

Wahh! Berzaman masihi aku tak update blog..Dah berkarat dah ilmu DIY aku agaknye..Errkhh! Don't know where to start!!

Ok kita start with my tajuk blog..Tragis tak tajuk tu?? Agak2 if apply keje ngan news paper METRO lepas x? wakakka..Over sangat :P hehe..The reason for that blog title is because Aku telah ditinggalkan oleh suami aku lepas berkahwin..Haaa...Sentap! Tapi bukan ditinggalkan sebab berpisah (nauzubillah minta simpang) or whatsoever tu ye..Tp terpaksa berjauhan selama 6 bulan disebabkan hubby aku berkursus di Terengganu...haaa, tu lah dia komitmen penjawat awam kan...Ada anak / bini / laki ditinggalkan2..Sobs..Demi negara kononye..adeyh, sedih mak...

hahaha..So makan hati la aku selama 6 bulan ni menghitung hari..Rindukan si buah hati yang di culik kat dalam Kem dan dibawa kemana2 ntah utk latihan yg ntah kebende ntah.. Orang kata~ ala, 6 bulan tu kejap jek..then pas tu cakap "ala, kat Terengganu dekat jek"..haa...yo lah, sedap mulut itu berkata2 kan..Sebab yg berendam air mata dan yg bersandarkan pada kenangan itu adalah aku dan bukan yang berkata2 itu..Hahaha.Yes, I know diaorang cuba nak sedapkan hati aku..Tp trust me, bukan mudah utk kuatkan diri ;) Pepun, I still appreciate it :P

Yup, Betul lah tu 6 bulan tu kejap jek dan Terengganu tu pun dekat jek, tp yang aku geram sebab warga tahanan kem tu susah nak dapat pelepasan balik..Kononnye disebabkan tentatif program yang sangat padat. Ada pun dalam masa sebulan tu mungkin sehari dua je la dapat balik, tu pun depends on belas ihsan pihak pengurusan. If not then maybe tak dapat balik langsung..So, menangis dalam hujan la aku jawabnye..Suka lah hubby aku kot sebab jadi Bujang balik for 6 month..hemmmmmm.....

Arkhh! Aku hope memang betul2 diaorang ke sana atas sebab kerja & hope program itu adalah program yang berwawasan..If not thennnn, organizer sila lah tanggung dosa sebab membuatkan hubby aku terpaksa melepaskan tanggungjawabnye menjaga wifenye yg baru dimiliki ini..Cewah!

Disebabkan kursus ni aku terpaksa bersendiri, disebabkan itu juga birthday hubby tak dapat nak celebrate..then bakal tak dapat nak berpuasa bersama as 1st year hubby and wifey..Then, wishlist nak travel around the world terpaksa postpone and rancangan nak dapatkan baby pun terpaksa ditunda juga.OpSS! haha..Pendek kata semua rancangan aku hancuss...Soo now I'm stress..jadi sebab tu la aku merapu kat sini..hahaha..Sorry la korang if terpaksa baca benda merepek ni yew..Nak melepaskan rindu ku pada blog ni juga sebenarnye..kekeke..

But then I realize, maybe ini lah dia perasaannye if baru lepas kawen dah ditinggalkan...Walaupun kejap, sangat lah tak best ok! Sejenak aku simpati pada mereka yang kehilangan insan tersayang especially if buat selamanya...Tiba2 aku insaf sekejap.Sebab aku ada kawan yang ditimpa musibah / kurang bernasib baik..Diaorang diuji dengan dugaan yang lebih hebat..1 kes husbandnya meninggal dunia sebab kemalangan dan 1 lagi kes wifenya meninggal sebab sakit lepas kahwin..Then latest news, Kesnye bila baby dia kena penyakit tumor / kanser mata then don't know her baby condition now..So, our life sgt unpredictable kan coz we will never know what would happen in future...Sometime bila diuji skit aku akan rasa "kenapa aku???", tp bila difikirkan ada ramai lg yang kurang bernasib baik diluar sana..Jadi aku bersyukur sahaja dengan apa yang aku ada sekarang..Now i just want to say  "Alhamdulillah" ...Yup, kita cuma merancang, dia yang menentukan segalanya...

Then, last weekend aku marathon tgk cerita Grey's Anatomy...Sedih gila! bila 1 episode je ada mcm2 konflik dan bila anytime je kita pun boleh kehilangan orang yang tersayang..So, moral of the story we should appreciate orang yang kita sayang, hargai lah ia dan bahagiakan lah dia selagi masih ada...

I miss you Hubby!

Thursday, May 2, 2013

Kedai Rubber stamp / cop instant - 1 jam siap!

Happy day dear!

Sorry lama tak hupdate blog...Biasalah kalau da jadi isteri orang, kadang2 sampai dah tak ada masa untuk diri sendiri :P

Btw just nak share, this info very useful for B2B yang nak cari rubber stamp yang boleh buat cepat.

Alkisah once upon a time, hari tu aku terdesak  nak buat rubber stamp / cop utk business aku..Then, menggagau juga la mencari sebab nak segera..Puas dah aku merayau2 cari di kawasan office aku.. Aku dah masuk bangunan MARA kat Jalan Raja Laut tu, sebab kat situ banyak kedai yang buat kad kawin tapi sadly diaorang tak dapat nak siapkan segera. Paling awal pun 2 hari. Then, aku ke Pertama Kompleks, tanya semua kedai kad kahwin, pun sama juga..2 hari baru bolehs iap....Sampai la aku dah nak give up sebab keletihan berjalan,  naik turun tangga + cuci mata lagi...hehehe

Yang aku geram, bila aku Google cari info pasal kedai or service yang buat rubber stamp instant  SATU PUN TAK JUMPA! Soo, pasal tu la aku buat entri ni...

Tapi... betul lah orang tua kata, USAHA TANGGA KEJAYAAN! Finally aku jumpa gak kedai ni...Strategik sungguh lokasi dia, betul2 depan SOGO..kedai ni je yang boleh buat rubber stamp instant dalam masa 1 jam pun boleh siap. Disebabkan instant, jenis design rubber stamp tu tak de lah vouge sangat... Design cop tu pun jenis yang jenis design lama la ye, bukan jenis moden yang bentuk segi empat siap ink tu. Harga dia dalam RM 30 /  seunit..Agak mahal, tp da disebabkan dia boleh buat cepat then aku pun sapu je..Then, aku ada beli gak cop yang moden tu as backup. Harga dia RM 35 /seunit

Harga simple rubber stamp ni if tak urgent (tunggu 2-3 hari) cuma dalam Rm 9- belasan ringgit ikut baris, size n design..Then, if nak custom made utk wedding, kena prepare design sendiri dan bg soft copy kroang kat kedai tu, diaorang boleh tolong buatkan... Tp diaorang tak ada service design  tau so sila bawa design sendiri...

mcm ni la rupa rubber stamp design lama

yang ni rupa cop / rubber stamp design baru

Hehe, bagus juga guna Rubber stamp utk dicop atas doily paper and customize design utk invitation wedding korang kan? Selain tu B2B pun boleh je guna rubber stamp utk DIY guessbook juga..~ wink wink

Ni contoh hasil DIY doily paper using rubber stamp. Cantik kan? - Gambar pinjam dr blog B2B lain - 

So kalau korang nak ke kedai yang buat Rubber stamp instant ni, carilah SOGO..From SOGO insyallah korang akan jumpa sebab lokasi dia bebetul depan SOGO..Kalau tgk gambar je insyallah boleh recognize =)

Selain stamp cop, dia pun ada service buat signage, signboard, name tag, key chain dan sewaktun dgnya..

Aku suka ngan signage ni, ingat nak pasang 1 kat kedai nanti..Tp harga dia?? RM 500 hokeh...Glurp!

Siap dalam 1 jam katanya..





Ni lah SOGO yang lagend tu..1 je mall dia dalam Malaysia ni

N pandangan dari depan SOGO (lepas aku lintas jalnn) :P


Ok hope this info can help someone someday :D

P/S: Sebarang detail service dan brg kedai ni boleh PM direct kedai ni @ FB diorg ye : Keen Seng Sign House

Thank you n__n

Wednesday, March 13, 2013

Rinduuu blog n nak pregnant ke tak???

Good day my dear!!

Huaaa..now da sebulan 3 minggu few days n bape jam ntah aku bergelar sebagai isteri kepada suami tercinta :) wink..wink...Sangat busy dengan hidup baru sebagai isteri! Rasa rindu je dengan my personal blog ni sebab lama da tak update pepe..ikutkan byk benda aku nak update especially info2 penting yg aku dapat sepanjang laluan aku hidup dari saat aku "pause" ber-blogging till today...

Tu lah, lama sangat da tak buka blog tetiba hari ni bos aku MC so apa lagi cepat2 la buka blog ..thennn~ tadaa! find out ramai da kawan2 b2b lain yang dah progress dengan laju nye sebagai wife...Musim orang pregnant kot now ni..Even Kim Kardashian yang vogue the vast & Kate Middleton tu pun da sarat pregnant!Agak2nye hospital penuh tak kalau pregnant tahun ni? kekeke...seronok sangat tgk semua orang happy n good news dengan new life!To all my ex b2b friends yang da jadi Mom To be tu, tahniahhh sangat aku ucapkan..semoga mumy, and baby n family n semua lah selamat sihat comel sentiasa!

hehhe..Jauh dalam hati aku jelous sebenarnya ngan kawan2 yang dah preggy tu...orang kata saat jadi ibu tu nikmat dan anugerah Allah yang terhebat dan terindah kan..tp nak buat macam mana, nak jadi parent kena ada ilmu dan kemampuan yg cukup...If aku kata aku merancang sebab aku belum bersedia, mesti ramai orang akan marah kan?? semua orang cakap jangan menolak rezeki Allah sebab takut Allah tarik rezeki tu...Tp dah kalau rezeki tu Allah yang tentukan, kenapa kita manusia pula yang nak menghukumkan?  Saje je nak buat aku takut..sob sob..Bukan aku tak nak preggy sebab suka2 tak nak...Tp sebab aku rasa aku takut tak mampu jadi parent yang baik..Then aku risau gak if terlalu mengharap sangat pula nak preggy then Allah tak bagi pula..

Soo now aku dalam dilema, nak pregnant ke tak....

hemm..lain manusia lain ragamnye...Ada couple yang nak cepat2 dapat baby, terus kawen terus berusaha dapat anak..Then good for them, memang bagus usaha mereka yang meramaikan lagi umat manusia ;) Tp aku pula risau dengan limitation yang mungkin boleh halang aku jadi ibu yang baik to my baby..Can I be a good mother? Wallahualam..Pepun, aku tak menolak rezeki...Macm masa couple dulu, bercinta bagai nak rak  kalau da sampai masa & jodohnya akan berkahwin juga kan..same goes dengan pregnancy ni, sampai masa akan tiba waktunya juga kot..hehe...jadi aku just follow the flow..nasib baik hubby faham so dia pun tak mendesak nak baby cepat..Aku pun da buat presentation yang jitu  dan padu kat hubby dengan sebab2 kenapa kita tak boleh ada baby sekarang...hehehe..n alhamdulillah, dia memahami...

heheh..kalau dulu masa couple, aku tak tak leh lari dari soalan " Bila nak kawen"?? now da kawen lak aku kena kejar lak dengan soalan ni.."Pregnant tak"? ada good news tak?? Bila nak pregnant? Apakah...huuuu..Tak tahu lah aku nak jawab apa now....jadi nak buat apa lagi? Larikkkkkkk!!!



Miss you blog! <3

Monday, February 18, 2013

My DIY veil & DIY hand bouquet for majlis bertandang ♡♥♡♥♡♥

Good day my dear!

Haaa..saje je nak reveal rupa DIY veil & DIY hand bouquet aku...tadaaa!! Soo happy sbb hasil DIY menjadi =) sangattt puasss!

Xoxoxoxo! N happy sebab majlis semua da selesai! Weee~ nanti aku update gambar kawen ek..now otw nak balik KL..malam nanti plak da nak fly da gi honeymoonnnn...jeng jeng jeng o____O

Monday, February 11, 2013

Diy veil & pelamin utk majlis bertandang

Happy holiday & happy chinese new year everyone!!

Hehehe..huyehhh!! Last friday aku dan start cuti utk majlis bertandang aku...nasib baik boss aku sporting, dia approved cuti aku selama 2 minggu....hee...hamek kaw! Sekali cuti smpai 2 minggu terus...bukan ape, aku tpksa amik cuti panjang sebab kampung hubby aku ni buat kenduri secara rewang..jadi, tpksa la seminggu awal aku berkampung di rumah mertua aku utk tolong rewang (gotong royong) prepartion kawen kitaorg..heheheh

Di KL, memang da tak wujud da kot budaya gotong royong ni melainkan di kawasan yg muafakat mereka yg kuat ;) kat Johor ni, kalau ada yg tak ringan tulang membntu tu confirmed something wrong somewhere...aku suka environment sini, tenang jek..org kampung friendly belaka...ada masa aku kagum ngan semangat kejiranan yg kuat disini ;) sgt muhibah n muafakat...now i know why i used to hate Johorian..maybe sbb aku dok KL, kat sana hidup pandai2 sendiri jek...hdup pun gaya kebandaran..maybe disebabkan itu, aku jelous dgn org yg yg bersemngat negeri yg kuat ni...tu lah, benci2 sgt sekali melekat terus jodoh aku ngan org johor :P heheh..ada hikmah..Allah bg aku peluang rasa benda yg aku 'missing' ;)

Ok, back to story...aku nak share pasal diy veil & DIY pelamin aku..hehehe...aku sgt suka sbbbb mak mrtua n adik beradik ipar aku pun kaki diy..semua pelamin & bilik pengantin kitaorg decorate sendiri..hehe..then kanopi khemah pengantin pun akan decorate sendiri juga.heee..sungguh jimat & berbaloi2...heheh...utk pelamin tu aku nak kepoci gak...stage pelamin tu mak mertua aku guna meja makan lama then potong kaki meja jadi stage pelamin tu..then kerusi pengantin pakai kerusi makan mak mertua aku yg cantik tu...then belakang backdrop guna langsir yg dibeli & yg akan direcycle utk kegunaan rumah nanti :) mak mertua aku ni pun kaki beli n kumpul bunga artificial jadi soal bunga & hiasan tak ada masalah ;)

Haaa..so kos diy pelamin ni? Priceless...kekeke..tak smpai beratus pun..kalau guna khidmat butik pengantin confirmed mini pelamin basic dlm rm 700 then kalau pelamin berpanel tu je mesti around RM 1500..huhu..nasib baik brg2 pelamin ni memang da lama ada ;) then recycle jek..huhu..jimattt ♥♥♥♥

Friday, February 8, 2013

Renew passport di Pudu KL

Good Morning dear!

Entri kali ni aku nak share info pasal aku renew passport kat Pudu KL..Dulu Pudu dikenali sebagai Puduraya tapi now da upgrade jadi Kuala Lumpur UTC Building..Canggih gitew...Now ni station bas Pudu ni pun da cantik dan  sangat convenience! Tak de da scary macam dulu :P Then nak renew passport pun dah senang...Tak payah nak nak renew passport sampai pegi ke Wangsamaju (utk area KL) & Putrajaya lagi ;)

Then, yang bestnye sebab Pejabat Imigresen di Pudu beroperasi sampai malam (8.45 mlm on weekdays) dan dibuka pada hujung minggu juga (operation hour boleh refer gambar) , jadi sangat mudah la kalau nak renew or buat passport sebabbb boleh pegi buat tu semua lepas kerja dan tak payah  nak apply cuti lagi dah semata2 nak renew passport..Hehehe




Pengalaman aku kali ni dealing dengan  Imigresen pun sangat best, sebab lokasi dia di Pudu ni sangat strategik, betul2 di tgh KL..staff  Imigresen pun sangat friendly walaupun diaorang nampak garang..kekekek...Nak datang Pudu ni boleh naik bas jek dan boleh juga naik train (Star LRT). Kalau naik bas boleh ambik bas yang berhenti di Pudu or Kotaraya, kalau naik train boleh naik LRT dan berhenti di Plaza Rakyat. .Kalau naik Putra benti kat CM or Masjid Jamek :P Teksi pun berlambak juga :D.

Then, yang aku suka sebab kawasan kat sini cantik, moden, kemas dan bersih. Then pejabat kerajaan di atas Pudu tu pun cantik dan selesa. Kat atas Pudu ni bukan ada  Imigresen je tau..JPN, JPJ, dan jabatan kerajaan yang lain pun ada..MOF (Ministry of Finance ada, Kementerian Pengguna pun ada, SSM pun ada..Semua pun ada lah!)..Sorry lupa lak nak amik Directory Pudu tu ;) Best..Best...Tak de da nak bersesak2 mcm dulu. Rasanya semua benda boleh diuruskan di sini dalam 1 masa ;D

Masa aku buat passport di Wangsamaju dulu, punya la ramai orang... Then agak tak selesa sebab terlalu ramai orang dan semak. Tapi this time, bangunan ni luas, banyak kemudahan lain turut disediakan. Then tak ramai orang juga disini jadi sebab tu la kot semua urusan boleh diuruskan dengan cepat.. Utk urusan renew passport aku (daftar) cuma amik masa less than 10 minute (maybe sebab masa aku pegi tu weekdays jadi tak ramai orang)...Then urusan aku dapat passport baru tu plak  less than 1 hour!  Sangat cepat, efficient dan mudah! Pas tu tak de lak aku kene kerenah birokrasi kerajaan ljuga;) diaorang seems sporting jek sebab masa aku malas nak pegi buat gambar baru ukuran passport, aku tanya diaorang if boleh guna gambar ukuran IC yang aku ada (balance masa apply keje dulu), diaorang terima je gambar tu as long as muka tu berbeza dengan gambar lama...Senang & jimat :P hehe..Oh ya~ Jumlah kos utk renew passport cuma RM 100 shj (utk 2 tahun) & RM  300.00 utk 5 tahun... For more info sila visit website Imigresen disini ye :D





Heehehe..Aku recycle guna gambar balance masa nak apply keje dulu jek :P


Kaunter bayaran


Working hour for JPN (Jabatan Pendaftaran Negara)


JPJ pun ada ;)




hope this info useful utk b2b yang planning nak gi honeymoon mcm saya...kekekekek