Support saya =) Jom Exchange Link! I will visit Yours!

My Blogger friends

Friday, August 17, 2012

celoteh Raya 2012! Selamat Hari Raya!

Kebabom! Tu dia...Bunyi mercun yang biadap & meriah kat kawasan rumah aku..Makanya seminggu nak raya ni makin tak boleh tido la aku dibuatnya sebab terlampau bising..Da la rumah aku ni dekat ngan kawasan jajahan peniaga yang berniaga untuk hari raya..Jadi selama sebulan ni memang teramat la bising sebab dioarang ni tak ada kesedaran sivik dan pentingkan diri! Sebab pe aku cakap diaorang pentingkan diri sebab diaorang selambe land jek pasang lagu kuat2 macam KL ni mak bapak diaorang yang punya..Kalau pasang kejap je takpe, dia pasang kuat masa orang sembahyang terawikh n lewat malam bermula pukul 12 malam sampai ke pagi...Then, this year budak2 nakal dah berani dah main meriam kat tengah KL..memang gila gamaknye mereka..Esok ada la tu masuk berita budak injured sebab men mercun..Aish..degil! Aku tgk bersepah jek orang jual mercun di kaki lima, polis pun wat derkkk jek...Yang bunyi bising tu dah jenuh da aku komplen kat DBKL, tp macam tak ada pun perubahan pepe...hampeh...

Pepun, raya tahun ni aku akan beraya dengan keluarga aku..Next raya, insyallah aku akan bertukar status..Justeru sudah tentu aku akan kena ber-komitmen dengan keluarga belah bakal suami pula..Glurp!..Sangat nervous sebab aku masih belum perfect untuk digelar menantu yg baik..Tehee..Excited pun ye sebab aku tak pernah rasa raya secara traditional. Memandangkan aku ni lahir kat KL, so raya  pun kat KL la...Disebabkan ayah aku ni pekerja kerajaan iaitu ahli Bomba..Terpaksa la berkorban demi rakyat kononye..Ditambah nowdays bila nak dekat pilihanraya, kerajaan sibuk nak tingkatkan keyakinan rakyat dengan kerajaan, jadi terus diaorg kerahkan pekerja badan beruniform termasuk la bapak aku untuk stand by dan tak boleh bercuti masa raya....Then disebabkan cuti dibekukan, jadi memang wajib kitaorang sekeluarga kena beraya di KL..Paling jauh pun beraya akan ke Kuala Selangor sebab balik kampung..Kalau balik raya di Kuala Selangor which kat sana pun dah moden macam kat KL juga..Jadi, memang da lama dah aku tak merasa raya macam dalam iklan2 raya tu :P Then, yang tak bestnya kalau raya kat KL ni, kalau time cuti panjang especially cuti raya bila semua orang balik kampung kawasan KL akan jadi sunyi sepi....Jalan pun tak jem malah sangat lengang sampai boleh bergolek2 kat jalan raya..Then, for sure petang sikit kawasan KL akan dibanjiri dengan mat bangla n mat indon n mat myanmar yang merayau2 dan melepak2...Yup, masa ni aku plak yang rasa aku ni foreigner..

Ok aku da merapu panjang~ tehee..Ok since tahun ni je la yang tinggal untuk aku beraya as single lady jadi aku kenalah struggle mem-perfectkan ilmu masakan dan ilmu kewanitaan juga. Untuk raya kali ni, no matter what aku kena belajar anyam ketupat sampai berjaya! Hasil risikan aku, bakal MIL aku ni sangat suka buat ketupat masa raya..Jadi aku kena berusaha!..Huk, akhirnya setelah berzaman aku cuba untuk belajar, baru kali ni aku berjaya buat ketupat pertama aku..muahahah! nak anyam ketupat sangat susah ok! Aku pelik sape punya idea la yang cipta ketupat ni..hehehehe...Jadi hasilnya semalam berjam2, aku baru berjaya buat 3 biji ketupat...............sangat mengecewakan....Jadi, buat masa ni aku tgh memahirkan diri belajar anyam ketupat bawang, belum reti lagi buat ketupat segi empat (ketupat sate)..Nguuu..Kat opis, asyik jadi pekerjayang kononye cemerlang jek, now  ni nak berkobar2 jadi menantu yang cemerlang pulak..tehehaha...(Ok, sila muntah sekarang) :P

Hahah..Dikesempatan ini aku nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir batin kepada rakan2 blogger n visitor yang sudi menjengah ke blog ini..Semoga raya korang akan jadi kenangan terindah dan terus bermakna selamanya :)  Yang balik kampung tu..sila berhati2 ye..Ingat! Lampu kuning tanda bersedia untuk berhenti, bukan memecut!! Takmo da dengar berita sedih2 masa raya ni, hope semua orang selamat hendaknya...Amin

Shopping daun ketupat kat Jalan Raja Alang 50 pcs RM 5-8

Sempat ronda2 kat Jalan TAR & beli karpet baru
My 1st ketupat!! Belajar di Dataran Merdeka dengan bakal en tunang~ Ni semangat Merdeka Raya :P

Comments
2 Comments

2 comments:

Thanks for your comment dear! =)

P/s: if komen via FB, saya tak dapat notification tau. Jadi, sorry kalau saya lambat reply / tak reply ye..Saya kena manual check ;)

May Allah bless you!