Support saya =) Jom Exchange Link! I will visit Yours!

My Blogger friends

Monday, August 13, 2012

Urusan majlis kahwin, settle!

Alhamdulillah.. Dewan utk majlis kahwin kitaorang da dapat & da confirmed! Phew~ susah gila nak cari dewan rupanya! Semua dewan yg kitaorang nak di sekitar KL ni semua pun tak available! Reason sebab renovation & fully booked..Then, fully booked tu plak sampai bulan 4 terus! Tension..so, yg tinggal cuma dewan exclusive yg super duper mahal mcm kat KLCC, dewan FELDA & etc..dewan2 mcm ni selalunya kira ikut kepala dari rm 60++ and above per head..pokai la...tehee..Then, problemnye dengan dewan2 mahal ni sebab dia dtg ngan katering skali..Kitaorang da book katering lain masa wedding fair hari tu jadi tpksa lupakan semua dewan yg dtg dgn pakej katering..neway, now lega da sebab da dpt dewan yg perfect for us yg menepati bajet & kriteria yg kitaorang nak ;)

kitaorang  sebenarnya mencari dewan yang ada aircond, tp affordable..plan nak dewan Integriti Jalan duta tapi renovation plak, then nak dewan Wisma Sejarah tp fully booked. Kalau dewan titiwangsa plak too expensive utk rent dewan sahaja & tak cantik plak sebab ada gelangang badminton, x nak dewan komuniti sebab nak tandas yg bersih & ada kemudahan len yg proper utk tetamu (parking, toilet, surau) & yang penting tak sesak..

Jadi, disebabkan da confirmed tarikh & tempat, hari Sabtu hari tu, aku & bakal tunang pun cepat2 nak settlekan urusan katering bertunang, pegi butik yang incharge makeup & baju kahwin aku, & jumpa photograper (Ministry of Moment) untuk gambar nikah & wedding utk maklumkan tarikh event kitaorang kat vendor2 ni supaya diaorg available for that day..

Tapi, utk katering bertunang, tak dapat jumpa hari Sabtu plak sebab diaorang ada hal urgent..Then, postpone jumpa Ahad..Hari Ahad tu aku ke rumah kosong kazen aku di Gombak..Rumah tu akan digunakan untuk majlis bertunang aku nanti, jadi sebab tu datang nak check rumah, tengok jalan dan kawasan sekitar..Then, katering pun datang tengok kawasan rumah sama2 supaya diaorang tak sesat masa hari kejadian dan supaya boleh bajet masa nak datang pasang khemah & etc.

Akan gunakan rumah ni untuk majlis
Tengah deal ngan owner katering, bayar deposit & etc
Kos makanan & kanopi utk our E-day for 100 pax
Since x jadi jumpa katering bertunang hari Sabtu tu, then kitaorg ke butik yang incharge untuk wedding kitaorang @ Ampang Point (Dee' Boutique) utk maklumkan tarikh majlis nikah & persandingan kitaorng..tp masa dtg diaorang tengah busy dengan fashion show & kedai diaorang tgh busy utk preparation raya..Moral of the story, please make appointment before come ;p tp, pepun objektif tercapai gak sebab just nak lock & inform diaorang pasal tarikh supaya x clash dgn jadual diaorang..
Pakej kitaorang masa wedding fair Putrajaya
Diaorang tgh busy prepare fashion show plak..
Diaorang tgh siapkan model masing2
C's ni tengah sibuk makeup kan model dia..Nanti dia ni la yang akak makeupkan aku..huhu
Cantik baju ni :)
Then, lepas arrange dengan butik, kitaorang pusing2 kat Ampang point mall tu & shopping barang raya..Then terus shoot ke opis photographer Ministry of Moment (MOM) di uptown Cheras..sekali bila dtg, opis diaorag tutup awal pulak. Rupanya bulan  puasa office diaorang buka sampai pukul 3 petang jek. Jadi bakal tunang aku ni pun liaise la dengan staff MOM tu via phone. Kitaorang actually da beli pakej promo diaorang RM 1K untuk 1 event masa wedding fair dulu. Beli 1 event jek sebab plan asal nak combine majlis nikah & bersanding dalam hari yang sama. Sekali tetibe kitaorang plan buat tarikh nikah  & bersanding asing sebab nak lock tarikh majlis yang cantik & senang nak ingat. Jadi now kena fikir photographer untuk 2 event plak. Jadi, on that day plan nak nak subscribe 1 lagi pakej event kat dioarang. Sekali bila call, diaorang cakap x payah subscribe sampai 2 pakej untuk 2 majlis. Since kitaorang da fully paid untuk 1 event, untuk majlis nikah nanti just bayar additional hour RM 150 per hour jek. Since majlis nikah kan tak lama, jadi just bayar additional hour jek which can "kawteam" dengan juru gambar nanti..jadi for sure kos gambar untuk 2 even will be less than 2k kan?! yey!!
Confirmed with MOM :)
Ok now da lega sebab da inform semua vendor pasal tarikh kitaorang tu. Dalam masa 2 - 3 bulan sebelum majlis nanti kitaorang akan jumpa balik semua vendor2 ni untuk serious discussion pasal  majlis nanti. We will go on detail pasal baju nikah, design pelamin, kad kahwin & ect. Alhamdulillah! Everything now in progress. ;)
Comments
2 Comments

2 comments:

  1. Dear, I have a bad review dgn MOM...hope u x kene cm I... read here http://fnlife.blogspot.com/2012/02/album-tunang-from-mom.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. I da baca ur blog...alamak..ye ke yang? ish..risau gak mcm ni..Sebab da full payment..Huk..I terpaksa redha je la n hope x jadi pepe..Sobs...

      Delete

Thanks for your comment dear! =)

P/s: if komen via FB, saya tak dapat notification tau. Jadi, sorry kalau saya lambat reply / tak reply ye..Saya kena manual check ;)

May Allah bless you!